Thursday, January 10, 2013

Happy Birthday Darling....


Today is my husband’s birthday... Happy Birthday honey....
 
Tepat pukul 12am, I wished him a Happy Birthday. Husband I tersipu-sipu malu... Then I keluarkan kek hazab yang I buat petang semalam and pasang lilin and bermulalah acara nyanyi happy birthday untuk dia, tak ada la versi Marilyn Monroe yang nyanyi penuh ghairah untuk mendiang President Kennedy ke kan, I hanya sekadar memakai pj’s dan rambut di kepit ke atas hehehe.. Then I suruh dia make a wish, siap sapu muka lagi dia lepas make a wish you wakaka... I tanya dia, dah make a wish tak? Macam tak caya je kan sebab macam baca doa je... then bermulalah acara tiup meniup lilin... Lepas itu acara memotong kek.. tepuk-tepuk tangan... Yelah, walaupun berdua tetaplah nak celebrate secara formal kan. Husband I kata sedap and sangat lembut.  Tengok la rupa kek itu yang merekah sendu wakaka..  Husband I kata, it doesn't matter...
 
Then I masuk bilik and keluarkan birthday present (yea project rahsia yang I cakap haritu) for him. Dia bukak kertas present perlahan-lahan. I kata koyak je la. Dia tanya siapa bungkus, I kata ofcourse la I, tengoklah rupa bungkusan yang sungguh hodoh itu, sampai habis satu wrapping paper sebab semua tak jadi, padahal hadiahnya kecik je. Oh yeah, I hadiakan dia Guy Laroche’s wallet colour hitam linning biru. Husband I terkejut (oh I love giving him surprises) and I tengok dari riak wajahnya dan matanya, dia rasa sungguh terharu. He never expected that I would give him something, yelah kan lama dah I tak bagi dia birthday present. Dia tanya bila I beli and then dia jawab sendiri, ooo..ini mesti masa I pegi Isetan haritu eh? I senyum je.. Husband I cakap dia sayang nak guna wallet tu at the moment and dia kata dia nak simpan wrapping paper sebab I yang bungkus... alahai..pandai ambik ati I..dia kata tulisan sungguh touching kat atas wrapping paper itu..wakaka.. padahal I tulis usik-usik dia...
 
Husband I cuti hari nie so siang tadi we went to Kenanga Wholesale, yes our new favourite’s place for shopping sebab barangan sangat murah dan sungguh berbaloi. Banyak barangan yang dibeli, mostly my clothes, earrings and some we bought for my anak-anak buah and also cucu sedara. On the way back, we stop to do a little bit of marketing. I want to cook tomorrow. I do hope I wake up early. And you know what? Eversince I makan nasi tengahari and a lil bit in the evening, berat badan I turun and maintain, surprise kan? I pun... and I didn’t eat in between sebab kenyang sampai petang. So I guess it must be the kudap-kudapan..
 
Dinner tadi both of us makan kat PapaRich. It seems that minggu nie, selang sehari kita orang ke sini. But this time both make sure our coding of the food betul and it was decided that I take over tulis kat kertas. Dengan kening sebelah terangkat ke atas ala-ala manager perasan power , I tanya dia which code of food yang dia choose, I will make sure dia ulang, siap B for Brunei or J for Japan wakaka... Sambil makan-makan kita orang berborak pasal which actor that we love the most and kalau berborak dengan husband I yang selalu lupa nama actor or nama tempat, betul-betul menguji kesabaran I. I siap-siap jeling ke ceiling lagi... And ofcourse kalau tak snap pics memang tak sah, orang sekeliling pandang-pandang but I buat tak tau je....
 
 “To you my darling husband,  Happy Birthday to you, may Allah bless you always, I doakan you semoga masuk syurga, I doakan semoga you sentiasa di kurniakan dengan kesihatan yang sihat, I doakan semoga you sentiasa dimurahkan rezeki, I doakan semoga umur you panjang, so that we can spend more time together because you darling husband are the one and only person that I truly love with all my being....and I can’t help but be so very thankful to Allah for giving you to me as my soulmate and a wonderful husband.... Happy Birthday my love....”

I bacakan ayat yang I tulis kat atas dengan penuh perasaan sampai nak terkeluar airmata I....bergetar la suara I nak habiskan ayat tersebut kat husband I tadi (sebab I tau dia tak baca blog I). Husband I cakap dia sungguh touching sebab I tulis and baca dengan penuh jujur sampai tarik nafas dia haha..malu la pulak I bagitau kat you all....

Anyway, we had such a great time today although it was so tiring, kaki rasa macam nak tercabut, macam la pernah kena cabut...

Sekian catatan I di hari yang sungguh bermakna buat I kerana tarikh ini lahirlah kekasih jiwa I yang terhebat..

No comments:

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...