Wednesday, June 16, 2010

To KT :Visiting Vagg and Family (Part 2)

Sunday 13th June 2010 : Second day at Kuala Terengganu

Early in the morning both of us pegi breakfast. Wah.. berbagai-bagai and sungguh enak..yummy. Sesambil I makan dalam pala dah plan apa I nak belasah punya la haloba kan... During makan memakan tu husband I nak pegi toilet la pulak.. Bila ada mende masuk ada la mende keluarkan.. Alahai haha... (Sebelum tu kan masa first day kita orang masuk hotel tiba-tiba dia nak “membuang”, I saje buat slow-slow letak toiletries kat bilik mandi, sebenarnya I tak mau dia guna situ sebab kalau dia dah mengeram kat dalam...tutup pintu pun bau still keluar. I kata no way, pegi toilet kat lobby..jangan berangan nak membuang kat sini... Husband I pun keluar dengan wajah longlai.. sambil tu dia kata..nanti you... macam la I takut dengan gertak dia tu...hahaha... ).

So anyway lepas breakfast, both of us naik balik ke bilik and sementara tunggu time nak pegi tu I baring-baring kejap kat, ngantuk la pulak... Sebelum sampai ke KT nie I plan nak pakai baju kurung yang siap sehari sebelum nak ke situ. I nak pakai sebab ingat ayah and mama Vagg ada but since both of them tak ada so I decided pakai sempoi je hehe.. Oh this is going to be my first time meeting vagg, selama nie kita orang berym and bersms je.. And tau tak, both of us tak pernah pun dengar suara each other.. bertepon pun tak pernah.. But the thing is, kita orang kekal berkawan sampai sekarang..unik kan? Sebelum nak jumpa vagg, I dah plan macam mana I nak start the conversation.. Siap rehearsal berlakon lagi hahahaha... I pikir nak senyum ke, control ayu ke, cakap lemah lembut ke..macam mana nak salam... macam macam la...

During bersms dengan Vagg on how to go to her house..which was quite easy to find...Husband I tanya kenapa tak call je... One thing about my husband, he don’t understand kenapa orang suka bersms. Dia kata kenapa tak cakap terus je each time I bersms dengan sesiapa lah.. I kata, you will never understand because I don’t either hahaha...

(Tengok la muka dia tidur dan betapa peaceful nya dia dalam pelukkan bakal ahli syurga nih hahaha.. gerammm..)

Sampai je depan rumah vagg, both of us question each other, betul ke... kang takut silap rumah orang. Then Husband I hon.. muncul la Vagg, Gab and Afi... (nak tegelak pulak baca nick name dorang nih hahaha...). Hilang la segala teknik teknik lakonan yang telah I praktikan di hotel dan sepanjang jalan ke rumah vagg... betabur entah kemana.. I salam and terus peluk vagg, kiri, kanan, kiri..I pun tak tau mana tah datang adat nih muehehe... Mulut I yang seperti pop corn di masak dalam periuk non-stop berceloteh huhu... Dalam hati cakap control control, tapi tak berjaya.. I tengok vagg senyum-senyum pandang I... Memalu ka konon.. hehe.. Afi yang disua terus I sambar...Oh... cuteeeenyaaaaa... beso, kulit gebu, muka dan mulutnya yang muncung bila mengeliat sebijik macam mulut ibunya bila majuk itu hehehe... Gab tak puas hati, so untuk menyedapkan hatinya, dia kata pala afi botak macam dia kui kui kui.. Vagg kata bila besar mesti banyak mulus macam Gab..kah kah kah.. Afikan baik betul, senyap je bila I dukung.. I rasa macam nak gigit je pipi dia tapi since ibu dan ayah dia ada so I terpaksa batalkan niat suci I tu...Tapi serious Afi baik sungguh..buat la apa-apa dia tak peduli..siap tidur lagi kat dalam pelukkan I..Gab kata pandai belakon... Masa kita orang agah-agah, dia tegelak kuat menampakkan lesung pipitnya...


(Rasa macam nak bawak balik je and berkali-kali jugak I kata kat Vagg and Gab..bestnya korang ada toy hehehe..)

Then I dengan Vagg mula la berposing indah...(Vagg nanti email gambar kat sis eh.. lupa nak snap gambar kita). Sesambil tu berborak ringan and bergossip sebarang dua hehe.. Pastu Vagg mula la menyediakan lunch (sebelum I datang dia siap sms tanya apa nak makan sebab dia nak masak.. besar pahala Vagg bagi musafir dua orang nih mamam tau hahaha...). Vagg masak ayam panggang masak merah, ayam kurma, salad carrot, timun, nenas (sorry tak ingat nama) dan dessert jelly. Oh..sedapnya masakan Vagg, betulll.. I siap tambah dua kali... terukkan I? Dalam makan-makan sempat lagi I mintak tapau... sungguh buruk perangai I, tak tau malu langsung....Lepas makan, dessert pun mari... lagi sekali I mengulangi perangai tak senonoh, dengan menambah dua kali adeeihhh..hai.. kemanakah hilangnya sifat-sifat wanita timur I ini? huishh..bila ingat balik rasa macam nak lari je dari dunia nih. Lepas makan sambung balik borak borak.. Actually masa makan pun borak gak..

Then bila time nak balik, Vagg bekalkan makanan kat kita orang hahahaha... I rasa sungguh bersalah..tapi hati I sungguh gembira kerana I boleh sambung makan balik nanti hahahaha... Oh sepanjang-panjang I kat rumah Vagg, Afi memang I tak lepaskan dari genggaman.. I cakap, baiknya budak nie, senyap and senyum je..Even bila I letakkan kat katil ke or kat sofa pun tak nangis..Both of them cakap, Afi buat-buat baik. I kata..biasala yang datang nie BAKAL AHLI SYURGA hahahaha... (mesti ada yang muntah masam nih kui kui kui).

To be continued....

4 comments:

che^amad said...

macam tak caye aje sis dah jejak kat umah mertuaku kat k.trg.. siap boleh makan2 dan gosip2 lagi.. tak sempat nak ajak layan citer tamil aje.. wakakaka..
apa2 pon, thanks sis coz sudi singgah ke umah kami.. kataku penuh sopan santun dan tertib.. kui kui kui

Claudia said...

ituler pasal gab cam mimpi je..hehe.. x abis ngan citer tamil kundu kundu dia hehehe... hey I shd be thanking both of u and afi kerana sudi welcome kami berdua nih..tujuan ke sana pun nak jumpa..

oh gab, vagg.. everytime sis tengok gambar afi mesti gigi sis berkatup rapat sebab geraaammmm... and rindu sangat kat dia..huhu..kalau la dekat hari-hari sis datang dokong dia...

vagg© said...

xpe sis nnti dukung la dia hari2. remember our golden dream nk jadi neighbour? haaha

Claudia said...

hahaha..yeahhh... tanah sebelah impian hati hehehe..

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...