I Ke Rumah Terbuka Tun Mahathir

 Ahhh.... today is one of the happiest and the most memorable day in my life! But first and foremost, my wishlist check! Yep, meeting him was the first on my “going to be” long list of wishlist. I always want to meet and greet Tun Mahathir for as long as I can remember. I told my husband, tengok dari jauh pun jadilah as long as I tengok dia secara live. I never dream that I would ever salam and wish him Hari Raya pun. Meeting him is a big deal to me, yelakan, siapalah I yang tiada tinggi ilmunya ini and chances of people like me orang biasa-biasa, meeting him is highly unlikely. And not everybody got the chance to see him.

Like I said, I always want to see him and I was wondering macam mana caranya eh? I googled around to check whether ada schedule dia akan kemana-mana ke kan, so that I boleh terserempak before hand ke but I couldn’t find any. Yang ada kat internet adalah tempat or pekara-pekara yang telah beliau pergi or lakukan. So I decided to join any group kat fb yang ada berkaitan dengan dia. I found a few and I join kesemuanya sekali. Maka dari situlah I know lots of stuff on him and his activities but I masih lagi tak dapat schedule yang beforehand. Dalam hati I kata, tak apa, sabar, one of these day, I akan dapat jumpa jugak.

Bila hari raya datang, I told my husband, mesti dia ada buat open house and kalau ada I MUST go. Tak lama kemudian, one of the group that I joined, announced yang Tun akan buat open house, I was so excited, I basically scream hehe... Eh, I bukan obsess or taksub but I was just so excited. Bila Khairul and Shida datang beraya on the first day of raya tu, I dah bagitau both of them and ajak dorang pegi sama-sama. Dorang kata ok. Husband I suka la sebab ada gang. So hari-hari, I masuk fb and went to the page, just to check whether ada perubahan schedule ke apakan, manalah tau, venue berubah ke, punyalah paranoid. And I pun sibuklah plan nak pakai baju apa, accesories apa, perfume apa, bag apa, kasut apa (alahai macam nak pegi date aje) etc. Sepanjang-panjang minggu tu dari hari pertama yang I tau, I dah mula practice kat cermin macam mana cara I greet dia and what I would say to him. Cara I senyum and salam pun I practice you hehehe... kang I tersenyum unta ke kan. Then bila husband I masuk bilik cepat-cepat I stop tapi kekadang terlepas jugak mulut ini terkamit-kamit, practice you.

(Me with Datuk Mukhriz, Menteri Besar Kedah)

Bila dah nak dekat hari yang dinanti-nantikan itu, tiba-tiba pulak badan I rasa tak sihat and asyik batuk-batuk aje.. sudah! Two days before the event, I whatsapp Shida and informed her on it. She said, she will get back to me later. The next day which was yesterday, when Aiza were here, Shida told me that they can’t make it due to, like I said yesterday good news. She and Khairul kena pegi check up to reconfirm kat doctor la kot, pepandai la I buat andaian. Bila husband I dengar yang dia tak ada gang, dia jadi malas and hint this and that. I pun jadi tak sedap hati, takan nak paksa kan (yeah right!). Husband I pun cakaplah, I tak sihat batuk tak baik, macam mana nak pegi nanti bertambah teruk. Tiba-tiba je jadi misi, kejap-kejap check temperature badan I wakaka... Dia buat-buat muka terkejut and cakap, eh, panas la badan you...padahal..... propa je lebih. I jadi berbelah bagi, part of me said, go and part of me said I can go next time, next year, I was not meant to see him, it is fated that this thing happened for a reason bla bla bla... Rasa macam 70% tak nak pegi, 30% nak pegi.

Sebelah malamnya, I tak ada mood nak cakap dengan husband I. Although he said, he agreed to go but I pulak rasa macam tak best. Masa time nak tidur, dia greet goodnight macam biasa, tapi I tak reply and I buat macam patung batu singa... adeeih! Next day, which was today, according to our plan before, we were supposed to go early in the morning but we woke up late since I macam dah tak ada mood kan. Husband I cakap dia ada kejutkan I, ajak I pegi but I tak terbangun... really dude?? Then dia berborak seperti biasa, but I buat-buat malas nak cakap, apahal? I’m the one who can’t make up my mind whether I want to go or not and I, in a way try to make him feel bad try to put the blame on him, padahal dia allright je... dasar pelakon antagonist! Then I masuk fb and pegi ke page tu, I tengok wah...bukan main meriah lagi with all kind of comments and pictures orang-orang yang pegi. I saw one girl asked Tun to sign the book. Ini tak boleh jadi, I told myself, I must go and I want to bring my books for Tun to sign too. By hook or by crook I must go! So I decided to go for the afternoon schedule 3pm to 5pm. Dalam pukul 1pm, I told my husband that I want to go and he must be ready by 2pm for us to leave the house. Husband I kata dia siap kejap je dan dia cari backpack untuk bawak buku I untuk Tun sign.
 
 (I tengah duduk bersimpuh kat bawah, tengah mintak signature for the book, gambar tak terang tapi still la jugak nak publish)

Tepat pukul 2pm kita orang pun bertolak and anggaran pukul 3pm sampai la nanti but it was not to be sebab banyaknya kereta and nasib baik tak jam but kereta jalan slow. Hati I pulak jadi tak tenteram. Bila nak masuk ke simpang Mines Resort, as usual mesti terlepas simpang because of the confusion on the simpang yang nak masuk, terus la sampai ke highway Belimbing whatever it is. Tak lama kemudian buat U-turn or else sure sampai ke Seremban. Then masa nak masuk simpang, terlepas la lagi but we decided to masuk ke kawasan perumahan, nasib baik ada jalan terus ke Mines, dulu pun macam nie jugak..alahai.. Sampai situ, kita orang masuk ke parking lot Mines nie and tanya guard yang berjaga kat simpang nak masuk rumah Tun. He told us nanti ada shuttle bus datang ambik. Tak lama kemudian van budak sekolah pun datang, ingat bus. Sampai situ, huii ramainya orang, ingatkan bila petang tak ramai. We decided to beratur terus sebab tujuan utama datang sebab nak salam Tun. But makcik-makcik yang sama beratur kat situ suruh kita orang makan dulu sebab dorang kata sure lama and makanan akan habis. Husband I tak nak so I suruh dia tunggu sementara I masuk and menjamu selera.

Bila I masuk aje, food semua dah habis and no more refill. But I tak kisah, I ambik je pesembor yang masih ada lagi sikit without the kuah since kuah pun dah habis. And you know what? Ada orang tapau siap bawak plastic lagi, itu belum lagi I nak cerita orang-orang yang siap bawak balik dua tiga bekas biscuit raya, tak payah la I cakap kaum mana, you all tau sendiri la kan... Kang kalau I sebut, orang kata I racist, buat cerita and all tapi I tengok dengan mata kepala I sendiri. No wonder, food tak cukup..selfish and tak ada perut malu langsung, dasar opportunist! I minum segelas soya bean and I ambik satu mineral water untuk bagi kat husband I. Then ada one malay guy serve us biscuit raya, I ambik two pieces, one for me and one for my husband. I tak lapar sangat sebab dah makan half roti canai and half tosei for breakfast kat rumah pagi tadi. Like I said, the main reason I datang is to meet Tun.

Then I masuk queue balik. Queue beratur memang panjang but tak terasa sebab cepat je. Walaupun weather tak berapa panas tapi I berpeluh-peluh masa beratur tu. Hati I bukan main berdebar lagi nak jumpa Tun, I cepat-cepat keluarkan buku yang masih dalam plastik lagi. Bila dah nak sampai turn kita orang, tiba-tiba Tun masuk dalam rumah. Kita orang semua dah resah... selang dua tiga orang je lagi depan I untuk salam dengan Tun. Then I pun tanya la orang-orang yang macam ahli jawatankuasa kat situ. Orang tu cakap, Tun masuk sekejap sebab dia tak sihat and sekarang nie patutnya time Tun makan ubat. Sebenarnya dah dua hari Tun kat IJN. Tiba-tiba hati I jadi sayu... jangan la anything happened to Tun and adakah I memang ditakdirkan untuk tidak dapat berjumpa Tun secara reality? I rasa sangat-sangat sedih. Then orang tu cakap, tak tau bila Tun keluar, maybe dia akan keluar nanti. Berpandukan maybe itu, I kata I tunggu. Then I bagitau orang-orang yang queue kat belakang I and dorang pun semua nak tunggu jugak, wah...macam nak mogok la pulak kan dan I ketuanya wakaka... Satu family kat belakang cakap dorang pun tak peduli nak tunggu jugak sebab tak pernah jumpa and laki dia kata last year dia pegi pun dia tak sempat jumpa. I cakap kat husband I kalau Tun tak keluar nanti dalam masa 15 minit nanti kita balik la although it was a lie, setahun pun I sanggup tunggu, if it’s come to that... ye ke?

 (Sila abaikan muka besar itu)

Tak lama kemudian Datuk Mukhriz datang untuk take over tempat bapak dia. Husband I suruh I bergambar dengan dia, mulanya I tak nak sebab I nak Tun jugak. Then dia suruh I, mintak Datuk Mukhriz sign buku, I kata I still want to wait for Tun because it was written by Tun. Husband I kata biarlah ada dua signature, bila Tun keluar nanti suruh Tun sign. I kata no. Tak lama kemudian I decided to ambik gambar dengan Datuk Mukhriz, who knows he might be our Prime Minister one day and the possibility is there. I pun bersalam denga dia and introduce husband I. Then bila husband I nak ambik gambar, Datuk Mukhriz sempat mengusik and cakap, besarnya camera, I kata, a’hah, sambil gelak kecil. Lepas I masuk line, terus Tun keluar, wahh, good timing and then semua orang bertepuk tangan. I was so excited. Tapi tak syoklah sebab ramai yang potong queue ambik jalan lain... Bila tiba time I, I salam dia, I wish dia and I kata, mintak maaf Tun, nak mintak Tun punya singature sambil duduk bersimpuh, kira macam anak mintak maaf kat bapak. I berdebar-debar nak selakkan buku and Tun tolong selakkan hehe.. Then I bagi dia pen. Then I cuba la pose-pose and husband I kena tolak sana sini, so gambar pun kabur. Ahli jawantankuasa mana tah suruh cepat-cepat, geram I..nanti kau. Tapi tak apa, itu tak penting, yang penting, I dapat salam Tun and dapat signature for my book. Tangan Tun sungguh halus. Wajah dia berseri-seri dan terpancar keikhlasan. Namun begitu Tun nampak kurang sihat dan kepenatan, I felt sorry for him. He didn’t talk much cuma senyum je. Oh My God! I am soooo happy and tak dapat I nak gambarkan dengan perkataan, rasa macam nak menangis pun ada.

Lepas tu I rasa macam tak puas hati sebab I tengok gambar husband I ambik tak terang and I pun pegi la dekat-dekat untuk ambik gambar dia. Then ada sorang mamat yang rupa macam datang dari timur tengah dengan bermata chocolate cair, hidung mancung, berjambang dan bermisai bediri kat situ sambil berpeluk tubuh and tanya I nak ambik gambar ke. I kata yes, so I tanya dia, “Have you salam Tun”, dia cakap dah. Then I tanya lagi, “Why are you standing here”, you know what he said? He said, he just want to look at Tun dengan muka penuh admiration. Tergamam I sejenak. Then I cakap, Oh, he is one of the best leader in the world and then dia cakap, he’s the best, I cakap yes, he’s the greatest! Then I teringat each time I pegi oversea, bila I cakap I’m from Malaysia, tak kira omputih ke but especially orang yang berwajah arab nie mesti puji Tun melambung-lambung. So you see, orang luar pun appreciate him but not you guys yang so idiot itu. Then dia offer untuk ambik gambar I. He took a few and thanks God ada yang jadi although gambar Tun nampak jauh. Dia nak ambik lagi tapi I kata tak apa and said thank you. 

(Tun's signature, simple je)

Lepas tu kita orang terus balik, but this time tak naik shuttle sebab the weather was beautiful although macam nak start hujan and jalan kat kawasan tu macam resort, kehijauan di kiri kanan serta padang golf kecil, lampu-lampu antik di kiri kanan, jalan berbatu bata merah...ahhh..sungguh mendamaikan. Lagipun hati I sungguh gembira dan bernyanyi-nyanyi ria. You see, I’m so easy to please...err... ye ke? I cakap kat husband I, nie kalau berbasikal kat kawasan nie sedap nih.. Sempat la jugak ambik dua tiga snap. Then we decided to tapau McDonald kat Mines Resort. On the way balik, I tak habis-habis said thank you to my husband, thanks for your support bla bla bla. Tak habis-habis I bercakap pasal Tun dan senyuman tak lekang-lekang dari wajah kertu I. I love all of his vision and what he had done to this beloved country of mine. Jasa-jasa beliau adalah terlalu besar untuk rakyat Malaysia. Perasaan I bercampur baur, excited yang amat sangat, terharu, sedih tengok Tun sebab dah nampak uzur and tak sihat dan yang pasti, akhirnya I berjumpa jugak with one true great leader of the world!

So far bulan August 2013 ini adalah bulan yang terindah buat I.
 
Sekian catatan wanita yang masih tersenyum-senyum.....kiss kiss...

Comments

Anonymous said…
Bagus le u dapat salam ngan Tun. Saya sampai pagi lebih kurang pukul 11 pagi..beratur hampir satu jam.Bila kudrat tak terdaya saya give up sebab sakit gout.

Macam u jugak; saya beria benar nak jumpa Tun.. dah bertahun saya pendamkan..Perasan saya , saya takut tak sempat; samada saya atau Tun pergi dulu.Semoga Allah panjangkan umur Tun.

Ramai orang sayangkan Tun sebenarnya. Lim Kok Wing sanggup berjalan kaki dari Mines ke rumah Tun .Hebat.
JM said…
wah..dpt jumpe tun.. jeles3...

jm pun adore gila dgn tun yg humble ni...byk sgt jasa dia pada negara dan agama.

Moga Tun lekas sembuh... love u tun..

eh eh ni blog datin misty.. haha
Sis said…
Dear Anonymous,

Sebelum tu, perasaan I pun macam you jugak, risau jangan la I atau dia pegi dulu sebelum dapat jumpa. I cakap, sekali pun jadilah tapi kalau ada kesempatan, insyallah I nak jumpa dia lagi, macam tak cukup aje sekali.. Tak apa, one of these day, you pasti akan jumpa Tun jugak...

Husband I pun ada ghout jugak, dia kata kalau dah kena, sakit rasa macam kaki kena gergaji, tapi nasib baik semalam tak kena..risau jugak I.

Yes, I terkejut tengok betapa ramainya orang semalam, tak sangka ramai sayang Tun memandangkan ramai yang hina dia... sedih I bila baca...
Sis said…
Dear JM,

Yes, datin sis sangat happy until now..hehe... next year kita gi sama-sama open house Tun yea....
Zue-rouge said…
SIs yg vouge

Selamat hari raya, best baca cerita ni. semoga sis selalu sihat dan bahagia

nak raya rumah sis please...hihihi
Sis said…
Dear Zue,

Selamat hari raya to you too... kembang hidung kempis sis zue suka baca cerita merapu ini...

moga zue dan keluarga sentiasa dirahmati Allah, amin...

datang la rumah sis yang sungguh anciet ini...hehehe..

Popular posts from this blog

Kuih Kapit, Sepit, Love Letters or Egg Rolls

Kisah Mesin Ais

Kisahku dan Gigiku