Majlis Bertandang Last Sunday

Hello...
 
Last Sunday, we went to Perak to attend our nephew's wedding celebration on his wife's hometown. I was not able to sleep the night before and managed to sleep for only 4 hours. Anyway, before bertolak, kita orang berkumpul di rumah in law dulu and had our breakfast there. I didn't wear my baju kurung and plan to wear it on the way or when we stop at one of the rest room around. Tau je la, I bukannya boleh duduk diam kalau travelling lama-lama dalam kereta. Mesti la kaki nie nak bersila la, terkangkang sana, terkangkang sini and not to mention tersadai kat dashboard ke kan, macam kelindan bawak lori buah je. I tau memang tak sopan langsung. So as you can see, that is why I prefer to pakai baju biasa i.e. jeans/long pants (takan la nak pakai hot pants daisy duke la pulakkan) and t-shirt dulu.
 
Bila dah nak bertolak aje, one of our niece, Aida suggested that Arina (her daughter and my husband's fav's cucu) to follow us. Dalam hati I, sudah, nie sure kena kacau kaw kaw dengan toksu dia. So Arina si mulut becok pun join la kita orang. She is so sweet and macam-macam la dia bercerita pot pet pot pet dalam kereta tu. Both of us pun rajin melayan and ofcourse di selang seli dengan selingan wayang tamil oleh who else kan.... I yang mengantuk terus hilang mengantuk. After a while, Arina terlena di belakang kereta, where she has all the place to herself with her bantal busuk but she said, it's not hers. Lega hati I sebab tak ada gangguan dari husband I.
 

Bila dah nak masuk ke tol Ipoh, I pun sibuk la pakai make up and then I told my husband that I want to change in a car, yeah, in a car sebab malas nak bertukar kat toilet sebab I takut kalau toilet kotor and baju kurung I terjatuh kat lantai ke apa ke kan, leceh la. So bila both of us dah make sure tak ada kereta nearby I pun cepat-cepat la tukar sesambil tu I terjengau kiri kanan, suspense la jugakkan mana la tau tiba-tiba ada kereta lain drive laju and sebelah menyebelah ke. And I was also worried kang accident ke masa tengah tukar half way, abis keluar kat paper, pasangan berpangkat datuk dan nenek or warga tua bersama cucu mereka di temui dalam keadaan separuh bogel dalam kejadian kemalangan dalam perjalanan ke Perak wakaka.. Tak sampai lima minit segala-galanya selesai. Nasib baik Arina masih tidur lagi.
 
Bila dah nak dekat sampai, husband I ajak stop kejap sebab dia nak buang air kecil, so we decided to stop kat shophouses adjoining Tambun Resort. Kita orang kejutkan Arina, ajak dia ke toilet. Dia tak nak. Bila dia bangun aje, terus dia kata make up dia dah hilang sebab dia tidur tadi. Konon nak kecek I suruh makeup kan dia la tu hehe.. sebab I kan dah touch up but I buat-buat tak tau. I sebenarnya tak suka budak-budak pakai make up furthermore it is not advisable for them to put on it. Ini psychologist kanak-kanak sendiri yang cakap. Anyway, bersihnya toilet kat sebelah Papa Rich nih. Nak tidur kat lantai pun boleh, punya la bersih. Kalau I tau, I tukar kat situ je dari kelam kabut tukar dalam kereta.
 
Family yang lain semua dah sampai and orang pun dah ramai. Oh dear, the weather was so freaking hot. Masuk je khemah, huii..berbahang, berjurai peluh I keluar, kipas kat atas kepala pun tak rasa. Apalagi, perut pun dah lapar and makanan dah berhidang, I terus ajak husband I makan. The food was so delicious, nasib baik nasi husband I dah letak banyak kat pinggan, itupun rasa macam tak cukup but dalam otak dah cakap "control dek control" tapi bila wakil tuan rumah datang bagi mee rebus, siapa lah I untuk menolaknya wakaka.. dah la mee rebus nie one of my fav's dish, yum yum lerr... Husband I bisik kat telinga, wah..banyak you makan, I pura-pura terkejut, I cakap, ye ke? hehe.. Habis mee rebus, I belasah dessert pulak.. Lepas tu wakil tuan rumah cakap dalam pukul 3 or 4pm, kue tiaw and another dish akan menyusul. Husband I berseloroh kat anak buah, ajak pegi Ipoh and then balik semula in time to have the kue tiaw goreng haha... After a while we decided to go back sebab takut jam and also tak tahan panas yang melampau. Kat dunia nie pun dah tak tahan panas yang sikit macam nie apalagi kalau masuk api neraka eh?
 
On the way back, Arina balik join family dia and I sekali lagi bertukar baju dalam kereta hehe.. And stop kejap kat R & R Tapah sebab nak beli jambu air/batu. Ingat nak beli limau bali tapi tak jadi sebab both of us tak berapa suka sangat. Anyway, we're glad that jalan tak jam walaupun hujan and weather sungguh nyaman sekali..
 
Sekian catatan I kali ini....

Comments

Popular posts from this blog

Kuih Kapit, Sepit, Love Letters or Egg Rolls

Kisah Mesin Ais

Kisahku dan Gigiku