Wo and Me Dengan Episode Selamat Hari Gawai



I would like to wish "Selamat Hari Gawai Dayak" to all my "kaban belayan" (sedara mara) and friends who I haven't met for ages. Gayu guru gerai nyamai... ooohhh... hahhh... ooohhh...hahhh....

Teringat masa kecik-kecik masa tinggal kat Singapore, satu pagi tu Mummy called both of us (meaning me and Wo). Mummy tanya, tau tak hari nie hari apa.. Both of us look at each other sambil mengelengkan kepala. I risau pun ada, ingat nak kena punish lagi, maklumla I dengan Wo kan tak ada kerja lain, selain dari bergaduh and then geng balik and then gaduh balik..Itula kitaran hidup kita orang. Then Mummy sambung... you two must know, today is Hari Gawai Dayak, lagi I dengan Wo confuse. I tanya apa tu Mummy? Mummy kata, "hari nie la hari celebration kaum kita. Kalau kat kampung Mummy and Daddy, meriah tau...". Wo tanya dengan gigi depannya yang senget itu " Apa you all buat".. Mummy cakap, the biggest celebration kat Sarawak. Macam Hari Raya, visiting each other, except ada minum-minum.. "Minum apa?", "Hari Raya kan minum-minum air gas jugak" both of us jawap serentak... "Ehh...bukannnn, tambah Mummy...". Kat sana ada minum air tuak..etc.... Then I tanya lagi "air tuak air apa and kenapa nak kena minum"..Mummy jawap.."ish banyak soalan...adat kita laaa....

When I look back, I teringat wajah Mummy yang penuh excited telling both of us at that time. I bet Mummy miss her hometown so much... Masa tu kan umur Mummy muda lagi dah kena bawak "pergi' oleh Daddy ke perantauan.. Then I teringat, a few of Daddy's friends from Sarawak (berbagai-bagai bangsa) would come to our house and minum-minum sambil borak-borak. Yang dah kahwin dan ada anak, join me and Wo main-main. Bila ramai orang kat rumah, kawan-kawan kat sebelah menyebelah pun tanya la...apa occasion.. I dengan Wo rasa sungguh bangga.. kira glamour la jugak sebab banyak kasut kat luar pintu and riuh rendah rumah kita orang hehehe..So both of us pun explain la semampu yang mungkin macam nie "Hari Gawai nie kira macam Hari Raya ada makan-makan, kek, biskut, kacang and minum air gas..tapikan you all tak boleh minum air tuak sebab nanti kepala pusing and muntah". Tercengang la jugak anak-anak jiran tu.. tapi both of us ajak datang rumah and kita orang makan-makan biskut and kek je..minum pun air gas..mana boleh minum air tuak..bawah umur maaa....

Sebelah malam pun ada jugak kawan-kawan Daddy datang.. then kita orang berbalas-balas visit and kadang-kadang kita orang pegi rumah orang-orang yang dari Sarawak yang kat base/camp lain. Tekejut jugak I dengan Wo sebab ramai betul and although sebangsa tapi character anak dorang lain dari both of us. I think sebab environment yang berbeza and anak dorang is more independent. I dengan Wo biasala... tikus and lembik jee hehehe... Mula-mula we keep to ourselves but gradually we made friend with them.

Back to conversation with Mummy di pagi hari itu, Mummy explained... "Masa Hari Gawai ada acara tari menari and our traditional dance "Ngajat" tau. Kita patut tau macam mana nak menari nih, penting", kata Mummy dengan penuh serious. I tanya Mummy, "susah tak.?". Mummy kata tak, senang je... Then I tanya, "Mummy tau ke menari ngajat", dengan tersipu-sipu Mummy kata "tak".. then Mummy try nak cover malu, dia kata pernah jugak try-try dulu tapi tak ingat. Then Mummy pun cuba-cuba la mengepak-ngepakkan tangan sambil menyengetkan punggungnya ke kiri dan ke kanan (Mummy hentam je tu). I dengan Wo tercengang masa tu, yela kan..mana la pernah tengok Mummy macam tu. Then Mummy tambah lagi.. "Bila you all besar nanti and bila kita dah balik Sarawak.. you all mesti belajar tarian Ngajat sebab nanti kalau you all pegi ke negara mat salleh dorang nak tau macam mana adat kita nie.." Both of us kata ok dengan penuh semangat but sampai sekarang both me and Wo tak tau menari Ngajat nih... Sorry Mummy...

Comments

Popular posts from this blog

Kuih Kapit, Sepit, Love Letters or Egg Rolls

Kisah Mesin Ais

Kisahku dan Gigiku