Kuching Part 2

Kuching 24th January, 2013, Thursday

Early in the morning, Mbo and I keluar to buy some breakfast and newspaper sebab nak tengok result 4D yang dorang beli semalam. Not me and my husband though, haram maa.. I almost forgot about those thing yang Daddy suka beli dulu. Apparently those favourite things of theirs never dies and now tak sangka turun ke Mbo and family pulak. I tak pernah main benda nie even before I convert pun sebab I memang tak minat with all this judi-judi ala-ala skim cepat kaya tanpa berusaha nih. I think Wo and laki dia pun beli benda nie. I tanya Mbo betul ke kalau menang 4D nih kalau beli rumah, rumah boleh terbakar. Mbo cakap benda-benda permanent tak boleh beli contohnya rumah, kereta sebab memang sial la kan tapi kalau belanja makan ke or beli baju, kasut tu boleh. I pun confuse jugak sebab bukan ke baju, kasut yang sewaktu dengannya adalah benda permanent but I malas nak tanya lebih-lebih sebab bukannya pekara penting pun untuk dibincangkan hehe.. Neverthless, suka hati dorang, duit dorang and they do it just for fun...... 

Oh yeah, lupa nak cakap, a few weeks before kita orang datang rumah Mbo, Mbo dah siap-siap beli pinggan mangkuk, mug, gelas, sudu, garpu and some belum guna lagi untuk kita orang guna. She even bought a sponge and sediakan bekas mangkuk untuk basuh pinggan mangkuk etc. for us. How thoughtful kan? I rasa terharu dengan keperihatian Mbo although bukan selalu pun datang rumah dia. Mummy jugak bagi bilik/katil dia untuk kegunaan kita orang, whereas she used a guest room. Sebelum sampai Kuching and masa masih dalam peringkat planning, husband I sebenarnya ajak tinggal kat hotel sebab well.. you know kan but my sister insist on staying at their house. Tapi bila memikirkan perhubungan kasih yang telah bertaut kembali membuatkan I pujuk husband I suruh tinggal je rumah dorang. I tak nak Mbo ambik ati and terasa sebab I sungguh penat untuk bertelefilem lagi. Furthermore, she wants me to get to know her family i.e. her children and husband. She also wants me and Mummy bonding balik. Oh I forgot to mention, my sister nie ada bela anjing nama Chico. Kepala hitam tapi background badan putih dan ada bintik-bintik hitam. Anjing nie baka pariah je tapi perangai tak sakai cuma terlampau manja dan peramah. I tak kisah anjing-anjing nie cuma I tak suka jenis yang overly friendly macam Chico sebab tak kuasa I nak bersamak kan. Kalau dia tengok kita mesti ekor dia melibas-libas macam nak putus. Sian tengok dia nak bermanja dengan I tapi apa boleh buat. So bila dia tengok I or my husband keluar dari kereta mula la dia nak datang datang macam nak terkam, I akan sound dia and pandai la pulak dia stop tapi Mbo and family make sure dia tak kacau kita orang and ikat dia dulu. Haritu dia cium seluar tidur I, masa tu I tengah bediri dekat grill berkunci sambil menikmati keindahan di pagi hari. Sabar je la kau Chico... 
 
(Buaya tak ada ekor)
 
Anyway, today we decided to go to Jong’s Crocodile Farm and Zoo Kuching. Perjalanan ke sana makan masa satu jam. Sampai situ hujan dah mula turun sikit-sikit la pulak but I’m glad though sebab kalau tak hujan sure panas. Adults RM10 and kids RM6. I don’t expect it to be extragavanza but the place was not bad at all, in fact ada banyak info serta kisah-kisah pasal buaya and berbagai-bagai species. Siapa tak kenal Bujang Senang kan. Tak rugi ke situ walau tempat agak ancient ala-ala era 80’an. I tell you, banyaknya buaya kat sini, nama pun crocodile farm takan banyak ayam pulak kan. Not only that ada jugak binatang lain such as memerang, labi labi, berbagai jenis burung, itik, ular, ikan yang sangat besar dalam kolam yang luas, banyak lagi la binatang-binatang lain and ofcourse like I said buaya punyalah banyaknya kadang-kadang tu gayat nak lalu kat pelantar situ sebab nampak kayu macam dah reput. Kalau runtuh memang sure abis buaya-buaya tu datang membaham. Ada sekali tu kita orang tengah jalan-jalan suddenly terdengar suara perempuan menjerit on the other side but ingatkan saje-saje geli kan. So bila kita orang lalu kat kawasan tu, Mbo and family dah kedepan sementara husband I sibuk la ambik gambar I and keadaan sekeliling. Sekali Mbo cakap buaya yang kat tepi jaring tu bukak mulut and melompat kat Mbo, cepat-cepat laki dia tarik. So we guess, mesti budak perempuan tu menjerit disebabkan oleh buaya bajingan itu kot. Tak habis-habis Mbo cakap pasal buaya tu, sian dia, I kata kat Mbo nie dah time lunch dorang. Anyway, I suggest and recommend you all pegi la melawat ke sini if you guys happened to come to Kuching kan. 
 
(Buah Belimbing Sarawak, Buah Keranji Madu, Buah Rambai dan Buah Tampoi)

 
(Isi Buah Tampoi)
 
(Mee Kolok)

After a while we decided to go back and stop somewhere to have our late lunch and to buy some local fruits. Mula-mula tu beli buah dulu kat Pasar Satok and then choose gerai makan kat situ jugak. I’m so glad we choose the right place sebab our food was so delicious. Semua sedap-sedap except for the tom yam yang a bit sweet. I seperti biasa order Mee Kolok, ahhh... me and my love story with Mee Kolok. Sedap walaupun guna daging ayam instead of daging lembu sebab dah habis but I don’t mind. Habis semangkuk tu I belasah. I cakap dengan Mbo, makanan yang I aim beside Mee Kolok is Laksa Sarawak which I will try tomorrow or some other day. Banyak masa lagi. Lepas kekenyangan kita orang terus balik rumah sebab di sebelah malam nanti nak pegi rumah our cousins and nak bagi keropok kering and keropok lekor.

Malam lepas mandi, kita orang pegi rumah dorang. Our oldest cousin Bedi nie dah kahwin and dah ada anak tiga, adik dia Nani tinggal dengan dia. Dorang nie cuma dua beradik and kita orang paling rapat dengan dorang nie sebab memang dari kecik dah kenal and grew up sama-sama. Masuk rumah dorang, wah... besarnya macam rumah jutawan. Serious.. rumah kat Kuching/Sarawak nie besar-besar, jealous I. Itu tak kira tanah lagi kat tepi and belakang rumah. Kalau la I tinggal kat sini sure rumah I pun besar macam dorang jugak. Neighbour dorang depan rumah siap ada statue lagi..giler apa... Dapur rumah Bedi, OMG, dapur idaman I, so stylish and ada wet and dry kitchen lagi. Teruslah rasa rendah diri dengan rumah serta dapur I yang sekangkang semut api ini...huhuhu... I yang memang sakai jakun, terus memuji-muji dapur dia and tak habis-habis cakap kat husband I depan dorang hehehe... I suruh husband I pegi survey dia tak mau sebab segan...

Then dorang ajak makan. Wah, langkah kanan la pulak... Myself, Mummy and my husband naik kereta Nani. I’m so proud of her. Tak sangka dulu tengok masa time belajar sekarang nie dah bawak kereta mewah. Merasa la jugak I naik kereta dia. Anyway, dorang ajak makan kat Top Spot Seafood Kuching. This is our second time makan kat situ, the first time was when we were with my husband’s anak- anak buah dulu masa datang sini. Ramainya orang and the food was nice too. Time balik Bedi pun ikut sekali and macam-macam la yang kita orang sosek kan sesambil tu Nani ajak pusing-pusing Kuching yang sungguh laid back itu.... One thing I love about my this two cousins was dorang nie cukup polite, lembut and pandai ambik hati. Lepas dorang hantar balik, myself, Mummy and Mbo seperti biasa menyambung gossip yang tertinggal...
 
Sekian catatan I untuk kali ini, more story to come tomorrow...

Comments

JM said…
ohmai..suke gile tgk buaya takde ekor tu..rase nk wat pet je ekeke

nextttt n3 plss ekekeke
Sis Claudia said…
hai darling JM,

Banyak giler buaya kat situ and besar-besar. Buat la pet sure kena ngap hehehe...

bukak la blog, rindu and suka ooo..baca kisah harian mu itu...

Popular posts from this blog

Kuih Kapit, Sepit, Love Letters or Egg Rolls

Kisah Mesin Ais

Kisahku dan Gigiku