Saturday, April 17, 2010

Update and Cerita Ina

Last Thursday pegi kelas macam biasa tapi kita orang ada buat makan-makan. Kita orang selalu buat potluck. Almaklum hobby pun makan. Dah plan since last week. Ina pujuk I suruh buat something from my ‘water hand’ (air tangan), dia tak mau I beli beli.. sabar je la haha.. So I decided to make what I know best.. Triffle Puding.. yeah that same ol’ triffle (I didn’t make it for such a very long time.. I guess it must have been years). Oh I buat jelly konyaku perasa green apple and I letak cebisan red apple merah sekali. Ina buat spaghetti, Nurul (cikgu), goreng pisang, Zai, samosa, Yati, air coke and Shida mini cheese tart.

Selalunya kita orang akan relax relax dulu, buat kerja sikit sebelum makan tapi Ina sampai-sampai terus ke pantry and ajak kita orang makan. Apalagi belasah la.. Memang kenyang sangat. Ina kata lepas nie kena sambung for a second round. Aduhhh..matila.. Habis makan, Ina tanya nak cerita apa love story ke cerita hantu. I kata love story dulu..biasala I kannn... Tapi I tak boleh share dengan you all..maybe next time la, I nak kena mintak lampu ijau dari Ina walaupun dia tak tau blog I nie. I tak bagitau kawan-kawan kat kelas walau rapat macam mana sekalipun (in the future tak tau la...).

Anyway back to Ina, her love story is the most interesting one by far... I tak pernah jumpa orang yang I kenal mempunyai kisah macam dia. Not only her love story but her personal life, marriage etc. Selalunya baca somewhere aja. Let me just bagi hint aje.. Ina is very naughty and so daring enough to play with fire...ngaummm... love story dia kelakar giler and best ooo... Imagine dia cerita di selang seli dengan gelak non-stop. I sampai cramp perut and muka. Dia pulak tak cover-cover, student lain sebelah menyebelah boleh dengar dengan jelas sekali. I pulak yang malu. Cikgu Nurul, I rasa risau tengok I yang tak dapat buat assignment sebab asyik dengar cerita Ina. Kejap-kejap dia tengok my work, sian dia.

Ok let me share a little bit pasal kisah hantu Ina. Dia cerita masa dia kecik-kecik visiting and duduk kat kampung, dia, nenek and mak dia suka lepak-lepak, baring-baring or tidur kat verandah luar. So one morning around 3 am ( the usual time dorang kat situ) dorang decided to masuk rumah and sambung tidur kat dalam. So bila time Ina nak masuk (nenek dan mak dia dah masuk dulu), tiba-tiba dia tak dapat bergerak. Dia rasa kaki dia ada orang cengkam dengan kuat. Sekali dia tengok, ada lembaga tak berkepala tengah pegang kaki dia. Dia tarik-tarik tak dapat. Dia kata sakit..lama lembaga tu pegang kaki dia...then perlahan-lahan lembaga tu lepaskan kaki dia. Then I tanya macam mana rupa hantu yang dia selalu tengok. Dia kata muka tak nampak kira samar-samar.

Then Ina cakap dia pernah tengok orang minyak masuk rumah jiran dia masa tengah malam. Zai tanya, kenapa tak bagitau mak dia ke bapak dia ke..Ina kata orang tua-tua mana nak percaya cakap budak-budak. So dia diam je. Tak silap I Ina kata anak dara jiran dia kena rogol. I tak berapa dengar sangat sebab tengah menjahit masa tu. I dengar sikit-sikit aje kisah dorang.

Then Ina bagitau yang dia pernah pegi kat kampung bunian. Apa lagi bertubi-tubi soalan I and Zai. Dia kata orang bunian and kat dunia kita nie sama aje, makan, minum, kerja, masak, macam-macam la.. and also ada baik ada jahat. I tanya ada internet, handphone, astro ke..dia kata masa tu tak ada lagi sebab umur dia 15 tahun. I tak tanya berapa pulak umur Ina sekarang. I tanya lagi pakaian macam mana. Dia kata pakaian dorang macam orang dulu-dulu. I tanya lagi ada orang India, Cina etc. Ina kata kampung bunian tu nun jauh kat pedalaman so tak ada la. Dia kata orang bunian tu ada bagi dia macam-macam ayat and dia siap bukukan tapi dia kata tah kat mana dah hilang. Ada yang nak tackle and lamar dia..macam-macam la..

Ina cakap lepas mata extra dia dah tak nampak lagi, orang bunian tu marah-marah kat dia sebab bila orang bunian tu tanya dia, dia tak jawap and buat tak tau. Orang bunian tu kata Ina sombong sebab tak tegur bila nampak dia. Ina cakap dia tau sebab ada orang yang pandai ilmu ilmu ghaib nie (bomoh la kot) cakap kat dia. Ina kan dah tak nampak alam mistik nie kan. I yang nakal tanya soalan giler... I kata Ina, kalau orang bunian tu boleh nampak Ina and Ina dah tak nampak dorang lagi, Ina rasa bila Ina mandi ada tak orang tengok. Ina kata..ishhh tak ada la..dorang tak macam tu wakaka... Sebenarnya banyak I nak tanya but I was so busy with my assignment. Nanti la I akan tanya-tanya lagi.

No comments: