3D 2N at Pulau Pangkor (1st Night and 2nd Day)

Monday, 13th September, 2010, Dinner

Malam lepas sembahyang maghrib, both of us went to the buffet dinner kat Hornbill Restaurant. We didn't expect the food to be nice, knowing how buffet kat pulau-pulau kat kebanyakkan hotel nie but we were surprised because the buffet/food were actually very tasty and sesungguhnya delicious...apalagi sang hero sangam dan isterinya itu membedal dengan sehabisnya.. husband I tak abis-abis puji masakan kat situ.. selain dari sedap, western food nya sungguh tidak mengecewakan langsung....

Gambar makanan kat atas tu, pinggan I. Sepatutnya kan I tak boleh makan seafood especially udang nih tapi disebabkan nie holiday so I belasah je la and tak lama kemudian I mula mendapat allergic di kaki yang maha hebat..menyesal tak sudah tapi tapi melepas la jugak kerinduan kat udang...


Nie rupa mee rebus tapi rasa semacam..nie je la yang out sikit...


Lepas makan both of us bejalan dengan agak perlahan, maklumla kenyang yang amat..I rasa air yang I minum macam sampai kat level hidung. Mata pulak dah kuyu but both of us tak mau melepaskan peluang bejalan kat tepi pantai nie malam-malam.. Malam tu ada cinema show kat tepi pantai tapi I malas nak tengok sebab like I said mata I dah ngantuk yang amat...


Anyway, malam kat tepi pantai panas because udara kat pantai pegi kat atas/laut...

Tuesday, 14th September, 2010 (2nd Day)

Hari nie ingatkan nak pegi town aje...dah book van teksi but decided to round island aje sebab kalau pegi town which was about 15 minutes fromt he hotel but cost us about RM40 and kalau round island RM70 for 2 hours..so might as well round island je beside.. one of the stop pun kat town jugak.

So bermula la perjalanan.... mula-mula uncle teksi (macam la I nie muda panggil teksi driver tu uncle hehehe..) bawak pegi kilang sotong/satay ikan etc.. Both of us tak borong banyak... lupa nak ambik gambar pulak...


Antara view yang sempat di ambik masa dalam van teksi


Salah satu tempat persinggahan, Taman Fu Lin Kung kalau tak silap I... dikatakan ikut replica great wall of china... tak tau la I sebab tak pernah ke sana.. Uncle teksi sibuk cerita pasal ikan besar kat kolam situ tapi tak nampak sebab air keruh/hitam and banyak plastik makanan terapung, tak patut betul, lansung tak ada keserdaran sivik!


Uncle tekejut tengok both of us sekejap aje kat situ and tanya kenapa tak naik kat atas...tak larat la.. panas lagi..

Ini pulak salah satu tempat kat Kota Belanda... Gambar meriam and batu-bata kat atas nie is not from that era tapi dorang buat baru.. kira nak bagi tarikan la kot..

Gambar atas nie jangan tanya..I main tangkap je muehehe... and on top of that I tak baca pun papan tanda yang kat tepi.....

Minah merangkap part time model (hehehe) yang bertopi koboi jeram kat atas tu (hoii...topi beli kat jetty ok 10 wringgit maaa..)... tah minah mana agaknya...cun kan? kui kui kui.. seperti biasa kalau I berposing mesti ada ala ala menara pisa..pose condongggg..... btw..nie la hasil peninggalan kota belanda yang teramatnya kecil.. besar dapur je...

Yea part time model nie lagi..tak ada orang lain... kali nie dia pose dengan air tin season ice lemon tea.. ekeke..mana pegi topi koboi dia..tah la...tak ikat betul kot... Gambar kat atas nie..ialah Pantai Pasir Bogak..I think.. Uncle teksi tu cakap...ada musim musim tertentu dalam setahun, orang putih suka berjemur ala nude kat sini. So I ambik berkat pantai nudist nie untuk bergambar kat sini sementelah bersuamikan ala-ala hero sangam separuh bogel kan wakakaka...

Gambar di atas model iklan yang sama memerhatikan barangan yang bergantungan tanpa disedari gambarnya telah di ambil oleh photographer merangkap sahabat karib dan teman sehidup semati beliau yang suka ambik gambar secara candid beliau...

Inilah Pekan Pulau Pangkor.... destinasi terakhir... Dibawah ialah list tempat uncle teksi nie bawak kita orang berjalan-jalan...

Lapangan Terbang Teluk Dalam
-tak digunakan lagi disebabkan kekurangan orang datang kat sini
Kilang Satay Fish SPK
- tempat pertama yang kita orang singgah
Tukang bot SPK
- tempat buat bot/kapal yang mencecah RM1million.. termasuk alat sonar ke solar dan enjin
Taman Fu Lin Kung
- nie yang ambil replica kat great wall of china
Pekan Pangkor
- destinasi terakhir
Kota Belanda dan Batu Bersurat di Teluk Gedung
- yang ada gambar topi koboi tu
Teluk Segadas
- tah nie yang main lalu dalam van tu kot
Pantai Pasir Bogak
- nie yang model season ice lemon tea tu bergambar
Pantai Pasir Ketapang (Turtle Bay)
- nie pun main lalu dalam van gak
Monkey Bay
- itu tengok dari jauh tapikan memang banyak la monyet kat kiri kanan
Pulau Mentangor dan Giam (Lagun Teluk Nipah)
- ke nie yang model season ice lemon tea tu bergambar...I confuse...
Pasir Giam (Coral Bay)
- lalu gak
Teluk Man
- lalu gak
Taman Lin Ji Kung
lalu jugak kot
Pantai Puteri Dewi
- pun lalu jugak
Pulau Pangkor Laut
- itu yang pavaroti pernah tinggal.. dianggarkan RM1000 semalam..

to be continue.....

Comments

Popular posts from this blog

Kuih Kapit, Sepit, Love Letters or Egg Rolls

Kisah Mesin Ais

Kisahku dan Gigiku