Friday, April 9, 2010

Kisah Mistik

Petang semalam I pegi kelas macam biasa. Bila Ina masuk tengok I ada, sukanya dia. Almaklum I nie kan suka mengusik and melayan dia. Dia kata aritu I tak datang sebab tak sihat, boringnya dia. Dia tanya wed and thur next week I ada ke, I kata adaaaaaa.. dia pun nak datang on wed sebab nak ganti kelas dia tak datang sebab dia pun tak sihat aritu. So kecoh la jugak kita orang malam semalam tu. There were only 5 of us sebab kelas lain tak ada.

Macam-macam la yang kita orang borakkan. Dari kes ragut, rumahtangga, kisah jahit menjahit nie etc.. I suka borak dengan Ina sebab dia banyak cerita and dia sungguh ikhlas and tak cover-cover apa-apa walaupun yang mengaitkan kisah hidup dia sendiri. Ina memang sincere. Dalam pada borak-borak tu I dengan tanpa berfikirnya tanya kat dia, dia pernah tengok hantu tak... I pun tak tau kenapa tiba-tiba terpancul soalan tu dari mulut I dan hati I yang so mistik ini. Rupa-rupanya Ina pernah ada sixth sense dulu-dulu (sebelum extra eye dia ditutup).

Macam tau-tau je I kan. Maka bermula la siri tegak bulu bulu.... Ina kata dia start tengok hantu-hantu atau benda-benda halus nie selepas dia jatuh sakit. I tak sempat nak tanya banyak-banyak sebab busy menjahit and ditambah dengan takut lagi. Next time I akan tanya secara details. Dia kata hantu kalau bejalan bukan bejalan macam kita. Ina kata hantu bejalan ke tepi-tepi macam ketam.. I yang tengah duduk tak berapa jauh dari dia terus pegi kat Nurul (cikgu kita orang), macam nak menangis I dengar Ina describe punya la takut. Adeeihh... dalam takut-takut I tanya lagi.. buruk tak rupa hantu-hantu yang dia tengok tu..dia kata burukkk... Dia kata kalau dia or kita nampak hantu, buat tak tau aje sebab kalau hantu tu tau yang kita boleh nampak..abis laa.. I tak nak tanya lebih-lebih..tak sanggup I huhuhu....

Then Ina kata dia pegi berubat kat orang. Orang tu kata rupa Ina macam muka kira assistant orang tu (orang bunian). Kira Ina nie ada twin org bunian la..hehehe..I tak sempat nak tanya sebab kepala I dah becelaru dengan kisah Ina yang kata hantu bejalan ke tepi ke tepi tu. Ina kata lepas mata dia extra dia “ditutup” dia tak nampak lagi..legaa... Yati (one of the student) kata itu anugerah dari Allah. Suspense la kalau dapat anugerah dari Allah yang satu nie.. Kalau I boleh gila la asyik tengok hantu-hantu nih merata-rata... huhuhu..Ina cakapkan sebelum dia kahwin dengan husband dia yang sekarang (masa tu dia pregnant anak kedua dari first husband dia), macam ada something bisik dalam hati dia bagitau yang bakal suami kedua dia rupa macam (dia boleh tengok muka bakal husband kedua dia) mana or asal dari mana. Lepas dia cerai dengan first husband dia, sekali dia jalan kat taman and then ada bakal laki dia tegur and tanya, tau tak dia asal dari mana, dia terus jawab ala awak asal dari negeri tu. Dia kata tekejut bakal laki dia masa tu. I tanya, Ina ada saka ke apa ke. Dia kata tak ada. Itu la kelebihan Ina.

Oh lupa nak cerita. Ina kata adik dia selalu kena tindih merata-rata. Dia kata adik dia askar, kalau masuk hutan, dia punya khemah kena pasang lampu kalau tak memang ada “benda” menindih. Ina kata kalau nak mengelak dari kena tindih or kalau nak tau kita akan kena tindih, tanda tandanya, kita akan rasa angin lalu, kira macam kipas la kot. And then kita akan rasa sejuk. Kalau dah dapat tanda-tanda tu cepat-cepat la beralih tempat tidur. Kalau tak memang kena.

Oh ingat tak I cerita pasal bunyi orang main guli kat atas or siling rumah I? Well..every now and then I akan dengar bunyi tu lagi. Kadang-kadang rasa macam sebelah telinga. The weird thing was, ada dua kali I tegur tau, I dah fed up kan. I kata, ala relax la, jangan la bising-bising. And the “thing” quiet immediately and terus tak bunyi sampai the next day. Betulll.. and another time pun macam tu jugak, bunyi dekat sudut lain kat bilik tidur. I cakap, senyap la... and the “thing” lempar guli once and then terus senyap. I don’t know maybe coincidentally but if you thing about it. Takan la budak-budak di zaman 21st century nie nak main guli lagi. Dorang kan main computer etc. kan.. Nak cari guli sekarang nie pun tak tau kat mana kan. But then again.. who knows. I cerita kat dorang semalam and Ina cakap kat rumah dia pun selalu bunyi guli-guli nih. Kadang-kadang dia geram and ada sekali tu dia dah tak tahan dia ajak husband dia naik atas and kira nak complaint kat jiran atas dorang. I tak sempat tanya what happened la kan.. nanti la I tanyaa...banyak nak tanya Ina nie...

Masuk je dalam kereta masa husband I ambik lepas abis kelas I terus cerita kisah seram kat husband I. Bila time nak mandi kat rumah, I suruh husband I tunggu I hahaha.. Masa nak tidur I pesan kat husband I dua tiga kali. I kata kalau I terjaga pukul 3 4 pagi and nak pegi toilet untuk buang air kecik, husband I kena temankan I walau dia mengantuk macam mana sekalipun. I ulang lagi dua tiga kali hahahhaa... alahai toilet bukannya jauh dalam master bedroom nie jugak, ada la 3 4 langkah... punya la pengecut..wakakaka...

2 comments:

che^amad said...

uishh boleh tahan seramnye citer sis neh.. jgn lupa tanya byk2 lagi kat Ina tu ye sis.. heeee

Claudia said...

hehe itula pasal, x sabar sis nak korek segala kisah alam mistik dia tu..

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...