Saturday, August 10, 2013

Khairil And Family Came To Visit

Lepas I masak tengahari tadi, I pun duduk-duduk la sambil cari cerita untuk I download, tiba-tiba hp I berbunyi, I tengok Khairil call and dia cakap dia nak datang. Ah, sudah I tak mandi lagi sebab baru lepas masak and jam dah pukul 2.30pm, I know I nie kasam kadang-kadang haha... I kata datang la, dah makan, belum? Dia kata dah makan then dia cakap husband I was on the other line (husband I kat luar beli paper). I suruh dia cakap dengan husband I. Then I called husband I and cakap suruh dorang datang lambat sikit sebab I nak masak something. Takan la orang datang, ndak ndak anak buah, nak kasi makan biscuit kuih raya hamper (bestfriend husband I bangsa India bagi, tiap tahun) aje kan. I suruh husband I beli mee kuning, sebab I nak buat mee goreng, memandangkan it was Khairil’s fav’s, masa bujang dulu dia selalu suruh I buat mee goreng. I pun terus terkocoh-kocoh siapkan bahan. Then I teringat I ada chicken wing yang I marinate masa I masak tengahari tadi, untuk saje-saje makan petang, furthermore I nak experiment sebab selalunya marinate dengan berbagai-bagai bahan sampai satu malam but this time sekejap aje and guna butter, garam and black pepper aje. Macam tau-tau aje orang nak datang. I keluarkan wings yang belum marinate, nasib baik tak keras lagi, I campurkan dengan yang dah marinate, check! Then I teringat kuah spaghetti bolognese yang berbaki haritu, ok still in good condition, then I teringat ada roti putih gardenia, then mozarella ada lagi, I decided to make pizza guna roti gardenia tu, check! I keluarkan, isi ayam, fishball, sotong and udang untuk mee goreng. Sayur I guna sayur kobis. I cepat-cepat rendam semua bahan and tunggu mee kuning husband I beli. I buat air and simpan kat ice box bahagian keras. I kemas rumah cepat-cepat, keluarkan pinggan etc.. Oh, you should see how I work, macam lipas kudung, belari sana sini, dalam otak pikir ini itu hehe but I was so excited! Yelakan life I dengan husband I nie kan dull, monotonus aje, lacking in variey. Muka pun muka chenta hati aje yang I asyik mengadap hari-hari...(wah..macam tak grateful la pulak... haha..).

Anyway, lepas semua siap, cun-cun Khairil and family sampai. Wah! confirm boleh masuk masterchef or top chef nih... I can actually work under pressure...voila!. I pun keluarkan biscuit hamper itu, nasib baik ada biscuit sebab tahun nie satu pun tak beli. Then I teringat kerepek-kerepek India yang beli a few days before hari raya, I keluarkan sekali. Biscuit and kerepek nie bukan I letakkan dalam balang kuih pun, in fact masih dalam bekas plastic kat kedai and kerepek tu dalam tupperware besar aje wakaka... macam hari raya koboi je. Kita orang makan tak formal, ambik food atas meja makan and makan kat depan tv dalam keadaan santai. Kira macam minum petang. I rasa sungguh seronok and terharu macam kes Khairul and Shida jugak sebab Khairil and family sudi datang meluangkan masa untuk menjenguk auntie dan acu nya yang dua batang kara ini (again with the sympathy card, such an attention seeker hahaha...).

Si Rayyan mula-mula malu dengan kita orang, biasalah Rayyan tu, action lebih hehe.. Kalau cakap pun sikit-sikit, nak makan pun segan, rasa macam nak tangkap and peluk aje tapi kang mesti dia menjerit. Husband I bagi dorang kereta-kereta kecik, hot wheels. Wah, cepat tangan mencapai, as for adik Rayhan, dia relak je yang penting, ada food and drinks... ala cutenya. Husband I has a lot of collection kereta hot wheels, model kereta-kereta racing yang besar, build yourself kapal terbang, kereta tank etc.. Kalau masuk bilik belajar dia, rasa macam masuk kedai mainan. Then husband I tiup belon for the both of them, rumah kita orang nie macam nursery pun yea jugak, stock belon memang sentiasa ada. Oh, itulah ice breaker for Rayyan, tiba-tiba aje engine dia dah panas and main tendang-tendang and baling belon dengan I and husband I. Excited bukan main lagi. Now, kita orang dah tau rahsia nak tackle hati Rayyan, main baling-baling dengan belon. Around 5.30pm dorang balik untuk kerumah kawan dorang yang lain.

I rasa macam tak percaya aje tengok Khairil with his kids, rasa macam baru semalam je hang out dengan dia. We used to go everywhere together, the three of us, me, my husband and him, inseparable. And now, he has his own family, a good job, a wonderful wife and two beautiful boys. I’m so glad that he turn out so well. In fact all anak-anak buah husband I, who I considered mine are doing so well in life and works. I’ve been with them almost through out of their life for more than 20 years, ahh.. tak terasa, how time flies without we realising it.

Minggu nie banyak pekara-pekara yang mengembirakan hati I. 

Sekian catatan wanita yang banyak modal untuk ditulis diblognya minggu ini....

No comments: