Tuesday, July 5, 2011

My Amnesia Girl


Last Friday while flippng through the channel, I decided to check on astro box office’s movies for this month. Selama nie I jarang tengok astro box office movie although melanggan tiap-tiap bulan. I tengok ada satu cerita baru nak start, cerita Philipine bahasa tagalog tapi ada subtitle english la kan, kalau tak sure tak paham. I baca synopsis, macam biasa je… Then memula, ingat nak keluar dinner but I macam tak ada hati nak keluar beside tak tau apa nak makan, so I tengok movie nie sambil lewa on the first few minutes but after that oh dear….I terus hooked on it.

Cerita nie sangat sangat best. I ketawa terbahak-bahak, tersenyum malu and menangis berjuraian air mata. This is one of the best romantic/love story yang pernah I tengok. Cara pertemuan, percintaan berkasih-kasihan, dialog yang sungguh-sungguh kelakar dan cheesy serta syahdu membuat I terbuai bersama arus perasaan yang sarat dengan emosi ini. Tidak memerlukan pelakon yang handsome atau cantik atau berdarah campuran, menambahkan keenakan I menonton. Lakonan bersahaja dan spontaneous sungguh lekat di hati. On top of that, tak perlu nak show off tentang kemewahan ke or belatarbelakangkan keluarga kaya ke, anak datuk ke, anak tengku ke, ahli perniagaan yang berjaya ke, membuatkan cerita ini hidup. Tak macam filem local kita (tak semua) yang penuh fantasi dan memperbodohkan penonton.

Anyway, I ringkaskan je la. Cerita ini mengisahkan percintaan between Apollo dan Irene. Macam-macam kisah cinta yang menarik between the two of them which was full of surprised and unexpected. So Apollo pun proposed kat Irene nie. During their wedding tu masa Irene tengah bejalan masuk ke dalam church, Apollo yang tunggu kat depan beliau (depan altar), tiba-tiba got a cold feet and melarikan diri, leaving Irene alone kat depan paderi and sedara mara/kengkawan semua. Irene menangis dalam hujan..sungguh tragis.

So one day tu, tengah Apollo and kawan-kawan dia jalan dalam supermarket, tiba-tiba dorang ternampak Irene. Apollo pun approached Irene tapi Irene buat-buat tak kenal and cakap dia ada amnesia lepas accident and after that…ahhh…. Antara part yang so sayu was, when Apollo and Irene nie mengunakan a third person dalam luahan perasaan dorang when actually it was about them, masa berteduh dari hujan dalam pondok rehat. Dan part yang paling I suka was part Apollo and Irene nyanyi penuh kasih sayang dalam LRT, then Irene continue and mendendangkannya kepada Apollo dengan penuh perasaan sambil mengalirkan airmata, dengan peluk-peluk manja.. Oh dear, sungguh-sungguh romantic and sungguh sukar untuk I menyeka airmata ini dari terus mengalir. Adegan yang paling menyentuh perasaan I selama I menonton any love story dalam hidup I. Anyway, lakonan pelakon-pelakon lain/tambahan pun superb!

Husband I yang busy body asyik pandang-pandang I aje bila tengok I nangis-nangis part sedih and romantis..kacau je, tak dapat I nak menyelam dengan sepenuh perasaan. Bila cerita habis je husband I cakap, “kalau kita keluar tadi mesti kita miss cerita nie kan”? I kata banyak ulangan nanti, then dia usik I, dia kata habis bantal I basah hehehe..memang pun I nangis cover-cover dengan bantal and tissue sebab tak mau dia tengok. Dan selama beberapa hari cerita nie masih terbayang di mata dan hati I and next day I cari and DL cerita nie, mana la tau, tiba-tiba rasa macam nak hiba boleh layan lagi wakaka… Kalau korang suka tengok love story and at the same time suka humour, this is the story for you. And please sediakan tissue banyak-banyak..sebab sangat-sangat touching, loving and sad. Script manja-manja was so cheesy and maybe one of the corniest movie but I love it!

Note : Gambar kat Taman KLCC dah update...

2 comments:

Zue-rouge said...

sis
sis punya review ni buatkan saya menggelupur nk tgk mlm ni..
thanks ye sis..saya mmg minat citer2 love story ni.

Claudia said...

hi zue,
yw, betul zue..love story nie pada sis sangat la bestnya..pls watch it and let me know what do you think or feel yea...

kalau sis ada tgk citer2 love love sedih-sedih in the future sis akan share and review lagi.. :)