I sungguh tak ada mood hari ini. Pagi tadi I bertimbang and instead of turun, berat badan I bertambah. I don’t know why, padahal 3 hari dah tak makan nasi. Nak update blog pun malas namun ku gagahi jua sebab kalau I tak update kang jadi kebiasan la pulak. Mungkin I salah berdiet kot. Seriously, I betul-betul tak ada mood tapi nak story la jugak pasal menu berdiet I yang tak guna itu. Tuesday tu kan I dah cerita pasal menu I aritukan and malam I cakap I nak makan just a slice of cake and tea je kan? Manade... malam tu I belasah mee in my mug perasa kari and homemade ice cream pisang ...nah..rasain... Wednesday – Lunch I makan ayam percik dua ketul, other menu untuk petang, I makan kerepek nachos sikit, twsties sikit, apple juice, sebijik buah apple, sebijik buah kiwi. Malam I makan dua ketul ayam percik and minum tea tanpa gula. Berat badan I turun 0.5kg. Thursday (which was yesterday) – Lunch I makan two slices of sandwhich bread which I goreng dengan sedikit minyak sahaja and satu mangkuk soup campbell, I tumis bawang dengan minyak zaitun, letak kentang sikit and button mushroom. Other menu untuk petang I makan twisties sikit je, dua biji kiwi and makan beberapa sudu kecil banana ice cream yang I buat semalam. For dinner I goreng ikan salmon dengan minyak zaiton sikit tapi time dinner I cuma ambik dua cubit daging salmon and makan semangkuk soup yang I masak tengahari tadi. Pagi nie I timbang, naik 0.3kg. Mengapa? Oh mengapa? Adakah sebab I tak exercise? Adakah salmon itu puncanya? Atau adakah sebab I makan banyak kentang dan button mushroom dalam soup itu semalam? Atau adakah banana ice cream yang I makan tak sampai lima sudu kecil itu puncanya? So hari ini, I rasa sangat geram, lalu I memasak nasi, masak ayam goreng kicap dan soup sayur telur untuk lunch, lantaklah kau..I sudah sakit hati. But I still tak give up, I akan try cara and also menu lain...
I know you guys might say, I tak gemuk or that I kurus ke kan. I don’t mind at all with the teguran but I hangin sebab perut I macam kek bantat gebu (nasib baik b tu I tak tukar p...kang mencarut la pulak). Kalau tak caya korang jumpa I check la sendiri..(offer konon heh!). And also, takan la susah sangat I nak turunkan just 2 kg lagi itu? Why? Why? You know la kan I nie hari-hari timbang berat badan which is not right, sebab itu dah kira masalah jiwa, ini pakar yang cakap kat magazine.. So memang betul la I nie freak mental. Alahai..... So tadi masa lunch, husband I ambikkan nasi, I ambik soup sayur, ingat nak makan soup aje but I fikir there’s nothing wrong with a little bit of rice, lagipun bukan selalu makan nasi. Kesian nasi asyik dijadikan alasan kepada masalah kegemukkan, padahal banyak makanan lain yang boleh kasi gemukkan? Masa nak makan tu, I dah asingkan separuh nasi kat pinggan I and I letak dekat pinggan kecik. I kata kat husband I, nanti malam or petang I makan la bahagian nie tapi kalau you ndak ambik la bahagian I. Tak lama kemudian, tangan berbulu kulit bersawo matang tu mencapai nasi I bak monyet mencuri pisang, senyap tapi pantas.......
Sekian catatan wanita depresi huk huk huk..., have a wonderful weekend... adios!
No comments:
Post a Comment