Tuesday, November 27, 2012

I Bercium, You....

(Jangan la pandang-pandang je sayang, mari la kita sambung bercium, darling...ish abang nie..malu la kat kengkawan..ehek!)
 
I kan malam tadi tidur lambat dekat pukul tiga sebab bercanda dengan Samsung I. Nasib baik tak terlepas solat subuh. Lepas solat I tidur balik, selalunya I tak tidur lepas solat kalau I cukup tidur. So dalam tidur-tiduran itu I bermimpi... I mimpi I tengah duduk-duduk dekat kerusi macam kat stadium di waktu malam. I tak ingat I tengok concert ke apa tapi terang dengan lampu spotlight. Dalam mimpi I tu, I tengah sakit hati and merajuk (macam character I dalam real life je haha..). Tak lama kemudian I tengok satu kelibat berjalan ke arah I. Eh, macam familiar aje. Rupa-rupanya dia la boyfriend I yang membuatkan I merajuk itu. Si mamat itu bertopi cowboy putih, berseluar panjang dan topless, body sungguh hot dan tan, rambut perang berombak. Bila dia datang dekat and duduk di sebelah I, you nak tau siapa tak? Matthew Mcconaughey youuu... (hambik kau!). Dia pandang I, muka dia serious dan macam sedih sebab I tengah merajuk masam muka.
 
Bila kami berpandangan, tidak semena-mena dan tanpa sedar, wajah I telah mendekati beliau dan mencium bibir nipis beliau wakakaa.. (dalam mimpi pun I boleh gatal...mencik I!). Dia terkejut dan terus memberikan respond yang baik..hehehe... Tapikan kita orang bercium mulut je (aje?) not french kiss. Siap pejam-pejam mata lagi (18sx please). Bagi la I chance kan..Wah, best nya cium dia wakaka...macam tak caya je, yahoo... Dalam mimpi sempat lagi I berfikir, of all the hot actor in hollywood why la dia nie jadi boyfriend I and kiss kiss but not Ryan Gosling or Channing Tatum? why? why? Demand la pulak, kang mimpi dapat boyfriend and bercium dengan hello miss hello miss inge puringeee... sure setahun I tidur bukak mata...
 
Back to my story, during those kissing moment, tiba-tiba aje poof terus I terbangun. Eh, rupanya I mimpi, sampai lupa yang I dah kahwin. Sakitnya hati I you.. bukan sebab "menduakan" suami tapi sebab I tersedar haha..I cuba pejamkan mata balik kekonon nak continue berasmara la, tapi still la tak dapat tidur, I pusing kiri, I pusing kanan and then tengok jam, heh! dah pukul 11am. Dalam termamai-mamai tu sempat lagi I senyum-senyum sorang. Mimpi is still mimpi but at least I dapat la jugak merasa berkucupan dengan antara actor hollywood yang sangat hot itu. Then I pikir, should I tell my husband, for sure dia akan cakap mimpi mainan setan tapikan tak sabar I nak bagi tau haha..
 
So petang tadi lepas husband I balik kerja, I masakkan dia mee hoon goreng, sebelum tu tengahari I dah rebuskan telur siang-siang so that bila dia balik petang sementara tunggu I masak apa-apa boleh la dia alas perutkan. Kita orang tengok tv sambil makan, lepas makan biasa la I usik-usik dia lepas tu I cakap la pasal mimpi I kissing abang Matthew nie, husband I cakap ceh! Jealous la konon. Untuk menambahkan api cemburu beliau, I kata wahh..bestnya.. sambil gelak-gelak, husband I cakap ceh! ceh! lagi lepas tu dia kata mintak-mintak malam nie I mimpi kissing Mr ye ne ma. Then dia sapu tanda kat dahi I...kejam!
 
Sekian catatan miang I kali ini...
 

No comments: