Monday, November 22, 2010

Penderitaanku....

(Title...kwa kwa kwa kwa...)

Last Thursday and Friday I decided to ganti my puasa and beside anak buah husband I akan nikah/kahwin early next month. Memandangkan I tengah berusaha nak menguruskan badan (usaha? Banyakla usaha..so far makan maintain melahap macam biasa, excercise pun rasanya sekali je..itu pun bejalan je, so I guess it is not counted la kan..), I pun rasa this is the right time to do so. Hari pertama and kedua I berpuasa run smoothly, I siap sahur lagi..tapi sahur benda remeh temeh je..makan hotdog, telur rebus, bakebean je. Masuk hari ketiga (Saturday) pagi tu pun macam biasa je.. but around 2.30pm to 3.00pm perut I tiba-tiba rasa semacam..(sebelum tu pagi I dah “membuang” macam biasa) and I terus ke toilet untuk membuang. Then around 4pm I membuang lagi and seluruh badan I berpeluh peluh.. Perut I mula rasa sakit and tiap saat I burping nonstop and kentut sekali. Tak lama kemudian I kena gastric attack. Oh my God..sakit yang amat.. tak dapat I bayangkan betapa seksanya. Siap menangis-nangis la kejapkan sebab sakit ya ampun! Husband I ajak pegi clinic.. lepas siap-siap tukar baju tiba-tiba rasa nak “membuang” lagi..so ke toilet lagi.. Habis je terus both of us pegi ke clinic..dengan terbongkok-bongkoknya..

Sampai clinic, nasib orang tak ada. Masuk je doctor kata kalau still purging dia suruh pegi hospital. Balik dari clinic, I terus mandi sambil dengan terbongkok bongkoknya..nak straight macam biasa tak boleh sebab sakit nak mampus. Lepas mandi tiba-tiba badan I seram sejuk and seluruh bulu roma I naik. I suruh husband I off kan kipas. I pakai sweater immediately and pakai sarung kaki. Dalam hati I kata, jangan la I kena dengue lagi.. sebab ada tak sanggup. An hour later I rasa panas, I bukak sweater and stoking... tak lama kemudian I rasa sejuk balik..sudah! apa kena nie? Dah la tu, usus perut I rasa macam kena squeeze and pinggang I rasa macam nak patah...seluruh area perut I rasa macam pakai corset yang paling ketat.. Husband I masakkan nasi and goreng ayam (nasib baik I dah train dia awal-awal), siap masak dia suapkan I. Tiba-tiba makcik sensitive ini mengalirkan air mata..ialahkan sakit tak tertahan.. serious.. Sebabkan everytime makanan masuk je terus rasa bagai ditoreh-toreh usus I nih. Minum air pun rasa macam nak pengsan. I tak pernah rasa gastric yang begitu menyakitkan dalam hidup I. Dah la tu makan pun nak kena suap punya la tak laratnya. Bila husband I suap I baring kejap, lepas suap baring kejap.. bukan apa nak duduk pun sakit.

Dah la badan seram sejuk/panas, sakit perut and then pening kepala. Husband I urut kepala tak jugak baik. Then dia buatkan milo and roti. I makan sikit-sikit sebab like I said.. masuk je apa-apa perut I sakit. Tak lama kemudian, I termuntah.. habis semua yang I makan keluar balik.. adoii..perut yang dah cramp bertambah cramp.. tak tau I nak cakap macam mana dah rasa..macam nak pitam pun ada... Habis muntah, kepala I rasa lega tapi I masih burp lagi. I tidur awal (tapi walau sesakit mana pun petani ini masih boleh lagi mengusahakan ladangnya dengan napas yang penuh sesak). Oh yeah..I can’t breathes well, ala-ala pompuan yang nak beranak..

The next day Sunday, pagi-pagi lagi I dah termuntah kuning. Adeeihh.. merana betul I. Makan nasi and ayam/ikan goreng tapi sikit aje. Perut I masih lagi tak baik. I berjalan terhoyong hayang macam orang mabuk. Sambil tu sendawa tak abis-abis. I terpaksa sembahyang duduk sebab bila I nak bediri aje rasa nak muntah. I gantikan sembahyang I yang tertinggal. Badan I rasa sangat penat, pinggang and perut I bagai di siat-siat. I decided to go to sleep sebab selagi I sedar selagi tu la I boleh rasa sakit. Tidur pun tak lena, kejap-kejap terbangun.

And today, I rasa lega sikit sebab cramp perut I dah berkurangan although each time I minum perut I masih sakit lagi but not as bad as the previous day. Petang tadi I masak sup ayam dengan serba kepayahan sebab I tak lalu nak makan sup kat luar. Tapi masa makan tadi, I makan nasi sikit aje.. tak lalu and rasa nak muntah sakit sakit. And masa I sembahyang tadi rasa macam nak jatuh and mengantuk. Up till now I masih burp and kalau begerak banyak I kena bernapas pendek-pendek and ikut mulut.....

No comments: