I Yang Depress....

I kan seboleh-bolehnya tak nak cerita pasal budak kena dera, kes buang bayi or anything cerita sedih yang melibatkan budak-budak. But tadi lepas baca pasal budak cina umur 3 tahun yang dah dua jam mati di bawak ke poliklinik I dah tak boleh tahan lagi nak luahkan kat sini. I sedaya upaya tahan airmata I dari keluar. But I can’t help it. I menangis sorang-sorang kat bilik. I sedih.. dah la aritu seminggu I asyik teringat budak melayu yang kena dera sampai hati oleh bf mak dia yang keparat tu and then tak lama kemudian anak india yang kena dera oleh laki pengasuh dia yang sial tu and now anak cina nie suspect kena dera dengan bapak tiri/mak kandung dia yang dikatakan isap dadah syabu... I tak sanggup la dengar or baca-baca cerita macam nie. I rasa menyesal terbaca tadi sebab I jiwa I akan lara....

I tengok gambar anak cina yang cute bagi peace senget sungguh meruntun hati I. Bila baca jiran sebelah rumah bagi tau yang tiap tiap malam dia dengar budak nie menangis selama sebulan SEBULAN! di selang seli dengan jeritan kadang-kadang sampai siang hari membuatkan dada I rasa nak meraung aje. Sampai hati dorang buat budak-budak macam nie... tak sedih ke dengar budak-budak mintak di kasihani? Tak sedih ke dengar budak-budak menangis kesakitan? Tak ada sekelumit pun ke perasaan sayang kat budak-budak yang innocent nie? Why?

Di saat I menulis nie, airmata I mengalir dengan perlahan-lahan..I sungguh depress sekarang nie....

Amaran keras kepada para pendera di luar sana ; kalau I tau, dengar or terjumpa you all nie... I akan bagi jerung makan you all idup-idup! AWAS!

Comments

Popular posts from this blog

Kuih Kapit, Sepit, Love Letters or Egg Rolls

Kisah Mesin Ais

Kisahku dan Gigiku