Kuching Part 3

Kuching 25th January, 2013, Friday

This morning both of us, me and my husband went out to buy some breakfast for all of us. Jalan kat area nie tak susah and tak akan sesat punya sebab straight je. We bought, nasi briani and roti canai kat Restaurant Ameen. Semalam Mbo ajak beli breakfast kat situ jugak itu yang I tau tempat. I rasa lah kan nasi briani and roti canai kat Kuching nie is not as good and delicious as in KL. Nasi briani dia rasa semacam je tapi portion nasi banyak giler. Macam untuk dua orang makan. But I told them nasi briani gam johor sangat la sedapnya and kalau dorang datang KL nanti I akan make sure I ajak dorang ke situ or tapau kat Melawati tu... my favourite. As for roti canai, although kat Kuching nie lembut dan tebal tapi entahlah I still suka yang kat KL kering dan nipis. Kuah, ofcourse la kat KL sedap lagi kan. Ini I punya tastebud la kan...

Lepas makan kita orang keluar in time for my husband to have his Friday prayer. Sementara tunggu dia habis solat we went to lepak at Kuching’s Library yang tak berapa jauh dari situ. Library nie tak besar and buku pun tak banyak although dua tingkat. I survey jugak kejap but for most of the part I spent my time layan Boy and Girl. Masa I masuk library yang sejuk dan beraircond itu, tapak kaki jadi kering la kan... I kan pakai selipar je so each time I berjalan, bunyi screeching...krek krek, ceh la kan... dah la tak boleh bising, rasa macam nak berkaki ayam je. Terpaksa la I berjalan control catwalk..leceh betul. Nasib baik orang tak ramai, adalah a few people je. Anyway, I love spending time with them but those two are like cats and dogs, asyik nak berkonfrentasi je. Si Girl nie is very cunning dia kacau Boy secara senyap and Boy pulak jenis yang sangat cengeng. I tell you, I tak pernah tengok budak secengeng Boy itu. Sungguh murah dengan air mata. Sikit-sikit nak menangis and meraung over something yang tak masuk akal. Kalau tak nak ambik gambar dia, dia boleh merajuk tau..punya la emotional nya. Si Boy nie boleh nangis sampai 4 kali dalam satu-satu masa atau tak sampai sejam dalam kereta. Can you believe it? Seumur hidup I dengan husband I, both of us memang tak pernah jumpa budak macam nie punya giler feeling- feeling sengsara. Rasa kesian pun iya, geram pun iya and I don’t really blame Girl usik dia because he was such an easy prey. Tapi kesian bila Girl kena marah dengan Mummy. Mummy garang dengan dorang and I have to tell Mummy not to scold her.
  
(Laksa Sarawak)

Dorang kan budak-budak and that is their thing, sakat each other but I know Mummy and Mbo stress sangat dengan dorang nie. Usually, we would quickly distract both of them especially si Boy tu. Nevertheless, I sayang sangat dengan dorang nie sebab pandai betul membodek I dengan husband I. Maklumlah, kita orang asyik belikan mainan and turut apa yang dorang ndak. Budak-budak tu pun dah spoiled dengan kita orang. Si Boy nie suka sangat dengan husband I, kejap-kejap dia cium and main-main kereta dengan husband I. Lepas mandi pun sanggup dia tunggu husband I untuk pakaikan dia baju. Si Girl pulak rapat dengan I and sampai dua kali dia tanya I dah kahwin ke belum... I don’t know why hahaha... Then bila nak keluar dia akan puji-puji baju yang I pakai, cantik la and kalau jalan mesti nak berpimpin dengan I. Si Boy kejap-kejap mintak husband I dokong dia. Boy terang-terang cakap dia sayang husband I dari I, ceh hehe... bila dia cakap macam tu Girl terus cepat-cepat cakap yang dia sayang I. Itu belum lagi part dia dorang cium cium pipi kita orang dengan penuh rela. How can you not love this two kan?

Anyway, lepas puas bergambar kat persekitaran library Kuching nih we decided to go to Spring to have our lunch there beside si Girl tak habis-habis ajak pegi situ, itu tak termasuk dengan Merdeka Plaza yang sentiasa dibibir nya lagi. Stanly tak ikut sebab dia kena renew passport dia. Sampai situ, kita orang ke foodcourt and I terus order Laksa Sarawak idaman kalbu I itu. I order yang special with huge udang. Banyaknya dan tak habis, rasa menyesal order yang special nie, ituler nafsu beruang. Rasanya tak ada la sedap mana. I think sebab dah di commercialise kan... I buat sendiri lagi sedap. Lepas makan we went to buy some toys for them at ToysURs... memang confirm spoiled budak-budak nie dengan kita orang. Boy tak kisah janji dapat kereta, dia tak peduli harga ke or branded ke, yela kan kecik lagi. Orang suruh ambik a few, dia ambik satu, alasan dia sebab berat. Oh yeah, this kid boleh tahan jugak auta kelingnya... For example kalau kakak dia tolak dia sikit, dia dah meraung macam putus burung dia and bila I tanya sakit tak, dia kata sakit sangat...punya la penipu hehe..

 (Me, Mummy and Mbo)

Lepas selesai urusan kat Spring, we went to Waterfront Kuching. Sebelum ke tepi sungai tu, we went to the souvenir shops to buy a few things to bring back home especially rempah laksa sarawak nih, nyesal la pulak sebab tak beli banyak barangan lain but its ok next time I datang lagi. Terubuk ikan masin pun I tak beli and you guys wouldn’t believe it if I told you that I never taste it. Yes, it’s true I tak pernah rasa not even sekalipun sebab I tengok banyak tulang. Next time I beli or kirim kat Mbo kalau dia datang KL nanti. Lepas membeli belah barangan yang dikehendaki, we went to take photos and walking around. Husband I nak ambik gambar model merangkap bidadari dari kayangannya ini pun tak berapa nak dapat sebab the two kids asyik interframe. Ada je muka dia dorang menjenguk. So I nak bagi pose Bidadari Next Top Supermodel pun tak berapa nak jadi sebab mood tak berapa nak dapat. Husband I ambik gambar I sorang-sorang pun agak kelam kabut, I pulak nak cari angle pun susah. Kejap-kejap Girl datang tarik tangan I. Memang tak dapat shot yang menarik lah... itu diah... Supermodel dah complained haha..

Dalam kita orang berjalan-jalan sambil ambik gambar nie, ada la a few mak nyah tengah duduk kat kerusi and tah macam mana one of mak nyah nie punya beg terjatuh cun cun masa kita orang lalu, sekali Mummy melatah, Mummy cakap oh p*ki laut (iban panggil melayu laut). Apalagi gelak la semua orang yang kat keliling tu termasuk mak nyah-mak nyah nie tadi... I terus cepat-cepat mintak maaf kat dorang tu kan because I’m sure they are malay mak nyah. Dorang kata tak apa sambil gelak-gelak. Mummy memang tau. I teringat dulu Mummy pernah melatah depan husband I and Arthur laki Wo. Mummy cakap oh p*ki cina laut.. menantu dia pulak sorang cina sorang melayu.. Apa la Mummy nie, banyak perkataan lain dia boleh sebut, benda kat bawah tu jugak yang sedap dia sebut. Risau I takut I terkena “badi” latah dia tu...

 (Boy and Girl)

Lepas puas berambik gambar, with the kids yang dah mula cranky, we decided to go back. Sampai rumah Mbo ajak keluar makan steamboat. Dia nak belanja. So dorang pun siapkan budak-budak, mandikan dorang. I cakap kat Mbo, I tak nak mandi sebab balik nanti pun I akan mandi jugak nanti. I kan kalau keluar dinner I mandi dulu and bila balik pun I akan mandi sekali lagi, tak kira la pukul 12am ke or 1 pagi sekalipun I mesti akan mandi sebelum tidur sebab I rasa tak selesa selagi I tak bersihkan badan. Selingan la pulak. Tempat makan yang Mbo bawak tak jauh dari rumah dorang. The place is beautiful and huge sangat or should I say sangat-sangat besar. Boleh buat untuk majlis perkahwinan, ada tempat berkayak, children’s pools, tempat makan pun ada stage untuk orang berkaraoke. Damn! Lupa nak bawak camera sebab I don’t expect it to be this awesome.

(Some of the food, steamboat nie banyak dorang ambik, mee goreng nie sangat sedap, dua tiga kali I tambah)

Anyway, sambil makan sambil tu la didendangkan dengan pelanggan-pelanggan yang nak try skill... Lagu yang dorang nyanyi..alahai..rasa macam tersalah era sebab pilihan lagu kebanyakkan orang yang dah mati and also lagu indon yang I tak pernah dengar. Mbo la yang bagitau lagu apa kan... Ada birthday celebration la pulak kat situ... Sambil dorang nyanyi sambil tu jugak anak ke cucu ikut menari atas stage hehehe... kelakar la... By the way, the food was not bad at all... sempat la jugak ada adegan tangis menangis dari who else kalau bukan dari Boy...wakaka.. sempat la jugak, berpelukkan dengan husband I sambil suruh husband I urut dia sebab dia cakap badan dia mengeletar kesejukkan konon...nyampah I hehehe... Lepas tu dia suruh husband I garu belakang dia la pulak... omg hahaha.. so drama queen. Then mintak dokong...manjanya... rindu la pulak bila I tulis nie and ingat balik....

Lepas makan, kita orang jalan-jalan and survey persekitaran kawasan nie and on the way back, stop kat seven eleven sebab nak beli air..... Balik rumah, mandi and I terus hanyut.....acara ber gossip terpaksa ditunda....

Sekian catatan I hari ini... more story tomorrow...

Comments

cik moleq said…
Kak, tengok gambar akak tu kurus je!!! lagi cakap mau diet. hahaha.
saya dh alama jadi silent reader akak. thanx for share ur life, and ur so lucky to have a very wonderful husband. saya dokan akak sentiasa bahagia di samping keluarga tercinta :)
Sis Claudia said…
Dear cik moleq,

akak nie memang mental dah part critical dalam obses kurus mengurus nih hehehe...

thank you kerana sudi baca blog merapu syok sendiri ini hehe..

and thank you so much for the doa sayang, you are so sweet, senyum manjang akak membacanya...

semoga you sentiasa happy with your family dan dirahmati Allah selamanya..amin..

Popular posts from this blog

Kuih Kapit, Sepit, Love Letters or Egg Rolls

Kisah Mesin Ais

Kisahku dan Gigiku