Thursday, April 28, 2011

Husband I Yang Sungguh Dramatic!

Bila dia sibuk buat kerja, wah..macam dia la pekerja contoh yang terunggul. Kejap-kejap bagitau dia buat nie, buat itu, konon nak highlight apa yang dia buat. Kalau angkat barang yang macam heavy, wah..bukan main dia kata barang tu macam batu paling berat tapi dia boleh angkat sebelah tangan atau satu jari aje.. nyampah I. Bila sama-sama buat kerja dia tak suruh I buat or angkat apa-apa. Dia kata biar dia sorang aje buat yang berat-berat (dia cukup suka emphasize those sentences sebab nak tunjuk dia hebat). Dia bagi alasan takut nanti pinggang or tangan I boleh patah. Macam la I nie fragile sangat. Then he flex his muscle and tunjuk bicep dia yang pada pandangan I hanyala setongkol lemak je.. Then dia suruh I rasa belakang badan or tangan dia yang berpeluh, konon betapa hardworking la dia. Lepas tu dia akan tarik nafas kuat-kuat and berkeluh kesah nak tunjuk yang dia sangat la penatnya kat I. Then I would roll my eyes kat dia. I kan dalam hati I rasa macam terlentang gelak but I play along aje. Sesambil tu, I guna pendekatan psychology kat orang tua nie. I puji-puji la dia, bukan main bersemangat lagi kalau dia kena puji, macam budak-budak aje. Kekadang kalau I tak tahan hypocrite, I terus gelak aje kat dia. Bila terlanggar something masa buat kerja tu, mula la dia meraung macam dia la yang paling menderita dalam dunia. Then dia tunjuk la lebam atau kesan/garisan merah kat badan dia yang sebesar semut itu. Bila I bagi air, bukan main lagi dia teguk sampai tak dapat benapas, lepas tu buat geleng-geleng kepala macam nak pitam wakakaka…. He is a piece of work ain’t he?

Then a few days later while nak angkat barang-barang dalam almari perhiasaan barula kita orang perasaan cermin reflection retak. Alang-alang dah macam tu, baikla pecahkan semua sekali. Masa I sibuk nak ketuk cermin tu dia kata biarkan nanti dia buat. Dalam dia sibuk mengetuk and tarik cermin tu tiba-tiba serpihan cermin terjatuh keluar. But dia continue macam biasa until dia tengok kebawah and baru perasan kaki dia dah luka and darah keluar melimpah ruah. Cepat-cepat dia tak kasi I datang dekat dia. Tapi I sibuk la cari plaster and lepas plaster still darah keluar lagi. I kata baik pegi clinic. Sesambil tu I ambik kain perca lebihan kain and ikat kuat-kuat kat bahagian tu. Lepas dia pegi, I pun pegi kat tempat darah dia, oh... banyaknya darah, macam orang lepas berparang aje and di tambah dengan bau hanyir. Beberapa kali I kena lap. Dalam hati I, jangan la ada antu datang malam nie (tak ada lain, asyik ingat alam mistik aje wakaka..). Seram semacam aje...

Tak lama kemudian… dia pun balik dengan kaki berbalut. Jalan pun dah terhenjut-henjut (melampau..). Dia dengan penuh berkobar-kobar, cerita la betapa terseksanya dia kena jab (alahai), dia kata kena jahit tak sakit, yang jab anti septic tu yang sakit. Dia siap tanya doctor sakit ke tak. Badan and perut je besar boroi tapi penakut. Dia kata tengok jarum dia ngeri, konon nak menambahkan suspense kat I. I kata I pernah kena jahit, I tau rupa macam mata kail. Then I tanya, berapa jahitan kaki you. Dia kata dua…alahai sayang. I kata kat dia, ingat sepuluh jahitan. Dia tak puas hati, dia kata luka kat atas kulit nampak kecik tapi sebenarnya kat dalam tu yang dalam tertusuk. Dalam hati.... yela tu.

Dia kata, 3 hari lagi nak kena jumpa doctor nak kena bukak jahit and jab lagi. I kata don’t worry la tak sakit. Dia kata doctor tak kasi dia angkat benda-benda berat tapi dia angkat and pindahkan jugak almari malam tu jugak sebab dia nak kemas cepat-cepat..I dalam gelak-gelak kat dia, risau jugak takut jahitan tu terbukak. Lepas abis dia susun almari-almari tu, dia mandi. Lepas mandi I dah agak mesti ada lakonan dari gerak geri badan dan expresi muka akan berlaku. And I was right, si drama queen itu berjalan perlahan-lahan sambil terkangkang-kangkang. Geram betul I tengok dia belakon. Bila I lalu depan dia, I buat-buat nak terjatuh kat kaki dia, wah..secepat kilat dia mengelak sambil menaikkan kaki ke atas… Oh dear, you all should see, kelakar nak mampus haha.. Kadang-kadang I buat-buat nak tepuk tempat jahitan dia, terbeliak bijik mata dia tekejut and panic…muka pucat lesi…aduhai.. Macam mana la I boleh terpikat dengan dia nie dulu-dulu eh? hahaha...

2 comments:

che^amad said...

hahaha kelakar le sis.. agak2 dia masuk dak blog ni? tak tahan malam tadi sempat bergosip masa dia gi toilet tuh.. ekekeke..

btw, thanks utk hadiah besday Afi yg masih berbalut cantik tu... rasanye lambat sikit baru boleh bawak balik tu.. tak muat motor le.. keh keh

Misty said...

si nerd tu takkan masuk nya..hehe..kalau dia masuk pun.. dia tak boleh kata apa sebab memang betul...haha.. Ituler pasal sebab topic gossip pasal dia hehehe..

yw, no prob janji dah dapat kat gab..lega sis..