Lama I tak review pasal series yang I tengokkan? Review pun buat orang pening kepala je nak baca. Nasib la korang haha...
Anyway, I don't know why banyak review pasal series nie kata cerita nie tak bagus and akan kena axe soon sebelum I tengok lagi. And then cakap rating pun tak tinggi but itu tidak mematahkan semangat I untuk menonton dia punya pilot (for your info pilot bukanlah juruterbang tapi pilot yang dimaksudkan di sini adalah nama bagi permulaan atau first ever series, kenapa la tak panggil bus driver ke, conductor ke atau capten ke kan .... ) to me series nie sangat sangat sangat, I repeat sangat sangat sangat best. First time I tengok I dah jatuh hati bukan sebab ada a few hunk kat situ (although hunk hunk ini memainkan peranan yang sangat penting di mata I kui kui kui...batuk; ampon suami chumelku) but the storyline was so awesome. (Taylor Kinney - I miss you from The Vampire Diaries ehek! nasib baik I boleh jumpa you kat sini, jangan mati lagi eh?) I suka tengok cerita yang ramai lelaki macho, I sudah bosan dengan lelaki-lelaki lembik yang banyak dipaparkan sekarang nie. I'm so sick of it. I have nothing against those kinda guy because some of them can't help being themself, it's their nature but I'm for a real guy. Lelaki yang pelindung yang tak takut dengan ancaman dan ugutan macam dalam Chicago Fire ini.
(Sakit tengkuk eh, jangan la telan pain killer dadah lagi... itula..suh jumpa doctor operate tak nak...asyik tangguh je - marah la I konon hehehe..)
Banyak conflict and permainan perasaan sungguh berkesan. I suka akan semangat brotherhood between them. I suka cerita nie sebab ianya bukan berkisar kepada feeling feeling semata atau kisah personal dorang but tugasan dorang sebagai ahli BOMBA sungguh mendebarkan. Meaning, selari dengan personal and tugasan dorang, tak da la asyik pasal conflict personal aje or tugasan 100% je kan..kira 50/50 la nie. As for adegan yang mendebarkan itu, ini dari pandangan mata I yang amateur dan tidak tahu menahu secara details dalam bidang ini but maybe kalau ahli BOMBA yang sebenarnya might saw something different kan. Also, I suka tengok cerita nie sebab banyak method, pekakas modern dorang nampak impressive. I suka dengan cara dorang menyelamatkan orang and bukan hanya tertakluk kepada pemadaman api sahaja tetapi pada berbagai-bagai situasi kecemasan such as stranded kat atap, tertusuk besi, tangan terkepit kat machine. Scene kemalangan nampak real dan mengerikan. Apa-apa pun please give this series a chance.... or should I say chance untuk merembes tengok hero-hero tu - sebenarnya, kui kui kui...
* Latest I check rating dah naik ke 7.0 from 4.0.. and review pun bagus yeahhh!
Sekian catatan I yang kurang miang ini....
No comments:
Post a Comment