Sunday, April 17, 2011

2nd Workshop At Nikon's and AF9

Today, I went to the Nikon Workshop for my second photo lesson. I woke up and prepared myself early as I don’t want to be late. I don’t want to miss my lesson (although I sangat berat hati nak pegi) and tak mo la nanti record burukkan. We reached BTS around 10am. Class start at 10.30am. I was not feeling well, as I was having my batuk-batuk manja and a little bit of sore throat. Actually kan I malas sangat nak continue with the class tapi memandangkan husband I dah bayar all the lesson in advance so I tak ada choice but to go.

Masuk lesson, as usual, I la yang paling lembab and slow pick up. I rasa sangat rimas and stress nak concentrate. I tak suka, I bosan. Dalam hati I dah berkira-kira nak berkeluh kesah dengan chinta hati I itu bila dia ambik I petang nanti. I don’t know why but I can’t absorb what was taught fast enough unlike others. Dari kecik lagi I selalu tak dapat terima apa yang di ajar, bukan I malas tapi cara pemahaman I cukup berbeza dengan kebanyakkan orang. I want everything in details and I like to ask lots of question. But still I tak paham wakaka….

Macam tu la kat kelas tadi, I la yang tanya macam-macam but I’m sure dorang pun tak paham jugak sebab bila photographer/cikgu tu ulang balik, I dengar student kat belakang kata…oohhh…ahhh.. Nampak sangat dorang pun bingung macam I tapi segan nak tanya. I jugak la yang nampak blur kan kan kan? I tau photographer tu fed up dengan I but I don’t care, bukan free but berbayar so might as well I gunakan sepenuh kepakaran beliau. Kekadang I malas dah nak tanya dan I sedaya upaya nak concentrate apa yang diajar tapi kepala otak I asyik melayang ke lain aje. I tak paham akan terms terms yang beliau gunakkan and I hairan macam mana la I tak boleh tangkap… adakah benar apa yang mummy sering perkatakan dulu? Oh tidak….

Dalam kita orang belajar building up technique tadi, kita orang dikehendaki keluar dari kelas dan mengambil gambar-gambar dengan technique yang telah diajar. Banyak assignment nak kena buat tapi I buat kejap je dah siap.. Tak kuasa I nak buat lama-lama. Photographer tu datang kat I and tengok kat LCD, nak make sure la betul ke yang I ambik sebab I kan yang paling banyak tanya and slow kat kelas. It turned up, what I did was correct. Slow-slow I boleh jugak eh..

Habis kelas, husband I dah tunggu so mula la I berkeluh kesah, mengadu domba akan penderitaan dan penyeksaan I kat dalam kelas. I kata I tak suka, I tak minat. Husband I kata kalau tak nak nanti dia cuba tanya boleh refund ke tak..Husband I kesian kat I tapikan at the same time dia guna pendekatan secara psychology kat I. Dia kata bukan I blur but cara penerimaan seseorang tu tak sama… bla bla bla. Husband I sungguh supportive, macam-macam kata-kata semangat dia berikan kat I. Di tambah dengan puji-pujian yang membuatkan I lupa daratan sekejap. So I decided to finish up my class memandangkan ada satu lagi, which was my third and final, next week. I guess, I terpaksa tempuhi jua walaupun perit.

Balik dari kelas, husband I ajak stop kat AEON JJ Setiawangsa untuk buat “marketing” as in shopping beli barangan dan lauk pauk dapur. Sampai situ I tengok orang berkerumun kat tempat budak budak AF9 nie belajar. Siap berambik gambar lagi. Kebetulan I bawak camera, tak nak la tinggal dalam kereta takut kena curi. Dalam benci-benci belajar photography nih, tak mau la hilang. Husband I sibuk la suruh ambik gambar, mulanya I segan sebab orang ramai. I kata nanti la, lepas abis beli barang. Bila dah abis ber shopping husband I suruh I pegi ambik gambar sementara tunggu dia abis bayar kat counter. I pun pegi la dengan membuang perasaan segan itu jauh-jauh. I snap sikit-sikit aje sebab ramai orang mainly family, bertenggek kat tepi tak bergerak-gerak sebab asyik peratikan budak-budak AF9 kat dalam rumah kaca tu.

Dengan penuh confident nya I snap snap a few pics sesambil tu I perasan mesti orang sekeliling ingat I datang AEON JJ nie semata-mata nak ambik gambar budak-budak AF9 nih and mesti dorang ingat I nie professional photographer dengan focal length ku adjust kejap-kejap wakaka, padahal aperture, shutter speed, ISO etc.. pun masih terkedek kedek nak paham..wakaka..

Habis I ambik gambar dorang, I pegi kat husband I, sibuk la pakcik kecoh tu tanya I dah ambik gambar etc.. alahai suamiku yang suka akan benda benda glamour nih… haha..

2 comments:

Amylia Aldrin said...

heheh kelakar betul ayat yg last tu :D

Misty said...

:)