Sunday, August 11, 2013

I ke BookFest


About a month ago, I’d read somewhere that, there would be somekind of book sale ke apa, I totally forgotten about it until I went to Popular and bought Khairi’s book and mine too. Itupun I tak perasan lagi until I went back and masa nak buang plastic Popular I tengok eh kat plastic bag ada tulis BookFest kat KLCC Convention Centre from 3rd to 11th August. Wah, nie kena pegi but I was worried that it might be macam yang I pegi kat PWTC dulu. Boring sebab banyak novel-novel melayu, majalah dan buku-buku untuk student/universiti etc. I have nothing against novel-novel melayu nie but 90% of the books are so... how should I put it.....rasa macam sick aje bila I baca sebab penuh dengan mengada-ngadanya, ditambah dengan khayalan yang tak logiknya, especially novel-novel cinta, sangatlah puiknya... Baca separuh jalan terus I pissed off. Having said that, not all of novel malay nie suck because ada yang bagus jugak, although percentage nya sangat la rendah and in my case you know who’s my favourites malay’s author kan.

Anyway, dari malam hingga ke pagi, I berkira-kira nak pegi ke tak nak, part of me said yes and another part of me kata tak payah. Pagi-pagi lagi I dah bangun, it is not like me to wake up early, lepas bangun solat subuh I akan tidur balik sampai pukul 11am. But pagi nie pukul 8am I dah bangun then I teringat akan bookfest nie, I kata tak apa let me think about it. I decided to buat breakfast (hapa? Breakfast?, when was the last time I had breakfast, seems like a hundred years ago...alahai ayat). Tengah I menyediakan bahan-bahan nak mengoreng nasi nie, I nampak neighbour I kat dapur, I panggil dia and bagitau dia pasal bookFest kat KLCC Convention Centre nie, dia kata dia pernah pegi, sangat bagus and I can get good bargain/price and nak masuk harga ticket pun tak mahal. Wah, terus I tetapkan hati nak pegi.

Bila husband I nak keluar beli paper, I cakap, I nak pegi, husband I kata ok, dia balik beli paper nanti terus pegi. I pun siap-siap and rebus telur lagi, itu wajib sebab mana la tau kebulur ke nanti, (seriously?) and ofcourse satu botol air putih. Husband I cakap, macam budak kecik siap bawak bekal, kang I bawak pampers orang tua-tua nanti, siapa nak jawab? Wakaka...sadis. Kita orang keluar rumah around 12pm and park kat KLCC. Orang sangat ramai, memandangkan last day and weekend pulak tu and kebanyakkanya berbangsa cina, almost 100%, bangsa-bangsa lain melayu and india boleh di hitung dengan jari. Bayaran masuk RM2.50 per person and kena pakai gelang tag, rasa macam pegi theme park. Bila masuk aje, I tengok harga buku, wah, it was a great deal, sangat murah dan banyak variety. Apa lagi rambang mata I. I suruh husband I ambik bakul, mula-mula dia kata tak payah la leceh, I kata tak apa, kalau dia tak nak bawak nanti I bawak, terus la husband I angkat, physcology you. Dan seperti biasa husband I ikut je mana-mana I pegi, I suruh dia pegi tempat lain dia tak nak, kejap je dia hilang dari pandangan mata I tapi lepas tu I tengok dia terjengau-jengau cari I, rasa macam nak sembunyik aje biar dia suspense. Oh yeah, I whatsapp Aida and bagitau dia pasal bookfest nie, then dia called kata dia baru balik dari Johor, kalau tak mesti dia akan pegi.

This time I tak beli banyak buku and a abit choosy memandangkan buku-buku yang beli dulu-dulu masih banyak dan tak baca-baca lagi sampai sekarang. Buku resepi pun I tak beli banyak. While browsing around, I tengok ada one book husband I sembunyi kat belakang badan dia, I don’t take it seriously or even ask because lambat laun pun I akan tau jugak. Then husband I pegi bayar, after that we went to another hall and I was wondering what kind of a book yang ada kat sini, kat situ tulis chinese book tapi I yang curious dan gatal hati decided to check it out la jugak. I masuk dalam, sudah! Semua tulisan berbahasa cina, puas la I menapak cari exit. I cakap dengan husband I suruh tunggu kat tempat yang dia tunggu sebab I akan pegi kat dia and that I nak pegi another section. Lepas jumpa dia balik, I cakap I nak pegi level 3, I pegi kat counter and tanya orang kat situ apa yang ada kat level 3 nie and how to get there, orang tu cakap, tempat CD’s, stationaries and all. Husband I kata dia tak nak ikut. Bila I masuk lift aje, tiba-tiba I tengok husband I dah masuk..hehe..mana boleh jauh kesuma jiwa dia nie.. I cakap, eh, ikut jugak, dia senyum-senyum je.

Sampai kat level 3, kita orang check-check benda kat dalam and I tengok husband I melekat kat one of the section. Section apa lagi kalau bukan model kereta/vehicles etc. I tengok, husband I macam pikir-pikir nak beli ke tak, I cakap let me buy for you for our advance wedding anniversary. Dia kata tak apa, I ada duit ke, bazir etc..I kata don’t worry, I memang nak belikan dia present (senang, ringkas and at least I know what he likes kan, sungguh la tak romantiknya). Penjual cina tu tanya raya kat mana and panggil husband I pakcik..wakaka..nak tegelak I sebab sepanjang-panjang hidup I, tak pernah pun I dengar orang luar panggil husband I pakcik selain dari anak-anak buah sebab selalunya orang luar panggil dia abang..nampak sangatlah kita orang nie dah berusia.

After that, we decided to go back to KLCC and have our late lunch dalam pukul 3.30pm. Sepanjang-panjang jalan tu I kejap-kejap panggil husband I pakcik this pakcik that. Lepas makan, kita orang terus balik rumah. Sampai rumah, husband I suruh bukak plastic bag sambil tersenyum simpul, I buat-buat kata why (so full with kepura-puraan) I dah tau mesti ada surprise. Bila I bukak aje, eh, ada satu buku resepi yang bukan I ambik or pilih. Baru I teringat it was a book yang dia sembunyikan kat belakang badan dia tadi. Dia kata, that is his anniversary present to me too, title “the food of france – a journey for food lovers”, wah.. I tak pernah ada french cook book, oh, this is so exciting, I can’t wait to try or should I say, when will I give it a try...

Then I tak puas hati, I tanya, betul ke you belikan I buku nie as our annivesary or you just ikut I sebab I dah belikan you that bus model, dia kata, dia memang dah terpikir tapi I dah cakap dulu. I kata ye ke? Demi Allah? Husband I cakap, Demi Allah, alahai... macam budak-budak je.. Then I cakap, wah, we have the same thinking...... husband I cakap, yes...

Sekian catatan I kali ini....    

No comments:

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...