Update

Petang semalam husband I balik cepat sebab I dah bagitau dia yang I nak test drive basikal nih.. Around 4.30pm dia dah balik, lepas solat both of us pun mulakan lah misi hebat I ini...Mula-mula I kayuh kat kawasan rumah tempat parking kereta kejap, bila rasa macam dah boleh sikit, kita orang pun pegi la to the other side of kawasan perumahan dekat dengan sekolah. I rasa macam setengah mati masa tolak basikal nak ke depan gate security sebab kena naik bukitkan... Tercungap-cungap berebut oxygen. Husband I pulak drive, punya la malas, bejalan sikit pun dia tak ndak. Bila dah nak dekat gate tu, I berhenti kejap sebelah kereta husband I, kaki I rasa macam nak tercabut, mengeletar semacam, basikal pun berat la jugak. I kata kat husband I macam nie besok sure tak dapat jalan..

Bila dah sampai kat jalan ke sekolah, I pun mula la berkayuh, masa turun bukit menuju sekolah tu (yea kawasan perumahan I berbukit bukau), punya la bestnya dengan tiupan angin sejuk and ofcourse I tak payah guna tenaga.. Tapi bila nak naik ke atas balik, I langsung tak boleh kayuh, tukar gear pun sama jugak. Ndak tak ndak terpaksa la I menyorong basikal wakaka... Husband I drive dari belakang slow slow. Selain daripada itu sibukla suami paparazzi I ambik gambar I dengan berbagai-bagai aksi. Then husband I ajak pegi ke taman titiwangsa sebab kat situ lagi senang kalau I nak berbasikal sebab jalan rata and tak payah turun naik bukit but since takut jam we decided to kayuh kat dalam kawasan rumah tempat parking je la.

Sampai ruman terus la I pun membuat beberapa pusingan and try to familarise with my bicycle. Oh, I tell you, it was the best exercise for me, sungguh-sungguh seronok. It was an exciting moment and I feel so free. In a way it is sort of uplifting my spirit and happy that I’m able to manouver the bicycle easily. In control la katakan.. I’m so glad I tak lupa macam mana nak berbasikal nie, ingatkan dah tak boleh dah.. And yes, I sweat profusely. Husband I pulak snap-snap gambar I and tunggu I kat situ... After a while we decided to balik rumah.

Malam, husband I ajak date kat Paparich. Kita orang order banyak makanan and some due to tersalah order because of the confusion with the coding of the food. Husband I la tersalah tulis order. So terpaksa la makan berbagai-bagai jenis food dengan nasi kunyit la, pau dim sum, dim sum ayam, telur separuh masak dua ketul, roti butter and peanut, roti nan and curry. So you all imagine la, macam nak mati abiskan semua food. There goes my diet and exercise kayuh basikal itu... But we had such a great time, laughing manja-manja akan kesalahan order itu. Sesambil tu I nyanyi lagu happy birthday untuk husband I walaupun dua hari lagi...hehe.

Today

Today I masak for lunch setelah beberapa lama tak masak. I ingat husband I balik, kira nak surprise akan kerajinan bininya yang pemalas ini. Husband I pulak called kata tak balik sebab ada meeting. So I makan sorang-sorang and since tomorrow is my husband’s birthday, I decided to bake him a cake. I cari-cari kat internet sebab yang kat buku Nigella banyak ingredient yang I tak ada kat rumah and nak buat pun spur of the moment aje. I found one very simple and I baca comment orang-orang yang dah try semua menjadi dan memuji sedap-sedap belaka. Around 3pm after watching celebrity big brother uk yang sungguh membosankan itu, I pun memulakan misi suci I nie hehe...

Around 5.30pm kek I pun siap and serentak I keluarkan dari oven, husband I pun balik rumah. Tekejut dia tengok and senyum senyum malu la pulak. I kata tak siap lagi sebab I tak letak ganache. Around 6pm segala-galanya selesai. Buruk rupa kek I, bahan banyak tak ada and so sempoi.. esok I akan pose gambar sebab esok baru husband I punya birthday... Tengah malam or tepat pukul 12am nanti I akan letak lilin ke apa.. Husband I kata tak payah la buat apa-apa, macam dia tau je plan rahsia I ini..

Sekian catatan I hari ini....

Comments

Popular posts from this blog

Kuih Kapit, Sepit, Love Letters or Egg Rolls

Kisah Mesin Ais

Kisahku dan Gigiku