Kuching Part 1

KL to Kuching 23rd January, 2013, Wednesday
 
Update basi and frankly speaking, I rasa rugi sangat sebab tak update during those time but well... we were so busy with lots of things to do, go and places to visit. Buat penat je angkut laptop. So here goes..

 
(Meal kat Kapalterbang)

Last Wednesday 23rd January, 2013 me and my husband telah terbang ke Kuching to visit my mom, younger sister and her family. Mula tu nak naik Air Asia but masa nak book aritu sungguh banyaknya hidden charges and confusing airport tax la, food not included la, barangan cargo 15kg je la, sit tak boleh choose la etc... Hai macam la tak pernah naik selama nie kan.. So we decided to naik MAS aje la. Husband I cakap biarlah bayar lebih, sikit je pun different, rather than pening-pening pikir with all kind of things. But the main reason was kita orang bawak banyak barang, gifts for my family and tak nak lah kena extra charges kalau terlebih muatan.

So, our flight was at 8.25am, kena la bangun pagi-pagi pukul 4.30am. Husband I tak tidur sampai pagi sebab takut tertinggal taxi and beside both of us tidur lambat sebab tengok movie yang I download. Anyway, taxi ambik pukul 5.30am. Sampai airport around 6.40am and terus ke counter to check in some of the bags. Lepas selesai segala urusan we went to have our breakfast and around 7.40am terus masuk area boarding and around 8.35am berlepas. Sampai sana pukul 10.00am. Before that husband I dah siang-siang booked to rent a car dari KL lagi. Adik I whatsapp and tanya kat mana, apparently dia dah sampai kat airport, I cakap I tunggu husband I kat toilet. Tak lama kemudian, I tengok ada seorang perempuan dari jauh menuju ke arah I but I mengalihkan pandangan ke lain sebab entahlah, I don’t know how to react and I guess I let her tegur I. So bila dia datang dekat and tegur I, bila I pusing I sungguh terkejut dengan perubahan physical dia yang agak berisi serta wajah dia yang sudah mature itu. She is the sister that I didn’t talk and have any contact for a very long time, close to berbelas tahun due to some friction between us and she did something very very hurtful to me before. Kira macam the last straw la and it was, that’s it, I had enough. Sakit la balik hati nie bila tulis nie balik..shit la kan haha..

(Mee Kolok)

Anyway, bila I pusing, dia terus peluk I dengan penuh erat and I tengok air mata dia bergenang, it was a very touching moment. Dia lepas, pandang I and dia peluk I penuh erat lagi for a few times.  I yang terkenal dengan kecengengan ini langsung tidak mengeluarkan airmata hatta bergengang walau sekelumit pun. Surprise kan? I ingat I akan menumpahkan bergantang-gantang airmata. Nevertheless rasa rindu yang sarat selama ini terubat lah sudah, segala kenangan pahit hilang dalam sekelip mata. Rasa hati yang membeku kepada dia selama ini, menjadi cair dan mengalir hangat di dalam diri I. Perasaan kasih dan sayang I yang telah lama mati kepada dia, hidup kembali, sesungguhnya dialah adik yang amat I kasihi despite what she did to me before. I tatap wajah dia, rambut dia, contact lense biru dia, I balas peluk cium dia. I “terlupa” yang dia tidak pernah pergi dari jiwa I selama ini. Emotional lah pulak...damn...

After that, we went to our car, I ikut adik I while husband I ikut dari belakang dengan kereta sewa beliau. By the way, my sister’s name is Sharon and nama iban dia Lemba but we call her by the name of Mbo, nama manja. Anyway, kita orang pegi makan kat Sugarbun (famous kat Swak, teringat zaman-zaman dulu) dulu sebelum ambik anak-anak Mbo abis kelas. After we had our lunch, we went and pick her younger son by the name of Savier (nama panggilan Boy) back from tadika. I tengok muka anak sedara I itu sungguh kelakar tapi cute. He has a smilling eyes and well..the whole face. First time I jumpa dia in flesh and mulut sungguh la riuh nya tapi pelatnya sungguh pekat. Geli hati I...sebab dia peramah tapi I tak paham apa dia cakap. Then we went to pick up Mbo oldest children, daughter by the name of Serenity (nama panggilan Girl), she is in primary one. Rupa lebih kurang Mbo, mata ala-ala steam la pulak hehe.. and yes, Girl pun cute and very bright. And dia pun first time I jumpa in flesh. 

Lepas ambik dorang, we went back to the house. Maka bermula lah acara peluk memeluk antara anak beranak. Mummy nangis-nangis but not me.. Entahlah I pun tak tau kenapa la I macam tak ada feeling although adegan sungguh pilu. I love her I do but maybe sebab dia telah banyak membuatkan I berjauh hati... Then Mummy peluk husband I and nangis-nangis lagi, biasalah hati seorang ibu yang telah lama tak bertemu dengan anak dan menantu yang terasing ini... Then masuk rumah berborak-borak la kita orang sambil dorang kata kenapa la I kurus, ahh..music to my ears and gumuk kat husband I. Kalau husband I tak sedar-sedar and still tak nak exercise, tak tau la nak cakap apa lagi kan.. I bila dorang cakap macam tu, I cakap tak ada la I kurus, perut nie berlipat, konon la nak deny padahal hati di dalam berbunga mekar, rasa macam nak meraung happy je wakaka...Then we gave all of them some gifts dari KL, kain, earrings, baju and ToysRUs for the two kids. Lepas bagi anak dia makan and tukar baju, Mbo have to go to work and suruh laki dia, Stanly hantar. Oh yeah, it was also our first time meeting with her husband by the name of Stanly, lelaki iban. Masa Mbo kahwin dulu, dia tak jemput me and my husband.. (sampai hati dan kejam kan?). Anyway, the five of us, me, my husband, Mummy, Girl and Boy decided to go out and explore around. We went to Wisma Sarberkas sebab tersalah jalan ndak ke shopping complex yang lain. Buruk sungguh shopping complex nie sebab dah uzur sangat. Belikan dorang toys lagi and sim card untuk internet laptop, rumah Mbo tak ada wifi. Then Stanly datang kejap sebab Mummy called dia to let him know Mummy bawak kunci rumah, so Stanly tak dapat masuk rumah and tanya kita orang kat mana. Lepas dia datang kejap, dia blah untuk ambik Mbo balik.

(Girl and Boy. I will post more pics nanti..)

After that we decided to go home but since Mummy tak tau jalan balik although dah bertahun tinggal kat Kuching, well I don’t blame her, she’s old, we decided to hentam je la nak cari jalan balik kan. It so happened that Mummy ternampak tempat Mbo kerja, so kita orang terus pegi ke office Mbo and lepak kat bawah sementara tunggu dia abis kerja and order makanan. Tak lama kemudian Mbo turun and join us makan-makan petang kat situ. I yang sudah aim nak makan Mee Kolok dari KL selain dari Laksa Sarawak terus order. The mee kolok was not so nice and not up to my taste although Mbo cakap sedap. I bagi kat Mbo and I order roti canai. Maka berborak-borak kat situ sementara tunggu Mbo punch card untuk balik. 

Malam tu ingat nak keluar tapi on the way back, we decided not to go back sebab nak ke rumah Mbo agak jauh and kita orang sungguh kepenatan. Lepas mandi sambung lagi borak-borak sambil ber gossip pasal sedara mara around, acara wajib sambil menambah dosa. Esok kita orang plan to go elsewhere, Mbo and anak-anak dia cuti sebab cuti Maulud Nabi.
 
Sekian catatan I untuk malam ini, more story to come tomorrow...
 

Comments

JM said…
*like*

ewah cam fb lak haha
Sis Claudia said…
hehe... kalau ada like kan best..sure dh ku like merata-rata jugak hehe..

Popular posts from this blog

Kuih Kapit, Sepit, Love Letters or Egg Rolls

Kisah Mesin Ais

Kisahku dan Gigiku