Tuesday, October 2, 2012

Hari Ini Hari Lahir I...


Today is my birthday. Tak ada apa-apa yang special pun about this day kecuali peringatan hari kelahiran buat insan yang korang sayangi (batuk manja), bijaksana lagi gorgeous ini wakaka uweeekkss.. statement bongkak...nah plastic muntah.. Yang pasti kesan-kesan penuaan mula menyapa perlahan-lahan kat I waaaa..... sedih serba tragis! Well, I’m in my 40’s you tapi tetap la perasan muda kan. Punya la living in denial. And still la jugak penuh kemerapuan dalam berblogging dengan language yang tunggang langgang, grammar and tatabahasa yang entah kemana. Sungguh tak setara dengan usia.
 
(My birthday present from my darling husband)
 
Anyway, malam tadi five minutes before 12am, husband I dah wish birthday. I kata belum lagi, five more minutes. Tepat pukul 12am dia wish I lagi sambil tersenyum simpul penuh gedempul. Ala, shayang si busyuk I tu (seminit kemudian Tuan Puteri Vagg merangkap my sister, sms and wished I, thank you so much dear). Dalam hati I cakap, mana hadiah nih, selalunya dia akan bagi I masa tu jugak, ini tak boleh jadi. Agaknya dia bagi dinner malam nanti kot? I cuba menyabarkan hati yang mula resah ini..hahaha.. Fifteen minutes kemudian dia muncul dari bilik sambil bawak bungkusan kotak colour maroon berserta dengan card kecil berbentuk love. Hati sudah girang but hati I berkata-kata lagi, tak kan la dia nak bagi I jam. Asyik –asyik jam ke kan, wah... statement tak sedar diri la pulak. Husband I cakap, I hope you like it THIS TIME! Ceh, mentang-mentang la I nie jenis yang not easily to satisfied haha.. nyampah I..

Then bila I tengok je bungkusan, eh, nama Pandora. Mula-mula konon nak bukak penuh sopan santun but I give up after that sebab lama sangat nak kopak celotape and yelakan makcik nie jenis tak sabar. I terus koyakkan. Bila I bukak wahh.. cantiknya I gembira tak terkata. I was so happy. Husband I tanya dengan wajah kerisauan, I suka tak, I kata ofcourse la. I cakap, I never expect you would buy this for me. No wonder la beberapa minggu nie dia asyik tengok Pandora and Thomas Sabo punya pamphlet and masa dia vacum carpet last Sunday, masa I tengah masak, mata dia kejap-kejap jeling program Nona yang ada show pasal accessories nih.

Then husband I cakap, I punya nie latest collection, autumn season, sales girls to cakap, semua perempuan mesti at least ada Pandora’s accesories nie dalam hidup dorang, etc.. macam-macam la. And beads boleh tambah-tambah lagi. I was so excited, I plan nak tambah in the future. After that both of us surf and tengok gambar-gambar Pandora’s collection nih.
 
Pagi-pagi lepas solat, husband I nyanyi lagu happy birthday kat I dengan suara serak-serak macam radio hilang transmission haha.. Then sebelum turun kerja, husband I tanya lagi, do you like it? I kata suka la! Risau orang tua tu hehe.. Patut la I bertambah mengada kan kah kah.. Then dia wish lagi, happy brithday to a birthday girl, I kata, jangan panggil I birthday girl, I dah tua la.. I sendiri rasa geli and macam nak muntah purple. Then I cakap, today I tak nak masak hehe..alahai! Oh yeah, pagi nie I dapat banyak wish kat sms and whats app dari kyreil and along K (anak-anak buah), Mummy, my younger sister and ofcourse a called from my lovely sister Wo.

(Birthday cake this year)
 
Balik kerja tengahari dekat depan pintu lagi husband I dah nyanyi happy birthday adeeihhh hai...haha..sambil tu dengan tersenyum macho I tengok kat tangan sebelah dia ada kotak cake secret recipe’s. I buat-buat terkejut, I cakap, eh ada birthday cake? Husband I cakap, ofcourse la mesti ada. Padahal kan dua tiga hari lepas I dah warning dia mintak cake hahaha....
 
Lepas makan mee hoon goreng yang husband I tapau from Madam Kwan, I keluarkan cake tu balik dari ice box and letak kat coffee table. Lepas I snap a few pics, I ambik lighter dapur and both of us pun sama-sama nyanyi lagu happy birthday to you/me hehe.. Ada nada turun naik dan pitchy tu jangan cerita la wakaka... Lepas I tiup lilin (siap make a wish lagi you), main tepuk-tepuk tangan la pulakkan wakaka..sila jangan imagine rupa dan aksi orang pertengahan umur dan lewat umur ini celebrate yea, sure nightmare ngeri korang haha.. Ah..we and our small world.... Then potong cake, wah..sedap la, cake nie namanya turkish delight. I told my husband, seminggu la nampak gayanya kita nak abiskan cake nie. Dalam hati I sedih sebab sure berat badan I naik mendadak..uwaaa...

(Husband I makan semua roti yang bergantungan, plus empat roti yang kat bakul tu and after that dia habiskan soup I, sungguh badang kan, abis la mengutuk laki sendirik...)

Petang tadi husband I balik awal, pukul 4pm dah sampai rumah. Then I cakap kat husband I, instead of kita pegi birthday dinner malam, why not kita pegi around this time but I need to take a nap sebab I sibuk update blog. Dalam rehat-rehat tu, tertidur sampai pukul 5.30pm. Cepat-cepat kita orang solat asar and terus keluar. Sampai town, OMG, jam la pulak, ingatkan sekejap tapi dekat dua jam. I rasa sungguh sedih because we missed our solat maghrib. Allah forgive us. Sampai Pavillon terus pegi ke Restaurant Lebanese Al-Amar. We never been to this restaurant before but we thought we should something different. Sesambil tu I tanya-tanya waiter and ask for his recommendation sebab tak ada gambar, teringat masa kat London makan kat Lebansese Restaurant jugak. Service cepat and food not bad, sama je la rasa cuma lentil soup yang kat London tu lagi sedap. Husband I belasah roti sampai empat keping and siap mintak refill lagi wakaka.. I makan sekeping je and kebab pun I makan sesuku ketul je, I think it must be the soup kot but itupun husband I yang habiskan. As usual makan makanan meditranean nie cepat kenyang. I wonder how bangsa dorang nie boleh sumbat makanan especially daging and roti dengan begitu banyaknya sebabkan I makan sekeping roti pun rasa macam kena stretch perut I.

(Share dua orang tapi macam nak pengsan habiskan semua, I cuma makan seketul kecik aje, yang lain-lain tu, tau la masuk perut siapa)

Lepas makan, kita orang jalan-jalan kejap sambil browsing around and sepanjang-panjang bejalan tu, I sendawa non-stop tapi yang tak kuat la, senyap-senyap angin aje, lepas tu rasa macam nak muntah  (I think kan sebab lama kat jam and perut dah senak kelaparan before that). I ajak husband I jalan slow-slow sebab rasa macam nak muntah wakaka... Both of us stop kejap kat The Body Shop sebab birthday dorang dah sms bagitau yang during birthday I ada discount 25% on all item. I ambik Peach body cream and Peach shower gel. And I masih tak tau apa birthday present I nak beli for untuk diri sendiri sebagai kenangan. Over all, I had a great time, one of the best birthday ever, I’m so glad tahun nie  tak ada adegan merajuk-merajuk pilu wakaka...

Luahan isi hati for birthday I for this year

I harap jangan la nyawa I di ambil buat masa sekarang nie sebab bekalan I tak cukup lagi or should I say, tak ada penambahan pun, penolakkan tu memang banyak la..

I rasa sungguh tenang di usia sekarang. I tidak berkeinginan apa-apa lagi dalam hidup ini selain dari mengharapkan agar hidup I serta husband I sentiasa di rahmati Allah. I tidak mengharapkan nenen I akan tiba-tiba menjadi sebesar makcik Pammy Anderson, biarlah bernenen macam budak tadika asal tidak memberi masalah. I juga tidak mengharapkan punggung I semantap Kylie Minogue yang famous dengan hot pant berkilat emasnya asal I boleh duduk sambil menyengetkan ke kiri dan ke kanan bila hendak melepaskan gas beracun.  I tidak mengimpikan untuk menjadi penyanyi bertaraf antarabangsa lagi atau mengadakan konsert gergasi di merata-rata dunia. Jadi penyanyi rakaman di bilik mandi pun sudah dikira bertuah. I juga tidak bermimpi untuk menjadi pelakon tersohor lagi berkarisma yang bergandingan dengan Ryan Gosling (sempat la selitkan boyfriend dagu tajam itu..). Asalkan I menjadi pelakon grade B di rumah pun sudah memadai. I juga tidak berangan untuk hidup serba mewah dan di limpahi dengan harta benda sambil jetsetting around the world, tinggal kat hotel 100 bintang ke kan. I bersyukur dan cukuplah apa yang I ada sekarang, sebuah rumah yang kecik untuk berteduh dan sebuah kereta buruk yang macam nak roboh dengan kesan calar balar akibat garisan motor-motor di jalanan dan juga interior nya yang sungguh azab itu.

Terakhir sekali, I tiada impian lain selain dari mengharapkan, I, my husband, orang-orang yang I kasihi, pembaca dan kawan-kawan yang baca blog ini, tidak mendapat seksaan kubur, masuk syurga terus and tak ada stop over kat hell dulu.

Sekian catatan I untuk kali ini...

4 comments:

Unknown said...

EPI BEDAY DATINKU SAYANG..MOGA DI MURAHKAN REZKI DAN MOGA BODY TTP MENTEN MANTOP CUN.. AHAKS.. IKHLAS NI.. BODY U CANTEK OK...

vagg-nini said...

i love u.. my best wishes!. love love love.

Zue-rouge said...

My beloved sis,
Happy belated birthday to you,
terharu baca isi hati tu, sungguh touching sekali.
Saya doakan semoga sis terus dirahmati dan dilimpahkan rahmat oleh NYA.

btw, i love pandora too, tgh menambah koleksi ni.

Claudia said...

JM,
Thank you so much for the wish and doa JM lalingku yang anggun. haha.. nak tergelak bab puji body datinmu yang perut ini yang mengendur dan berlipat hehehe... shayang peluk cium dari datin pelseu mu ini hehe..

Vagg,
love you too and thank you so much for the wish tuan puteri manja alagapsku nan seorang love love you more tawww...hehe

Zue,
thank you so much for the wish and doa my wonderful younger sister. Aisye touching ke tulisan isi hati orang merapu ini wakaka..

Sis kan baru nak start tambah koleksi sebab tak pernah ada seumur hidup and macam tak kisah sebelum ini(nampak sangat la ketinggalan haha..)

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...