Sunday, August 4, 2013

Kisah Berbuka Puasa / Italian and Western Feast


Ciao!

Sorry for being “away” for quite sometime. There’s nothing much interesting story about my fasting, graph sama je, tak naik tak turun hanya mendatar.... Makanan untuk sahur and berbuka pun biasa-biasa aje, makan nasi dan lauk for the first two weeks. And I haven’t been to the bazaar ramadhan, tak ada hati la pulakkan... Berbuka kat luar pun tiga kali aje, itupun kat Tony Romas kat Pavilion, during hari “cuti” I. Oh, I tell you, it was so frustrating with the service yang kelam kabut, food lambat sampai and some of the dishes that we ordered tak di hantar. Food quality pun dah turun and bila food sampai kat meja, dah sejuk and it was not inticing at all. Husband I cakap dia serik makan kat situ but I cakap maybe time puasa je kot, maybe hari lain ok, tah lah... Ada la jugak makan kat Sushi King, Kenny Rogers and Cosy House but after solat maghrib kat rumah. Alas perut, minum air, makan kurma sebijik and a few crackers. Makan kat luar pun tak banyak sebab makan sikit aje dah kenyang. Sometime, we went to berbuka kat rumah in-law on Saturday. As for buffet memang lama dah tak pegi sejak harga dah naik a few years ago, beside bukan boleh makan banyak pun buat membazir aje, well.. kalau ada orang nak belanja, seratus langkah I dah keluar pintu, boleh makan banyak or not... hehehe..
  
 
(Ketam tu baru satu pinggan) 

Sunday haritu, Khairul and Shida came to our house to berbuka kat rumah kita orang. It was Shida’s first time, selama nie beberapa kali plan nak ajak, asyik ade je...husband I la asyik cakap nanti-nanti... Dia malas nak kemas rumah tu.... Our menu were, nasi briyani kat Aladin, mee rebus, mee bandung, (husband I beli kat Aladin), karipap and tepung pelita (kat bazaar ramadhan). For dessert, buah tembikai and buat jelly segera (kunyaku la mana lagi I nak buat). Shida buat bubur kacang hijau (yummy) dan kuih karipap. Lepas makan Khairul ajak pegi karaoke, since dia dapat discount so he want to use it sebelum tarikh luput (dalam bahasa iban luput maknanya pengsan wakaka..), haha I know, sepatutnya pegi terawih kan but I think it should be ok, bukannya kita orang buat maksiat or benda jahat ke apa but this is a family thing (pandai bagi helah). I don’t see anything wrong with it. Lagipun teman kan Khairul yang karaoke king tu, yela tu temankan.. Apalagi I bantai lagu Norah Jones – Don’t Know Why, Eric Clapton – Tears in Heaven, Wings – Biru Mata Hitamku, George Michael - Last Christmas, duet lagu Christina Perri – A Thousand Years dengan Shida...and banyak la lagi, so much for saying temankan Khairul and Shida wakaka.... Oh ya, langkah kanan betul sebab masa kat rumah, Shida tanya what are my favourite’s seafood, ofcourse la I cakap ketam, sampai kat situ ada set buffet dah termasuk dalam package karaoke and ada ketam, apalagi I, terus husband I ambik ketam berpinggan-pinggan hehe...I sukaaaa....tapi kenyang nak mampus sebab kat rumah dah makan and then buffet kat karaoke lagi....
 
Italian and Western Feast


(Croutons, pizza, cream chicken soup, barbeque chicken, spaghetti sauce and spaghetti)
 
Anyway, I was so happy this evening because since awal puasa lagi, I teringin nak buat Berbuka Puasa ala “Italian and Western Feast” tapi tak buat-buat until today/tonight. Cerita dia macam nie, petang tadi I bukak-bukak buku resepi yang beli kat Big Bad Wolf aritu and I found out, senangnya nak buat italian punya food nih and bahan-bahan senang nak cari. So I decided dengan tak berapa confident to give it a try especially nak buat (dough) base pizza yang tak pernahnya jadi or sebab pizza base I selalu tak sedap or tak masak. Sebelum tu, I cari resepi croutons kat internet, ingatkan susah nak buat, alahai... senang yang amat, cepat-cepat I called husband I yang keluar mencari ready made crouton and told him that dia tak payah cari sebab I dah jumpa resepi and akan buat sendiri. Husband I cakap dia pusing-pusing cari tak jumpa-jumpa pun and sebab tu la lambat balik. Back to my pizza base story, as usual kalau copy bulat-bulat resepi takan jadinya baik buku omputih or local, I tambah air sikit so that dough pizza I tak kering. Then I biarkan dough tu naik, dalam hati I, I berdoa, mintak-mintak naiklah...kalau tak naik pun tak apa dengan nada sayu I memujuk diri sendiri. Husband I kata, 100% jadi, jangan risau. After about an hour, I check balik, eh... dough I naik, I dah mula menguntum senyum ala-ala bongkak. Anyway, like I said buat croutons nie senang je, ingredient roti baguette or french bread or roti biasa, potong-potong and goreng dengan butter...huhh..rangup dan boleh disimpan didalam bekas lagi, kira biscuit roti la kan. Itupun I suruh husband I masak and I bagi tunjuk ajar sebab I busy buat masakan lain. Sebelum tu I dah marinate chicken wing for a few hours, patutnya semalamam lagi sedap but well..I bangun lambat as usual, tidur lepas sahur/solat, dekat pukul 3pm baru I marinate. I masukkan dalam oven berserta dengan my pizza tadi. I tak letak toping dulu sebab I nak my pizza base nie masak betul sebab I pernah buat dulu, pizza base tak masak. Sambil tu I buat spaghetti punya kuah untuk topping pizza and I decided to rebus mee spaghetti, I know rambang mata and nafsu- nafsu sebab dari haritu lagi nak makan. Cream chicken soup pulak I guna soup campbell dalam tin aje but I letak bawang, kentang and beberapa perisa garam etc. untuk di makan dengan croutons. Oh ya, I also made garlic and parsley butter, sebab I always wondering how they made it kat Tony Romas and I found the recipe in one of the book yang I beli kat Big Bad Wolf that day jugak... Nak buat pun senang and sedaaapp... Garlic and parsley butter is best to have it with bread yang panas-panas and also any food yang you suka..


(Garlic and Parsley Butter)
 
Tak lama kemudian I keluarkan pizza base dari oven tu, put the topping and mozarella cheese. Turn out that pizza base I jadi. Bila topping dah masak I dengan husband I rasa sedap, achoo..! (pujing memujing diring sendiring) according to our tastebud la... I cuma makan one slice and the rest of it husband I habiskan semua, dia kata excellent, sambil geleng kepala and buat mata stim...hehe... nyampah I. Husband I cakap, kalau ada sepuluh pizza I buat, sepuluh-sepuluh dia boleh habis... yela tu..exaggerate as usual. Then I tanya sedap tak barbeque chicken wing yang I buat sebab I rasa macam kureng sikit sebab sekejap je marinate, husband I cakap, tengok dia punya pinggan and berapa longgok tulang chicken wing... I tanya lagi sedap tak...husband I cakap terlampau sedap wakaka...pitam..

Yes, like I said, I was so happy sebab everything yang I plan dan buat menjadi, which is a very rare occurence... Keseronokkan dan nikmat hasil penat lelah memang tak dapat I gambarkan dengan perkataan especially bila melihat husband I makan dengan bersungguh-sungguh dan menghargai masakan I. I non-stop tersengih-sengih masa makan tadi and tak habis-habis I dengan husband I cakap wah...sedapnya... I rasa sungguh bersyukur, thank you Allah for giving me this happiness and memakbulkan impian I yang tidak seberapa ini...

Sekian dari wanita yang sungguh detail explanation beliau tentang kisah masakan beliau hari ini....



No comments: