Friday, December 31, 2010

I Sakit, Manda And Heronya Sivaji


I was supposed to update my blog this past days, but unfortunately I got sick... huhuu... I terkena food poisoning and automatically gastick pun campurtangan jugak. Ceritanya macam nie, as usual Ida would come every Tuesday to clean up the house. So when she came I tak masak sebab I tak mau kacau dia nanti dia kena cuci dapur banyak kali and furthermore I tak nak abuk-abuk masuk kat makanan kalau dia tengah lap-lap or cuci-cuci furniture kan. As usual jugak husband I akan tapau makanan untuk I dan Ida. This time I suruh husband I beli nasi dan lauk. Lepas makan tu I tak rasa apa-apa but petang tu perut I rasa lain macam, sebu and berangin semacam. Then I pegi melepas and makan ubat Actal. Malam tu tengah baring-baring tengok tv I dapat msg dari Manda, dia kata Sivaji The Boss ada kat tv. Then dia sms lagi dia kata kat astro fiesta 110. Eh, I tak tau pun ada saluran astro fiesta nih..nampak sangat I lama tak tengok tv. Tapikan I rasa Manda saje je nak kasi I jealous sebabkan dah dekat ½ jam nak abis baru dia bagitau.. Manda Kejam hehehe... So sibuk la dia bersms ngan I sambil mengutarakan point-point cemas dan penuh dramatic itu.. I tak sangka selama ini rupa-rupanya Manda Pencinta Filem Tamil secara diam-diam. Maka terserlahlah kini ketamilan beliau. Dari sms Manda I dapat rasakan bahawa dia sungguh mengagumi filem-filem lakonan Rajinikanth ini. Dan I pasti abg Raji ini adalah hero Idola Manda yang jitu. I dapat bayangkan di handphone, laptop atau di computer office Manda, hero tamil ini menjadi wallpaper beliau..wakaka..

Berbalik kepada kisah I yang tak sihat ini, the next day sedang I masak memasak dengan penuh rancak tiba-tiba I rasa perut I rasa macam nak kentut (sebelum tu I asyik sendawa angin non-stop). Serentak dengan itu I terus belari untuk melepas and memang sah I kena cir bir.. Lepas dari itu I sambung masak lagi. Lepas makan I terkena cir bir lagi tapi I tak rasa sakit sangat. Husband I balik kerja I rasa dah mula sakit semacam but I macam boleh tahan lagi. I pikir-pikir nak pegi klinik ke tak nak. Tak lama kemudian I rasa perut I sungguh berbisa. Terus husband I ajak pegi dengan terbongkok-bongkok lagi I masuk kereta. Dalam kereta I rasa macam dah nak pengsan, berpeluh-peluh dan I terpaksa bernafas pendek-pendek. Macam perempuan pregnant kat lamas kelas aje. Sakit sungguh tak tertahan sampai I menangis walau I cuba tahan. I ingat adakah ini hari terakhir I kat bumi. Serious, I ingat nyawa I dah nak kena cabut.

Sampai kat klinik nasib baik tak berapa ramai orang. Tak lama kemudian nama I kena panggil and I rasa lega sebab Dr Marina yang bertudung labuh itu. I suka kalau dia or Dr Ganesan on duty. I pun bagitau la sakit I dengan suara yang terketar-ketar. Dr Mariana kata nak jab, I kata ok, first time I setuju dengan penuh beraninya dan tanpa berfikir panjang. Selalunya I akan kata no. Tapi I kata kat Dr, I nak jarum paling halus, dia kata kalau nak makan ubat pun boleh jugak. I kata no, you jab je, I dah tak boleh tahan nie (wah, beraninya I..that shows I dah betul-betul tak tahan). Then I pesan kat doctor lagi I nak jarum paling halus. Dr kata kalau nak jarum yang paling halus, ubat tak keluar..hehe..tegelak la pulak. So bila time dia nak jab, I kata tunggu dulu, I nak kena pegang tangan your assistant/nurse sebab memang jadi kebiasaan I (yang pengecut ini) kalau nak kena jab mesti kena pegang orang.. Dr tu gelak and I kata Dr Ganesan memang dah cukup arif dengan perangai I nih hehehe.. I kata, I nie tua-tua pun takut, Dr Marina kata tak apa. Offcourse la, tak kan dia nak kata, you nie memang tua bangka pengecut gila kan wakaka...kang ada yang berparang kat klinik heh.

Lepas dia jab, I expect it to be baik on the spot, tapi tak jugak, so I duduk kejap kat klinik sebab I takut kalau I terpengsan sebab I tengah tertunduk kesakitan. Tak lama kemudian, husband I ajak balik and husband I tak kasi I jalan biar dia ambik kereta. Balik rumah sakit tak baik-baik, tak lama kemudian I muntah. I muntah air kosong and lepas tu I rasa kepala I pening. Badan I pulak lemah-lemah and mengantuk yang amat. Then I paksa makan nasi sebab perut I kosong (sebelum tu kena makan ubat gastric dulu) and acid gastric banyak dalam perut I. Lepas makan I telan ubat cir bir. Tak lama kemudian Manda from Mumbai sms and bagitau Sivaji the Boss keudara lagi..wakaka.. dalam sakit-sakit tu I tegelak besar. Dia kata pukul 9.00pm start and I bagitau dia I tengah tengok Malaysia lawan Indonesia. I kata nanti I nak beli la Sivaji The Boss nye dvd (cet rom la). I kata nak DL kat tor mesti tak ada subtitle. MANDA DENGAN PENUH BANGGA KATA DIA DAH ADA SIVAJI THE BOSS NIE DENGAN SUBTITLE SEKALI.... huiii... terkasima I sebentar wakakakaka.... Gab.. member setamil dah ada tu (ke atau Gab memang dah tau tapi secret-secret kat sis? hehe). Vagg macam mana? Dah ada unsur-unsur kesarian ke? Kui kui kui.... Kalau tak berjaya kat Vagg kita brainwash AFI lak...bak kata pepatah kalau nak melentur buluh baik la dari rebungnya oppsss...lariii...

Tak lama kemudian I termuntah and abis semua nasi yang I makan terkeluar balik... adeeihhh.. seksanya.. Kepala I pusing bagai nak giler and I bejalan terhoyong hayang. Tapi I rasa a bit lega although asyik sendawa angin non-stop. Semalam I masih cir bir lagi tapi sebelah pagi je. Hari I rasa a bit better. I hope next year I wouldn’t have to carry this sickness again and I hope I tak terkena lagi...tak sanggup rasanya. I betul-betul serik and akan berhati-hati kalau nak makan or beli kat luar lepas nie.

As for all of you out there, either you are my friends or a silent reader, I would like to wish you a very Happy New Year 2011.

4 comments:

vagg© said...

so how are u now sis? huhu take care ok. will sms u later.

hahaa so far dh nk masuk 2 years kawin, beliau belum berjaya WALAU SEDIKITPUN. hahahahahaah xkan ku biar afi terpengaruh hahahahaahah

Claudia said...

I'm better, thanks

kalau la afi tinggal dekat dgn sis, nescaya akan ku pertontonkan citer tamil setiap hari pada beliau..hehehe....

che^amad said...

get well soon suster..

sebenarnye gua le supplier citer sivaji tu kat mandot.. tapi ingin ditegaskan disini bahawasanye mentor mandot adalah hasben dia.. ekekeke..

Claudia said...

thank you Gab

wohoo...dah agak dah supplier CR sejati hehehe.. berbagai plot lak..alih-alih mentor suami sendirik wakakaka...

(lega manda tak tau sis story pasal dia kat blog nih..kalau dia tau nahas sis hehehehee...)

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...