Thursday, December 9, 2010

Update

I know lama dah I tak update. I rasa sangat malas and tak de mood. Anyway, last Saturday was one of my husband's niece's wedding. Nikah merangkap bersanding on the same day and at the same place sekali. We came early, around 8.30am. Nasib baik la weather redup and tak ada la terasa bahang panas although ber gelen-gelen (exeggerate as usual) air sirap I belasah. The food was nice but I makan sikit aje. Tau je la kalau majlis kenduri nie I tak berani nak makan banyak-banyak (bukan sebab diet ke apa) memandangkan perut I yang sangat sensitive ini.. cir bir sentiasa mencari peluang yang ada.

Tup tup dah jadi bini orang si Aiza nie. Teringat masa first time I jumpa dia masa kecik-kecik dulu. Masa tu husband I bawak jumpa family dia also for the first time (I belum kahwin lagi dengan dia). During those moment, dia cukup anti dengan orang gaji yang memang perasan bagus. Kejap-kejap Aiza kutuk dan meluahkan ketidak puasan hati dia kat I. She called her all kind of names behind her back. Kat depan dia senyap aje and tak berani. Kelakar bila I teringat balik. Not only orang gaji yang angkuh tu dia anti but auntie dia (my husband's sister) pun dia cukup geram jugak. Aiza masa kecik garang and selalu gaduh dengan abang dia yang no. 2 tu. Biasala budak-budak and that is the way they bond with each other. I teringat di awalan perkenalan itu, kita orang pegi zoo, bukit cahaya, port dickson, the mall and merata-rata la together with adik beradik dia and also cousin dia yang lain.

And now dia dah kahwin, sekejap aje masa berlalu and I pun semakin tak muda...huhuhu... kejamnya masa!

No comments: