Kisah Tengok Wayang Tron


(I makan laksa lemak, husband I makan laksa asam. Selain dari tu both of us share pie tee, lobak and ice kacang)

Last Friday evening/night husband I pujuk lagi, this time dia ajak pegi tengok wayang. I cukup malas nak tengok wayang especially bila mengenangkan penonton-penonton yang cukup monkey suka buat bising and siap cerita-cerita lagi. But bila teringat husband I banyak kali ajak tengok and I asyik menolak aje, so tak sampai hati la pulak kan... you know perkahwinan kan kena ada compromise..tak kan nak ikut kepala one party je kan. See, husband, you’re lucky kahwin dengan I yang sungguh bertimbang rasa ini (ye la tu uweek uwweek). I suh husband I check what was on kat TGV KLCC right now.

Lepas mandi and solat both of us pun make our way there but not before husband I isi minyak and I grab a few tidbits nak makan dalam kereta because I was so hungry. Sampai aje, terus order makanan kat Little Penang and then husband I pegi beli ticket. We haven’t decide what to watch, it would be depends on the time. I tak nak tengok yang jauh malam sangat. It would be either Tron or Gulliver’s Travel. Husband I called from the TGV and bagitau yang GT dah penuh and kalau nak pegi tak sempat because makan berapa lama kan, so I kata Tron pun boleh jugak. Actually, I tak tau pun Tron nie cerita apa, I cuma tengok one time promo kat tv aje and I don’t even know sapa yang berlakon etc. Lepas makan, both of seperti biasa berpoya-poya and sempat la I beli one pair of CAT shoes. Actually, I tak ada ati pun nak beli but memandangkan ada discount sampai 50% tiba-tiba kasut tu nampak cantik la pulak, yela harga dah murahkan.

Then husband I pegi turun balik kat kereta sebab nak ambik keropok yang dibeli kat station minyak tadi. I dah cakap siang-siang kat dia, ambik yang plastic yang I ikat (sebab ada dua plastic). Anyway, I tak berapa suka tidbits kat TGV nih sebab tak banyak choice. Sebelum tu husband I belikan cupcake Bisou betul-betul depan TGV. Bila husband I dah naik balik. I tengok dia ambik bungkusan plastic yang salah. I kata salah keropok you ambik, I kan dah cakap ambik plastic yang I ikat, husband I kata tak nampak pun. I kata, macam mana la you boleh lulus periksa, you memang sewel hehehe.. Husband I try to question my integrity. Ini tak boleh jadi. I kata kalau you nak turun ambik, ambik la but kalau tak nak pun tak apa boleh makan yang ini but I swear, I ikat and I kata dah dua kali I ulang ambik yang ikat, satu masa dalam kereta sebelum both of us naik atas and satu masa you nak turun ambik.

Then husband I turun, bila dia sampai balik kat tempat I menunggu dia kata, mana ada ikat, nie I jumpa kat bawah seat. I kata mana I tau, I ikat and siap berdemi Allah lagi haha..last-last both of us gelak because we look so stupid arguing over some very silly thing .. adeeihh...so korang nanti kalau dah sampai usia macam I dengan husband I, percayala bende-bende remeh pun boleh jadi big issue and seems to be a very big deal...

Bila time nak masuk, husband I beli pop corn and air coke yang guna cawan Tron and air mineral. Lepas buang air kecil both of us pun masuk and ambik spec 3D kat luar panggung. Sampai-sampai sudah! Budak-budak kat depan and kat belakang kita orang. Habis la.. both of us cakap. But it was surprised that budak-budak nie was well behave, tak banyak cakap and tanya. In fact mamat dua orang sebelah I yang kurus aje sekali sekala sibuk nak story pasal kisah nie... By the way, it was a pleasant movie to watch. I never expect it to be that good. Kalau korang suka tengok cerita sci fi/computer/futuristic/game, boleh la tengok. Pada I cerita nie best and tak boring, sekejap aje dah nak abis. Malas I nak story kisah nie, korang tengok la sendiri. Ok la I cerita sikit, pasal bapak Sam nie termasuk and tak dapat keluar dari game yang dia cipta. Sam termasuk dialam itu dan bermula la segala-galanya dan terjawap la dimana bapak dia menghilang selama dua puluh tahun itu.

Bila dah abis, mamat kurus dua orang sebelah I tak bangun-bangun, mengeliat aje sambil tengok belakang. Sekali I tendang tangan dia, terus dia gelabah bangun..wakaka..yea..I memang tak sabar and panas baran..

Sekian..

Comments

Anonymous said…
set meals tu mkn kt mana,sis?
mcm kt little penang je (sbb sy baru mkn kt situ last Sat)
hahahah....

p/s: x tanya pon ttg movie, tp sebok tya tg mkn2...
hahahah

-nakkal-
Misty said…
aha kat little Penang.. sis and hubby selalu makan kat situ kalau pegi KLCC, sebab dah biasa, makanan dia not bad kan...
Anonymous said…
cendol dia sheeedappppp

-nakkal-
Misty said…
wah..nak kena try nanti..

Popular posts from this blog

Kuih Kapit, Sepit, Love Letters or Egg Rolls

Kisah Mesin Ais

Kisahku dan Gigiku