Saturday, December 25, 2010

Kisah Petang Khamis


(Makan kat Belanga MidValley. I order nasi kerabu, husband I order nasi lemak)

I thought of resting for a while before planning on updating my blog, suddenly my husband called me up and ajak berpoya-poya kat KLCC or MidValley on Thursday petang aritu. I kata malas la, I nak relax kat rumah, beside apa nak cari. Dia pujuk-pujuk and kata aritu kan I nak cari something. I kata itu boleh tunggu and I’m not in a rush pun. Tapi being the pushy guy he is, I pun turutkan la jugak dengan mengantuknya. Oh dia ponteng kerja as always. Masa on the way nak keluar rumah, he put on his other shoes, apparently it was a new one. I kata, you tak nak pakai stoking ke sebab kasut kan baru nanti gigit your tumit. Dia kata, tak ada la sebab dia pernah pakai aritu. I kata ok then.

Maka berjalan-jalan la both of us kat MidValley nih yang penuh sesak dengan orang ramai. Nak cari tempat parking pun punya la susah, semua penuh, it took us a while to find one. Tengah seronok-seronok ber shopping shopping, tiba-tiba husband I kata kaki dia sakit. I ingat kena ghout. Then dia tunjukkan tumit dia yang mengelupas, huh teruknya. With that I gave him the look “I told ou so”. So mula la I bagi speech, itula kalau tak dengar cakap bini you nih mesti (bukan main suka lagi I dalam hati, kembang kempis). Then dia nak cari stoking, sementara tunggu dia I duduk kat luar Jusco tu. Dari jauh I tengok dia jalan terhengut-hengut cari stoking dalam hati tak tahan I gelak (jahatnya I, patutnya simpati la kan). Bila dia keluar aje I tengok, eh mana stoking? Dia kata baik la dia beli plaster. Then merayau nak pegi farmasi, then he changed his mind and ajak beli selipar la pulak.

So we went to Factory Outlet nun di hujung sana sambil berjalan perlahan-lahan sebab yela, hero I dah injured kan. Lepas cari-cari, I pulak nak beli baju sebab I rasa tak selesa dengan baju yang I pakai sebab walau I pakai sweater dari luar tapi tak dapat menyembunyikan perut I yang boroi..huhuhu..yea perut I boroi waaaa... I main grab je satu baju belang-belang and bagi kat husband I masa dia beratur kat counter. Lepas dia abis bayar I tanya kat counter tu boleh ke tukar baju kat dressing room, dia kata boleh. So I betukar la kat situ..fuh lega... kebuncitan perut I hilang sekelip mata... yea..baju besar and labuh hampir ke lutut..mencik I.

I rasa sungguh kelakar tengok husband I pakai selipar jepun bejalan-jalan kat MidValley nih, macam nak pegi pasar malam je. Tak lama kemudian husband I ajak stop sekejap. I ingat kaki dia sakit lagi suspense la kan.. rupa-rupanya tapak kaki dia gatal kena gigit semut..adeeihhh..macam-macam.. I dah tak tahan I gelak kat dia.. so tergaru-garu la dia sekejapan sambil sebelah tangan berpaut di railing depan kedai.

On the way nak balik husband I tersesat kat satu bandar nih. Memula-mula tercengang-cengang jugak I sebab tak pernah tengok kiri kanan nama kedai yang membuat lidah I begulung. Ada pintu gerbang sepanjang jalan lagi. Puas tengok nama jalan baru la perasan, jalan bricksfield. I kata kat husband I sirih pulang ke ganggang..muehehe...

Makanya, husband I pegi pakai kasut balik pakai selipar and I pegi pakai sweater over sleevless shirt and balik pakai t-shirt besar gedabak belang-belang...

Sekian...

2 comments:

Anonymous said...

belanga ni bawah opis lily
heheehe

-nakkal-

Claudia said...

wah, dekat eh..kalau la opis sis kat atas, mesti ari-ari sis ngular kat situ hehehe...

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...