Wednesday, November 7, 2012

Update

Hello...
 
I tak ada banyak kisah nak cerita, sementelah kerjaya sebagai seorang surirumah yang professional atau dengan kata lain menjadi boss kepada diri sendiri ini, tugasan macam biasa aje, either masak or tak nak masak, basuh baju or tak nak basuh baju etc. semua terpulang kepada kebijaksanaan diri untuk mengelak atau buat-buat pejam mata je. Adventure? tak de adventure nya. Bercampur gaul dengan orang or jiran tetangga? jauh sekali. Bergossip? tak kuasa I. BerFB lagi I tak kuasa. Haritu I masuk kejap kat untuk accept my long lost cousin. So sempat la I membaca berbagai-bagai status, luahan hati, quote, gambar-gambar masakkan yang buat I teresak-esak sorang, makcik sinun tu lah.. masak makanan best-best, cuba la tinggal sebelah rumah I ke kan? Boleh la jugak I tolong makan ke kan.. Sesambil tu I berjejak kasih with my long lost cousin. The last time I jumpa dia was like almost 30 years ago.. huii lama tu kan. I miss those memories so much. Dia cerita pasal kisah kita orang masa kat Kuching dulu, so I told her I still have our picture and it is on my table. Dia mintak copies and baru kejap tadi I scan and hantar kat dia. Nanti I story, kalau I tak lupa.. As usual banyak cerita nak share tapi bila time nak tulis it was either I lupa or macam tak kuasa nak tulis, (eh type la apa pulak tulis, ingat ini zaman vespa ke?). I jugak masuk kat photo dia and jenguk-jenguk gambar sedara kita orang yang lain. Oh, I saw lots of my cousins kat situ and teringat time kita orang hang out masa kecik-kecik and I have their pictures with me. You know what? Tekejut I tengok perubahaan wajah all of them, semua nampak tua and haggard. Err... kalau I tengok dorang nampak dah lapuk so apa kurangnya I kan..waaaa... I thought selama nie, I masih lagi Miss Universe yang tak turun takhta sambil menarik-narik dahi ke atas konon nak menegangkan wajah. Sungguh tak sedar diri akan diri yang sudah lanjut usia nie.... Dah lah semalam I baca kisah orang meninggal sakaratul maut..insaf I... Nanti kalau I ingat, I akan paste cerita kat sini (yela..janji pelesu..) So anyway, bila masuk FB, I pun catch up apa-apa yang tertinggal or baca-baca mana yang sempat. As usual berbagai-bagai status yang I baca but I was so glad sebab so far all my fb friends and family tak ada yang letak status or type benda-benda yang boleh buat I meluat. I know, FB can be a therapy for some people untuk meluahkan apa-apa yang terbuku di hati. Some suka letak lagu, inspirational quote or menjadi setazah jadian. As for me I rasanya tahun lepas and tahun nie sekali dua je kot I letak status. I nie wanita pemalu lindungan KLCC..
 
Anyway, last weekend I keluar berfoya-foya dengan husband I ke KLCC. I bought a pair of heels (6 inci), bila jalan rasa tonggek semacam je, makeup, hair products and ofcourse books at Kinokuniya. Masa berjalan-jalan tu, I tengok eh, kenapa ramai orang berkumpul kat satu ruang tepi escalator nie, I pun sibuk la nak tengok. Wah, ada pertunjukkan budaya kaum India. Tiba-tiba otak I pikir, eh, I lama tak update blog at least letak gambar nie and story sikit-sikit pun jadi lah kan. Punya la desperate tak ada story.. Tapikan I terlupa, I telah membuat satu kesilapan yang besar sebab habis je I ambik gambar tiba-tiba husband I kerasukkan dengan bahasa tamilnya yang merapu. Adeeih terkekek-kekek I sepanjang berjalan-jalan kat situ. Husband I, bila tengok I respond bagus terus la makin galak dia. Masuk Parkson, I suruh dia stop sebab segan la kalau sales person kat situ dengar. Oh, I was dead wrong, lagi kecoh dia, sesambil tunjuk-tunjuk baju yang bergantungan dia pun explain dalam bahasa tamil mengarut dia, siap berhenti kejap tu wakaka.., I rasa macam nak pengsan. I kata senyap please or I akan marah dia. Husband I kata, kalau I marah, dia akan cakap lagi kuat biar orang dengar. Wah, dia gertak I, you. I cubit bahagian lemak kat pinggang dia and terus I jalan laju-laju. Then bila I nak cakap-cakap dengan dia, tak ada respond pulak and bila I pusing ke belakang hero tamil I entah menghilang di mana. I rasa lega until I saw him coming back towards me! Cepat-cepat I divert his attention to other pressing matter (pressing la sangat nak cari kasut tumit tinggi kan).
 
Next story, husband I sebelum nie kalau nak pegi kerja, pagi-pagi dia dah masakkan I nasi and rendam lauk untuk I masak for lunch sebab dia tau I selalu bangun lambat. Yes, insomnia I dah datang balik. I susah nak tidur, pukul 3.30 to 4am baru I ngantuk..So, these past three days, husband I dah tak balik tengahari for lunch. Reason dia, sebab kalau dia tak keluar lunch, dia boleh balik cepat, on which he did came home early before 5pm you, rasa macam bulan puasa and I punya la suka hehe.. banyak la time lagi nak gaduh-gaduh manja dengan dia. Furthermore, both of us kan nak menguruskan badan. I know sebelum nie bukan main lagi entry I yang berkeluh kesah pasal rindu tak jumpa dia time lunch... entry yang sungguh melampau itu. But yes, husband I lost 3 kg within three days, macam tak percaya je kan, betulll... seluar kerja dia longgar sambil dia menarik-narik ke tengah perut. As for me, well... I naik 1 kg lagi waaaa...sebabkan I makan lunch lambat around 2pm and lepas tu I cari kudapan...waaaa... I frust la tapi salah I sendiri, I tak breakfast and I tak excercise. I still akan buang sifat buruk I tu sikit-sikit. Oh JM, thank you so much for reminding me on Kevin Zahri's website. Dulu lama dah, I pernah masuk sekali but malas nak baca but not anymore. Sekarang nie I gigih baca and banyak good info boleh dapat kat situ especially testimony perempuan baju pink nama Tia Hakim. I'm impressed with her story and her details explanation especially on minum air banyak tu boleh menguruskan badan/water retention. I suka minum air tapi nak minum banyak-banyak tu macam payah je sebab tak larat asyik nak ke toilet but after reading her story, I will try to drink more at least 1 1/2 liter per day.
 
Anyway, I got to go, my husband is on his way to pick me up to look for his baju melayu for his nephew's wedding celebration... I punya dah ambik kat tailor last week...Byee...
 
Sekian catatan I kali ini....

2 comments:

vagg-nini said...

sape makcikkkkkkkkkk. sapeeeeeeeeeeeee. sapeeeeeeeeeeeeeeeeee hahahahah

Sis Claudia said...

hahahaha... makcik tu rajin tul masak and makanan buat sis sendu je.. bertuah tul si Gab tu. Sis jealousssssssssssssssssss...........