Wednesday, December 25, 2013

Sunday - Chinatown and Nana

Last Sunday, we decided to check out Chinatown. Baca kat tripadvisor macam ok je. Lepas baca on how to get there, kita orang pun bersiap keluar after solat zuhur. Masuk dalam taxi untuk ke BTS, taxi driver nie were saying something that ofcourse, we don’t understand. Sampai kat BTS, kita orang tengok, eh, kenapa ramai orang beratur nk beli ticket kat machine. Ingatkan machine rosak ke apa but it’s not and the queue was very long but since kita orang guna pass top up so tak payah nak beli-beli each time nak naik train. Husband I cakap, hopefully train cepat sampai so that kita tak payah bersesak with those people yang queue tadi tu. But it was not meant to be, tak lama kemudian, berduyun dorang nie naik the stairs. Bila train sampai, wah..tekejut kita orang tengok, ramainya orang kat dalam train macam sardin. And they wore all kind of stuff with thai’s flags on it, it’s like the one that I saw semalam (Saturday) masa nak balik dari National Musuem.

Punyalah sempit dalam train tu but luckily tak ada orang berbau ketiak busuk, kalau tak mau nye I uwek-uwek dalam tu. Hati I dah berdebar-debar, takan la nak buat rally/gathering lagi kan, ingatkan it was over dulu, sekali bila lalu and train berhenti kat BTS Victory Monument, oh dear, ramainya orang kat bawah and dekat kawasan persekitaran. Inilah yang dikatakan selaut manusia. Tak pernah dalam hidup I, I tengok manusia seramai ini. I dah risau sebab tak bawak passport, mana la tau tiba-tiba kena round out dengan polis kan. Husband I kata don’t worry, kita tak pegi kawasan yang crowded and nothing would happen to us.

Then tukar train kat BTS Siam untuk guna line Silom ke Chinatown. Sepanjang-panjang train nie lalu, orang punyalah ramai, merata-rata, dengan whistle and suara-suara kat loudspeaker nya lagi. It seems that the people nie nak suruh government step down sekarang jugak and tak mau tunggu election bulan February next year. Anyway, kita orang turun kat BTS Saphan Taksin and thanks God, tak ada perhimpunan or anything. Turun dari situ, kita orang ingat nak lunch dulu sebelum ke Chinatown. Sebelum tu I dah tengok kat internet restaurant makanan halal yang dikatakan oleh blogger itu akan keenakkannya. Husband I lupa nak bawak address yang dia tulis masa kat rumah. But base on our memory, his la, mine memang very poor, dia teringat akan nama and the street number. Jalan-jalan, tak nampak-nampak rupa kedai tu, kita orang patah balik and then pusing balik lagi sekali. Dah la confused, penat lagi menapak sana sini. All of a sudden I saw one lady berhijab, muka arab, terus la I tegur and tanya mana makanan halal yang berdekatan. Dengan senyuman yang manis dia bagi direction, suruh jalan terus, lepas traffic ada banyak makanan Pakistan, India around. I kata thank you and cakap I’m a muslim too and she look so excited but since I dah lapar I tak cerita panjang and terus cakp thank you and bye. PR pun ada it’s off day ahaha.. and beside kalau ada kucing lalu ada yang I jadikan barbeque nih...   
 
 
Like I said on my previous posting God is Great. I sangat-sangat bersyukur kerana dalam desperation untuk mencari makanan halal tanpa di sangka-sangka a muslim woman happened to walk by. Before this, masa tinggal kat KL, I take things for granted since halal food is merata-rata and we don’t even have to think of where or worried about it. But living in Bangkok, taught me many things and make me realised and also appreciate more even if it is just a simple thing. Selama nie I tak sedar betapa Allah sangat menyayangi hambanya, dalam menduga dia memberi reward dalam berbagai bentuk dan kejadian. Cuba kalau I and husband I jenis yang tak kisah and makan main redah aje, I wouldn’t know or able to feel God’s love kan? (wah.. unsur-unsur mendapat hidayah je nie.. hehe.).
 

So bila dah nak sampai traffic light aje, tiba-tiba both of us ternampak the restaurant yang kita orang googled sebelum tu. The place is mmm... so simple and I rasa macam melangkah ke era 60’an je, but I don’t mind as long as it is halal. Pakcik waiter tanya nak makan apa, husband I mintak menu, yelakan mana la tau apa yang dorang ada. I ordered briyani chicken and husband I order curry chicken and also kita orang ordered chicken soup sebab masih teringat akan chicken soup yang sungguh lazat itu semalam kat National Museum tu. Tak sampai lima minit food dah sampai and we were again surpised sebab nasi dan lauk dia cenonet je, maklumlah kat KL kalau nasi briyani tak tinggi bukit bukan nasi briyani namanya. No wonder la orang thai nie kurus-kurus. Well.. the food taste so and so je pada I and tak de la sesedap mana pun, maybe my expectation is very high since baca the way this blogger describe macam heaven berbagai-bagai je but again..lain orang lain la taste nya kan.

 (Cepat-cepat I ambik this picture kat bawah BTS Nana)

Lepas makan, kita orang pun siap nak ke Chinatown. I nak naik boat but husband I ajak naik taxi atau tuk tuk je, see I told you, husband I nie tak adventurous langsung, asyik nak yang selesa je. We stopped at one tuk tuk and tanya driver that we want to go to Chinatown. Driver tu cakap, weekend kedai tutup...laaa.. ye ke? Buat menyusahkan je datang dari jauh. Kita orang pun blah and masuk kat shopping complex yang kita orang nampak masa lalu nak cari restaurant tadi. Masuk sekejap tak sampai dua minit kita orang keluar balik, tak ada apa-apa pun nak tengok. Then naik train and both decided that we should go to Nana since kat google cakap banyak community dan restaurant islam kat situ. But Nana nie adalah salah satu kawasan red light district di Bangkok, kawasan pelacuran yang agak besar and “business” beroperasi di sebelah malam. 


Jalan-jalan kat situ memang ramai la tourist especially mat salleh. Walaupun activity tawar menawar, mengongkek, menari separuh bogel and etc. start malam tapi ada jugak a few pondan-pondan dah bersidai di tepi-tepi jalan and also sitting in front of their “shop urut-urut”. Badan besar-besar dan suara bila berborak.. wohoo.. Bila lalu je, husband I cakap, “nampak tak? Nampak tak? Ee..geli la...” I kata, “I tau and nampak tapi senyap je ler..” biasalah husband I kan busy body kecoh. Sesambil tu merata-rata kelab-kelab kabaret, pub and restaurant di kiri kanan main road. Anyway orang berwajah mediterennean nie is everywhere, dari penjual di kiri kanan jalan or come as a tourist. Then bila masuk lorong-lorong yang bukan kat main road wah.... restaurants or shop selling everything and anything, jangan cerita la, ramai sangat dorang nie, rasa macam kat negara arab la pulak. Some of their kids siap main badminton kat tengah lorong jalan raya. Kita orang pun explore merata-rata ceruk area dan berbagai-bagai jenis restaurant Turkey, Iran, Oman, Mix of Malaysian and Thai’s, Indian etc. yang ada kat situ. Heaven la kawasan nie with the food but too bad it is quite far from our house. But kalau hari-hari makan makanan arab nie, sure badan I dengan husband I kurr semangat.


Then we saw one Turkish restaurant with kebab and we decided to tapau for dinner walaupun baru pukul berapa. Masa husband I order kebab, I decided to check ceruk-ceruk yang lain but I noticed one old arab looking guy was staring at me without blinking his eyes. But I thought, ah.. maybe dia pandang sekali je kot but no..this guy followed me and I quickly patah balik and masuk restaurant Turkey nie balik and I saw the guy ikut I and standing for a few second outside the reastaurant before dia blah. I’m not scared sebab I boleh maki je kalau I nak but I don’t want to create a scene. I told my husband, apalagi dia pun buat muka authority nya itu and bagi I the look “I told you” and cakap, ituler, dia pusing je tengok I dah hilang macam lipas kudung. Dia suruh I diri sebelah dia and mula la mengutuk-ngutuk cakap pak arab semua nie memang jahat la, this la, that la... bla bla bla... But pekerja-pekerja kat restaurant nie baik-baik and very polite kat kita orang.
 

Lepas habis tapau, kita orang terus pegi train nak balik rumah. Sampai kat BTS, husband I queue nak topup our pass. During those time, I terdengar one couple mat salleh tengah discuss something. I was standing not far from my husband, I was not in line but since dorang kat belakang husband I, so I dapat la dengar apa yang dorang cakap. Lelaki tu la yang banyak cakap, perempuan tu diam and mengiyakan aje. Their topic of discussion was about Blow Job wakaka... Interesting topic, so macam-macam la laki nie cakap. I dengar je la but bila dia cakap “It is my right if I don’t want BJ, you know”, I terus tersenyum sumbing. I think mat salleh lelaki nie perasan and terus dia senyap kejap, I think dia ingat I orang semua orang keliling nie thai so sukahati mak bapak dia la nak cakap kuat-kuat kan furthermore orang kat sini semua ingat I nie perempuan thai. So anyway, the things yang buat I nak gelak was that, why did he has to be so serious sampai main pakai right right pasal BJ nie, to me it is not an even a discussion.. hehehe... Then dia and kawan perempuan dia naik stairs depan kita orang, sekali I tengok ada tattoo carrot siap dengan urat-urat kat betis dia, macam nak mati I tahan my chuckle hehehe..

Masuk train kat Sukhumvit line, oh dear, again penuh dan padat with manusia. I bediri kat tepi pintu and I saw this mat salleh couple, the guy dapat sit and dia suruh gf dia duduk atas dia. Tak lama kemudian train stop kat one of the station and husband I suruh I duduk cepat-cepat. I pun duduk la dekat seat yang kosong sebelah mat salleh couple nie and I quickly tanya, gf dia nak duduk ke since dia duduk atas bf dia kan. Dia kata it’s ok and gf dia kata it’s fine an then I cakap yes, first class sofa, sekali both of them tergelak. Makanya bermula la PR ini dengan rancaknya berborak dengan dorang haha.. Dorang nie on the way nak ke Chatuchak Market and mula la kita orang bersalahsilah asal keturunan dari mana etc la kan... Mat salleh couple nie datang dari german I kata I only know one german word, dia tanya apa, I kata Auf Wiedersehen (pronounce Avi Dazen meaning goobye until we see each other again). Si lelaki nie cakap “Wow! That is good, at least you know some german word”.. impress la konon hehe.. (kah kah kah..if he only knew that I got the word from Project Runway bila Heidi Klum cakap word nie kat contestant yang terkeluar...wakaka..), belum lagi I nak cakap vundabar (meaning wonderful), kang ada ber october fest la pulak. Macam-macam yang kita orang borakkan, dari makna nama dia yang bermaksud pulau, kerja dia yang buat research kat Christmas Island, mengkaji pasal crab merah etc.. who would have thought kan..kira ala-ala Nat Geo la nie.  And we also discussed pasal bahasa Indonesia. I kata Malaysia dengan Indonesia lebih kurang sama je, then I bagi contoh, saya etc... dia tekejut and hairan kenapa language sama, I kata sebab serumpun. I kata I don’t know what is serumpun in english hehe.. Meanwhile, husband I membelakangkan kita orang and dia tak dapat pusing badan sebab sempit ahahah... Then laki nie tanya pasal Malaysia, orang Malaysia tau cakap english ke, I kata english is our second language. And thennnn... dia start or sort of kutuk orang thai yang tak tau cakap english..oh my..part nie I kena careful sebab di kiri kanan depan belakang semua orang thai kat dalam train and I’m very sure at least sorang dua mesti paham kan. I slow talk kat dia I kata, not so loud but maybe mat salleh nie pekak kot, dia carry on la cakap, “why did this people doesn’t want to learn or try to speak a little bit? Maybe they like their language but it will be very hard for them... bla bla bla.. Aku nie pulak, kejap-kejap terbeliakkan mata, tak jugak dia paham-paham wakaka... Dia complained pasal gathering nie, dia kata dorang nie kasi jam, sesak etc... OMG, almost 99% orang dalam train tu is orang thai yang pegi gathering, takan la dia tak perasan, dengan baju and bendera-bendera, whistle etc.. Masa tu I rasa dah nak pengsan sebab takut kena sound or gedebuk dengan orang-orang thai nie kan... furthermore, all eyes are on us ahahaha..adoii.. Nasib baik gf dia senyap and senyum-senyum, kalau gf join in, tak tau la apa nasib kita orang kan... But then kan, I can’t really blame the guy, he a westerner and the way their thinking, culture etc. are different from us asian contoh main cakap je kan.. Tak lama kemudian we reached our stop and sempat lagi dia and gf dia puji bag I. I kata, oh, it’s my favourite bought two days ago, padahal dekat seminggu dah beli tapi I nak cepat keluar train sampai tersilap kira hari hehe... Masa bejalan keluar, husband I cakap,”wah.. PR bukan main lagi”, dia nak kacau I tapi sebab dia facing kedepan tak ada chance dia usik-usik I dengan rolling his eyes... haha.. selamat I.

Sekian catatan I untuk kali ini... Oh.. the kebab was so delicious, roti dia lembut same goes to the chicken and beef, empuk dan dagingnya fresh..

Monday, December 23, 2013

Saturday - Bangkok National Museum

Last Saturday, we went to Bangkok National Museum, well actually I yang nak pegi. You know, I kan suka pegi tempat-tempat sejarah because dari situ kita boleh tau asal keturunan, dapat mengenali bangsa serta adat orang and beside, I don’t know la kenapa I fascinated sangat dengan museum museum nih..tak kira la kat negara mana sekalipun. 

Pagi-pagi tu, kita orang makan breakfast kenyang-kenyang, knowing it was not easy to find halal food around and pack some for bekal. Ada tu memang ada but it was on a certain place and bukan macam yang tak halal kat Bangkok nie, where you can get anywhere hence tepi tiang letrik sekalipun.

Around 11.30am kita orang tahan taxi and bila kita orang describe and siap tunjuk gambar kat phone mana tempat yang nak pegi (since most of the taxi driver doesn’t know how to speak english kat sini, well.. yang kita orang temui), taxi driver nie terus cakap, no meter and charge 200baht. I tanya husband I ok tak, husband I kata tak pe la RM20 duit kita. Beside tak tau mana tempat nie and weekend jalan kat sini mesti jam gila. On the way nak ke museum nie, sempat la lagi I mengutuk taxi driver nie, I kata tipu bla bla dalam bahasa melayu, dia bukan paham pun even kalau dia paham, I peduli apa. Bila dah nak dekat kat tempat situ, kita orang tengok ramainya mat salleh nie and merata-rata, its either dorang bejalan-jalan or melepak kat kedai makan and almost 80% of them. Kepala I pun terjengau-jengau la tengok landmark kiri kanan and curious apa yang buat dorang nie ramai sangat. Anyway, tempat yang kita orang pegi nie tak ada la jauh sangat tapi jam, mak datuk.. resah I lama-lama confined dalam taxi nih. Bila dah nak dekat sampai, kita orang mintak turun and jalan ke tempat tu sebab tak jauh dari stranded kat jam.
 

Keluar je dari taxi, wah.... terkesima I kejap tengok view dan kawasan yang cukup luas and beautiful itu. The weather, walaupun tengahari tapi sejuk, rasa macam jalan dalam aircond bersuhu 20C, langsung tak berpeluh plus the angin yang nyaman. I love their weather during this time around. Surprise kan? Padahal Bangkok and KL tak ada la jauh mana... Kalau jalan kat KL, selangkah dua je dah lenjun.. (mulalah buat comparison dengan tanah darah tumpah ku). Sebelum pegi ke museum dorang, I sempat lagi pose kat satu tugu nih, tah tugu apa, I tak baca tapi yang penting pose berahi 80’an beb....

After that we went straight to the museum. Dari luar, kita orang tengok, eh..kecik je and nothing yang impressive pun. Lepas husband I beli ticket, I pun buat pose-pose snap and took a few pics sebelum masuk. Masuk dalam, mula tu gigih I baca la fakta-fakta sejarah dorang but tak lama, kejap je, selebihnya posing-posing “milik siapakah gadis itu”, gadis? *terlentang. So much for saying and wanting to learn about their history, buek... Tak ada la besar or banyak sangat khazanah dorang nie. I cakap kat husband I, kita nie pegi museum but did we learned anything other than taking pics, hehe.. husband I kata, adaaaa... Oh yeah, masa kita orang masuk situ, kebetulan budak-budak sekolah buat rombongan pun masuk sama, cepat-cepat kita orang blah from one place to another sebab nanti sesak.


Lepas abis round kat dalam tu, we went outside to go to another building, which is the Budhhaisawan Chapel. Masa nak pegi situ tu, I hesitate, I tanya husband I, kita masuk ke and tak apa ke kita masuk nie. Husband I kata, tak pe bukan kita nak sembahyang pun, we treat their Chapel nie macam kita pegi museum and also other places that we went before. Oh yes, I remember when we were in Paris, we went to the Cathedral Notre Dame and sempat lagi ambik gambar mayat paderi dorang yang diawet itu. Husband I kata, dia rasa ngeri semacam. And also when we were in Rome many years back we watched the late Pope standing at his balcony, waving his hand to all of us down below. I ingat lagi semua orang tunduk, lambai-lambai and doa-doa, I dengan husband I aje yang tercegat kat situ and siap snap snap gambar lagi. So anyway, before masuk dalam Chapel Buddha nie, kita orang ambik a few pics kat luar and then husband I kata, masuk je. Masuk dalam je, I terus mengucap dalam hati sebab I takut tiba-tiba hati I menyeleweng and sari colour orange menjadi pujaan la pulakkan...nauzubillah.. Sempat lagi I bisik kat husband I, I kata jangan la ada “benda” ikut kita balik nanti, eee..mulut I nie choi...Husband I kata, ish seram-seram jugak la. We took a few snaps and then husband I suruh I duduk kat depan patung and dia nak ambik gambar I kat situ. Oh, if he only knew, what is my feeling during those moment... I tak cakap kat dia, tapi I rasa ngeri semacam and serasa bagai ada yang hendak menerkam belakang ini ataupun tiba-tiba ada la pulak kuku yang mengaru-garu tengkuk ini... ahhh.. me and my wild imagination. Menanti husband I menekan punat camera yang mengambil masa hanya beberapa saat itu bagaikan bertahun lamanya dan membuatkan jiwa I hilang arah. Dalam pose dan ketapan gigi, I tanya dia, dah ke, dah ke tapi bibir ini masih menguntum senyuman minah senget, pose tetap pose walau dalam keadaan apa sekalipun.. Hantu korang yang seorang ini pun pandai takut jugak tau ekeke.. Dalam pada keresahan sempat lagi I sorong another camera, in case yang kat camera satu tak jadi wakaka...


Then we went to yet another building “The Red House” yang menempatkan barangan peninggalan King and Queen dorang yang dahulu kala such as perabut-perabut lama, tembikar etc. Dressing table pun ada, itu sudah wajib, siap dengan cermin muka yang sungguh ancient itu, semua la barangan ancient, yelakan kalau dah kurun ke 16, 17 etc..maunya tak ancient. Just imagine, the furniture, bed and all yang pernah digunakan, baring-baring, pijak-pijak oleh dorang nie dulu-dulu and we got to see it... It is like mmm..macam mana I nak explain.. I can picture during those moment, without the electricity and hanya bertemankan lampu-lampu pelita..suasana persekitaran, bunyi cengkerik, unggas-unggas or how dayang-dayang and pengawal yang mengabdikan diri kat King/Queen and kaum kerabat dorang.. cater to their ever whim.. nostalgic kan? 
On the way keluar nak pakai kasut balik, sempat la jugak I terdengar mat salleh couple nie cakap pasal the process of taking off their shoes and how they/he feel about it..hmm..interesting.. byk songeh la dorang nie.. Datang negara orang, ikut la adat orang bongok... but then it’s their opinion.. After buang air kecil, we decided to go out of the museum. Nun..di sana tersergam indah, their famous temple, called Temple Emerald. But we decided to go on our next trip, since I tak bawak camera nikon yang gedabak itu and beside, mana boleh I pakai baju yang sama kannn... tak syok la tengok gambar nanti, furthermore, I already put aside apa baju I nak pakai kalau pegi situ nanti.. aha! Perasan model international itu penting walaupun versi ayam katek saje...



Sementara pikir nak makan apa, we ate our breakfast/pancake that I made this morning. Thanks God I terpikir nak bawak, kalau tak sure kebulur nak cari halal food although lepas makan pancake nan sekeping I still rasa tak puas, but its better than nothing. We walked around and looking for a taxi to take us to the BTS and decided to go to the tourist information and look for a map or anything. Bila dah nak dekat sampai kat tourist information suddenly something caught my eyes, ada one stall bertanda halal. I was so happy! God is Great. Dalam keadaan lapar dan kepenatan Allah always provide and show the way without we, hambanya knowing it... Syukur Alhamdullilah, walau sekadar stall kaki lima. Kalau kat KL, jangan harap la I nak melepak and makan kat tempat-tempat open air macam nie. Even kedai mamak pun I tak nak pegi. But, I tell you Bangkok change me..ke in this case desperation out of hunger kah kah... Terus I ajak husband I makan. I ordered the simplest food sebab tak berani nak makan yang out of the my ordinary especially kat tempat-tempat macam nie yang tidak dapat di pastikan akan kebersihannya. I ordered nasi putih and soup ayam tak pedas. Husband I ordered nasi kuning and beef. Bila food sampai, I tengok eh..sikitnya nasi and bila tengok soup ayam, alahai..sedih but bila I makan aje... OMG, it was so yummy. Rasa macam nak menangis je, punyalah sedap haha.. Who would have thought, the simplest looking dish can be the most delicious one. Soup ayamnya yang masam-masam, panas, bau daun soup dan juga bawang goreng itu menambahkan selera I and I never taste soup ayam as good as this one, first time dalam hidup ku yang dah empat dekad ini. Then husband I suruh rasa beefnya yang sebesar chewing gum itu, oh... dagingnya sangat lembut dan bercerai bila masuk ke mulut... sedap gila, I tell you.. I was so happy and satisfied with my food and it cost us around RM12 aje, just the food, as for air I tak order since tak berani minum air sebarangan especially kat tempat macam nie.. I minum air yang bawak dari rumah.

Lepas makan, kita orang tanya tuk-tuk berapa kalau nak hantar pegi nearest BTS, dorang cakap 300baht.. ah sudah.. I kata kat husband I, tak payah je. Then I tengok ada pakcik sorong ice cream, I beli dua batang sebab lepas makan kena la ada dessert kann.. Husband I tak nak makan. Then kita orang cuba tahan taxi but satu pun tak nak berhenti sebab jam teruk. Then we walk along the place and sampailah ke satu tempat and I tengok ramainya orang kat taman nie, ada yang tidur and lots of them sell the same thing, whistle with Thai’s flags etc. I kata kat husband I, nie macam yang orang bawak untuk rally aritu je, husband I kata, tak ada lah. Anyway, kita orang jalan merata-rata cari taxi but langsung tak ada and kebetulan masa bediri tengah pikir akan nasib ini, dua buah motorsikal beruniform orange, one of their mode of transportation but using motorbike with the driver tengah bediri, parking kat situ. I cakap kat husband I, naik je la motor nie, mula-mula husband I tak nak, you know la, dia nie bukannya jenis yang adventure, tak macam daredevil wife nya ini, sambil menunjukkan bicep yang bersaiz chicken wing ini.. Then I kata, we got no choice, taxi tak ada, tuk-tuk charge mahal, tapikan sebenarnya, I memang teringin nak try bila I tengok ramai customer membonceng motor nie merata-rata.


Then husband I tanya harga, mula-mula dorang nie cakap, 200baht sorang, I cakap no, one person 100baht. 100baht for me and 100baht for my husband, two motorcycle dengan menunjukkan isyarat tangan. Both of them setuju. Kalau nak harap husband I nak negotiate, baik tak payah, sometime we have to be firm. Makanya ber joy ride la kami pasangan suami isteri. Gila babas dorang nie bawak motor, rasa macam bertempiaran nyawa I terbang. Tiap ceruk, pavement, corner semua dorang cilok dan naik. Sometime, we’re in between two cars and sometime belakang and depan bus, kena hon sana sini. Kadang-kadang motor yang husband I naik kat depan, belakang and tepi motor I. Bila dekat sangat dengan kereta or motor, cepat-cepat I kepit kaki I ke motor rapat-rapat. Patutnya I duduk macam naik motor but instead I duduk macam orang naik vespa. Debu-debu tu jangan kira la, habis badan I bau asap segala jenis bau, you name it. I tengok orang yang membonceng semua pegang kat tempat handle seat but not me, I pegang bahu pakcik motor nie, I don’t care sebab I takut I terjatuh. Kadang-kadang I imagine and perasan I kat filem je dengan rambut I yang berterbangan bebas and how I wish Ryan Gosling yang bawak motor nie, for sure pinggangnya ku peluk erat wakaka...ini, pakcik gigi karat dan berkulit sawo matang dan berusia la pulakkan... Dalam pada itu sempat lagi I snap gambar I sendiri and bila ada traffic light stop, I suruh husband I ambik gambar I cepat-cepat ahaha...

Jauh jugak BTS yang pakcik dua orang nie bawak oh gosh, I tell you, what an experienced that was. Siapa yang berani and nak rasa adernalin rush, I suggest you try la at least once. You will never regret, I la tak regret, kang korang yang try and regret cari I.. mampus I haha.. To me sweet memories la and I never felt so good in such a long time. It’s like I just woke up from a long sleep. But you know what, kalau tak desperate cari transport, I tak akan dapat naik and experience this. Jangan harap la husband I saje-saje nak naikkan... After that, we went to Gourmet Market at Siam Paragon to do a lil’ bit of marketing but hati ini tak habis-habis excited!

Tuesday, December 10, 2013

Aku, Drama Dan Emosi..


(Yesterday was the last day of anti government demonstration. I boleh dengar and nampak from my condo akan perarakan itu dekat main road. Ramainya orang berjalan-jalan and sangat panjang. Rasa macam nak capai je camera, turun and take a few snap ala-ala CNN reporter la pulak kan but memandangkan I nie chicken, manala tau something bad happen during those rally ke so I hanya mampu memerhatikan dari jauh dan mendengar akan suara leader dorang yang serak pecah itu di corong-corong loud speaker tanpa memahami sepatah haram pun yang di perkatakan. Bising with all the sorakkan peyokong dorang nie)

Anyway, this is one of or should I say maybe my the longest entry blog ever hehe... Thank you for being so patience, percayalah, pernantian anda sangat berbaloi *alahai perasannya I, macam la best sangat cerita I...

Here goes...

I was supposed to attend my younger sister, Mbo’s convocation at Putra Jaya and we had planned it about a year ago but since masa I surgery aritu husband I kena jaga I for two weeks, makanya plan I terpaksa dibatalkan. Husband I kan baru kerja dua bulan kat sini and itupun dia bernasib baik dapat cuti walau kalau nak diikutkan mana boleh kan. Furthermore, kerja husband I bertimbun disebabkan cuti tu and also dia ada meeting on Friday, the day that we were supposed to fly back to KL. Frust la jugak I sebab I dah siap-siap bawak baju and kasut dari KL aritu and ingat bila touch down kat airport, terus check in hotel kat putrajaya without balik rumah kat KL. Well, apa nak buat, kita hanya mampu merancang, the rest is up to Allah. But I’m so proud of her. So I called Mbo a few days before the event and told her that I can’t make it. She said, it’s ok, nanti dia akan buat Master and masa convo nanti I mesti datang.

Anyway, about three weeks ago Wo, Mbo and myself had a conversation/whatsapp, with me asking them particularly Wo (memandangkan umur kita orang dekat je, beza dua tahun), whether she has this some kind of a floaters, a dark spot thread and a bubble things wandering in her eyes. Dia cakap dia tak ada. Then Mbo said, I better check it out, it might be a retina detachment. I kata ok nanti I check dengan doctor mata kat sini. After the conversation, I pun google la and I was so shocked to see that my symptom nie exactly like retina detachment punya disease and it is very dangerous. I pun teruslah jadi emotional, susah hati, depress, sedih, kecewa you name it. I jadi sangat risau, terus la terbayang yang I nie bakal jadi buta kalau terlambat (it has been a few years since I first notice those floaters etc.) and tak akan dapat tengok movie or tv lagi (ada ke itu yang I pikirkan, maklumla hobby teragung). I langsung tak ada mood nak buat apa-apa. Husband I cakap jangan risau, I belum check doctor lagi but I kata memang confirm I dapat penyakit mata nie according to the google and I’m very sure of it. I pun start la bergenang air mata but I cuba tenangkan hati I dan pasrah la dengan apa yang bakal menimpa. Bila I baca pasal recovery nie lagi la I hati I bertambah kacau bilau sebab teruk sangat and some regain dia punya sight balik after many years and some terus buta. And sakit lepas surgery tu jangan cerita la, separuh tu cakap kepala rasa macam kena tendang dengan kuda...huhuhu.. Oh.. you should see how down I was during those time.

I cakap dengan husband I regardless what it is, I akan buat surgery di KL instead of Bangkok. Don’t worry about whose going to take care of me, I tau la macam mana nanti. Husband I kata, dia akan berhenti kerja kalau dia tak dapat cuti, wah.. drama sungguh. But still husband I cakap, don’t worry about it, its nothing and dia confirm I bukan kena retina detachment nih. Tapi I mana nak dengar nasihat or cakap husband I, lagi dia nak bagi I tenang lagi la I bertambah risau. Tiba-tiba I jadi alim semacam la, terus nak bertaubat la, kejap-kejap berzikir, tasbih bawak merata-rata, sembahyang pun jadi khyusuk, lepas solat terus baca buku-buku agama and baca yassin walau dalam bahasa rumi, then teringin nak pakai tudung bagai, siap dah plan nak pakai tudung labuh lagi you and try pashmina lagi..haha.. Selalu lepas solat, doa I pendek-pendek je but not during that time, doa I punya la panjang rasa macam tak nak stop aje.. Kejap-kejap I memujuk hati sendiri, I cakap dalam hati, tabah la hati, berserahlah, terima la ketentuan Allah, Allah sayang kat I sebab tu I have all this dugaan, this is nothing, orang lain lagi teruk, kalau I nak buta, buta la kalau itu yang terbaik pada Allah, biarlah I terseksa di dunia asal I bahagia di akhirat or masuk syurga nanti... ah... syahdunya.. All kind of motivasi diri lagi you... Tiba-tiba all the quotes yang bagi kuat semangat or think positive sungguh bermakna bagi I.. selalunya I sekali baca je...

Then I google cari the best hospital mata kat Bangkok and sambil tu I suruh husband I book appointment doctor mata kat KL. I kata I want a few opinion before I decide but walau apa-apa pun I nak buat surgery kat KL. I baca merata-rata forum expat kat Bangkok pasal best doctor and hospital mata. Then I found one, Rutnin Eye Hospital Bangkok. Katanya Thailand Premier Eye Hospital for over 49 years and the only one at Bangkok yang mainly cater to mata sahaja. Then I called my husband and asked him to book and make an appointment with the doctor.     
 

Makanya, the Saturday’s Mbo’s convo was the day I pegi ke hospital mata ini. But that night sebelum pegi, I dah tak dapat tidur. Again, macam kes I yang nak kena surgery nenen kat KL aritu and same goes to masa surgery gallbladder dulu kala. Oh, I tell you, malam tu kejap-kejap I pusing kiri kanan and terjaga dengan dengkuran husband I. Dada I berdebar-debar memikirkan apa yang akan berlaku or news yang I akan dapat nanti. I dah rehearse apa I nak cakap dengan doctor, apa baju I nak pakai and how am I going to react to the news.. hoho.. kena rehearse ke? Sesambil tu I berzikir sambil berbaring nak tidur dengan tasbih tak lepas dari tangan sampai la I terlena berzikir benda lain and terkejut balik. I terlelap kejap and around 4am, I terbangun and tiba-tiba airmata I mengalir bila mengenangkan nasib ini.. (huh..self pity la sesangat). Ilham buat puisi tiba-tiba datang non-stop, berbagai prosa, metafora, you name it, berlegar-legar di fikiran usang ini wakaka..wah... kalau dah berdarah seni darah seni la jugak...*lentok. Punyalah dramatic sampai tak tau nak pilih mana satu tajuk for my puisi ini contoh Meraih Hati Yang Rawan la, Hati Yang Germisi la, haha..shit punya title!. 
 

Next day tu, pagi-pagi lagi kita orang dah keluar rumah since the appointment was at 9.30am but we have to be there around 8.30am. I pakai spec instead of contact lense, leceh nak bukak-bukak and nak kena bawak solution lagi. Lepas turun dari BTS, kita orang ambik taxi. Sampai kat hospital I tengok kat ground floor tempat mendaftar tu, orang tak ramai and hospital nampak kecik aje. Ingat nak snap gambar tapi since I tak ada mood, I kata dalam hati nanti la. Lepas register dan diberi nombor giliran, kita orang naik second floor, bahagian retina. Bukak je lift, oh..ramainya manusia and same goes with the nurse, ramainya nurse kat situ.. muda-muda dan sangat cute. No wonder la some of the forum expat yang I baca, ada a few mat salleh pegi hospital lain not hospital mata nie, puji-puji the nurses kat bangkok. Seriously, muka dorang nie lebih kurang, kecik, slim, kulit putih, rambut hitam bersanggul, bertopi, same uniform, maunya mat-mat salleh penasaran tak suka. Yelakan.. perempuan mat salleh or their nurses kat negara dorang kebanyakkan badan tinggi besar-besar, tua-tua, shape muka bersegi and perangai dan juga cara percakapan pun agak kasar dengan muka masamnya lagi. Ini bukan I cakap but base on the comment yang dibaca, kang ada yang kata I bias just because I nie asian..haha..like I care? So anyway, 80% orang or patience kat situ adalah local, tak tau la pulak kalau some of them orang asia dari south east asia jugak, al maklum muka kita nie kan lebih kurang je.

While waiting for my name to be called, I suruh husband I ambik kan air yang dah disediakan kat situ, air mineral or chinese tea. I mintak dia ambikkan air mineral aje sebab kalau minum chinese tea, chances of me kejap-kejap pegi toilet is very high. Sementara tunggu nama I dipanggil, I saw satu pasangan suami isteri yang I presume datang dari somewhere in timur tengah/Pakistan/India (berdasarkan wajah dan juga warna kulit and definietly is a muslim sebab bini dia pakai tudung/jubah) in front of my seat. Well.. hehe..need I say more? Yea, kakak korang yang peramah ini pun menegur la dengan gigihnya. I tanya, dorang nie jumpa doctor kenapa and which one of them yang akan jumpa, although I know sure yang lelaki nie sebab dia pakai spec but who knows la maybe bini dia ke. So husband dia pun cakap, dia yang nak jumpa. I kata bagus ke hospital nie? Dia kata bagus and it was not his first time. About five years ago dia pernah datang sini. This time dia datang nak buat check up aje. I cakap I dari Malaysia, bila dengar je nama Malaysia, muka dorang berubah wajah ceria, yelakan siapa tak kenal Malaysia, thanks to Tun. Bini dia tanya, Malaysia tak ada good eye doctor/hospital ke. I cakap, husband I kerja sini sebab tu I datang sini je. Tak lama kemudian, nama I di panggil and we have to go to another section. Lepas mintak diri, sempat lagi I bagi salam. Then we went to the counter and bagi our file. Tak lama kemudian husband I cakap nama I di panggil although I tak dengar. I kata no lah, it’s not my name and it can’t be that fast. Husband I insist that I should go to the nurse at the counter yang supposedly called my name. I pun pegi and tunjuk my number, nurse tu suruh I duduk. Apparently, it was not my name. I sungguh geram and malu sebab dua tiga kali I tanya-tanya nama I di panggil and berdiri-diri kat situ. Then I bejalan balik sambil pandang muka husband I dengan mengerutkan muka I. I cakap, I told you, it’s not my name. Masa tu I rasa macam nak telan aje husband I. Orang kat situ pandang-pandang I. Then I duduk balik. Dia kata, dia dengar macam nama I kena panggil. I kata bukan la dengan muka gangster lorong I ini. Husband I memang tau...selalu bagi I scene malu yang tak sepatutnya..

Lepas duduk tu, I perasan ada dua lelaki and sorang perempuan kat belakang I. Sebelum tu I ada tengok dorang tunjuk passport kat counter masa I duduk-duduk and I guess dorang nie bukan local sebab local mana ada tunjuk passport. And haha.. I pun tegur la ekeke... (kepoh kan?). I tanya, where are you from? One of the guy nie cakap dorang datang dari Kemboja sambil senyum-snyum kat I (thanks God, he didn’t find me annoying, ye ke?). I tanya siapa yang nak jumpa doctor, dia kata kakak ipar dia and dia introduce perempuan tu and also abang dia. So abang dia punya bini la nie. I tanya kakak ipar dia but she doesn’t know how to speak english and muka senyum-senyum kelat je. Adik ipar dia explained, kakak ipar dia nie ada nampak floaters. I cakap, sama macam I. Then I tanya, first time ke datang sini. Dia kata tak, dulu dia hantar mak dia ke sini and hospital/doctor sangat bagus. I tanya, dia datang sini semata-mata nak hantar kakak ipar dia ke dia kata dia ada business so kira menyelam minum air la kan. Dia kata kadang-kadang dia datang and buat check up kat Hospital Bumrungrad. I kata, hospital tu mahal, abang dia terus gelak sebelum tu abang dia cuma senyum-senyum je, although tak tau cakap english, bila I cakap very expensive, tau la pulak dia kan. Then dia kata sebelum nie dorang buat medical check up kat Elizabeth Hospital kat Singapore. Dalam hati I cakap, wah... kaya dorang nie although pakai biasa-biasa, peramah, humble dan berbudi perkerti pulak tu. Dia kata Elizabeth Hospital nie lagi murah (dalam 15% je) in comparison to Hospital Bumrungrad kat Bangkok nie tapi kalau dah kira makan, hotel etc.. lebih kurang sama or lagi mahal kat Singapore.

Tak lama kemudian, nama dorang pun kena panggil untuk jumpa doctor. Then nama I di panggil and di suruh ke section lain. I was asked to remove my spec and nurse kat situ check my spec. Then dia check mata I and cakap wind. I ingat apa la wind wind nie kan. Rupa-rupanya, bila I letak muka I kat machine tu ada angin keluar hembus mata I. Tiap kali angin nie hembus mata I, tiap kali tu jugak la badan I terangkat-angkat sebab sejuk angin tu bukan sakit pun tapi acting je lebih... Lepas tu dia check mata I macam yang kat kedai tu, suruh I baca apa yang kat dinding. Lepas abis dia check, I kena duduk balik kat section tadi. Tak lama kemudian, nama I dipanggil and kena pegi tu another section ( I know, banyak sangat section). Bila masuk the section, I tengok eh kenapa macam ada katil-katil and tirai?. Takan la doctor check kat tempat macam tu, macam makeshift punya tempat je. Then I tengok ada ramai orang tengah duduk, separuh tu tengah pejam mata. Then that kemboja guy berserta abang and kakak ipar dia pun ada. I tanya macam mana dengan kakak ipar dia, dia kata dorang dah jumpa doctor and doctor suruh dorang pegi ke tempat nie and datang jumpa doctor nie balik lepas buat procedure kat sini. Wah... I cakap kat dia, eh, kenapa I tak jumpa doctor lagi and terus ke sini? I pun sibuk la bagitau husband I and then I pun kecoh-kecoh la tanya nurse kat situ, kenapa I tak jumpa doctor dulu sebelum ke sini. Nurse dengan senyum penuh lembut cakap, dia kena letak liquid kat mata untuk bagi pupil I membesar so that doctor boleh check dalam mata I. I kata ok walau tak habis-habis I cocet dengan husband I, tak puas hati la kan.

Then nurse tu suruh I duduk dekat machine untuk check my blood pressure. And as usual, blood pressure I naik. Dia kata tak apa nanti dia akan check lagi. Then I duduk balik kat seat. Lepas tu dia kata nak letak liqiuid kat mata I. I tanya sakit tak? Dia kata tak cuma pedih sikit-sikit. No wonder la perempuan kat sebelah I pejam mata sambil mendongakkan kepala ke atas. Sebelum dia letak, nurse nie cakap, mata I akan kabur for a few hours or sampai petang. Lepas dia titik liquid tu, I tanya, boleh ke I bukak mata. Dia kata boleh kalau tak pedih. Orang kat situ semua senyap, I aje yang bising-bising tanya-tanya soalan hahaha... Bila ingat balik perangai, alahai I nie kan.... Bila I bukak mata tak lama kemudian I terasa pedih cepat-cepat I kipas-kipas mata I and pejam mata I balik. Tapi tak tahan pejam lama sebab sibuk nak tengok orang keliling. I bukak balik mata I sambil tu mencari-cari wajah kesayangan hamba itu hehe.. Sempat lagi I tengok husband I tengah berborak dengan orang kemboja tu. Tak lama kemudian, nurse nie pegi kat I balik and check my blood pressure and seperti yang you all telah sedia maklum blood pressure I lagi naik. Oh, balik nanti I nak jumpa my doctor and insist nak makan ubat high blood la, risau I tau. I dah berapa kali mintak tapi dia tak nak bagi jugak. A few minutes later, nurse datang balik and titik balik kat mata I. Dia kata, dia kena titik tiga kali after a few minutes. Lepas abis procedure nie, I ingat sure kena baring kat katil yang ada tirai-tirai nie but I was asked to go back to the same section before untuk jumpa doctor.

Balik ke section tu, I tanya husband I mata I macam mana. Husband I cakap anak biji mata I besar. Gelak-gelak dia tengok. Then I ambik cermin and I tengok sendiri..hehe... memang betul, pupil kita yang biasa kecik ini jadi besar, macam tak cukup ruang untuk iris macam mata orang makan meth je. Husband I cakap ada iras-iras mata ular. Really kelakar tau, mata I macam mata kartun manga. Then I pegi toilet kejap walaupun tak ada rasa nak buang air kecil, mana la tau masa doctor check tiba-tiba I rasa macam nak buang air kecil ke sebab nervous and all. Tak lama kemudian serasa bagai nama I di panggil oleh nurse and husband I suruh cepat-cepat masuk. I masuk je I tengok, eh, kenapa doctor nie nampak muda bukan yang macam I tengok kat internet. I terus tanya, what is your name doctor. Sekali doctor tu tanya I balik, what is your name.. hahaha.. Then I sebut nama I. Then nurse tu tengok kat file yang dia pegang and it was not my turn yet. And it was not my name that she called. Then I dengan husband I keluar balik, aisyemen, how many time I nak kena malu nie? On the way nak keluar dari bilik doctor, I cakap kat husband I, I swear I heard my name and husband I cakap dia pun dengar sama. Lepas tu I cakap kat husband I, agaknya nenek tua kecik rambut beruban, berkain batik berselisih dengan I masa I nak keluar bilik doctor and dia masuk tu agaknya kot yang nurse nie panggil and maybe nama dia sama dengan nama glamour (la sangat) I tak?

Lepas nenek tu keluar, tak lama kemudian nama I pun di panggil. Doctor baca I punya file and I explained kat doctor pasal I nampak floaters, macam rambut halus, bubbles kat mata I. I cakap yang bila I pandang something, it seems that ada a few spot menghalang pemandangan I but I still can see the things or figure in front of me. Then doctor pun check mata I yang macam check mata kat kedai mata but lagi sophisticated. Then dia suruh I baring tanpa bukak kasut. Then dia tutup lampu and dua nurse bediri kat sebelah dia. Masa dia pancarkan lampu kat mata kanan I, meleleh-leleh airmata I, bukan sebab I sedih tapi keluar automatically. Dia suruh pandang atas, bawah, kiri dan kanan. Then bila dia pancarkan lampu kat mata kiri I pulak, oh, this is a bit uncomfortable sebab selain dari airmata I keluar meleleh-leleh, I rasa silau yang amat sampai terangkat kaki I. Doctor tanya I kenapa, I kata mata silau sangat. Then doctor said something to the nurse and nurse tu kurangkan aircond, mungkin dia ingat I sejuk.

Lepas tu nurse bukak lampu and doctor explained kat I and husband I. I tanya, I ada retina detachment ke. Doctor kata no and mata I tak ada apa-apa. Ya Allah! I was so relieved. Buat penat aje I menjeruk perasaan selama seminggu lebih itu. Dengan all the drama, the sadness, the airmata selju bergenang, dengan depress, dengan segala puisi syahdu, tak lalu nak makan la, siap dah plan nak practice kalau lepas kena surgery – nak baring macam mana la, siap pikir nanti kalau I terbuta macam mana nak bejalan, baju nak pakai, cara nak masak, buat air tea/coffee bagai..oh dear, I know, imaginasi I memang melampau dan tak terjangkau oleh pemikiran korang hehe but honestly, that is what I had gone through and over nothing! Then doctor cakap, I punya power sangat tinggi and beside I dah berumur *merana..itula punca kenapa I ada this floaters and all. I tak puas hati, I tanya lagi sebab nak confirm pasal retina detachment tu. I tanya tak ada tear ke, dia kata tak ada. How about benda yang cover penglihatan I yang macam flash. Doctor tu kata, mata kita nie macam kulit, kalau pinch hari-hari dia akan jadi macam tu. Then I tanya, apa I kena buat and boleh hilangkan ke. Doctor kata, tak boleh hilang, as we grow old benda nie akan ada kat setiap orang. So stand by la korang nanti yea..hoho... Then doctor sambung lagi, eat lots of vegetables and fruits. I tanya bila I kena datang lagi for check up, doctor kata, datang after six months or check once a year.

Lepas keluar dari bilik dia, kita orang nak turun ke bawah untuk bayar bills and ternampak gang kemboja nie. I tanya macam mana dengan kakak ipar dia, dia kata, tak ada apa-apa cuma abuk. Dia tanya I punya case, I cakap I dah tua sebab tu la nampak all this things then all of us gelak. Then we said our goodbye. On the way nak turun, husband I cakap, kan dia dah kata, bukan retina detachment and dia sangat confident itu bukan. I kata kat husband I, macam tak puas hati je. I kata balik KL nanti I nak pegi check lagi sekali. Husband I cakap, I pegi doctor mata, apa yang I tak satisfied, dia dah diagonse I tak ada apa-apa, dorang ofcourse expert dalam bidang nie and he has all the experienced and he knows what he’s doing and talking about. I kata, yela yela... Bila keluar dari hospital nie, oh... punya la terang benderang, sampai I tak boleh nak bukak mata sebab silau yang amat. This is due to the pupil I yang masih dilated lagi and it will take a few hours or until the evening for it to go back to it original size. I bukak spec and pakai spec hitam. Jadi bertambah kabur la pulak. I berpegang kat husband I macam orang buta, kalau bawak tissue memang confirm orang ingat nak jual and mintak derma. Originally husband I ajak naik taxi tapi I insist on bejalan, ingatkan dekat, berpeluh habis dengan panas and with all the vehicles around. During those bejalan moment, husband I asyik merungut, jauh la, panas la, mana BTS nie tak nampak-nampak and dia siap tanya guard kat one of the building betul ke jalan yang kita orang tengah menapak nie jalan ke BTS. I kata jangan nak malas-malas.. exercise... Husband I pulak bejalan agak slow, I fed up I terus jalan ke depan dengan rabun nya lagi and tah macam mana sikit lagi motorsikal nak langgar I masa I seberang jalan. Husband I cakap, penunggang motorsikal tu siap geleng-geleng kepala lagi. I kata, you la jalan slow sangat. Husband I cakap, sabar la.. Balik dari situ, kita orang lunch kat restaurant kat MBK. During makan tu, Mbo hantar gambar gambar dia convo dan dorang yang attend such as Mummy, Wo and laki dia. I kata kat husband I, rasa rugi la. Husband I kata, tak apa, dah fated you tak dapat pegi walau macam mana you merancang sekalipun. Allah knows better. Yela.. Ustad...

Lastly, in my opinion and base on my experienced, Rutnin Eye Hospital nie sangat bagus dan efficient walaupun ramai patient. Service sangat teratur dan hospital sangat bersih. Harga berpatutan, tak mahal. Layanan amat memuaskan. Air minuman mineral and chinese tea sentiasa ada di setiap floor, bukan pakai botol tapi pakai gelas yang ditutup dengan plastic. Orang-orang and nurse kat situ baik-baik, helpful, polite and sentiasa senyum melayan kerenah.... I ler. I sampai pukul 9.00am kat hospital tu, pukul 12pm dah keluar..  Anyway, balik rumah husband I cakap, wah... semua orang I tegur tak kira bangsa.  Dia kata I patut join politik,  I kata I tak minat nak join politik sebab I tak sanggup nak fitnah or back stab orang.  Husband I cakap, I punya marketing sangat bagus.  I kata nasib I tak gunakan mulut I yang peramah nie untuk menjadi Miss putar alam, tipu sana sini.  Then  husband I cakap, campak la I kat mana-mana and sure semua orang I tegur and kalau kat pekan-pekan kecik mesti merata-rata orang dah kenal, who knows boleh jadi mayor... I cakap, ahh...sudahlah..

Sekian catatan I untuk kali ini.... 

Monday, December 2, 2013

Bangkok Yang Kelam


Hari nie dah lapan hari kota Bangkok berada di dalam keadaan yang tidak berapa tenteram with the demonstration whereby pihak pembangkang tak agree with the policy of the present government. It started last Sunday, we even called Lilyn our house agent and asking whether it was safe for us to go out, dia kata don’t worry, rally nie peaceful and we can even come and have a look. Dia pun ikut sekali dengan penduduk Bangkok nie. Dia kata yang buat rally nie orang-orang professional such as doctors, lawyers etc.. But we decided it is best for us just to stay at home beside on Saturday tu I dah pegi doctor, thanks God (nanti I cerita), kalau tak sure jammed or who knows kan. Anyway, last Monday tu husband I pegi balik kerja macam biasa. But on Tuesday office husband I mengarahkan all of them to balik pukul 2pm. Then next day Wednesday all of them kena balik pukul 10am and office ditutup until further notice kerana dikhuatiri orang yang berdemonstrasi ini akan menceroboh masuk sebab parti pembangkang nie target government office.  Malam tadi, Wo and Mbo whatsapp I and cakap dorang risau kan I kat sini.  Wo suruh register kat Malaysian embassy (which we have yet to do it, husband I asyik tak ada masa ) and Mbo siap suruh balik Malaysia lagi.  Sayang jugak korang kat I eh? hehe..  Lydia pun ada whatsapp tanya-tanya.  I baru nak whatsapp dia nak tanya pasal demam dengue dia and sempat la story pasal cucu sedara  yang cute itu.. Can't wait to see them...

Makanya husband I pun dengan penuh gembira menerima “cuti” percuma iaitu starting from last Thursday, Friday and now Monday. On Tuesday tu since balik kerja awal, sibuk la dia ajak I pegi supermarket. I tell you, bab-bab “beriadah” ke supermarket nie memang his favourite things. Ini adalah hobby beliau yang terunggul, I think this is his retail theraphy and me too hehe. Like I told you guys before, pasal tolak trolley tu memang tugasan dia termasuk bab-bab beli ikan, ayam dan buah-buahan. As for me, I bahagian sayur-sayuran dan barangan kering. Oh yeah, we went shopping at the opposite direction of Bangkok (CentralPlaza Ladprao) and not in the middle of the city. On the way balik dari beli barangan dapur nie sempat la jugak I mencapai satu bag and satu hood cute-cute ada telinga bagai for winter season muehehe.. kasi chance la kakak korang melaram walau di negara tropika ini... *lemas....

Sampai rumah, kita orang perasan that there is one more plastic bags full with chicken’s part and also beef steak hilang or tercicir. Being the control freak that he is, puas la husband I memikirkan di manakah kehilangan bag itu and siap turun naik lift nak cari and berteori sorang-sorang. Husband I is very particular about counting all the plastic bag or things that we carry. So next day, husband I ajak lagi pegi ke supermarket kat situ untuk beli barangan yang hilang. The thing was, we were so excited about the halal beef steak that we found at this supermarket since it was so hard to find in other supermarket throughout Bangkok, yang tak halal tu ada la bertimbun. This time husband I make sure semua ada and he kept on checking and counting how many bags that we’re carrying even handbag I pun dia nak sling kat badan dia wakakaka... he is so paranoid! Anyway, lepas abis buat marketing, kita orang lepak makan kat situ, thanks God for kebab turkey halal or berkeriuk la perut...


The next day, husband I ajak lagi pegi supermarket dengan alasan dia nak makan cereal for breakfast since dia tak kerja. But this time we went to Villa Market (like I said on my previous entry, Villa Market nie is cater to the expat tapi tak de la banyak mana pun barangan import, still barangan local jugak yang banyak) since it was the nearest to our condo and we can just walk for about 10 minutes. Masa nak bayar tu, tiba-tiba cashier nie cakap, I beli dua crackers dapat satu free. I kata tak ada tinggal dua aje, then assistant dia masuk balik kat aisle tu and cari-cari. I kata, it’s ok for a few times, ala..setakat satu keropok free apa la sangatkan. Sampai kat counter, I cakap kat cashier yang berwajah takut-takut senyum tu, it’s ok, don’t worry and dia tanya, no problem? I kata no problem sambil senyum-senyum, then dia cakap something dengan assistant dia, then assistant dia cau and datang balik bagi kita orang free gifts, satu mug and satu tabung air. I kata wah... thank you so much, dorang siap tunduk-tunduk lagi. Masa nak balik, dorang kata bye-bye lambai-lambai banyak kali and senyum-senyum. Tak pernah dalam hidup I dengan husband I sepanjang-panjang kita orang beli barangan kat supermarket kat KL/Malaysia, pekerja treat kita orang macam nie. Kalau kat Malaysia, dorang akan buat tak tau je kalau barangan free dah tak ada stock sambil menjuihkan mulut yang macam pisang kaki itu. Mula la kita orang buat perbandingan.

After that we just stayed at home even on the weekend. Tak berani keluar ke mana-mana sebab kang tak pasal-pasal kena penyembur gas mata. I tell you, since husband I di beri “cuti” nie, my whole schedule had gone haywire. I can’t do the thing that I normally do and he is so annoying. Mana-mana I pegi hatta buang air kecil pun dia mesti cari. Kadang-kadang I buang air besar pun dia ajak berborak, ada ke? Dengan nak menerannya dengan menahan baunya lagi dengan nak bercakapnya dengan I nak baca buku lagi.. haiyaaa.... Lepas tu asyik-asyik ajak tengok tv or movie je, bosan I. Lepas tu tanya-tanya, apa I buat, apa nak masak or nak makan, nak pegi mana, tak mandi lagi ke etc... rimas I tau. Itu belum lagi part-part dia menyakat I dengan bahasa tamil yang dia siang-siang dah record kat phone dia (next time I cerita, jangan la percaya dengan janji manis I sebab I mesti lupa). Mood I nak update blog pun terbengkalai (konon, padahal... ), alasan mesti ada babe * senyum simpul... Tak baik merungut macam tu, kang orang tu “pegi” dulu baru padan muka I, baru terhegeh-hegeh meraung mintak dia balik...Ungrateful wife!

Ok, here’s the best oh no, the greatest thing about him ada kat rumah. Pagi-pagi lagi husband I dah masak air, buat air teh or milo for the both of us Then dia sibuk buat breakfast, rebus or goreng telur, sausage. Around 10 or 11am bila I kata I lapar lagi (manjanya I hehe..), dia akan goreng nugget or chicken fingers or chicken ball. Bila time I nak masak, dia akan join I, masak nasi, basuh sayur, pinggan or benda-benda I dah guna, sapu lantai, lap cabinet etc. Lepas tu dia offer nak basuh baju kat washing machine. Bila I dah abis masak dia akan lap dapur letrik. Lepas makan dia akan basuh all the dishes, dia akan potongkan I buah and petang dia akan buatkan I air teh. Rasa macam tulis kisah harian bibik la pulak wakaka.. jahat I. Sayang you tau walau you annoying sesangat... tetaplah nak kutuk... hehe..

So anway, blog I dah berusia empat tahun you... I baru perasan semalam.. Tak tau nak bagi speech apa this year, cuma this blog is the longest ever and I hope I will continue with this one for as long as I live. I hope you guys enjoy reading my personal thoughts, stories etc as much as I enjoy writing and sharing with all of you. Oh, it’s advisable not to go to Bangkok at the moment tapi kalau nak datang jugak make sure jangan pakai baju colour merah atau kuning nanti kena terajang... hehehe...
 
Sekian catatan I untuk kali ini...

Wednesday, November 20, 2013

Update Basi

Ahh... lama I tak update blog I due to something that is bothering me right now... Nanti la I cerita but right now I need to habiskan baki-baki kisah my nenen ini.. Here goes...

Sebelum balik, we decided to singgah kat rumah in law kejap on the way to the hospital to bukak my bandage. I jumpa my bedridden mother in law, I cakap nak terbang balik malam tu jugak lepas jumpa doctor. Mother in law I yang jadi quiet lepas bedridden tiba-tiba cakap, “tak payah balik laaa..” dengan nada sayu, tiba-tiba I rasa terkedu bercampur sedih. I usap-usap kepala dan tangan dia yang mengeletar itu, I cium pipi dan dahi dia, I kata kejap je, nanti I balik sini semula yea. Mother in law I pandang I dengan wajah lesu and then dia pejam mata perlahan-lahan.. Tak lama kemudian, assistant kat clinic doctor called and suruh I datang early than the appointment, I cari husband I tah mana-mana dia pegi. Bila husband I naik atas I cakap dengan husband I pasal apa mak cakap and hospital suruh datang awal. Kita orang pun cakap dengan mak nak kena pegi cepat. Dia pandang I lagi, I tak tau apa nak cakap, then spontaneously, I tarik t-shirt I sampai nampak bandage and cakap nak kena pegi sekarang sebab nak bukak nie...tak senonoh la I, what was I thinking? Lepas tu baru I pikir, eh, tak ke I menambahkan kerisauan di hati beliau... ish ish.. Sebelum pegi, I usap-usap balik kepala, peluk cium pipi dahi, tangan and cakap I akan visit dia lagi.

Then I turun bawah nak jumpa kakak ipar I, kak Aya, dia kat dalam bilik mandi, I cakap I nak kena pegi hospital and malam terus terbang then I ketuk-ketuk rumah Aiza, dia tak dengar or tidur kot.. Then I dengan husband I cepat-cepat pegi.. Sampai kat clinic as usual doctor nie punya bilik is always pack with people, perempuan la ramai. Masa I duduk tu, I tengok about four perempuan macam muka cina, tengah cakap dalam bahasa indon. Memang orang bangsa cina kat sana berbahasa indon among themselves. Masa I mula-mula dengar dulu, I hairan sebab ingatkan once orang tu bangsa dia, dia akan cakap bahasa dia. So anyway I was sitting next to this makcik, I pun tanya dia buat follow up ke, dia kata dah buang cyst and all. Then all of a sudden dia cakap kat I dengan slang penang or kedah nya, something like this” tengok dorang nie, bangsa cina tapi cakap bahasa indon, tak macam kita kat sini, sekolah pun mintak segregate. Naik kepala pulak tu”. Wah dalam hati I, ini makcik boleh tahan. Then I cerita kat dia I dengan husband I tinggal kat Bangkok and barangan kat situ semua mahal kecuali baju-baju, harga minyak one liter RM4 and kat sini murah lagi pun dah bising... makcik tu cakap, itula orang kat sini tak sedar diri.. Nak tergelak I. Then I cerita pasal I punya operation and I kata I hope my kesan jahit nanti tak hodoh and I tunjuk kesan jahit I masa buat operation gall bladder dulu..OMG.. kenapala I pegi tunjuk kat dia sambil tarik baju I, kenapa la I tak terpikir orang lain boleh nampak? What is wrong with me? Tapi nasib baik la kita orang duduk kat corner and hopefully orang lain tak perasan kan? Makcik tu cakap don’t worry sebab bekas jahitan doctor nie kemas.

Lepas dia cau, nama I kena panggil but I told the assistant, I nak pegi toilet dulu. I nie kan kalau tak buang air kecil pegi clinic nie memang tak sah, at least dua tiga kali I bangun. Sampai kat toilet, I kena tunggu sebab ada orang. Bila toilet di buka, I realised one of doctor nie punya patient kat clinic and this lady berbangsa indian tanya I, I buat apa kat clinic, I kata I nak kena remove my bandage and then dia start cerita kat I pasal dia punya breast. I kata, nanti kita discuss kat dalam clinic sebab nama I dah kena panggil. Balik dari toilet, indian lady nie tengah duduk, I kata nanti I cakap dengan dia sebab nama I dah kena panggil and sempat la lagi I ucapkan happy deepavali kat dua assistant doctor nie. I was asked to lie down sebab nak bukak bandage and mula la jantung mengelabah dan badan I start mengigil. I tanya assistant doctor nie sakit tak, dia kata tak ada.. Then dia bukak my bandage and tak lama kemudian doctor Suseela pun datang untuk bukak another layer of my bandage. Bila dia nak cuci, I tanya ubat apa dia letak, dia kata, bukan ubat just water... fuhh.. nervous I sebab I takut pedih-pedih ke kan. Bila dia cuci automatically kedua-dua kaki I terangkat haha.. Apparently, another layer of the bandage melekat kat tempat bedah tu, ofcourse la kan sebab ada darah beku kat layer tu masa I jeling-jeling sikit, suspense I nengok. Dia tanya sakit ke, I kata tak tapi nervous di tambah lagi dengan air yang sejuk itu, but I bet it is a solution and not just water. I kata I tak nak tengok, dia kata ok jangan tengok. Lepas doctor cuci dia kata dah boleh mandi and kena air tapi jangan gosok dulu. Then asisstant dia cakap, biarkan air bercampur sabun lalu je kat situ. Lepas seminggu baru boleh gosok bahagian tu. I cakap kat both of them I tak nak cuci and tak nak air lalu pun. Doctor kata, mana boleh tak cuci nanti tak boleh naik kapal terbang sebab bau busuk..haha.. Doctor nasihat kat I macam budak-budak la pulak.. Yelakan perangai I kan tak senonoh. Lepas tu masuk bilik dia and discuss a little bit and I cakap I tak makan the painkiller sebab I boleh tahan. Doctor cakap, itula semua tak nak dengar cakap doctor, doctor kata tak sakit maknanya memang tak sakit hehe.. Then she showed me the result of the lump yang hantar kat lab tu, thanks God, it is not cancer. Ok, this is the interpretation, Left breast lump : Benign duct papilloma and benign proliferative breast disease. No malignancy is seen. Syukur Alhamdullilah, syukur sangat-sangat but the doctor told me kalau tak di buang, lama-lama boleh jadi cancer...phew!. Then dia cakap I kena buat follow up dengan dia next month sebab dia nak tengok kesan jahitan tu macam mana.

Sementara tunggu bill siap, I borak dengan the indian lady tadi and dia pun ceritala pasal kes dia. Dia kata masa dia jumpa dia punya lump dia pegi la kat doctor lain. And this doctor tak buang habis ke or tak buang langsung, sorry tak ingat I. My memory is very poor but for the next three years she had go through lots of procedures, makan ubat la, check darah la etc.. and after three years it seems that the lump bertukar jadi cancer, kesian kan dia. Then kawan anak dia recommend doctor nie kat dia. The sad thing is dia tak ada insurance and she has to use her saving of business cakes and cookies dia. Dia kata apa nak buat, tak apa la umur pun dah 60 tahun, dah hidup lama. This is the second time I heard orang yang ada breast cancer nie cakap macam nie kat I. Dorang nie pasrah and you know it’s life and sooner or later I or kita semua akan mati jugak kalau tak pasal penyakit, it would be other circumstances. I can’t help feeling sad and scared at the same time.

Anyway, lepas jumpa doctor, kita orang terus balik rumah and bersiap ndak pegi airport in an hour time. First time I dapat mandi tanpa bandage but I make sure tak kena air, punya la takutkan. Since doctor tak bagi plaster or anything, I letak tissue kat bahagian bedah tu and each time masuk toilet kat airport, I checked to make sure tissue tak melekat and kept on changing it. Suspense bila tengok ada darah sikit kat tissue and I tengok some part of my nipple nie macam red maroon.. Sampai rumah kat Bangkok I peratikan betul-betul the red maroon nie and thanks God, it was darah beku and not darah keluar.

I boleh cuci bahagian tu but I do it gently and I dah tak payah mengiring ke kiri ke kanan atau membongkok bila nak cuci rambut. I dah mula tak tidur terlentang these couple of days but everynow and then I can feel macam ada rasa jarum cucuk-cucuk bahagian tu. I guess it is part of the healing process kot... And ada benda is bothering me right now like I said earlier. I’m so depress and tak ada mood nak makan or minum and I’m loosing weight. Oh, the drama queen, belum tau apa-apa lagi dah risau but from googling around, I’m very sure it’s the symptom that I’m having right now. I will tell you after I meet with the doctor kat sini but if there’s something or anything arise, I will definietly balik KL and do it overthere.

Please, please pray for me as I really need it right now and I sungguh tak tenang....

Sekian catatan I untuk kali ini...

Friday, November 8, 2013

I Dah Balik Ke Bangkok

(Stock yang diangkut balik)
 
Hello, me and my husband are back in Bangkok about two days ago guna flight malam. 

Banyak benda I nak story tapi I dengan husband I terkena diarrhea for these past two days..huhu.. Ini mesti makanan kat, “you know where – clue belon” sebabkan nasi dia I makan rasa mentah and ada bunyi krup krup lagi, nasib baik I makan sikit and I gave it all to my husband. Tak ada la tuduh, I agak je... abis what else kan.. or maybe nasi lemak yang makan pagi tu but then selalu makan tak ada pun kena.. Anyway, I kena siang the next day tapi husband I malam sampai kat Bangkok, berberapa kali dia bangun tengah malam pegi toilet, yelakan..takan pegi pasar malam.

I masih lemah lagi. Ingat hari nie dah ok tapi tadi makan sikit an hour later ke toilet cir bir sampai dua kali. Perut pun dah kempis. Semalam perut I bunyi mengelodak. I kata kat husband I, kalau kat KL, I will go to my fav’s doc/clinic and mesti cepat baik makan ubat dia. I ada bawak ubat dari doctor tu masa nak pegi sini dulu masa first time datang Bangkok, I telan dua biji and lepas tu I tak nak makan lagi. Husband I beli ubat kat pharmacy, jenis chacoal, dia kata dia makan dah kurang sikit but I tak nak la makan, biar la baik naturally. I minum air banyak-banyak. Mintak-mintak esok I dah ok kan... sambil meletakkan kepala ke bantal dengan muka penuh sayu....(acara meraih simpati mana boleh tinggal hehe...).

Sekian, catatan ringkas I untuk kali ini...


Tuesday, November 5, 2013

Dating with My BFF


I met my BFF, Noreen yesterday. Ah..buat pertama kalinya I keluar selepas kena bedah. It was a long awaited appointment. Noreen was my ex colleague. We worked in the same company but different division. We were not that close before but each time I pegi toilet and lalu depan parition dia, we would say hi to each other and kadang-kadang I stop to have a chat with her. I think I once keluar lunch dengan dia, but that’s all. But one thing I hairan, why our colleague selalu kutuk-kutuk or mengata dia. Masa tu I pun tak berani la nak berbaik-baik dengan dia and kalau I cakap dengan dia pun I becareful but the longer I know her, the more I like her. I find that she was so cool, funny, outspoken and honest. Whatever our colleague said about her was not true at all. Then we found that we have something in common with each other and we have a different mentality from the rest of our colleague. But I still tak berapa rapat sangat dengan dia.  One day, she and her boss was transfered to another office building in a different location. After that, I didn’t hear anything or contact her.

One day I heard a rumours that there was something going on about her in that office. They just said ‘ada something”, I don’t know what it was, nobody wants to tell me but then again I never ask. I think, she called me and asked me after I quit my job, if I know or heard anything, I told her, I dengar orang cakap ada something but I don’t know what are they talking about. I heard she quit her job too and one day she called me and asked to see me. I ingat lagi I jumpa dia kat KLCC and she told me everything. After that both of us terputus hubungan. Four years later, in 2011, out of the blue, she called me up, we exchanged each other fb add and starting from that onward we become goodfriends. Mula-mula I agak sceptically jugak. Kalau I baik dengan orang tu pun, I still keep my distance. You know, I nie susah nak close or trust orang but I tengok dia bersungguh-sungguh untuk rapat dengan I. Dia rajin, hantar sms, whatsapp and cari I kat fb kalau I tak masuk until I bagitau yang I nie kurang gemar masuk fb and kalau masuk pun main candy crush je. Oh, I jadi sayang kat dia and it doesn’t take us long to become BFF. I find that, she is such a caring and lovely person.

Beberapa kali jugak kita orang plan nak jumpa-jumpa but selalu tertunda, actually, dia yang selalu ajak jumpa and I je yang tak dapat bagi commitment due to my laziness and kera sumbang ini. But after a while, I realised, she always stood by me, dia bagi I banyak support and she said I’m her bestfriend. I rasa sungguh terharu. Tak baik I buat macam tu kat dia. Bila I bagitau dia yang I ada lump, bersungguh-sungguh dia bagi I all kind of advise and ajar I berzikir untuk menenangkan jiwa I. She is such a gold and she never give up on me. So before our date nie, masa I baru balik KL last week, sebelum kena bedah, I dah janji dengan dia, yang I akan jumpa and belanja dia.

So semalam, I janji dengan dia jumpa kat Alpha Angle, Wangsa Maju. Dari jauh I dah nampak dia, wah.. dia sudah berisi and nenen dia sudah mengkal? Aiii??. Bila both of us dah dekat each other, apalagi kecoh dan adegan peluk memeluk cium mencium pipi pun berlakulah.. We really miss each other so much, rasa macam tak nak lepas aje... Tapi, hati ini tetaplah berbisik, apakah rahsia nenen beliau yang ranum itu? Seingat I masa kita orang kerja sama-sama dulu, nenen dia sekempis I. Lepas duduk je kat Johnny’s, I terus tunjukkan nenen I yang masih ber bandage lagi kat dia. I kena betulkan baju sebab plaster sampai ke leher lepas tu I don’t care la kalau ada yang nak tengok, tak kuasa I asyik-asyik nak betul-betulkan baju aje. And then I tanya, apahal nenen dia boleh besar..wakaka... I memang obsess dengan nenen nih ahaha.. Dia pun cerita la apa dia buat. Dia kata dia ada guna ubat urut and ubat makan, tah lupa nama supplement apa. Dia baru guna empat bulan tapi hasilnya dah nampak. Dia spent RM120 sebulan for the ubat tapi dia kata bulan nie dia stop kejap. Dia kata ubat nie safe and diiktraf. Wah, I pun rasa macam berkenan je tapi takut-takut memikirkan akan side effect nanti eventhough it was safe, terus I batalkan niat nak ber lana nodin ini...  Lagipun husband I tak kisah langsung, I aje yang hari-hari sibuk pasal kekurangan diri ini. Tapi seriously, nenen dia sungguh cantik, I siap rasa/sentuh lagi wakaka.. mesti pelanggan kat Johnny’s ingat I nak berlesbo dengan dia.

Lepas berborak sekian lama, barulah teringat nak order. The reason why I prefer Johnny’s, selain dari makanannya yang healthy dan delicious, eventhough I order chicken wing gorengnya, kat situ boleh lepak lama-lama selagi makanan tak habis. Tapi yang tak bestnya orang asyik pandang-pandang, maklumlah I berborak dengan dia tak ingat dunia and dengan outspoken nya lagi.  Oh yeah, dia nie bekas artis dulu-dulu masa zaman arwah Izi Yahya, masa kerja dulu kadang-kadang ada jugak dia cerita pasal kisah-kisah arits and all.  I love talking with her sebab like I said kita orang punya level mentality is the same and ada chemistry. Furthermore, dia setahun je tua dari I. We can talk about everything, we don’t judge each other and we accept each other for what we are. We are both very open and trust each other with our personal stuff. Selain tu bukan main lagi we talked about some people that we both know kat fb. Dia kan, sambil borak dengan I sambil ber fb, expert betul and as for me, since I nie kureng gemar ber fb and kalau nak masuk pun, I prefer using my laptop rather than my handphone so I tengok je la akan kecekapan dia mengunakkan jari, mata dan mulut dia, so cute la..We also talked about religion, families and all. I suka dengar part part agama nie since I nie jahil la sangat dan I nie kan bakal ahli syurga, rasa macam bercahaya je wajah di ketika ini wakaka.. 


Lepas abis makan, I ajak dia lepak kat Starbuck since I nak minum hot salted caramel yang yummy itu. I order for both of us yang big mug since tambah singgit je kalau order mug yang kecik tu. Then kita orang ambik two slices of cakes... Dalam hati I cakap, habis diet I malam nie. Dahlah salted caramel ada cream and caramel nya lagi...ahh.. ku buang perasaan bersalah itu jauh-jauh. Maka kita orang sambung borak kat situ sambil ber snap-snap kiri kanan. I panggil budak waitress and suruh budak tu ambik gambar both of us hehe.. Tengah minum-minum ada budak waiter sorang lalu and tanya how’s the drinks and all, I kata sedap, siap tunjuk jari good lagi you..haah.. Budak tu suka and cakap thank you thank you... After a while we decided to go back. Sebelum balik I cakap kat dia, sorry sebab I susah nak whatsapp dia or bertanya khabar. Itu bukan bermakna I tak ingat dia tapi I nie jenis yang slow part-part macam nie. Dia kata don’t worry, dia tak ambik ati pun and tak kisah langsung.. Thanks God for a friend like her. Kita orang janji, lepas nie akan jumpa-jumpa selalu... One thing for sure, I really  love her and she’s the best!

Sekian catatan I untuk kali ini... I kena tulis story nie cepat-cepat sebab internet buat hal dari semalam asyik putus-putus je..

Saturday, November 2, 2013

Update

Tempoh I dalam confinment (amboi.. bunyi macam orang berpantang) ini terasa begitu panjang sekali. I sungguh tak tahan bab yang tak boleh mandi dengan sepenuh hati ini. Nasib baik bahagian perut ke bawah boleh basuh macam biasa, but bahagian atas tu, huii asyik berlap aje, rasa sungguh tak lengkap method yang sering I praktikan. Dah la nak pakai deodorant pun kena careful sebab plaster di tampal sampai separuh ketiak belah kiri ini. Nasib baik ketiak I tak bau hapak tapi tak sedap la tak dapat dioles (ambik kau bahasa indonesia, belum lagi I guna perkataan pengobatan, kanker ke atau menit) macam biasa, kena careful takut plaster terbukak la pulak kan.

I masak buat pertama kalinya semalam selepas pembedahan hari tu. Sebelum nie asyik makan makanan tapau je. Beberapa hari makan makanan kat luar nie, berat I naik mendadak 2kg. Yea, 2kg sebab husband I beli macam-macam makanan, Manhattan la, A&W, KFC, Ikan penyet etc, nak nak menu siang and malam berbeza dan I pulak demand macam-macam kasi chance la selera orang sakit kannn.. Then I realised, oh, semua makanan yang I mamam adalah heavy duty belaka, tapi masa makan, I sorokkan dari ingatan ini, lepas makan I menyesal panjang sambil memandang lipatan demi lipatan perut yang umpama apam balik ini. Malam tadi Khairul and Shida datang rumah, visit I, such a sweet couple, bless their heart. Dorang bawak KFC and spagetthi cabornara masakkan Shida.. yum yum. Tanpa menunggu lama I terus menyediakan pinggan-pinggan dan terus ajak makan, nampak sangat la I nie kebuluran. Tadikan I masak jugak, sekalikan I pun tumbuk la bawang, sedang syok I menumbuk tiba-tiba I terasa nenen sebelah kiri I macam kena cucuk-cucuk dengan jarum. Ah..apalagi, terus I panggil husband I and suruh dia take over, ingatkan dah ok kan, teruslah I cakap sakit dan mengaduh kiri kanan dengan membuat ekpresi muka dengan sebelah mata tertutup tutup, padahal, takde la sakit mana, sikit je, lepas tu tak rasa lagi, tapi biasalah.. I nie kan suka mintak simpati dari dia. Then kakak ipar I, Kak Aya called, dia tanya how am I doing etc. Dia kata sorry tak dapat datang visit, I kata it’s ok, seriously, memang I tak kisah and tak terasa dia or any of my relatives tak dapat datang visit. I punya surgery like I said minor je, even if it is major pun I still tak kisah. That doesn’t mean they didn’t care for me kan. Yang penting dorang ingat kat I. Masa borak dengan Kak Aya, sempat la jugak I mengadu pasal I tumbuk bawang and sakit nenen tadi, ngadu konon, sambil menjuihkan mulut penuh manja kat tepon..uweekss, dia cakap, jangan tumbuk, slice je bawang and kenapa tak suruh husband I tumbuk.. I kata itu yang I suruh dia tumbuk buat lepas tu.  

I pun dah start solat pagi semalam syukur. Sebelum tu I cakap dengan husband I masa balik dari surgery yang I nak solat. Tapi husband I kata tunggu dulu, don’t do it right away. Tunggu bila dah betul-betul sembuh takut nanti terbukak tempat yang kena potong tu. Tapi I degil nak try jugak. So masa dia keluar I pun try la solat zuhur, the next day. Nak rukuk I kena pendekkan lutut and then masa I tengah sujud tiba-tiba adeeihh..rasa bagai nenen ini di tarik-tarik. Berdebar I tau, mana tau tiba-tiba je keluar darah kat bandage kan, macam mana nak concentrate solat kan.. macam la selama nie my head tak wandering around, padahal kadang-kadang dalam solat boleh terpikir nak makan apa or nak pegi mana, puii la sangat I nie.. But I do hope Allah terima solat umatnya yang lemah ini (ahh..). Husband I balik dari beli food, I pun cakaplah dengan dia. Wah.. dia kata, kan dia cakap jangan buat dulu and not to worry, nanti boleh ganti, bukan I sengaja tinggal. I cakap kat dia, I nak solat immediately sebab I rasa sungguh bersyukur sebab I punya surgery goes smoothly. Then I tanya, macam mana nak solat duduk. Maka misi gendut tiba-tiba bertukar character jadi ustad la pulakkan. Sambil duduk atas katil, dia pun bagi I tunjuk ajar. Tapi disebabkan dia yang susah untuk memakai baju as usual (I know I kept on saying this) and bila dia start angkat tangan, pusing kiri kanan, perut dia pun join in sekali, cutenya, ahh..pemandangan itu membuatkan I tergamam antara nak gelak atau pasrah aje.. Tapi dia still kata jangan dulu. I kata oklahhh... walau dalam hati rasa guilty automatically. Oh, adakah ini tanda-tanda ahli syurga.. ehehe.. mesti ada yang rasa macam nak cekik je baca nih, sambil buat “Mata Syasya, macam cantik jer, macam cantik jer...”ah..that kid punya youtube was so cute... I suka sangat..walau ramai yang kutuk dia. Kesian Syasya dah kena buat another youtube mintak maaf la kan..

In a few days time I akan jumpa doctor untuk bukak my bandage. I rasa macam nak siat je sekarang nie, tak tahan la rasa macam ada tangan yang pekup dan berpaut kat nenen I, rimas lah.. Masa mula-mula balik surgery rasa gatal semacam kat bahagian plaster, cepat-cepat I suruh husband I letak powder tapi sempat la jugak I mengaru-garu, I really can’t stand it but nasib baik dah tak gatal lagi tapi kesan garu I masih ada lagi. Mm.. What else, oh, I kena makan ubat sampai habis, ubat antibiotik yang pahit maung itu dan ubat swollen. Ubat pain killer I tak makan sebab I boleh tahan lagi and beside like I said, kesan dia tak sakit.

Anyway, that is all for now and I’m in the process untuk menghabiskan all the food dalam fridge yang di beli hari tu as soon as possible sebab nak off kan fridge balik sebelum terbang kembali ke Bangkok...

Bye for now and have a pleasant weekends, holidays etc..
 
Sekian catatan I untuk kali ini.... 

Wednesday, October 30, 2013

I Kena Bedah Semalam

Yesterday adalah hari pembedahan I...

Here’s the story, malam semalam sebelum nak kena operate I tak dapat tidur. Puas I pusing kiri kanan but still la tak dapat tidur, lelap seminit dua then terus terjaga. Husband I pun tak dapat tidur bila melihat bininya yang gelisah ini. I ajak husband I tukar posisi, posisi tidur ok. Kita orang pun tidur melintang but still la tak dapat tidur, I berzikir pun tak dapat jugak, frust I malam tu... Orang dah la nak kena bedah esokkan and mata buat hal la pulak. Around 2.30am baru la I dapat tidur tapi pukul 4am dah terbangun.

Masa nak ke hospital around 7.30am rasa macam nak membuang la lagi padahal masa mandi tadi “tugas” dah selesai. I tengok jam, ah..nie mesti lambat sampai sebab sepatutnya kena ada kat sana pukul 8am so that hospital boleh claim insurance kalau duduk more than or 8 hours. Sampai around 8.30am, nasib baik jalan tak jam sangat. Since husband I dah buat pre admission semalam so tak ada la terkocoh-kocoh sangat. Hati I dah tak sedap especially bila teringatkan betapa sakitnya bila nak kena cucuk drip kat jari I nanti. I’d experienced before and sangat sakit tau. Dalam hati I pikir, cuba la kalau I dapat lari kan bagus. Dari dalam kereta sampai la kat hospital nie I senyap je. Risau husband I tengok I. Lepas register/admission, we were asked to go to the Day Care sebelum nak buat operation. Masuk kat situ, wah..semua colour pink/orange and white. Nurse kat situ pun pakai baju pink berjalur putih and some of them berbaju merah hati. Sejuk je mata and tambah lagi air cond yang sangat sejuk. Walau mata dan hati ini sejuk namun ianya tidak berjaya mengurangkan getaran di hati ini. Nurse kat dalam wad Day Care nie sangat baik, caring dan lemah lembut. Then one of the nurses showed me my bed and husband I pun boleh masuk sekali. Tak lama kemudian I tukar baju and seluar panjang I tak bukak lagi. Then one of the nurses came to my bed and check my blood pressure dan seperti yang telah di duga blood pressure I shoot to 180, sangat tinggi. Macam-macam nurse nie tanya and all, ada darah tinggi ke, on medication ke etc. Dia kata nanti dia datang lagi untuk measure my blood pressure. Then I try to go to sleep tapi tak berjaya and tak lama kemudian ada sorang budak nie, menangis non-stop, kuat pulak tu, adeeihh pening kepala I. For sure la blood pressure I tak turun dah lah I tak cukup tidur kan. Risau I kalau blood pressure I tak turun, I takan dapat buat surgery. Tak nak la tunggu, nanti bertambah takut I. Husband I berdiri and tengok-tengok budak tu. Then dia cakap kat I budak nie patutunya kena bagi sleeping pill. Husband I keluar to have his breakfast. Then I told the nurse I want to go out for a walk. Orang dah la tak tenteram and nak rest pun tak dapat. I don’t blame the kid, dia budak apa dia tau, kalau tak main, nangis, tu la kerja, oh not to mention sleeping.

Tak lama kemudian, I masuk balik and tak payah cerita la berapa kali I pegi toilet sebab Day Care nie sejuk sangat, rasa macam tinggal dalam icebox. I try to baring balik and the kid didn’t stop nangis menjerit... adeeihh la and on top of that perempuan sebelah bising bercakap-cakap kat handphone dengan kawan office and she must have been waiting for her husband yang dalam operation theater. I syyhh syhh pun dia tak dengar. I fed up, I bangun and on the way to the toilet, I complained kat nurse suruh perempuan nie senyap. Dah terang-terang sign kat situ Keep Silence, apahal nak bising, bukannya patient pun. Geram I. I balik dari toilet, I pegi kat nurse tu I tanya dah bagitau ke perempuan tu, dorang kata dah. I pegi kat my bed, nafas pun I tak dengar dari perempuan tu... ahh..lega I. Tak lama kemudian, nurse datang untuk shave bahagian kiri ketiak dan di sekitar left breast I. Dia kata, I tak banyak bulu, ofcourse ler, I sentiasa shave tak de la macam orang yang ada blog sesawang tu, setahun sekali je update. Kalau shave kat dia sure boleh buat dua tiga rambut palsu hehehe... Tak lama kemudian husband I balik semula ke Day Care. I cakap kat dia pasal I complained tadi. Then both of us on the tv, tapi we keep the volume very low. Apparently, that perempuan pun pasang tv jugak tapi very low jugak. Tak lama kemudian, laki dia, I assume keluar dari operation theater and masuk ke Day Care. I dengar laki dia mengaduh-aduh... sakit ler agaknya tu. Bertambah ngeri I kat situ. I dah la ketakutan yang amat.

Tak lama kemudian, nurse yang lain datang lagi sekali untuk check my blood pressure, this time dia tak guna yang electric punya measurement, instead yang tradisional and again blood pessure I masih tinggi 170/190. Tak pernah blood pressure I setinggi nie dalam hidup I. Dia tanya ada high blood ke apa, I explained lagi sekali and I cakap I ada machine kat rumah and selalu measure tapi around 120 je. Dia tanya ada ambik apa-apa medication etc.. I kata I makan cholestrol tablet je. Then I dengar dia call Dato Dr Suseela and explained my condition yang nervous ini. Tak lama kemudian Dr anesthetic (Dr Liu) datang jumpa I and tanya-tanya whether I pernah mengalami trauma masa I surgery dulu. I kata yea, it was so painful after gallbladder I was remove. I kata seluruh tulang badan and jahitan I tu sakit nak mampus and makan pain killer pun tak jalan. I also told him betapa sakitnya masa dorang cucuk I punya tangan untuk letak drip. Doctor nie kata dia personally akan cucuk jarum drip I and then dia explained baik-baik pasal surgery that I’m about to have. Dia kata in comparison to surgery gallbladder dengan this lump surgery is like 5 to 1. Maknanya tak sakit la tu, then dia buat perumpaan lagi, dia kata rasa sakit orang beranak or kesan jahitan nie is like, 10 to negative 2. Masa dia explained kat I, you could see how nervous I am and siap mengigil lagi wakaka..nyampah la bila ingat balik. Dia kata kesan memang akan rasa lepas surgery but kena set in mind that it will gradually hilang sehari demi sehari. Masa dia explained tu, sedaya upaya I nak suruh airmata I mengalir, puas la I pejam bukak pejam bukak tak jugak keluar.., hampeh lakonan I saat itu. Anugerah pelakon berkaratker terasa masih jauh untuk I capai....

Then dia kata I ada dua option, satu cucuk jarum drip kat jari and satu lagi pakai mask. I kata which one is better, dia kata cucuk drip. I kata ok la cucuk drip.. wah.. Then dia kata dia nak cucuk jarum drip, takutnya I. Dia tak suruh tengok and dia suruh husband I pegang tangan I. Husband I pun datang dekat-dekat nak hulur tangan dia. I kata tak mau but I just want to look at my husband. Mula-mula dia tepuk-tepuk belakang tangan I itu. I kata sakit..alahai.. hehe.. ngadakan.. Lepas tu dia kurangkan tepuk, dia tanya sakit tak, I kata kurang... ahaha... (omg, I’m laughing while writing this). Nurse and husband I senyum-senyum. Dr nie pun cakap-cakap la dengan I sambil dia masukkan jarum tu kat I..adooi sakitnya.. berdenyut-denyut. I tanya, dia akan ada ke during my surgery, dia kata yes and I cakap, make sure I tak terbangun in the middle of surgery yea doctor, doctor kata don’t worry, kalau I terbangun, I boleh sue dia hehe... Lepas dia explained kat I, dia tengok I masih mengeletar (ditambah dengan kesejukkan aircond). Then dia kata dia nak masukkan saline sebab dia tak mau blood clot kat situ. Lepas dia jab that saline..terus kadar ketakutan I turun dengan mendadak. Then dia keluar. Tiba-tiba I jadi cool and relax. I kata kat husband I, mesti doctor nie bagi I ubat penenang.

Oh yeah, my operation was at 12.30pm, I’m the second patient of Dato’ Dr Suseela nie, the first one was at 11am. Tak lama kemudian, nurse suruh I bukak seluar, panties and also my bra and dia tanya whether I nak pegi buang air kecil lagi ke sebab I dah nak kena pegi operation theater... Oh, I tiba-tiba jadi nervous balik. I terbayang kalau I tiba-tiba kena coma sebab blood pressure I tinggi. Then I pikir, jangan la I kena seksa masa dalam coma. Then I pikir lagi, jangan la ada compilcation and tiba-tiba jantung I berhenti and I meninggal.. Berbagai-bagai pekara bermain di fikiran I yang penuh dengan imaginasi ini. I suruh husband I baca-bacakan I doa so that I selamat la. Kang tak pasal-pasal sedar je dah kat liang lahad kena bantai and kena soal.. huhu... tak mau la...Sementara tunggu nurse datang nak bawak I ke Operation Theather I decided to buang air kecil lagi sekali. Seteguk air pun I tak minum since kena puasa dari malam but buang air kecilnya dekat lima kali, banyak pulak tu. Tah mana datang.

Tak lama kemudian nurse datang and suruh I bukak all of the accessories. I kata I dah bukak dari rumah lagi. Then dia and another nurse nak tolak katil I untuk ke tempat Operation. I pun salam and cium tangan husband I. I cakap, I mintak ampun dan halalkan makan minum I. Sekalikan husband I cakap, ish..jangan cakap macam tu. I baru nak buat memory kan...spoil la husband I, orang baru nak buat scene tambahan ahaha.. Since I dah bukak contact lense and pakai spec, I cakap kat nurse tu, boleh tak I pakai spec sampai I dah nak kena bedah baru bukak sebab I nak tengok sekeliling. Nurse tu kata boleh and I cakap boleh tak husband I temankan I sejauh mana yang dia boleh pegi. Nurse tu kata boleh lagi. Macam-macam demand kan I nie.. Bila nak masuk ke satu section of the operation theater, nurse suruh husband I bukak kasut and pakai kasut khas so that dia boleh join I. Then nurse tunjukkan form, is it my signature and my consent etc., then dia tanya kena bukak all kind of accesories. I kata dah bukak. Then dia suruh I bukak getah rambut and pakai sarung rambut. And then satu pintu terbukak untuk ke another section of the operation theater. I cakap kat nurse tu, sudah! Dia terpinga-pinga tak paham, I kata it’s ok, I suspense dengar pintu tu terbukak..husband I senyum kat je.. Bila katil I nak di tolak ke another section I lambai-lambai husband I and one of the nurse kat Day Care senyum simpul tengok perangai I. Then I cakap kat nurse kat situ boleh tak I still pakai spec I and akan bukak bila masuk operation theater. Nurse kata boleh. Then katil I pun di tolak ke dalam but both me and my husband dipisahkan oleh cermin, so he still can see me but not able to talk or hear each other talking. Masa tu I baring kat situ rasa macam nak lari je, I was so scared and rasa macam nak buang air besar pun yea. I tengok husband I, dia pandang je I and then dia lekatkan mulut dia kat cermin... hehe... scene paling kelakar wakaka..adeeihh... Since we can’t hear each other makanya berterbanganlah flying kiss between both of us haha.. melampaukan. Then ada adegan buat mulut kiss kiss, mesti korang muntah baca nih ehehe.. I bagi signal suruh dia makan, dengan tangan I ke mulut, then I tunjuk perut I cakap nak mu mu (buang air besar), husband I senyum je. Then both of us whisper I love you berpandukan mouth language..hehe..syahdu la konon masa tu... Then ada adegan lambai-lambai tata tata ahahaha..crazy...

Masa I terbaring kat tempat tu, I tengok ramai katil pesakit yang ditolak kiri kanan yang keluar dari operation theater dengan berbagai-bagai rupa dan condition. Semua terbaring kat katil on recovery section and tak sedar., separuh tu ada something in their mouth. Dah la I takut, ngeri ooo. Tak lama kemudian doctor anesthetic yang cucuk jari I masa kat Day Care tadi datang kat I. Dia pandang I, I buat tepuk dada, I kata I nervous. Dia kata “eh, I thought you dah allright”. Banyak lah allright I, jab la apa-apa yang menenangkan I, takan tenang punya. Then nurse suruh I remove my spec and dia kata dia akan bagi kat husband I. Doctor anesthetic jab dekat drip and terus I tak sedar apa-apa. I tersedar kejap bila, I dialihkan ke katil pembedahan and bila I tengok atas, lampu surgery tak pasang lagi, dalam bilik tu gelap and cuma ada satu lampu, then I terus tak sedar apa-apa. This was a different experinced. Dulu masa remove my gallbladder, I ingat baju I ditukar, I dimasukkan ke operation theater yang besar, sejuk dan terang benderang. I kena pakai mask dan posisi I bak cerita Dead Man Walking, masa Sean Penn nak kena hukum mati dengan kedua-dua dibuka kiri kanan. And then the doctor suruh I kira dari 100. I siap boleh bercakap-cakap lagi dengan orang keliling. But not this time, this time, air drip pun tak dimasukkan ke jari I and no mask or change of cloths pun. I guess this is a minor surgery.  

(Orang lepas kena bedah lapar nak makan) 

Bila I tersedar, I dah ada kat recovery section. I sedar tak sedar. Dalam foggy tu sempat lagi I tanya-tanya nurse keliling ahahaha... I dah ke, siapa nama nurse, siapa nama doctor anesthetic tu etc.. sabar je la kalau dah PR.. ahaha.. Nurse kat situ senyum and sabar melayan berbagai-bagai pertanyaan I yang serba khayal. Kalau dorang nak cungkil segala rahsia I, for sure dengan penuh rela I memberikannya.. Dalam keadaan yag separa-separa itu, Dato Dr Suseela datang kat I and tunjukkan my lump and bagitau I, dua-dua lump dia dah remove. I cuba bukak mata nak tengok but then terus I tak sedar apa-apa. Then I tersedar kejap bila katil I ditolak semula ke Day Care. The first person that look at me has a very beautiful smile, well..it was my husband. Oh, I tak pernah tengok wajah seindah itu. I senyum kat dia. I tengok my left breast telah berbungkus macam bantal kecik je. Then I terlelap in and out. Husband I cakap dia balik kejap untuk mandi and datang balik. An hour later nurse datang bagi I air untuk minum. Kalau I muntah maknanya I kena tahan kat ward but lucikly I tak muntah, in fact I nak minum lagi but nurse tak nak bagi dulu. Dia kata nanti dia bawak lunch for me. Tak lama kemudian husband I datang and I tengok ada satu belon kecik Get Well Soon. Nak tergelak I, dia kata dia nak beli yang besar tapi dekat RM50, yang nie less than RM10 je. I kata kat dia, it doesn’t matter as long as dia bagi I something...seposen pun I appreciate.. I told you, I suka hadiah dari dia. During our conversation kan, I cakap slow and sangat lemah lembut. I think it must be the ubat bius yang masih ada lagi. I cakap kat husband I, how I wish I cakap macam nie selalu kat you instead of cakap macam lawyer. Husband I kata, best la kalau I selalu kena bius.. nyampah I.. Then food sampai, walaupun, biasalah food hospital kan tawar but since I’m hungry, I rasa sungguh sedap. Habis I makan kesemuanya.

Kita orang tanya bila boleh keluar, nurse kata dia call doctor and then lepas semua urusan ubat selesai, kita orang pun dibenarkan balik. Sebelum balik nurse check I punya blood pressure and turun ke 137..fuh lega I.. Nurse senyum..haa.. dah turun.. Masa I jalan kat pintu wah.. bukan main laju lagi I berjalan, sekali nurse tu usik I, eh, lajunya bejalan. Tiba-tiba I slow down ahaha.. sejak dari saat itu, I telah memainkan peranan orang sakit. Pegi kat lift nak turun kat lobby untuk bayar bills pun I jalan slow-slow and buat muka sedih sambil tangan kiri I angkat untuk I jadikan shield takut kena langgarkan. Nak jalan kat kereta pun, I jalan slow je. Nak masuk kereta pun dia kena bukak and tutupkan pintu. Masa kereta berjalan I warned him for the bumper and all and make sure tak langgar lubang. Bila ada rasa kereta bergoyang sikit, I dah menjerit, punyala melampaukan.. Then kita orang stop kejap untuk beli french bread for my dinner since I tak ada selera nak makan apa-apa, konon.. cuba kalau bagi nasi briyani, mau melompatnya I tangkap.

Sampai rumah, husband I cepat-cepat kemas katil untuk I baring. I kata, tukar cadar tilam and all baru I dapat tidur..wah..demand... Lepas husband I tukar semua, I kata I nak mandi. Mandi nie bukan mandi betul tapi sekerat badan ke bawah je. Bahagian atas tak boleh kena air. Masa husband I terbongkok-bongkok basuh and sabun bahagian kaki I, tiba-tiba I rasa sayu akan anak yatim ini (ayah dah tak de, mak ada lagi) yang penuh dengan sifat pengasihnya terhadap I. I rasa I sungguh kejam pada dia selama ini, dengan semangat rimau yang tak turun-turun ini. But he still stood by me, bersusah payah pada I. He even said, kalau boss dia tak bagi dia cuti untuk jaga I, dia sanggup berhenti kerja.. Then dia lap belakang I slowly, dia sabunkan and dia make sure tak kena bandage. Lepas mandi dia lap badan I, dia pakaikan I body cream, dia sapukan I bedak and dia pakaikan I baju pyjama slowly. Then dia panaskan soup ayam campbell, dia potongkan french bread and then dia ambikkan I air juice. Dia letak depan coffee table depan tv so that I boleh tengok tv sambil makan. Lepas makan, dia make sure I makan ubat. Lepas makan ubat, I rasa mengantuk and around 9am I dah nak masuk tidur. Then dia susun bantal-bantal untuk memudahkan I berbaring. Tapi I tak nak tidur baring.. I tidur duduk sebab I tak nak tidur terlentang. You tau la, kalau lepas kena bedah or sakit or lemah semangat, “member” yang satu nie suka sangat bertenggek kat dada atau hempap kita. Nak menjerit tapi suara tak keluar... Anyway, husband I pun join tidur sekali, I cakap kat dia that he should sleep kat bawah takut terlanggar kat dada I, wahhh... exxagerate betul I. Husband I cakap, dia tak tidur ganas bukan macam I. I cakap yelah yelah hehe.. Around 9.15pm I tertidur and I terkejut dengar jam husband I berbunyi pukul 3am. I marah oo.. Dia kata dia pun tak tau macam mana jam dia boleh bunyi.. Mistik la konon. An hour later I sambung tidur balik...

I bersyukur kerana semuanya telah selesai, debaran dan kerisauan selama sebulan itu akhirnya hilang. I just hope my lump yang dorang hantar kat lab tu nanti is not a cancer cell or anything serious or I akan sedih sepanjang hayat.

(Hadiah get well soon dari husband I tadi)
 
To my friends and adik kesayangan Zue, En Sabirin atau darling manja JM ahaha.. and one of my sweet silent readers cuke yang sendu hehe.. thank you so much for your doa and support. I really appreciate it very much. You guys are my friends in times of need. Sayang korang dengan sepenuh hati I. And ofcourse my BFF, I know she didn’t know that this blog exist but I still nak ucapkan thank you kat dia sebab banyak bagi I support with her kind words and ayat-ayat or zikir untuk I baca bagi menenangkan hati I.  Dia kawan yang sangat baik dan penyayang..Noreen. I can’t wait to see her..
 
Sekian catatan I kali ini....


My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...