Wednesday, July 20, 2011

Suami Dan Emosi Ini..

I was so lazy to update my blog these past few days.. Kalau lama x berblog bila nak start balik jadi malas la pulak. Beside, I’m having those unpleasant moment which come every month la kan.

So as usual bila “bestfriend” I datang lag, I akan terdampar menahan kenikmatan yang berpanjangan ini. Disebabkan nikmat yang sangat, I tak dapat tidur satu malam. I don’t want to take the pill tahan sakit because nanti jadi kebiasaan and I tak berani nak minum-minum or try petua-petua sebab knowing how sensitive my stomach is. Selain dari itu, I rasa pedih-pedih ulu hati macam gastrick and kembung-kembung perut. I guess it comes with a package.

Since I tak dapat tidur semalamam, around 7 or 8am in the morning baru la mata I mengantuk. Sebelum pegi kerja husband I tanya nak makan apa.. I said I don’t know because I tak ada selera nak makan apa-apa. I tak nak makan makanan kat luar, so I told him nanti I try to wake up early and cook for us.

Dia balik tengahari, I masih terbaring sebab tak larat nak bangun, kalau bangun I akan terbongkok-bongkok macam orang tua tak cukup calcium. I try to bangun husband I tak kasi, dia kata nanti dia masak. Dia rendam chicken wing and masak nasi. I masih termamai-mamai, dalam sedar tak sedar. Around half an hour dia masuk bilik dengan membawa mangkuk berisi chicken wing and tanya berapa banyak nak letak garam, sebab dia nak goreng. I tengok dia dah siap-siap letak serbuk kunyit, I letakan sikit garam and then told him to make sure ketuk serai sekali. Lepas tu I nak bangun ikut dia ke dapur, dia stop I lagi, dia kata dah siap nanti dia kejutkan I.

Bila semua dah siap and nasi pun dah masak, dia pimpin I pelan-pelan ke dapur. I tengok rupa chicken wing yang dia masak terlebih kering and keliling telur mata kerbau ada hitam-hitam and yang bahagian kuning masih macam mentah. Tiba-tiba terbit rasa hiba dan sangat-sangat touching. I ketapkan bibir dan hati I menangis pilu bukan sebab I tak puas hati dengan masakan dia but the effort that he made membuatkan I rasa nak sembah kaki dia macam citer tamil yang ambik berkat tu. Here he was, balik kerja tengahari, masakan I, masakan I! Can you believe it, penat-penat kat office and masak and then kena pegi kerja balik. I rasa I tak berhak memiliki suami sebaik dan seikhlas dia. I rasa sungguh bertuah dan dalam hati tak abis-abis mengucapkan kesyukuran ke hadrat ilahi.

Bila I senyap tengok makanan, muka dia dah mula risau and tanya, chicken wing yang dia goreng tak jadi ke. I kata tak ada apa-apa I cuma tahan sakit je, padahal I rasa sangat terharu akan pengorbanan dia. Bila I makan I cakap sedapnya.. (walau kering dan memerlukan I minum air banyak-banyak sebab lekat kat kerongkong tapi I tak bagitau dia). I puji-puji and I makan penuh berselera walau hanya berlaukan ayam goreng and telur aje.

Lepas makan, husband I kemas-kemas semua and then terus begegas ke tempat kerja. I pegi mandi and then I baring balik sebab rasa macam nak putus pinggang I (macam la pernah putus pinggang eh), perut jangan cerita la, macam kena pulas selang beberapa saat. Dalam I baring-baring tu I teringat akan kebaikan husband I selama ni and tiba-tiba mengalir air mata sorang-sorang, alahai jiwangnya I. Well, biasa la kalau dah monthly nie mesti emosi semacam je haha.. I rasa sangat-sangat bersalah, bila teringat akan keburukkan perangai I kat dia all this while. He totally, didn’t deserve someone like me. I cakap kat Allah, kalau nak turunkan sakit kat husband I, bagi la bahagian dia kat I sebab I don’t think so I boleh menjaga dia sebaik dia menjaga I. Lagipun, I tak ndak husband I rasa sakit walau sesakit satu cubitan pun. Orang sebaik dan semulia dia tak boleh disakiti.

Then around 4pm, husband I balik. I tekejut, eh kenapa dia balik awal, dia kata tak apa, dia risau kat I. Dia siap-siap tunjuk dia beli air kelapa yang dengan biji sekali and roti. Lepas simpan barang dia terus pegi kat I and urut-urut belakang I and letak vicks kat perut I. I pandang muka dia yang ikhlas terus I palingkan balik ke bantal sebab tak mau la dia tengok I tengah berdrama sorang-sorang kan, nyampah la bila ingat balik saat itu wakaka.. Dalam-dalam beremosi sendiri I jadi risau kalau nak menunaikan umrah or haji dengan dia in the future sebab I tau I sure akan dapat cash kaw kaw kat Tanah Suci Mekah nanti wakaka...

8 comments:

JM said...

sweetnye husben datin... jm doakan datin dgn hasben berbahagia selamanya..aminn..

Misty said...

oooo..thank you so much JM, terharu dengan doamu itu..May Allah bless you always, amin...

Anonymous said...

oh...sungguh menyentuh hati
'touching' u

-nakkal-

Misty said...

That is so sweet of you nakkal..hehehe

Anonymous said...

ade lg x stok laki camni? nak 1 bole?

Misty said...

Ada pump, abg2 ipar I ekeke..tapi dah kahwin la.. Abang2 husband I memang sangat penyayang dan cukup ambik berat pasal family dorang..

Misz HoNey said...

beshnye hubby sis...

mlm neh nk suh santos masak ngan urut2 la..

ekekekke

Misty said...

Hi manda,

syukur so far so good, dia dengan sis manda.. oh yea... tipnya buat la muka macam kita menderita tak terkata ...pasti dia akan simpati wakaka.. pecah rahsia...