Movies Yang I Tengok


(picture from http://www.imdb.com/title/tt0892318/)

I saw this kat torrent but I don’t feel like DL it during those time especially after I’ve saw rating 6.3 out of 10. But I decided to give it a try about a week later. It turned out the movie was soooo good in fact pada I one of the best love story ever. Sungguh-sungguh menarik dan unexpected.

Kisah pasal Sophie (Amanda Seyfried) pegi ke Italy dengan tuning dia yang jugak chef and in the process tengah buat restaurant. Sophie ingat dorang akan pegi pre honeymoon (sebab belum kahwin) but tunang dia sibuk la pulak nak cari barangan untuk restaurant dia. So Sophie nie bosan and dia make a deal dengan tunang dia, tunang dia pegi ke lain wine auction and dia jalan-jalan sorang kat bandar Verona tu. And you know Verona kan tempat kisah tragis percintaan Romeo and Juliet. Suatu petang tu dia pegi bejalan-jalan kat area situ and tiba-tiba dia ternampak sekumpulan pompuan menangis-nangis depan dinding, bawah balcony (balcony tu tempat Juliet nie berjumpa dengan Romeo) sambil menulis surat and then dorang lekatkan kat dinding. Bila petang semua orang dah balik, dia intip and nampak sorang pompuan ambik semua surat kat dinding and bawak ke satu rumah. Sophie nie pun ikut. Then pompuan tu letak surat kat atas meja and a few pompuan tua kat situ start bukak, baca and mula la nak balas surat. Rupa-rupanya pompuan-pompuan tua tu is kiranya secretary si Juliet nie la.. balas surat on behalf of Juliet.

Dia pun berkenalan la dengan dorang nie and so hari-hari dia join dorang membaca and borak-borak. One day dia ikut Isabella (pompuan yang kutip surat) and ikut kutip all the letters and tiba-tiba dia terjumpa ka dalam batu-batu ada tersorok satu surat yang dah 50 tahun which Isabella nie overlook... Then sampai kat rumah pompuan-pompuan tua kat situ suruh si Sophie nie reply surat yang dah berkurun tu. A few days later, cucu lelaki pompuan tua tu datang and marah-marah kat Sophie sebab reply surat nenek dia (masa nenek dia tulis surat tu and letak kat dinding tu nenek dia muda lagi, remaja belasan tahun) and now dia kena ikut nenek dia datang nak cari Lorenzo, cinta hati nenek dia masa muda muda dulu... So bermula la journey atau pengembaraan Sophie, Claire (nenek yang tulis surat tu) and Charlie (cucu dia yang cold hearted but at the end cair la jugak ekeke) mencari Lorenzo yang sungguh indah itu.... dan macam-macam la berlaku...

Cerita nie membuatkan I tersenyum and gelak at the same time, tergenang airmata pun ada jugak kui kui kui.., love story yang ringan but yet sungguh indah dan kelakar. Pemilihan pelakon sungguh tepat sekali and they complement each other very well.. sebabkan kadang-kadang tu ada je pemilihan pelakon yang tak kena dengan watak and yang tak ada keserasian but this one is just right. I recommend sangat-sangat you all yang berjiwa romantic atau pengemar love story macam I (auww) untuk tengok cerita nie.. bessssttttt... Oh and the scenery macam postcard... ahhh.....

By the way, after I watched cerita Letters to Juliet nie I decided to tengok pulak cerita Charlie St Cloud.. well.. pada I biasa aje cerita nie but ada a few element surprise and unexpected berlaku. Zack Efron berjaya membawakan wataknya but entah la at times ada part-part yang agak membosankan.. It is my opinion and how I feel ... but I suggest you all go and watch it, maybe you all will like it..

Comments

Popular posts from this blog

Kuih Kapit, Sepit, Love Letters or Egg Rolls

Kisah Mesin Ais

Kisahku dan Gigiku