Samsung Galaxy Note 10.1


Ijinkan la I untuk meng "show off" my latest gadget sambil mengiraikan rambut ke kiri dan ke kanan dan meniupkan ciuman angin..muehehe.. (alahai pembuka kata). Yea, petang semalam husband I balik dari kerja, I tengok ada bungkusan plastic hitam di bawah ketiak beliau sambil membukak kasut. I tak suspect apa-apa tapi dari body language beliau yang montok itu I seakan tercium sesuatu (no bukan kentut atau ketiak beliau) tapi hati ini agak suspicious bila melihat bungkusan plastic hitam misteri itu. Then husband I mengeluarkan kotak putih dari plastic hitam itu dan memberikan kepada I seraya berkata, "Nah this is your present", I pun apalagi buat-buat terkejut la kan dan bertanya "Eh, apa nie?" (apara punya soalan, kan ke dah terang-terang kat kotak tu kotak Samsung Galaxy Note 10.1). I buat-buat marah versi lembut, I cakap, "apa la you nie membazirkan duit aje" (tapi di hati I berkata, lantak la bukan duit I hehe... ini kes lain di mulut lain di hati lerr..). Dalam I cakap macam tu, dengan tersenyum manis, kedua tangan ini memeluk kotak itu sambil berbaring di atas sofa, nampak sangat la penipu. Husband I cakap,"Eh, kan you kata you nak?", I pulak cakap, "Yela memang I nak tapi buat apa la beli, I bukannya guna sangat". Wah, belagaknya statement...
 

Ok, flashback, pada bulan yang lepas, setelah menyambut hari kelahiran I yang ke 100, I told my husband that I plan to buy a present for myself, ipad II or samsung. But I decided not too since it is waste of money (berkira kalau nak keluar duit sendirik) and husband I baru belikan I laptop sony colour pink last month (show off nya minah nie..). So everynow and then I sentiasa memikirkan "should I" or "shouldn't I". So beberapa hari yang lepas, I cakap kat husband I, ipad yang first version tu dah purba, tak ada camera, tak ada mic and tak ada phone and I thought of tunggu yang latest next year. Lagipun aritu ipad I jam tiba-tiba and I pegi format/sync kat itunes, maka habislah segala jailbreak and ibooks, lagu etc.. Furthermore, installous dah outdated sangat and need a new version. Husband I bawak pegi kedai and masukkan balik jailbreak and I dapat banyak game baru termasuk yang I baru install but ibooks tu forever hilang unless I create account, tak apa lagi I create account tapi process tu macam shial je. This is the part that I hate so much about ipad, sungguh tak friendly and menyusahkan, ndak credit card no la, bila I dapat yang none, ndak random code no. la. In order to get that random code no. kena masuk fb and click like la baru boleh dapat that random code no. and baru la boleh create account and barula boleh install ibooks application secara free.. Pundek la sangatkan. Itu belum lagi I nak story pasal kalau nak transfer movies etc..nak kena ke another application so that it would be compatible la, macam-macam la ipad nie (err bukan you ke yang memuja-muja ipad nie dulu? ahh..shut up you!) Tapikan ingat susah sangat ke nak transfer lagu lepas tu sibuk nak suruh sync, tak hingin I sebab for sure semua lagu akan hilang. Then I told him that I'm not sure whether to get an ipad or samsung but then I don't need it. Husband I tanya, kalau ada I ndak tak, I kata ofcourse la but kalau tak ada pun tak apa, it is not necessary (ceh... tolak ansur konon..).
 

Ok, moving forward, mungkin beliau kasihan melihat insan bakhil lagi cute (pitam) ini yang asyik menyumpah-nyumpah pasal ibooks I yang hilang itu, maka dengan hati yang serba cair beliau telah menghadiahkan I dalam keadaan separa sedar... So malam tadi sibuk la I mengoles-oles akan gadget terbaru I ini. Layanan terhadap sang suami pun berubah 360 darjah, tiba-tiba suara I jadi halus untuk mengaburi suara sebenar yang bak pantulan bunyi di dalam gua and bila I rasa dia annoying dengan bertanya soalan-soalan mengarut pasal samsung nie tiba-tiba la ada satu suara berbisik, jawaplah soalan beliau dengan sabar dan berhemah, terima la keadaan beliau seadanya, tengok la dia baik dengan you, wah... suara siapakah itu? Tiba-tiba sedar diri la pulakkan and tahap kesabaran I langsung tidak tergugat (adeihh..). Bila husband I pandang I, I kenyitkan la pulak mata dan memberikan senyuman yang extra manis wakaka.. Then bila dia tak pandang, I panggil dia and I bagi tiupan ciuman angin I itu kat dia sesambil tu I cium-cium samsung I itu...dasar pompuan kebendaan.. Then husband I cakap buat apa cium samsung baik la cium orang yang membelinya, sambil menyorongkan pipi beliau..yicks..ngeri I wakaka... (ish jahatnya).
 

Anyway, around 2.30pm today we went to KLCC to have our lunch and to Samsung's because I need to put a screen protective and nak beli cover. We went to Duvet Restaurant serving vietnamese food. The food was not bad at all but I wouldn't go there anytime soon. Cukup la sekali. Lepas makan pegi kedai samsung, then ke Kinokuniya bought a few books ahh..I'm so happy, gosh! banyaknya buku tak baca lagi. I seriously need to allocate my time wisely. Lastly, beli two cupcakes and a slice of cake kat Bisou (mampus) before heading back.
 

So far I dah transfer movies, songs, books.. I'm so happy right now and ipad kat sebelah I langsung I tak sentuh, wah.. ini case sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi. Sekarang nie belagak la nanti kalau boring sure games zombies & plants jugak yang I kebulur nak main kat ipad malang itu...
 
Sekian catatan I malam ini or ini malam or malam malam.
 

Comments

Popular posts from this blog

Kuih Kapit, Sepit, Love Letters or Egg Rolls

Kisah Mesin Ais

Kisahku dan Gigiku