Perkataan Yang Menjengkelkan

As you know, macam tu cara I tulis macam tu la cara I bercakap. Yes, I admit I cakap bercampur aduk and tunggang langgang.. it comes naturally. I don’t know kalau pihak yang membaca atau bercakap dengan I paham ke tak..hehe..itu diluar kawalan I. And I don’t know how to be anybody else or try to talk elegantly or using a proper phrase ke apa ke.. Tapi I tak nafikan I suka bahasa melayu nie..in fact that was and still is my favourite subject sejak kecik lagi sebab senang and it was always use in the house or with friends. But that doesn’t mean my bahasa melayu is good or excellent... which you all had already know by now..carca marba.. Well, as all of we know kebanyakkan perkataan or bahasa melayu nie dialih/diambil/translate dari bahasa lain terutama sekali bahasa inggeris. I don’t mind the change contohnya macam.. duration ke durasi, population ke populasi, condition ke condisi, conclusion ke conclusi popularity tetap la ke populariti.. spelling je tak sama.. apa lagi eh? banyak la lagi....

Tapikan ada la jugak bahasa bahasa yang bila di translate nie cukup membuatkan I menyampah, geli nak muntah..contohnya perkataan moment di tukar kepada MOMEN... e.g. momen momen indah... tak boleh ke guna saat saat indah or detik detik indah... Dah ada dua bahasa yang mengambarkan benda yang sama why nak guna perkataan moment jugak cuma tak letak T...yuck! Tak suka la bila I terbaca kat mana-mana. I know I bukan ahli bahasa and journalist kat Malaysia nie but come on la....

Dan yang terbaru sekali I terjumpa perkataan FIGURA.. of which I clearly know from perkataan figure ..kenapa yang nie pun nak tukar.. dah ada perkataan dan maksud yang sama such as personality/personaliti atau individu ke tak cukup lagi ke? And I found out that figura yang digunakan juga mengambarkan bentuk..Kenapa tak guna aje bentuk atau reka bentuk? Nasib baik la tak guna perkataan shape... heee.. sabar je...

To me there are bahasa yang boleh di tukar dan ada yang sungguh tidak sesuainyaaa... diatas adalah dua perkataan yang sungguh tak sesuai pada pandangan dan isi hati I... sekian...

Comments

Popular posts from this blog

Kuih Kapit, Sepit, Love Letters or Egg Rolls

Kisah Mesin Ais

Kisahku dan Gigiku