Kunjung Mengunjung

Last Monday, sedang I solat asar, tiba-tiba whatsapp I masuk. Dalam solat tu sempat lagi I pikir, mesti Mbo tapi selalunya kalau Mbo whatsapp mesti masuk bertubi-tubi, then I pikir lagi, nie mesti my BFF. Nampak sangat solat tak khusyuk, siap pikir-pikir lagi. Lepas solat I check, oh, Shida rupanya. Dia jemput datang beraya kat rumah. Wah, ini sudah bagus..tiba-tiba I telan air liur, tah apa-apa punyalah kebulur. Dia pesan, jangan bawak apa-apa tapikan memandangkan I nie seorang yang sangat pemurah lagi baik hati serta sarat dengan kasih sayang ( mesti ada yang rasa masam-masam je tekak baca statement epic ini wakaka...), I ignore akan request beliau itu. Rasa macam tak best je tak bawak apa-apa sebab aritu dia datang bawak KFC kat rumah kita orang. I dengan husband I pun pikir-pikir apa nak bawak (banyaknya perkataan pikir, belum lagi perenggan kedua), then we decided to buy ayamas perasa blackpepper, cheese cake and swiss roll pandan/chocolate ke rumah dorang.

Around 8.30pm, kita orang sampai ke rumah dorang. Bukak je pintu, Khairul cakap, kang orang dah kata tak payah bawak, banyak makanan kat rumah. I dengan husband I kata, tak apa, memang saje nak bawak. Then bila Shida nampak, dia pun cakap the same thing hehe... Then I tanya, ada jemput Khairil and family ke, dorang kata tak ada, then Khairul called Khairil. Lepas dia called Khairil, Khairul cepat-cepat simpan remote memandangkan Rayhan cukup arif dalam bidang tekan menekan punat ini..

Tanpa menunggu Khairil and family datang I sudah siang-siang duduk di meja makan sementara husband I and Khairul kat ruang tamu dan Shida kat dapur, I punyalah pelahap. Banyak makanan terhidang di atas meja such as, mee hoon goreng, roti jala, kari ayam, kari ikan, rendang daging, kek chocolate, lemang and the food that we brought with us. Masakan Shida sedap-sedap, mee hoon I tambah dua kali, rendang dia..huii.. sungguh menepati selera I. Lepas makan I duduk-duduk di ruang tamu and tak lama kemudian Khairil and family pun datang. Then I tengok gambar kahwin dorang dalam album. I suruh Khairul adjust lampu bagi terang since lampu dorang nie ala-ala suram romantik macam kat lobby hotel. Tapi puaslah I squinting this eyes of mine, still la jugak gambar-gambar yang agak kecil contoh gambar orang yang beramai-ramai agak kurang jelas pada penglihatan mata I, apa nak buat faktor usia memusykilkan segala-galanya huhuhu... nampak gayanya I nak kena pakai cermin mata rabun dekat la pulak waaaaa.... pilu. Namun begitu, album kahwin orang-orang sekarang sungguh cantik, bukan macam masa zaman I dulu, it was either, masukkan gambar ke dalam plastic album or lekatkan aje... album sekarang nie macam buku tebal. Nyesal lahir cepat, kan banyak dah rugi... Takpe next time I kahwin dengan Ryan Gosling, ambik kau album cover bertakhta berlian bersulamkan emas 375 wakaka....

After a while, Khairil ajak beraya rumah dia since alang-alang dah ada kat rumah Khairul yang satu building dengan Khairil tapi different level. So all of us termasuk Khairul and Shida pun terus la beraya ke rumah Khairil. Biscuit raya masih dalam bekas kedai belum masuk balang kuih lagi. Kita orang nie the first guest datang rumah dorang. Lepas minum-minum and makan biscuit raya, we decided to leave. It was a lovely evening surrounded by the people that we love...
Today
 
 
 
Lepas I masak tengahari, which was sangat simple, ikan bakar and soup kobis rebus, I received a call from Aiza saying that she and Adam would like to come to our house for a visit. Dorang adik beradik nie semua bagitau nak datang last minute, saje je nak menyeksa auntie and acu dorang hehehe.... I kata ok, datang la. Then I suruh husband I beli extra food, mula-mula husband I nak beli KFC but dia teringat Aiza kata KFC dah kureng sekarang nie, so husband I kata, dia beli nasi ayam. I pun cepat-cepat kemas rumah and seperti biasa, office merangkap meja makan husband I pun cepat-cepat beliau kemas. I don’t know la but everytime I tengok dia kemas “mobile” office dia, macam kelakar aje, macam pekedai tak ada lese , cepat-cepat kemas sebab nak lari dari kena angkut dengan DBKL je...

Around 1.35pm, Aiza dah sampai, I masa tu baru lepas mandi, I suruh dia tunggu sekejap, on the way nak keluar sempat la I berborak dengan neighbour depan rumah sekejap... Baju dia pakai cantik, sempat lagi I pegang-pegang kain baju dia, I nie senang kena distract. Tak lama kemudian, husband I pun sampai. Oh, Adam is so cute and very naughty. Tak boleh duduk diam, I rasa macam nak cubit je pipi dia. And Adam, you kacau la dia, usik la macam mana, dia buat tak tau je, apa lagi kalau you panggil-panggil dia, rasa macam panggil kerusi je hehe... rasa macam nak gomol kang tak pasal-pasal kena cekik dengan Aiza. Sempat la jugak Adam meninggalkan “bekalan” nya di rumah kita orang, kira nak mark dia punya territory haha..

Lepas makan, kita orang melepak sambil tengok tv, borak-borak dan mata tak lepas-lepas memerhatikan Adam yang tak boleh duduk diam. Mamat nie senyap je tapi licik, I panggil dia silent assasin. Jangan harap nak dengar dia menangis ke, kecuali terhantuk, itupun sekejap je tak sampai seminit. Adam is such a cool kid. Tak lama kemudian Aiza bawak tidur, I suruh tidurkan kat bilik and katil kita orang. Habis malam nie sure ngigau Adam, aura hero tamil melekat kat dia, awas. Tapi dia tidur tak lama, just a nap. Then husband I bawak dia jalan-jalan kat luar sebab dia bangun tidur a bit grouchy. Around 7pm, dorang pun balik... Ah, what a wonderful Saturday, berkasih sayang dengan anak and cucu sedara.....

Oh, I got a good news to share, next year I dengan husband I akan dapat cucu sedara baru...waaaaweeeiiii..... We’re soooo happy....

Sekian catatan I di malam yang kelam disulami batuk-batuk yang telah beberapa hari tak reda-reda ini...

Comments

Popular posts from this blog

Kuih Kapit, Sepit, Love Letters or Egg Rolls

Kisah Mesin Ais

Kisahku dan Gigiku