Update


(Lunch hari nie I masak mee soup guna mee udon and bahan sampingan I letak yong tau foo.  Delicious and healthy)

Semalam patutnya I update blog, nak story pasal Mentor 6 yang I tengok last Sunday night but petang semalam, husband I ajak keluar buat marketing, beli barangan dapur. Sebenarnya sebelum tu, I dah smsed husband I and suruh dia beli french bread on his way back for my dinner. Tengahari semalam I masak mee hoon goreng for lunch so malas la nak makan mee hoon lagi untuk malam kan. Balik kerja petang tu, I tengok barang yang husband I beli. Wah, tetiba I tak puas hati dengan french bread yang beliau beli, I specifically ndak French bread yang kat Bread Talk bukan kat Carrefour. And I also tak puas hati with the roti hot dog since I prefer brand Gardenia bukan yang beli brand biasa. Mula la I buat demonstrasi and ngomel-ngomel, then my husband surprised me by opening the refrigerator and showed me what he bought for me; a box of a few slices of chocolate cake and Ice Chocolate Blended from Coffee Bean because he remembered that I did ada mentioned to him that I teringin nak makan benda-benda tu a few days back. Tapi I yang tak tau diri di untung, masih mengeluh tak puas hati kat french bread and also roti hotdog without realising how horibble I am towards him. I was so ungrateful and being so hard on him. Kena baling kat Africa baru padan muka I, french bread and roti hot dog brand Ah Kong pun pasti I bedal dengan lahapnya. He explained that he couldn’t go to Pavillion because it was raining and jammed badly. Then he asked me whether I ada nampak tak my favourite’s magazine bulan March yang dia baru beli on the dinning table. I jeling je tapi dengan muka masam (wah-wah banyak cantik muka I). I didn’t even say thank you pun. I know, I was so bad.

Then I masuk bilik, he followed me and pujuk-pujuk ajak keluar buat marketing and buy whatever I want. I kata I tak nak sebab nanti schedule I dah berubah. Wah, tinggal rumah pun ada schedule kaaa? Hahaha.. I kata around this time, I have to do this, that and beside I malas nak keluar (so fussy kan?). Sebenarnya I don’t have to follow any schedule pun and I can always break my stupid rules and that I can do it some other time. It is not like it’s the end of the world pun kalau schedule I bertukar kan. Bila tengok I tarik muka yang memang dah buruk ini, husband I menekupkan mukanya ke bantal and buat-buat belakon menangis terisak-isak dan menyedut udara bagai orang kena asthma sambil pujuk-pujuk ajak I buat marketing hahaha… I macam nak pengsan menahan diri dari nak terkekek gelak kat dia. Husband I memang tau, tau je macam mana nak menyejukkan hati rimauku ini. Tak sampai seminit I give up, then I kata ok la, kita buat marketing sekarang. Husband I terus tersengih and dengan penuh bangganya berkata, pujukkan dia berjaya sambil mengembangkan dadanya yang penuh lemak nenen itu. I kata blah la… wakaka…

Dalam kereta, I cakap sorry kat dia. Husband kata, it’s ok and terus la nak beromantik dengan I sambil pegang tangan I and letak kat dada dia wakakaka... I pandang ke sebelah cermin kereta sambil senyum malu sebab mengingatkan perangai I yang macam budak-budak nie. Sampai kat supermarket, terus I capai plastic untuk ambik timun sebab ingat nak makan hot dog for dinner since husband I dah beli roti hot dog. Bila I nak bukak plastic tiba-tiba husband I calit ibu jari dia dengan air liur sebab dia kata senang nak bukak plastic macam tu. I tarik plastic tu cepat-cepat and cakap, hey, no way kang pengsan bila I nak telan timun tu nanti hahaha… Husband senyum simpul. I suruh dia pilih buah. Husband I kan, kalau dia tengah ambik barang or pilih buah ke apa-apa la kat supermarket, dia mesti cari or pandang I walau dari jauh. Bila both of us terpandang each other, I akan kenyitkan mata atau buat mata juling kat dia hehehe.. Lepas tu dia akan angkatkan kepala or kening dia sambil senyum-senyum malu. I tengok mee udon and yong tau foo kat bahagian sejuk beku. I pikir, why not, esok I buat mee soup tapi guna mee udon and instead of letak ayam as the soup base and isi, I letak yong tau foo pulak. Kira experiment la nie kan. Bila dah abis barangan yang nak di beli, sampai kat kaunter bayaran, eh, banyaknya barangan yang di beli padahal masa kat rumah dah plan nak beli sikit aje. Husband I kata tak apa nie makanan and definitely kita akan makan.

Sekian....

Comments

Zue-rouge said…
sis..
hahahhah...never fail gelak2 comel la bila baca entry sis...sungguh kisah rumah tangga yang bahagia..semoga rumah tangga sis kekal bahagia mcm ni sampai akhir hayat ye.
oo nak try jugak la buat mee soup udon tu.
letak dried mushroom pun best kan? will try to cook this weekend.
thanks ye sis...
for the entry yg comel dan resipi yang also comel. hihihi

from me yang comel..hihihih
zura.
Misty said…
To adinda zura yang comel,

thank you so much for wishing kebahagiaan rumah tangga sis. Sis pun wish moga rumah tangga zura bahagia forever and ever....
Mee Udon ada dua jenis and different cap halal kat JJ, sis ambik yang diiktirafkan oleh JAKIM. Texture Mee Udon pun best sebab tak berminyak tapi lembut. Dried mushroom? sis tak pernah letak, nanti sis try, TQ for the tip :)
Aisye, no need to thank me for my silly story hehehe.. I'm just happy to share walapun agak memalukan diri sendiri. Terserlah kebengkenganku ini muehehe...

luv you, muah muah...

Popular posts from this blog

Kuih Kapit, Sepit, Love Letters or Egg Rolls

Kisah Mesin Ais

Kisahku dan Gigiku