Monday, December 31, 2012

Selamat Berazam



Every year I berazam tapi seperti biasa azam tinggal azam. Namun begitu semangat ini tidak pernah patah lagi. I know some people said buat apa nak berazam-azam, tak payah tunggu tahun baru kalau betul-betul nak berazam anytime boleh buat atau sebagainya. Well, it’s their opinion, you all yang nak berazam, termasuk I, please don’t give up and don’t listen to all this negative thoughts/people around you. To me it is rather to have something that we can hold and dream of doing than nothing at all. After all, life is about hoping, wanting, aiming, dreaming and wishing for something and everything. Whether we will get it or not, it is entirely a different story. Let say, you nak kurus (impian yang I tak pernah give up) and still tak kurus-kurus or mencapai target weight yang you nak and kalau turun pun sikit aje... it’s ok, at least you try and do something about it and kalau you kecundang (macam I huhu...), it’s ok we can always start all over again. Sebab kita tak rugi apa-apa, in fact we learned something new about ourselves along the way. And what can be a better way to start our resolution, if not new year kan... Trust me its fun having a resolution because in a way, it breath something new to our life and it makes us looking forward to whatever it might be..

Dan seperti biasa, I banyak azam you...hehe... firstly, ofcourse I tak nak tidur lambat lagi...ini habit yang paling susah untuk I buang kerana telah terbiasa. Me and my husband selalu masuk tidur pukul 3am to 4am... lambatkan? The reason was during this time la otak I non-stop berputar and sangat active. Ada je benda I nak check kat internet. I know, tidur lambat is a very bad habit untuk orang yang dah berusia macam both of us. I will try to sleep as early as 1am starting tomorrow night, malam nie tak dapat sebab I nak celebrate new year muehehe...

I berazam untuk tidak membuang masa yang berharga dengan melakukkan pekara yang tidak memberi manafaat kepada I. 

I berazam untuk more active dengan pekara-pekara physical, outdoor activity demi kesihatan dan ofcourse untuk maintain dan menguruskan berat badan bersama-sama dengan husband I. I akan heret dia walau dengan sebelah kaki sekalipun kalau dia tak ndak. Imagine I tarik budak gumuk tanpa berbaju dan hanya berseluar short itu....(sila jangan imagine kerana image itu sungguh mengerikkan hehe..).

I berazam untuk membaca lebih banyak buku dan target I at least 20 buku setahun, which is highly unlikely but I will try, God, I will try....

I berazam untuk mencuba resepi-resepi baru. Mentang-mentanglah dah beli banyak buku resepi kat Big Bad Wolf, tiba-tiba jadi azam la pulak kui kui kui..

I berazam untuk menghabiskan apa-apa pekara atau project yang terbengkalai ...banyak ooo..

I berazam nak belajar photoshop, asyik guna paint je wakaka... gelak terlentang la korang kat I... hehe...

Yang terakhir dan terpenting, I berazam untuk menjadi wanita muslim dan hamba Allah yang lebih baik dari dulu-dulu....(err...dulu baik ke? Hep!)

Terakhir sekali, I berazam untuk merealisasikan azam-azam diatas... Insyallah...

Anyway, happy new year to all my beloved friends/pembaca blog ini samada yang dikenali or yang silent reader with the message, have a wonderful New Year Celebration tonight whether kat rumah or di mana-mana dan jangan peduli dengan orang yang berpandangan negative terhadap your azam and how you want to celebrate your new year. Yang penting, jangan sakitkan hati or kacau orang dan jangan buat maksiat. Kang tak pasal-pasal bulan september nanti ada yang terberanak anak haram hasil celebrate new year 2013...coiii... 

Sekian catatan wanita penuh azam untuk tahun 2013 dan catatan yang terakhir di tahun 2012 and see you next year muahhss...

Sunday, December 30, 2012

Mee Tarik....


Last Christmas I gave you my heart (still la nak ber wham bagai...), err....well actually..last christmas aritukan all of us went to Smart Reader for Kids kat sekolah Aiza for kenduri doa selamat. Masa lalu nak park kat sekolah dia both of us tengok eh ada kedai mee, nama kedai tu Mee Tarik Warisan Asli. I nie kan hantu mee, so we told each other we should give it a try one of these day. Kat kenduri sekolah Aiza tu, husband I tanya kat Khairi sedap ke mee kat situ, Khairi cakap ramai orang pegi situ and dia kata sedap sampai masuk tv, tak tau la JJCM ke apa sebab I tak borak dengan Khairi masa tu...busy maa.. Husband I pun satu, kalau nak suruh explain something punya la confuse kepala otak I nak pikirkan jalan cerita beliau, itu belum lagi part nak discuss something dengan dia, memang boleh naik darah, I yang impatient ini. Balik dari situ both of us dah plan nak datang situ lagi sebab nak try mee tarik itu.

So semalam, we decided to have our lunch there since tak tau nak makan apa lagi kat KL nie, wahh... baling kat africa baru tau, nak dapatkan daging meerkat pun sure sanggup berbunuh... Anyway, sebelum pegi I went and googled pasal mee tarik nie and blog-blog yang I pegi semua puji-puji cakap sedap giler. Ini menguatkan keinginan I yang bernafsu dubuk untuk merasainya. Eh, apasal mentioned nama-nama binatang, africa segala nie, rasanya lama I dah tak tengok channel animal planet, kadang-kadang I rasa sungguh musykil dengan daya imiginasi berfikir I ini....! Sebelum itu jugak buat pertama kalinya I menggunakan map kat samsung note II I itu, tak cukup dengan itu I check dengan samsung 10.1 untuk mendapatkan gambaran yang lebih besar (sambil mengangkat kening sebelah yang nipis ini...) sebab tak ingat jalan ke situ... Pegi pun sekali...

After solat zuhur both of us pun keluar dengan tidak berapa confident tapi disebabkan pakar map (tiba-tiba pakar map handphone la pulak...) ada kat sebelah merangkap wanita pemalu separa bulan maka perjalanan ini diteruskan walau ada kesangsian yang bersarang di hati ini... Tapi kat depan lelaki berperut roti boy berinti butter itu I buat-buat relax aje...biasala kes lain di hati lain di wajah semasam jeruk muda ini...

Dengan berpandukan map handphone and bila tengok arrow kat map bergerak, wah... sang sakai dua orang ini rasa sungguh teruja yang maha hebat.. yelakan mana la pernah guna and ambik tau benda-benda nie.. walaupun gadget tak nak kalah...wakaka... And as usual kalau tak sesat tak sah sebab both of us jadi confuse sebab masa pegi sekolah Aiza the first time dulu mana ada lalu tol but this time kena tol la pulak. We were overshot la pulak...kena patah balik. Rupa-rupanya I tersalah address sekolah Aiza haha..nama sekolah pun tak tau... I dah rasa macam nak pitam je kelaparan, dahlah tak breakfast and dari pagi tak makan apa-apa, jam pun dah dekat pukul 3pm. Tiba-tiba husband I terperasan that we should try masuk another simpang sebab dia rasa that was the right place. Nasib baik... memang betul pun kalau tidak sure I dah terkulai layu di tasik honey...

Sampai situ, terus both of us cari parking. Masuk je...mmm...the place nampak biasa je and nothing out of the ordinary. I tengok rata-rata lelaki yang bertugas kat situ semua pakai kopiah and bermuka cina kecuali perempuan cashier yang indon itu. I tengok menu gambaran masakan macam sedih je and then I tanya budak waiter, I assumed 11 or 12 years old juga berkopiah, I think anak or cucu owner kedai nie, apa yang orang selalu order and sedap. I tanya pedas ke tak etc... Then I order mee yang dia suggest so I order Fungus Noodles with Meat sementara husband I order Meat Noodles Soup.. As for the drink I ordered air sirap and husband I order air sirap limau. We don’t have to wait that long for the food and drinks to arrive, kejap je dah dapat. I tengok rupa food kita orang alahai... nampak cincai je. Bila I makan... mmm...lain orang lain la selera and tekaknya kan, pada I tak sedap langsung. And I don’t like it at all but, the texture of the noodles is very nice, soft and delicious but masakanya like I said tidak memenuhi selera I. I wish I have the raw noodles and masak according to my and my husband’s taste, pasti hit! But you guys should give it a try maybe pada korang sedap. I makan tak habis but husband I makan habis bukan sebab sedap sebab dia kata sikit je and I’m very sure because he was hungry. And that would be our first and the last makan mee tarik kat kedai nie...

Sekian catatan wanita tertarik akan mee tarik tapi tidak menarik...and uwwiitt.. I dah letak iklan nuffnang ads kat atas belah kanan.. ada lah jugak perubahan blog hazab ini....muehehe..

Saturday, December 29, 2012

I Tengok Movie "Life Of Pi"

Last night we went out to watch a movie “Life of Pi” at GSC.

Kita orang tengok yang pukul 11pm sebab the earliest one was at 8pm, sure tak sempat solat and kelam kabut nak dinner lagi. We went out at 9pm. Sampai Pavilion dalam pukul 9.46pm sebab ada jam sikit. Terus cari tempat untuk dinner, most of the foodcourt yang kita orang nak makan dah tutup so we decided to give it a try kat Capricciosa Pasta & Pizza. I ordered Clam Chowder Soup and Chicken Chop as I’m not too sure whether food yang lain ok ke tak. Husband I order Chicken Penne. Seperti biasa kalau tak argue over little thing tak sah la hidup kita orang dalam satu hari. So dalam makan-makan tu, I bagi some of my food kat my husband. Memang dah typical I, mesti share or give half mine to him. Dia makan broccoli then dia confuse and tanya apa nama sayur nie, I kata broccoli, dia kata no yang macam cabbage bulat-bulat kecik la broccoli, I kata itu baby cabbage. Dia tak puas hati lagi, so I terus panggil waitress yang kebetulan tengah lalu kat meja kita orang and tanya dia and waitress itu mengiyakan kata-kata I and then I cakap thanks and said, dia tak percaya cakap saya. Waitress tu tersengih and husband I tersipu malu. Bila waitress tu dah blah, I tanya sambil menjeling kat husband I, tak percaya apa I cakap ke?, sambil mengangkat sebelah kening dengan penuh belagaknya..hehe..I tambah lagi, kan haritu kat rumah kita dah discuss pasal nie sambil mencemikkan bibir I. Husband I cakap, yela pompuan action...

During makan-makan tu husband I suruh makan cepat-cepat sebab nak dekat pukul 11pm, I tengok jam, heh pukul 10.15pm pun belum. Dia sibuk-sibuk suruh orang makan cepat-cepat padahal I punya dah habis since I gave half of mine. Chicken Chop I sedap tapi I tak berani makan banyak-banyak sebab banyak black pepper and berangin, kang I mengentutkan orang kat panggung tu pulak, kalau silent tak pe, ini kalau dah bunyi macam burung terkukur, kur kur kur (macam kentut si Baby tu) sapa nak jawab? Habis makan around 10.30pm bergegas la kita orang ke panggung tapi dah tutup pulak dari dalam shopping centre tu. Guard suruh kita orang ikut jalan luar. Berpeluh-peluh menapak dari situ. Sampai je I terus pegi ambik gambar poster yang besar tu, husband I suruh I pegang plastic cakes yang I beli kat Bread Talk sebab dia nak beli pop corn and coke, I kata pegang la sendiri, dia kata nanti tangan dia penuh, I kata ish...pegi je la, jangan kacau I, banyak songeh betul orang tua tu...

After I took a few pics, I went to him and dia tengah order. Then husband I ajak masuk tapi budak yang jaga kat pintu ticket tu suruh tunggu 10 minit lagi. I tengok a few orang nak masuk pun kena tunggu dulu. We scanned around and bisik-bisik with each other, nie mesti dorang pun nak tengok movie yang sama and sure buat bising etc..sempat lagi la mengomel kan.. Bila dah nak dekat time, husband I pegi kat budak tu lagi, I tak nak ikut sebab I’m very sure belum time boleh masuk lagi. Budak tu cakap 5 minit lagi... I tengok muka husband I, terus I gelak kat dia, I ulang balik apa budak tu cakap, 5 minit lagi bang... muehehe.. Bila dah dekat habis 5 minit husband I pegi lagi... I told you, orang tua nie cukup tak sabar sebab dia nak pegi toilet. Budak tu agaknya kesian tengok warga emas nie dah pegi sampai 3 kali, dia tengok jam and dia kasi husband I masuk...

Masuk kat dalam, I suruh dia pegi dulu sebab tak nak la bawak makanan dalam toilet kan..nanti aura toilet dengan segala bau melekat kat food...euww.. Lepas dia keluar, I pulak masuk. After that kita orang terus masuk ke dalam panggung. Panggung tu kecik je and tak sejuk langsung, leceh je bawak pashmina. Bila satu family masuk and bising-bising ber speaking and duduk kat depan kita orang, husband I cakap kat I, nie satu family sure buat bising. Tak tau la orang tu dengar ke tak kan.. I kata jangan cakap kuat and tak lama kemudian family tu cakap melayu. I gelakkan kat husband I and dia bisik kat I, oh..nie keling melayu kot. I think dia ingat pak arab ke paki ke kan.

Tak lama kemudian ada sorang chinese guy duduk sebelah I. Dalam hati I, jangan la I terkena lagi dengan flasher pervert sex maniac. Masih trauma lagi walaupun it happened during my teenage year. Next time I cerita... kelakar bila ingat balik. I jeling sikit-sikit sebab I perasan laki cina nie duduk macam batu sambil menyilangkan kedua belah tangan ke dada. Eh, dia tidur pulak. Dalam hati I jangan la dia snoring, mati I. Bila dah start je movie, I ingat I nak kejutkan dia (punya la ambik berat although I tak kenal siapa), I cakap kat husband I, I nak kejutkan cina sebelah nie, husband I kata tak payah sebab maybe dia memang nak masuk and tidur aje..hehe.. kelakar la pulak.

Bila wayang start, dia tak bangun lagi, I la pulak tak dapat concentrate sebab risau takut cina nie miss part of the movie kan (sibuknya I), being the concern citizen, I berdehem and buat buat batuk nak kejutkan in a way la kan, then I jeling, dia dah bangun...lega hati I.. I know, I know, I nie memang concern penyibuk.. wakaka.. Sepanjang-panjang tengok movie tu, kadang-kadangkan kita akan ubah sana-sini position bontot la tangan la kan... I risau la kalau tangan I terkena kat dia since I nak letak tangan kat handle tepi tu but nasib baik la cina nie tak ubah-ubah position and tangan masih bersilang hingga ke akhir movie. Sometime I pelik la, macam mana orang boleh sit still without moving kan sebab I kalau tengok movie kat rumah ke kat panggung ke, macam-macam posisi samada, bersandar terbaring, sengetkan kepala ke kiri, ke kanan, tangan turun naik, letak kat handle, duduk tegak, kaki lipat kiri kanan, rasa macam nak bersila atas kerusi pun ada wakaka... and yet some people just duduk bersandar sampai habis hayat movie tu.... Nampak sangat I nie seorang yang restless....

About the movie, it was a very good one and I tak la surprise mana because I’ve read the book about two months ago, it was recommended by anak sedara many years ago and I only read it recently.. Tapi cerita dia best and I suggest (kalau GSC nie masih tayang lagi), you guys should go and watch it. Tak rugi. Tapikan I still kata baca buku dia lagi best and lagi detail. And the best part was, apa yang I baca and I visualise dalam kepala look exactly like in the movie .... wohoo!!, bestkan... Itu yang I selalu I cakap bila I baca and I imagine, macam tengok movie.

Anyway, lepas abis tengok movie, kita orang terus balik and sempat la lagi argue mana tempat park kereta, my instinct is always right tapi husband I selalu sangsi akan kuasa psychic I ini. I kata level 1 dia kata level 2, bila dia tekan lock kereta and dengar bunyi cuit cuit... terus I memberi jelingan sinis because I’m right!

Sekian catatan wanita yang banyak menjeling malam tadi.....

Wednesday, December 26, 2012

Wo and Family Came to Our House

24th December, 2012, Monday
 

(I masak mushroom oyster, telur dadar and ikan asam pedas aje)
 
These past few days was the most tiring and busiest in my life. Wo and family came to our house and being the host we tried as much as possible to accomodate them especially for my two darling and favourite nieces.

Wo and family spend 3 days and two nights at our house. They came on the 24th and pagi-pagi tu I dah start keluar and rendam ikan sebab nak buat lunch untuk dorang. Haritu Wo dah cakap dia teringin nak rasa masakan ikan asam pedas I sebab dia tak pernah rasa lagi. Mind you I dah lama tak masak lauk-lauk nih, kalau masak pun benda remeh-temeh aja such as mee goreng ke. Then I teringat my 4 year old niece yang tak makan pedas sebab kecik lagi. I buat telur dadar and I called my husband suruh dia beli Yong Tau Foo sebab tak pedas and ada soup. As for kakak dia Abagail, I goreng banyak-banyak oyster mushroom dengan fish ball because that is her favourite.

Lepas siap semua I relax kejap and tunggu punya tunggu dorang tak datang-datang. I pun siap-siap susun pinggan, lauk pauk etc. Then Wo called cakap dorang sesat, ke Jalan Ipoh la, Jalan Tunku Abdul Rahman etc. I cakap kat Wo cepat la datang I dah lapar nie hehe.. Husband I balik, I bagitau dia. Dah dekat pukul 2pm still tak sampai-sampai lagi, then Wo called lagi and I tanya dia kat mana, then I suruh husband I keluar and pegi ke tempat dorang which was not far from our house pun. Dekat pukul 3pm baru la dorang sampai. I cakap kat husband I, ice dah habis, I called dia masa dia pegi kat kakak I dia tak angkat sebab tak dengar. Dia bawak Bigail and Baby keluar beli ice.

Husband I balik je I tengok wah, Baby dah makan ice cream wakaka... rasa macam nak geget je pipi dia. Tanpa melengahkan masa dah perut I yang dah merimau ini, I terus ajak dorang makan. Wo and laki dia cakap asam pedas I sedap giler cuma kurang satu je, kurang pedas, damn! I ingat I dah letak banyak cili giling but I terpikir jugak takut Bigail tak dapat makan pedas. Dorang cakap Bigail tahan makan pedas, kalau I tau or next time kalau I buat lagi, I akan letak banyak-banyak cili giling, rasain korang hehe.. Memang tak pedas pun asam pedas I tapi jari kanan I pijar la pulak masa tengah makan... I risau la pulak takut perut I sakit, nasib baik tak.


(Bukan main lagi orang bagi pose)
 
Lepas makan, si Baby ajak pegi swimming pool yang telah lama tidak I jejaki, rasanya ada dalam dua tahun, itupun tak mandi. Baby sungguh tak sabar, perkataan swimming pool sentiasa bermain-main di bibir beliau. Kita orang pun terus siap-siap turun. I tak mandi, malas. Husband I tak ikut, dia nak relax kat rumah. Oh, we had so much fun and Baby yang clown itu tak abis-abis buat kita orang gelak dengan aksi-aksi hebat dan mulut penuh loyar buruknya itu. Geram I tengok dia dan pipi dia. Puas la I snap-snap gambar dia and whatsapp kat adik kita orang kat Kuching. Sesambil tu Wo dengan I seperti biasa non-stop bersosek-sosek dengan berbagai-bagai issue basi tapi diolah dengan rencah-rencah begitu indah wakaka.. By the way, nyamuk aedes banyaknya berterbangan kat situ, I hope kita orang tak kena deman denggi, risau I sebab dah pernah kena dulu sampai masuk hospital, trauma I.
 
(Bigail and Baby)
 
Lepas puas bermandi-mandian, kita orang balik and I sibuk buang mee goreng for the evening, nasi and lauk pun banyak lagi and not to worry, selera makan Wo and family is very good, tak rugi masak or kalau nak belanja makan, guarantee licin hehehe.... Ingat nak keluar malam tu but I decided tomorrow night je la keluar sebab macam dah lambat je kalau nak keluar. So kita orang melepak kat rumah and main belon

25th December, 2012, Tuesday

(At Smart Reader Kids Trillium Sg Besi)

Today we went to have a Kenduri Doa Selamat at my abang ipar's school, Smart Reader Kids, Trillium Sg Besi. We went to my in law's house dulu around 10am and I bawak all of them to see my bedridden mother in law. Mak mentua I masih ingat lagi kat Bigail, asyik tengok Bigail aje... She don't talk much anymore tiba-tiba I rasa sedih.. Masa tak sakit dulu, mother in law I rajin berborak dengan I but sekarang nie, it takes a great afford for her to open her mouth. Husband I cakap, muscle kat mulut dia dah lemah. Wo cakap teringat lagi masa dia cergas dulu, masak la, jalan sana sini. Kesian kan mother in law I.

After that kita orang bertolak ke sekolah tu berkonvoi dengan Kyreil sebab kita orang tak tau jalan and tak pernah pegi situ. It was still a new place tapi almost semua kedai dah penuh. Masuk aje kat sekolah tu which was on the first floor, wahh.... besar and luasnya. Cantik la kat dalam with all kind of colours and mural. Kerusi dan meja kecik-kecik dan pendek-pendek, nak tergelak I tengok. Si Aiza tanya lagi, tak nak ke mengajar kat situ... Sebelum tu abang ipar I suruh join and nak hantar pegi course, mula-mula rasa macam ndak but being the lazy and the manja women, you know la I nie macam mana kan...Itu belum lagi dengan Miss Halfway nya lagi.. Oh yeah, we gave Aiza's buku-buku yang beli kat Big Bad Wolf aritu..

Maka kecoh la cucu-cucu sedara yang comel dan si Baby yang buat I tak habis-habis gigit gigi punya la geram tengok akan ke mungilan dorang tu. Kalau mak bapak, tok nenek dorang tak ada, for sure I dah cium kuat-kuat, peluk sorang demi sorang and sakat sampai pengsan. Anyway, makanan catering was so delicious, I ambik makanan and lauk pauk setinggi gunung. Habis diet I, dah la semalam makan nasi..huhuhu.. (mestila nak merintih dalam tiap posting I, korang bersabar je la baca this Miss Repetitive Woman kui kui kuii....). Husband I sampai dua kali tambah. Lepas makan tengok telatah budak budak comel itu belari and menjerit sana sini sambil bermain bola. Kelakar la dorang nie..

Around 2.30pm kita orang semua pun blah. Arina ikut kita orang balik sebab dia masih nak main dengan Baby and furthermore dorang plan nak mandi swmimming pool... Dalam kereta dorang begurau senda, geletek-geletek, sakit badan I hehe..almaklum dah veteran kan...  Sampai rumah terus sibuk-sibuk nak bersiap, Aida datang kejap antar swimming suite and pelampung lengan Arina, Baby pakai short and t-shirt aje sebab dia tak ada baju mandi. Had I know beforehand sure I dah belikan. This time Wo and I decided to mandi manda sekali and this time husband I join in. Kat swmimming pool oh dear...kecohnya kita orang and you know la kalau husband I ada... habis di usik dan disimbahnya kita orang, itu belum lagi part dia menyelam-nyelam nak tangkap.. Bigail and Arina paling teruk jadi mangsa hehehe.. Arina kejap-kejap naik makan biscuit, turun balik, biar mengigil badan kesejukkan tapi masih la lagi nak mandi. Kakak I tak join kita orang kat adult pool sebab dalam and dia pendek. Air kat situ lepas kepala dia. As for Baby, dia tak mau ikut orang kat tempat yang dalam sebab dia takut walaupun pakai lengan pelampung Arina. Mula-mula tu dia ikut kita orang tapi bila I nak lepaskan dia, meraung-raung melekat kat I. Bila I bukak tangan dia, kaki dia, dia belitkan kat pinggang I... oh my God nak pengsan I gelak... Arthur (bapak dia) sampai risau and tengok kita orang... I cepat-cepat bagi dia kat mak dia..hehehe...kalau bapak dia tak tengok, maunya I lepaskan dia..After a while, all of us join Baby and mak dia kat children's pool.

(Dinner at Rasa Foodcourt)

(Fountain at KLCC)

(New BFF, Arina and Baby Gabrielle)
 
Selepas beberapa seketika, we went to send Arina's at in laws I so that Aida boleh ambik dari situ. Lepak la kejap kat situ sambil berborak-borak sebab kesian kat Arina yang masih nak bermain dengan Baby. I don't know where did they get the energy because I dengan Wo was so tired. Bila time nak balik muka Arina and Baby dah sedih...Baby tak nak balik la pulak haha..  After that we went back and lepas mandi I melayan Bigail and transfer lagu-lagu kat handphone dia. Wo, Arthur and Baby masuk bilik awal sebab dah tak larat.. Around 12.45am, all of us masuk tidur... penat jangan kira la rasa macam tak dapat bergerak dah....

26th December 2012, Wednesday

Pagi-pagi lepas solat I decided to buat nasi lemak for breakfast untuk Wo and Family. I, Wo dengan Bigail aje makan, Arthur and Baby tak makan pagi. Husband I dah turun kerja. I kena la join breakfast nasi lemak (waaa...dah la malam tadi makan nasi, breakfast pun makan nasi..waa..lagi) with them. Around 11.15am Wo and family balik. Bila dorang balik je, terus I berkemas satu rumah, cuci all the bedsheet, pillow case, spray/cuci dengan glades sofa, meja, lipat baju etc... dengan mengantuk-ngantuknya... I prefer to do and clear everything cepat-cepat sebab hati I takan senang lagi tak beres cepat-cepat. Macam tu la jugak kalau balik dari travelling, I akan make sure keluarkan barangan dari beg and kemas immediately.

Tengahari husband I balik and makan nasi lemak yang I buat pagi tadi.  I tak makan sebab I masih kenyang lagi. Lepas dia pegi kerja I mandi, solat and tengok series yang I dowload. I makan anggur and keropok sikit. Then I decided to go to sleep and bila I nak off my handphone sebab I tak nak diganggu, I tengok ada sms dari Wo about an hour ago, dia cakap dorang baru keluar dari KL sebab Bigail nak ke Pasar Seni. Lepas bersms kejap I off my handphone and zzzzzz......

Petang tadi around 6.30pm both of us makan nasi lemak yang I buat pagi tadi. An right now husband I surf internet dan I update my blog sambil sekali sekala menonton tv...

Dan rumah ini...kembali sepi..... dari keriuhan manusia lain selain I dan husband I.......

Sekian catatan I kali ini..... 

Sunday, December 23, 2012

Update Sekali Harung....

 
Friday
 
(Husband I, Khairul and Shida) 

(Update kali nie adalah sekali harung sebab I sangat-sangat busy dua tiga hari nih..I wish I can write in detail sebab banyak adegan kelakar....)
 
Hallooo... last Friday, we went out with the pengantin baru to watch a movie "Hobbit" at GSC Pavillion. That was my first time sebab selalunya tengok kat TGV. Khairul booked through online. Anyway, kita orang makan kat foodcourt aje and lepas makan I decided to buy a two slices of cake, one for me and one for Shida. Itu maknanya I dah suka kat orang tu, walau sekadar membelikan sekalipun. Movie start at 9.40pm, so kita orang ambik peluang berpecah and menerewang sekejap sementara tunggu nak masuk panggung.. I was sort of worried that we might be sitting with orang bodoh kaki bercakap but was so glad that kita orang duduk yang double seat tepi sekali. Dorang kat depan, kita orang kat belakang. Ada la jugak I terdengar orang cakap-cakap non-stop but it was far from us... thanks God.  Oh and the seat was so comfortable and besar..tak macam kat panggung yang satu lagi (tanpa menamakan tempat itu kerana tidak mau kena sue wakaka..) yang kecik, sempit dan belakang seat yang rendah itu.....
 
Oh yeah...best jugak cerita nie, although it was a bit slow in the beginning. Biasalah movie pengenalan is always like that. Habis show, we went back to our car and on the way turun escalator, I tengok ramainya manusia macam kecoh-kecoh je, rupa-rupannya ada acara berdansa kat dalam club...ceh la sangatkan... Muka-muka dan perangai kat dalam tu macam orang baru lepas kena pulas je wakaka....
 
Saturday
 

Yesterday we went to have our lunch at Sushi King. Lama dah tak makan kat situ or even makan makanan jepun nih... Rasa sedap la pulak. Then we went to KLCC to look for my new *batuk-batuk manja* samsung galaxy note II punya cover and aslo to put a screen protector. Kisahnya begini, last Friday, husband I balik lunch and cakap kat I, dia ndak handphone I, dengan muka penuh serious, I tanya kenapa, dia kata dia ndak saje je. I kata ok but dalam hati nie mesti dia ada belikan I hp baru. Lepas tu I pegi atas meja makan ada satu bungkusan plastic hitam, I tengok dia and dia senyum-senyum and cakap kat I, its for you. Wah... I sungguh gembira, ofcourse la takan sedih kan. So I pun sibuk la set up, transfer whatever it is/was. To me tak ada bezanya dari hp lama note I, I, cuma nampak slick sikit la note II nie...
 
Anyway, ramainya orang kat KLCC semalam, ada some kind of function etc kat fountain kat luar. And also ramai budak-budak dress up macam komik kartun jepun, kawai etc.. seronok jugak tengok akan kepelbagaian itu. Husband I suruh pegi ambik gambar tapi I malas la pulak. On the way back, we decided to do some groceries for the tetamu that will come during xmas holiday nanti.. Wo and family la..bercuti kat rumah I...
 
Sunday
 

We were so busy this morning clearing one of the room for Wo's and family who will come tomorrow and spend a few nights at our house. Mula-mula husband I suggest kemas masa balik but I kata baik la kemas pagi-pagi so that bila balik dah penat nanti. Anyway, today is the last day of Big Bad Wolf Sale so we decided to come again for the very last time. I whatsapp Aida, one of our anak buah to join us. Dia tak berapa sihat ada demam-demam sikit, I rasa guilty la pulak sebab ajak dia but I was so glad that she could make it. Husband dia tak ada, main golf, Arina and Syahmi kat rumah nenek and datuk dorang. Lepas ambik dia, Aida suggested that we have our lunch at Restaurant Ratu (makanan padang). The food was ok and simple je, I have no complain. Kita orang tinggalkan kereta kat rumah Aida and naik kereta dia, it was so comfortable berbanding dengan kereta hazab calar balar and nak roboh kita orang tu. Sampai kat Mines, berderet kereta nak masuk parking.


Masuk dalam convention centre, wah...ramainya orang. Aida terus hilang ke mana and seperti biasa husband I yang tak boleh berenggang itu sentiasa di sisi I dengan beg recycle hitam beliau. I tak beli buku untuk baca instead I beli banyak buku-buku resepi. Dari haritu lagi I dah aim nak beli on the last day. Husband I banyak beli buku for himself, not for reading, you know husband I bukan suka baca buku but dia beli buku pasal keretapi etc.. Dia suggest a few books for me to read, I kata I dah banyak beli and kalau dia jumpa apa-apa yang bagus, dia ambik aje. Bila husband I dah ambik a few, he showed it to me, I kata ok sambil lalu because I was so busy belek-belek buku resepi. After I done with my recipe book shopping, we went to look for Aiza's (Aida's younger sister) kindie books for her school. I ada sms dia ajak join sekali tapi dia kata dia tak ada duit and mintak sponsor. I kata no probs. Buku budak-budak pun tak mahal we managed to get as cheap as RM2.00 to RM3.00 and paling mahal RM8.00 with the help from Aida.
 
On the way nak ke cashier sempat lagi I grab a few buku resepi lepas belek-belek sekilas lalu. Then I bought one hardcover book for me and Aida. Haritu I dah belikan dia but I just feel that I want to buy another one for her. She is such a nice niece, matured and responsible one. Bila dia complained pasal one of our family member, kadang-kadang geli hati I because me and my husband still think of her as a kid... Yela kan dari kecik dah dengan dia and kenal dia...
 
Anyway, I was so happy today as I managed to get which book that I want. Lepas hantar Aida balik rumah, lepak kejap kat rumah dia and then we went to WW to buy a few groceries yang lupa nak beli semalam and tapau some food.
 
Sekian catatan wanita yang rasa sungguh "bersalah" kerana update tanpa sepenuh perasaan dan secara terperinci, tapi nak jugak update sebab nanti tak ingat and malas di kemudian hari...

Monday, December 17, 2012

Dinner With The Pengantin Baru...

(Souvenir dari Istanbul)

Last night, we went to have our dinner at the pengantin baru's house. Khairul called my husband in the morning ajak datang rumah, makan-makan. I tanya husband I, kita nak bawak apa. Husband tanya dia, dia kata nanti dia confirm dengan bini dia.. Petang husband I called dia kata dia akan beli nando's. We thought of bringing pizza. Then husband I suruh I masak mee goreng. Dia keluar beli sayur and mee. Sementara tunggu dia balik, I tengok Maharaja Lawak Mega yang husband I PVR (recording) kat astro since I lupa tengok malam Jumaat aritu. I know, I know MLM nie sampah la sangat and such a silly program but I nak tengok Jozan and SayWho je. Bila kumpulan lain-lain tu buat lawak I baca paper or tengok internet, tak sanggup I nak tengok, hati rasa bagai di toreh je. Don't worry I tak mengundi sms pun, orang suruh mengundi free pun I tak nak..
 
Anyway, sampai kat rumah dorang around 8.45pm dengan hujan renyai-renyainya. Masuk rumah Khairul, wah... as usual sungguh bersih, kemas dan perfect. Masa makan keropok yang Shida goreng and ada serpihan terjatuh kat sofa, cepat-cepat I kutip, punya la worried kan..sebab Khairul nie kan dari kecik and for as long as I can remember is budak yang sangat pembersih dan perfectionist yang amat. Dapur dia boleh buat tidur punya la tak ada sehelai pun sampah. Dalam hati I cakap, kalau dia pegi rumah kita orang, sure dia sesak nafas tengok barangan rumah yang tah apa-apa dan saling tak tumpah macam store belakang kedai lama.
 
I tak makan banyak, ayam nando's tu I bagi separuh kat husband I sebab I dah kenyang makan cherry and keropok belinjau kat rumah masa beli kat Supermarket tengahari semalam, kebetulan Shida pun ada goreng kat rumah dia. Rasa tak sama, yang I beli kat supermarket tak manis yang Shida punya manis, Khairul kata supplier bawak dari Indon. Dalam makan-makan tu Shida cakap abang dia ada baca blog I. I ingat abang yang dia maksudkan is Khairul, I sudah panic, dalam hati campur malu, ahhh sudah, abis tembelang ku pecah.. I kata err..err.. blog lama kot...I don't really undersand what she was talking about kan. Percakapan dia pun tiba-tiba kurang jelas di telinga I, hati sudah kelam kabut...
 
Lepas makan, I dengan Shida kat dapur and berborak sementara Khairul dengan husband I kat ruang tamu berborak la jugak takan joget lambak kan.. Dalam bual-bual tu Shida ulang balik dia cakap abang dia ada baca blog I, I ingat Khairul rupa-rupanya abang dia yang sebenar, fuh..lega sikit. I kata macam mana dia tau, dia kata sebab nama I kat fb macam familiar. Then I mentioned nama one lady yang shout kat box I yang cakap dia ada nampak I masa dia kahwin... you la tu Eyda T..hehe.. So ala-ala bersalasilah la..I dengan dia... I kata blog I nie, blog syok sendiri and kuat show off wakaka.. pengakuan ikhlas lagi you... Dia suruh I join nuffnang sebab sedara dia ada join and dapat duit.  Cerita pun biasa-biasa je.  I kata blog I tak ramai follower and I buat suka-suka je.  Tapi dia cakap, tak apa la sambil at least dapat something..  I kata tengok la nanti.. Then I kata, jangan cakap dengan family Khairul sebab dulu Aiza ada tanya I ada blog ke, I kata tak ada muehehe.. Bukan I tak nak bagitau tapi sebab I malu maa... I kan wanita pemalu lagi murni sambil mengoles pipi yang ditaburi tahi lalat....Like I said before, nanti dorang tekejut dengan tulisan I yang penuh kemerapuan, bahasa tunggang langgang dan tidak setaraf dengan umur kertu ini and also how silly me and the husband is/was. Mana nak letak muka I yang kerempeng nie? Sedaya upaya membina reputation dan berlakon sebagai auntie yang solehah lagi lindungan rambut bersepai ini. Then dia tanya apa nama blog I, I pun bagi la..abis la pening Shida baca blog auntie..ku menyerah sebab I can't thing of any reason more hehe.. Kira kena corner la ini...tulung.... Tapikan if my anak buah happen to read my blog, I wouldn't mind at all.... it's ok la..I pasrah (dengan suara sengau).
 
After talking for a while with all kind of topic and ofcourse topic berdiet wajib mesti ada dan sesambil tu, I bercerita serba sedikit pasal diri I yang mystery no more ini. Kira minggu suaikenal la nie.. I ajak dia duduk kat verandah, nak sambung berbual kat situ tapi stop halfway sebab tengok gambar honeymoon dorang kat tv masa dorang pegi Istanbul hari tu. Sambil tengok sambil tu berborak-borak. Around 11pm, we decided to mengundurkan diri. It was a pleasant evening and we plan to have an outing in the future together.
 
On the way back, I cakap kat husband I, tengok la rumah dorang so clean, impeccable and perfect, tengok la rumah kita macam kapal pecah je. Husband I cakap, no la.. rumah dia macam muzium, too perfect, rumah kita baru homely. I cakap ah! sudahlah! Anyway, thanks to Khairul and Shida kerana sudi menjemput dan melayan acu dan auntie mu yang kertu lagi kesunyian ini.. Percayalah...kami sungguh gembira kerana kami memerlukan teman wakaka... Buat Shida, jangan malu-malu dengan auntie, walau mulutku sungguh becok di luar tapi di dalam, diriku amat penyayang orangnya sambil merenung dedaun hijau yang kebasahan di timpa hujan di petang yang mendamaikan ini.... kui kui kui....
 
Sekian catatan I yang sedang menguntum senyum manja kat you all disaat ini.... euww...

Saturday, December 15, 2012

I Pegi Ke Big Bad Wolf 2012!


Oh! I sungguh gembira hari ini. Yea, hari yang dinanti-nantikan telah tiba untuk I ke Big Bad Wolf at Mines CC sejak mengetahui akan pembukaanya hari itu. Sampai termimpi-mimpi I pegi dengan Wo, siap check-check plastic bag each other lagi hehe. Lepas solat subuh pagi tadi I ingat nak baring-baring kejap tapi bila memikirkan takut I terlajak sebab I plan nak datang awal, terus I buat breakfast on which sungguh jarang sekali. I buat teh panas and makan roti bakar je sambil menonton top chef,  husband I tak makan sebab dia nak keluar beli paper. I rebus telur tiga biji sebab sure lapar nanti. Lepas siap-siap, I capai seketul chocolate snickers and air mineral. Macam budak-budak la pulak siap ada bekal.

On the way nak ke sana, kita orang pegi ke Palaces of The Golden Horses and nak tanya orang kat situ since we don't know mana jalan nak ke Mines Shopping Complex nie, pernah pegi tapi lama dulu. Tanya taxi driver kat situ, dia gelak sebab dia kata ramai sangat orang tanya macam mana nak pegi. On the way nak ke sana sesat la pulak sampai ke Bukit Jalil sebab explaination taxi driver tu salah. Husband I stop kat station minyak and tanya orang yang isi minyak and cina tu bagi direction yang betul, hai punya la jauh nak patah balik. Then bila dah lepas tol masuk ke arah Mines, salah la lagi sebab instead of using jalan bawah, husband I naik fly over..wakaka.. complained sesorang la pulak orang tua tu, dia takut I bising la tu tapi I relax je, I kan minah cool..yelaa.. (dalam hati, tak sabar nak sampai rasa macam nak meletup aje dada I heh!), I kata it's ok..sambil senyum lentok al maklum..la sebab siapa yang akan bayar all the books nanti kan ekeke.. wah, pandai I bertelefilem kan. Korang belajar la dari kakak pelakon grade B mu ini muehehe..
 
 (ewah...dah berani tunjuk-tunjuk muka sekarang nie eh?  Dulu acah-acah sipi aje ...ahhh.shut up!  Buku yang saya pegang itu hanya sebagai prop dan tidak terlintas dihati ini untuk memilikinya melainkan untuk menunjukkan suasana santai..)
 
Sampai sana je, terus I pegi toilet sebab sejuk aircond kereta and hujan renyai-renyai di luar. Masuk je, wahhh...saujana mata memandang dengan lambakkan buku yang tak terkata banyaknya! Feels like in heaven je(err..pernah ke pegi heaven cik kak?). Rasa macam nak belari-lari anak berkaki ayam dengan angin bertiup halus membuatkan rambut ku terbuai-buai manja, begitu jua dengan baju ini bertukar kepada gown putih bersih dan bergerak ala-ala berterbangan secara slow motion bersama alunan gesekan biola belakang gergaji. Ting! Tiba-tiba la jugak t-shirt berkolar biru dan jeans lusuh serta flat shoes yang koyak rabak ini jugak yang I pakai... Di sebelah, bouncer merangkap suami dengan muka mendung memerhatikan keadaan sekeliling. Serta merta I menyambar satu persatu buku sambil membaca naration kat belakang. Punyalah banyak belakang buku yang I baca umpama menghabiskan satu buku by the time we're finished. Sesambil tu I sms Wo, tanya berapa buku dia ndak I belikan. Actually, Wo should come here to see, check and buy for herself sebab I mana la tau dia suka ke tak kan. Tapi dia kata, I have good taste, I main ambik je la. But I think, husband I lagi pandai pilih buku. You guys yang belum datang sini, please come, sungguh berbaloi dan sangat murah, hardcover book is only RM8 and buku resepi yang paling mahal pun RM25 sahaja, kalau kat luar maunya beratus. As for the children's book oh dear, sangat sangat banyak dan berbagai-bagai collection! Hari biasa from 9am to 9pm. Weekend 9am till midnight!  And please bring trolley beroda.  Kat situ dorang siap bawak hand carry luggage lagi.....
 
Anyway, I cadang kat husband I, kita berpecah, so that you boleh browse yours and I can browse mine. Dia bagi I satu beg recycle. I thought I jalan-jalan sorang but each time I pusing belakang, I tengok dia ikut I. Bila I pegi kat area lain, tengok-tengok dia kat depan I. And when I thought I didn't see him, nun jauh di sana, husband I terjengau-jengau mencari I. Nak tergelak I. Then I pegi kat dia sebab kesian tengok dia hilang arah kalau cinta hati (uweks..sorry chila amjah) tak ada kat depan mata. I can't imagine if I "pergi" dulu. Kesian dia kalau bidadari sengal tak ada di sisi dia lagi kan . I cakap, pegi la jalan sendiri-sendiri, dia kata tak apa. Alahai... I kata since you asyik ikut I je, why don't you carry my bag haha, wah..take advantage. I kata you tak boleh complained sebab I suruh bawa trolley sayur you tak nak. Nak ambik nie ekeke... dia tak boleh cakap banyak. Beberapa kali la jugak I ngomel bila I tengok dia bersusah payah bawak dua beg recycle, sebelum tu dia angkat kotak kat tepi. Husband I kata kan dia kata tak apa dia boleh angkat, bukan berat pun.. I cakap bukan apa, I kesian kat you sambil buat muka ambil berat (tu dia...I belakon and mengayat, padahal I peduli apa hehe...).
 
Dalam I cari-cari buku and baca, sibuk la husband I recommend ini dan itu. I sampai fed up, I cakap, kalau you suka, you ambik je la sebabkan I asyik kena stop and tengok buku yang you suruh I check kan.., sambil memuncungkan mulut I yang berjongos tanda protes la tu. Sekali sekala I mintak air dari husband I since dia tukang bawak. Mem tak kuasa nak bawak. Husband I usik, budak kecik biasala kejap-kejap nak minum, nyampah I. Oh yeah..keadaan dalam convention centre nie sedap sejuk, luas and orang pun tak ramai and tak sesak langsung...Tiba-tiba I rasa lapar. I tanya telur ada lagi ke, husband I kata ada and kopekkan I dan menyuapkan ke mulut I yang tengah sibuk membelek buku-buku...wakaka..melampau...I suruh husband I habiskan semua.
 
(This year I banyak beli buku-buku resepi, nak try tu tunggu la seribu tahun lagi)
 
Around 1.45pm kita orang keluar. Perut kelaparan yang amat, nasib baik tak jem and I makan chocolate snickers sebab rasa macam nak pengsan. Sampai kat GE. I suruh husband I order kan I food sebab I nak pegi toilet. We had our late lunch around 3.20pm at Cosy House GE. Masa I duduk-duduk I tengok eh, macam doctor gigi I kat sebelah. I pun sibuk la tengok-tengok tempat lain, nasib baik ada nun di hujung, malu la jumpa or kalau dia terperasan but I'm sure dia nampak masa I masuk tadi. Bukan apa, doctor gigi I nie alim and berjubah, each time dia buat gigi I mesti dia selitkan dengan ajaran agama. I pulak masih tak insaf dengan free hair nya (tau pun). Ada ke malu kat dia, patutnya malu kat Allah kan.. ish tak senonoh I nie.
 
Kita orang order tiga menu as usual...nafsu badak! Husband I order nasi putih and green curry chicken, I nasik goreng ikan masin and our third menu mee goreng.. Semua nie kita orang makan share. Tapi portion dia lagi banyak sebab sekejap je I dah kenyang. Oh, yes, just to let you know, this is the first rice that I had in a week. Yeaa you...lima hari berturut-turut I tak makan nasi and berat badan I turun sekilo muehehe..I suka and malam pun I tak makan tapikan semalam I makan burger bakar ombak rindu husband I tapau kat Setiawangsa... hampeh la diet semalam. Yang buat I teringin sebab I tengok kat Astro, Man Vs Food, mamat yang selalu challenge makan tu. Kat siaran tu dia makan macam-macam campuran daging, ayam, potato, berbagai-bagai la mix and ofcourse la bacon, dorang nie kalau tak ada bacon tak sah. Tak ada la I teringin nak makan bacon kan... yicks!
 
Anyway back to my story hari ini.. sampai rumah around 4.15pm cepat-cepat I solat zuhur, lambatkan.. tapi nasib baik sempat..... Di saat-saat ini, di usia yang telah mula di makan oleh anai-anai ini, kedua belah pergelangan kaki I terasa kesengalan akibat bediri terlalu lama.. *merana...
 
Sekian catatan si pembaca buku yang selalu bagi alasan kenapa tak sempat baca buku tapi yang sebenarnya dia malas dan tak pandai membahagikan masa...tapi ndak jugak beli...tapi tak tau bila dia akan baca...yang beli kat Big Bad Wolf a few years ago, satu pun dia tak baca lagi dan buku-buku itu telah kekuning-kuningan........sekian untuk yang kesekian kalinya.....

Thursday, December 13, 2012

Update

I was "walking" around as usual, I baca apa-apa blog that comes to mind until I found one blog yang I rasakan sungguh-sungguh durjana. Blog owner nie mendedahkan perihal laku seorang yang sangat berpengaruh kat negara kita nie. I don't know why dia berbuat demikian. Article yang dia tulis tak panjang tapi disertakan dengan gambar-gambar orang yang dikaitkan dengan individu berkenaan dan tulisan pun tak banyak tapi sudah cukup mengaibkan orang berkenaan. So I check akan kesahihan cerita yang dia sebarkan dalam blog dia sebab I rasa tak puas hati and curious.
 
You see, I'm not the type of a person who can simply believe or terima what was said especially kalau subject itu meragukan. So I went and do my own research/check around/google. I read a few blogs on the said issues and I found it was totally a lie. My instinct was right. Hati I sungguh meluat walaupun individual yang di perkatakan itu tiada pertalian saudara dengan I but I feel that it was unfair for this penulis blog to simply post whatever without thinking or maybe hanya untuk mendapatkan traffic. Tak takut ke? Tak malu ke buat-buat cerita macam tu? Ada bukti ke? Buat la homework dulu makcik oii...
 
And yang megomen tu pun one thing, korang nie apahal? ada otak ke? kenapa tak pikir rather then simply terima bulat-bulat apa yang dia tulis.  Rata-rata percaya dengan apa yang diperkatakan oleh si penulis blog nih. Orang yang baca and komen mesti bagitau kawan-kawan dorang, kawan-kawan dorang bagitau kawan-kawan dorang, sedara mara and so on...But I'm glad ada sorang menegur dia.
 
So I decided nak tinggalkan komen, mind you, I tak pernah tinggalkan komen walau I disagree macam mana sekalipun. Tapi penulis blog nie tak terima Anon. Then I pegi kat shoutbox dia, I tinggalkan message ringkas, I sebut title yang dia tulis and I paste link blog yang menceritakan pekara sebenar, actually banyak lagi link blog lain. I malas nak tulis panjang-panjang or nak komen macam bagus. I tak tau dia akan delete ke tak and I don't care. I still don't know why dia tak check around. Even kalau cerita individual berkenaan tu betul (which is not) tapi dia still tak baik buat macam tu, sampai hati dia... Orang yang di tuduh tu kena jawap interview and family serta anak-anak dia question dia lagi... Kesian dia...  
 
Ok here's the thing sometime (most of the time maa..), I hairan kenapa certain blog nie mempunyai follower yang tinggi dan famous? No I tak jealous sebab banyak cara boleh bagi blog kita famous and rating tinggi. Depends on the individual. But, I still hairan why? Sebab bila I masuk blog-blog orang nie, tak de apa yang interesting or best pun (wah..belagaknya). Cerita langsung tak menarik and tak informative to say the least. And some of them main copy paste dari blog orang lain or dari berita commercial. Then I realised, orang yang suka pegi kat blog dorang nie pun sama level dengan penulis blog nie, tak ada taste...hahaha..mampus kena pelangkung...larriii...  Makanya, sesiapa yang rajin baca blog I nie secara senyap atau nyata, percayalah korang memang high taste, intelligent and ofcourse..my favourite people in the world (macam ayat kempen je kah kah...). 
 
Sekian catatan wanita yang belum mandi di saat ini....

Monday, December 10, 2012

Serious Update...

I've been wanting to write about this for quite sometime but I don't know why that it has to take me this long to do so until now...
 
As you all know, issue LGBT nie semakin menjadi-jadi especially issue pasal gay nie. I've been interested and curious about this for a long time. Nakkal/Beskut are the first and only my cyber friend and ym buddies that I confide too years before. The blog that I went to is not that "bad", I mean the content tak ada la yang tak senonoh (I dah lupa apa link dia). The guy didn't talk about his activity instead it was more about his artistic value... poem dan cara dia bercerita agak menarik to me but he clearly admit that he's gay.
 
The first time that I know about gay nie when I was in my teens, when media start to talk about AIDS. Before that I tengok kenapa la kebanyakkan singer or group lelaki omputih nie especially dari british macam ada ala-ala lembut and feminie with make ups and all, tau je la zaman 80'an. Masa tu tak tau lagi pasal ada lelaki suka lelaki until it was known widely. I remember I tanya Wo, apa gay tu, Wo pun explain gay nie lelaki cinta and main dengan lelaki. I was shocked! I rasa hairan, how can you fall for your own species and stab each other shit hole kan? I know bahasa I kasar but I don't know how to put it in a nicer word. I rasa sungguh geli and jijik bila I tau.
 
So over the years, ramai la para saintis busy cari ubat to prevent and penawar and at the same time, ramai orang terkena hiv/aids, either through sharing needles, sex or pemindahan darah. Kempen pencegahan hiv/aids pun bermula and celebrity omputih pun sibuk la buat foundation/research/kutip derma untuk aids nie such as Elton John, the late Elizabeth Taylor to name a few oh and not forgetting Princess Diana (my fav's - such a compassionate princess) yang telah menjadi big news masa tu kerana bersalaman dengan pesakit aids. Sebelum tu sesiapa yang bersentuhan dengan persakit aids ke or hiv, selain dari yang dari bahagian perubatan kena guna sarung tangan. Masa tu ubat-ubatan untuk memanjangkan jangka hayat pesakit yang telah mendapat aids tidak ada lagi. Within beberapa tahun sahaja pesakit yang mendapat hiv and then aids meninggal/mati. Everybody was worried jangankan bersentuhan pinggan mangkuk, sudu garpu, share tuala etc. pun orang dah takut bila tau ada kalangan dorang yang ada penyakit ini.
 
Then I remember masa I sekolah dulu but firstly I'm not referring to or saying that all budak-budak lelaki lembut or yang perempuan tomboy nie as a gay or lesbian bila besar nanti. It is just that nowadays people would normally associate the feature and that sort of characteristic tend to go to the "other side". Let me just tell you my experience and how I think about it.
 
As far as I can remember, budak-budak lembut nie selalu I temui eversince I was in a primary school lagi. There were not that many during that time, ada dalam satu dua aje, that is why there are like a sore thumb. Sometime ada budak lelaki lain ejek dorang pondan but it was seldom back then. Badan kurus-kurus and they like to mix with us girls. During that time gay was unheard off and we treat them as our own. You know, masa kecik mana ada pikir-pikir or tau pasal benda macam tu. When I went to another school I saw a girl acting like a boy, we call her tomboy behind her back. Dulu mana ada istilah pengkid. That girl punya personality memang kasar. I still remember her face and her name. Kulit badan dia hitam, rambut dia pendek tapi tidak sependek rambut budak lelaki, gigi dia jongos and berdaki kat leher. Dia jalan macam lelaki but she mix around us girls. When I was in my secondary school, there was one budak lelaki yang sungguh lembut. I still have his picture. Cara dia bercakap, berjalan and apa lagi belari memang macam perempuan and ofcourse he's always hanging out with us. Dia sekolah sekejap aje lepas tu dia berhenti and I'm very sure the reason why he left was because dia teruk kena buli and also maybe that environment tak sesuai dengan dia since dia tinggal di asrama lelaki. And I was always wondering, how did he turn out now.
 
Over the years we tend to see or met those kind off people around but we didn't give them a look or suspicious or have any imaginery thought (I la..orang lain I tak tau) until now with everybody's talking about it and dorang nie makin menjadi-jadi and mula la I berfikir lain. Sekarang nie kalau keluar mana-mana, you see lots of them around, I mean dari cara berpakaian, perawakkan, it was either pengkid or gays but pondan ofcourse la dari jauh dah tau. Normally yang I nampak, pengkid mesti couple dengan pompuan yang cun-cun and yang lelaki tanpa segan silu kadang-kadang tu ada yang berani jalan berpegangan tangan or rapat-rapat sangat and most of them akan pakai pakaian yang ketat-ketat. But ada jugak gay dalam diam yang kita tak tau but nampak macho diluaran. I'm not going to memanjangkan hal-hal luaran dorang other than how I see it. Nowadays, automatically bila I tengok tv, internet, paper and tengok ada actor/actress or any goodlooking guys/gals dalam hati I cepat-cepat cakap, oh please God, jangan la dia nie gay or lesbian. And bila tau dorang nie gay or lesbian, terus hati I cakap, not again and terbit rasa kecewa....
 
Like I said I'm more "interested" in a gay's situation. There's a few malay gay blog that I went to before. I pilih jugak blog gay mana yang I pegi. Kalau ada letak gambar-gambar dorang main or tunjuk gambar "anu", I tak masuk. Tak sanggup I. And semua blog gay yang I pegi, tak ada kerja lain, asyik cerita pasal dorang main dengan berbagai-bagai pasangan aje. Dari situ I dapat merumuskan yang dorang nie mempunyai nafsu yang sungguh kuat and luar biasa (orang yang tak songsang pun sama jugak cuma maybe I tak jumpa blog dorang or they are not that open). Hell, I'm not a pervert, I'm just curious. I don't want to leave any comment or advise them because they should know better. Tak payah la I nak cakap nabi tak mengaku umat ke, dosa besar ke. I know kita sebagai orang islam patut saling ingat mengingati but like I said they know it's wrong and yet they still do it. Deep down in their heart, I'm sure they feel guilty and know what they did is/was wrong but they just can't help themself. Lagipun I tidak layak memberi nasihat since pengetahuan I dari segi agama nie amat la ceteknya dan I bukannya malaikat yang tak ada sekelumit dosa. After a while, I stop and didn't go to that kind of a blog anymore because it sicken me. Enough la, daripada I buang my precious time reading their sick world, might as well I masuk baca blog yang berilmiah (ye ke? ke blog gossip). So over the years, ramai orang cakap termasuk I, yang dorang nie otak tak betul, sakit jiwa and macam-macam la cemuhan until I stumbled upon some of the blogs yang sungguh interesting yang I namakan a recovery gay or gay yang telah insaf dan tak buat "kerja" tu lagi. I terjumpa blog nie pun masa I tengah cari blog orang yang dah meninggal/mati. Itu la kerja I, tak senonoh. So I clicked dari link ke link.
 
And the reason why I panggil a recovery gay was because dorang nie dah insaf akibat terkena hiv. And ada jugak yang tak pernah main tapi mendapat dugaan dan bisikan syaiton yang sangat hebat untuk jatuh ke lembah hina itu. Blog dorang nie benar-benar membuka minda I. Banyak pengetahuan especially pasal penyakit hiv/aids nie yang I tak tau selama nie. Everynow and then dorang share kisah-kisah personal dorang and penyesalan dorang. Blog dorang jugak banyak memberi kesedaran, keinsafan dan berdakwah. I kan kalau lepas baca yang ada kaitan dengan agama, masa tu la insaf yang amat sangat.. and tiba-tiba kalau cakap dengan husband I, suara jadi lemah lembut gemalai penuh sopan haha.. So anyway, blog dorang jugak banyak menjawab soalan yang selama ini bermain-main di fikiran I tentang perihal gay tanpa I perlu bertanya. Dan berbagai-bagai sebab mengapa dorang nie jadi gay, either disebabkan pernah kena liwat masa kecik, dipakaikan pakaian perempuan masa kecik or memang semulajadi or should I say keinginan itu telah ada di jiwa dorang for as long as they can remember...yang last nie masih lagi hebat diperdebatkan.. I tak mau sentuh bab tu since cuma orang yang mengalaminya sahaja yang tau. Yang pasti I simpati kepada yang mengalami tekanan perasaan, berusaha keras untuk berubah dan sedaya upaya tidak terlanjur...
 
Lepas I baca blog-blog dorang, kadang-kadang hati I cakap, dah kena hiv baru nak sedar/insaf, masa buat bukan main lagi tunggang terbalik, tak ingat dunia...ish! I nie. But at least dorang dah sedar, ada keinsafan, ada niat nak berubah, bertaubat dan sangat beruntung dari segi mendapat hidayah, tak ada la macam kita yang normal tapi still buat jahat tak sudah-sudah and tak "disedarkan" oleh Allah, rugikan kita yang normal nie? Allah bagi kesenangan and kita tak perlu berperang dengan perasaan dan krisis identiti diri dalam kelainan sex nie tapi kita masih alpa. Having said that, I don't support LGBT nih, not now not ever. But I don't mind and I would love to support and bagi semangat pada orang-orang yang nak dan dah berubah nie...
 
Sekian catatan I hari ini....

Saturday, December 8, 2012

Ke Tampin Jumpa Wo Dan Family

Yesterday afternoon, I went to visit my older sister, Wo at Tampin untuk melepaskan rindu dan membawa mulutku ini sekalik muehehe.. Ini kira plan last minute jugak la sebab ingatkan nak pegi hari nie but husband I ajak petang semalam pulak, alasan dia so that saturday boleh relax sikit. I ikut je. Tengahari, husband I balik tapau lunch and after solat around 3pm kita orang bertolak. The road was smooth, I was worried sebab selalunya mesti jam kalau dah weekend but thanks God.
 
Sampai Tampin around 6pm, check in kat Hotel Wangmas. Ingatkan nak tidur rumah Wo sebab dah bagitau dia but husband I dah booked hotel. Frust I, but sebagai isteri yang menurut kata suami dan taat ini *terlingkup (geli tekak I taww.. hehe..tapi tetap la nak memuji diri sendirik) mengikut permintaan beliau tanpa bantahan. Siapala I untuk melawannya sambil duduk bersimpuh senyum-senyum malu..ekeke. Sebenarnya I tak puas hati so I bagi syarat, since tak tidur kat rumah Wo, we will lepak kat rumah Wo sampai tengah malam and bila semua dah ngantuk. Husband I kata no probs, ingat I tak pandai bargain ke?
 
Lepas check in hotel Asar, solat, I called Wo and Wo suruh datang The Store (tempat Wo, Arthur/laki Wo and Abagail kerja - macam perniagaan anak beranak la pulak hehe..) and suruh "kacau" Bigail yang kerja part time. Yep, Bigail kerja part time sebab dia kata dia nak cari duit pocket sendiri and baru start dua hari yang lepas sementara tunggu result SPM. Haritu plan nak lepak rumah I masa tunggu SPM but kerja part time tu ndak dia start cepat. Spoiled la plan I sebab ingat nak ajak dia berpeleseran since ingat dah ada kawan tapi huhu..musnah angan-angan yang di pasang makanya kehidupan yang stagnant ini jugak terpaksa diteruskan..hampa.
 
 (My fav's niece)

Anyway, sampai store, I tengok anak buah yang paling I sayang (from my side) dalam dunia yang fana ini, tengah berdiri kat counter jaga cashier. Sian I tengok dia, ntah I tak tau kenapa. I really really love my niece ini since dari kecik dah memang rapat dengan dia and also dia cukup pandai bodek I dengan kata-kata manisnya itu.. I nie kan senang cair kalau orang pandai kiss my ass hehe.. Dia sangat baik dan menurut kata. So I sibuk la nak ambik gambar, dia buat-buat malu. I kata tak pa, auntie tak ambik gambar (yela tu). Then I naik atas, Wo keluar dari office, I tanya Wo apa toy yang Baby (Gabrielle), adik si Bigail nie ndak. Wo kata bagi kereta sorong toy. I tanya lagi what else, Wo kata melukis. Then Wo ajak pegi office dia dulu, husband I tak nak ikut. Bila I masuk je office Wo, rasa semacam je and nampak spooky and suram semacam (seeker la sangat). Borak dengan kawan office Wo kejap. Bila nak keluar dari office Wo, I bagitau Wo yang office dia rasa spooky, Wo kata memang, ada orang pernah nampak or feel something (wo pun pernah nampak kelibat and bayang-bayang benda) see I told you..I kan ada ghosthunter nya instinct hehe.. Then I cari buku lukisan and crayon faber castell plus kereta sorong anak patung and give it to my husband for him to pay. Kat KL tak sempat nak beli. I turun bawah balik, pegi kat Bigail and beli air mineral. Then I snap gambar dia tanpa kebenaran dari dia haha..I told you, ingat I nak lepas peluang ke? I told her to tell Wo, lepas solat maghrib, kita orang akan datang rumah dorang and keluar dinner sama-sama. Then I pegi kat kedai kek kejap and I beli a few cakes and makan kat hotel buat alas perut sementara tunggu nak dinner.
 
 (My darling Baby yang sangat naughty dan becok itu.  Peace sign tak boleh tinggal)

Lepas solat maghrib, pegi kat rumah Wo and borak-borak dengan dorang kejap then terus ke Restoran Paya Serai. It was recommended by receptionist kat Hotel tempat kita orang tinggal masa check in petang tu, dia kata sate kat situ sedap. I la tanya, kalau nak tunggu husband I, hmm.. no need la. Bigail and Baby ikut kereta kita orang, Wo and Arthur use their own car. Makanya, kecoh la dorang kena kacau dengan husband I. Husband I dengan bahasa merapu tamilnya usik Baby yang sungguh nakal itu, nak pengsan kita orang gelak and I sungguh stress haha.. Sampai kat restoran tu, kita orang terus order makanan and sate. Wah, Sate Melaka pun ada kat sini, no wonder la Wo and receptionist tu kata sedap, Sate Melaka mana boleh challenge (teringat kat Manda and Gab masa first time jumpa and makan Sate Melaka kat KL). Balik dari order, husband I cakap orang yang jual sate kat KL ada kat situ, agaknya cawangan dia kot. So sambil makan dinner sambil tu la I and Wo bersosek sosek perihal orang. Kita orang bukan mengumpat just menceritakan keburukkan orang and how we feel about it je wakaka...I kalau dah borak dengan Wo memang non-stop la dengan bahasa iban nya yang tak bertapis. Sempat la jugak snap-snap gambar and whatsapp kat adik kita orang kat Kuching tu. Wah, member takmo kalah, terus bertubi-tubi dia kirim gambar dorang yang tengah berjalan-jalan kat shopping mall kat sana...kua kua kua kuaaaa... Habis dinner, we went back to their house and sambung balik sesi bergosip itu. Selalunya benda yang dibualkan dengan Wo adalah isu yang sama aje, nampak sangat tak ada modal. I told you, bila dah tua-tua nie, topic sama aje cuma olahan dan tatabahasa serta suasana je yang berbeza tapi isunya yang tu jugak hehehe... Nantila, kalau korang dah tua baru korang paham...
 
(Me, Wo, Baby Gabrielle and Abagail)
 
Dalam borak-borak tu, Bigail cakap lagu theme song whatsapp I adalah lagu yang dicari-cari oleh Wo. Let it Rain by Bruno Mars. Gelak la korang kat auntie korang nie yang masih la hip nya wakaka.. Itu belum lagi dengar sms I theme lagu Cher Lloyd... *pitam wakaka.. So kita orang pun ber bluetooth la and semua lagu kat hp I, I hantar kat dorang. I kata kat Wo and Bigail, nanti I akan transfer banyak-banyak lagu kat hp I and kalau jumpa dorang I akan bluetooth as much as they want. Then I sambung balik borak dengan Wo sambil Bigail main hp I. Husband I pulak asyik nak mumu (buang air besar). I ajak mumu kat Hotel on the way back from the restaurant, dia tak nak. Last-last dia mumu kat rumah Wo. Dah la dia kena ghout and toilet Wo jenis yang mencangkung, I can't imagine. Sian dia tapi since I jarang dapat jumpa Wo and husband I tak ada choice sebab dah bargain dengan I, terpaksa la menunggu sampai I bosan berborak dengan Wo. Around 12.30pm, we made plan to see each other next day and have lunch together around 12pm.
 
Sampai hotel, I mandi solat and tengok sitcom kejap kat laptop. Nasib baik bawak laptop sebab tv hotel tah apa-apa cerita, dah la tv kecik macam kotak sabun. Patutnya I snap gambar kat hotel, I lupa la. Then I try to go to sleep tapi tapi mata tak nak lelap. Bantal dah la ada satu sorang. Husband I suruh guna dia punya and dia tak payah pakai bantal. I kesian kat dia, I ajak dia share. Siang tu husband I bagitau I yang dia tak dapat tidur kalau bukan kat rumah. I kata, I senang je tidur sekali tengok-tengok dia yang berdengkur and I yang terkebil-kebil di tengah malam. I bangun and tengok sitcom kat laptop lagi. Then baru la I tidur but I only managed to sleep for 2 hours before woken up to the sound of someone knocking on the adjoined door from the other room. Tak guna punya orang. Then I dengar suara orang sebelah kecoh dengan suara mak (I assume) dia la, anak kecik dia la and suara laki menyanyi-nyanyi and bau asap rokok lagi...Giler ke dorang nie..pagi-pagi buta melalak...
 
Lepas solat subuh, I told my husband baik la kita balik early sebab I kesian tengok ghout husband I, jalan pun terhenjut-henjut. So change of plan, I called Wo and bagitau dia, kita orang nak balik cepat sebab nak pegi ambik ubat ghout husband I yang dah habis. Lepas berkemas, we went straight to Wo's house, bagi cakes yang I beli semalam, ambik dorang and breakfast kat kedai yang next to pizza hut. Lupa nama kedai tu but each time we came to Tampin situ je la tempat yang kita orang makan for lunch or nasi ayam at the other place.
 
Lepas breakfast, both of us terus balik KL... nasib baik jalan tak jam...and 1 1/2 jam dah sampai petang tadi...
 
Sekian catatan I kali ini.....

Thursday, December 6, 2012

Celoteh Dan Masakan

(Mesti korang terkejut tengok pinggan I ada bunga-bungakan ekeke.. kasi chance la, asyik pakai pinggan putih buruk tu je, for photography sake you...  pinggan-pinggan nie murah je RM10 hinggit setiap satu,  beli kat southern pottery)
 
Hari nie I masak traditional spaghetti and mushroom soup with potato. Bunyi macam la hebat tapi yang sebenarnya traditional spaghetti tu sebab kat botol kimball tulis tradisional haha... ingat I nak bersusah payah ke buat sos spaghetti nie kui kui kui...tak kuasa you, I letak la jugak minched chicken, ayam kiub, sayur campur beku, sambal cili, tumis bawang besar/putih dengan olive oil je. I tak letak thyme ke basil ke, bay leaves ke..simple je. As for the mushroom soup tu, I guna soup packet segera campbell, campur air, ayam kiub, tumis bawang besar/putih dengan olive oil and I potong kecik-kecik potato, itu je. Tapi lepas makan tadi rasa macam kena tarik je kulit perut sebab I makan banyak, rasa menyesal la pulak. Nak duduk pun sesak nafas sebab perut kena tekankan hahaha...
 
Husband I tak balik lunch sebab dia ada interview. Semalam dia balik, last monday pun dia balik, so much for saying tak nak balik lunch kan? Anyway, It is not that he is not satisfied with his current job but dia saja je. Husband I suka pegi interview sebab dia nak tau macam mana orang tu tanya, nak test market and nak tambah experienced. I rasa kan dalam minggu nie je dia ada dua interview, satu through telephone sebab orang yang interview tu kat oversea and yang satu lagi kat KL aje. I cakap kat dia kalau dia dapat offer kat oversea, I tak nak pegi sebab I suka tinggal kat sini. Beside, dah tua-tua nie malas la. Kalau muda lain la sebab more adventerous, err..macam la dah dapat. Balik dari interview, normally husband I akan discuss dengan I, what kind of a question or what are they looking for, orang yang interview tu macam mana etc.. Dia pun tanya pendapat I and I pun bagi la opinion I yang well.. sangat la berharga ini, almaklum la I kan dianugerahkan dengan bakat counselor yang sungguh hebat especially part meloyar buruk dan merapu ini, sambil duduk bersilang kaki dan mengepit pen.
 
Lagi satu, husband I suka discuss pasal hal economy on which is my favourite's but kalau dia discuss pasal bola or pasukan kesayangan dia, I akan pandang ceiling and buat tidur siap ada sound effect berdengkur lagi... In return, I would tell him about kisah gossip sampah artis luar or dalam negara wakaka...pasal kisah kemasyarakatan (teringat Gab cakap dia suka tengok cerita tamil sebab kisah masyarakat wakaka..), pasal siapa kena buang kat the voice ke, x-factor ke or pasal benda yang I tengok kat tv/series or the thing that I'd read and pasal software application etc. I dengan husband I memang suka berborak kadang-kadang sampai pagi, ada je benda yang nak diceritakan but mostly benda yang berulang-ulang la, yelakan dah tua-tua nie, balik-balik kisah tu je...topic pun yang sama je..
 
This week kita orang sibuk bercuci rumah yang sudah lama tak dibersihkan. Bila I nak kemas je, husband I akan kata biar dia buat. Nak tunggu dia buat, tak payahlah, dia rajin tapi suka bertangguh. I pulak jenis yang tak suka buat kerja bertangguh sebab selagi tak beres, selagi tu la I akan susah hati and asyik teringat aje. Last sunday tu I siap-siap nak cuci bilik mandi dia, I punya dah buat a few days ago. Husband I pun ikut la sekali. Tengah I cuci-cuci kat another section, tiba-tiba I terasa macam ada orang simbah air kat kaki I i.e. sapu air dengan penyapu. Bukan sekali dua malah berkali-kali. Dalam hati I nie mesti kerja budak nie. Bila I pusingkan badan I, I tengok pakwe kabaret I tengah senyum menyeringai. Apalagi, I halakan air pancutan kat dia, nah ambik kau. Bukan main lagi husband I menepis-nepis air dari muka dia hahaha.. Habis dia basah kuyup dengan speck dia yang berjujuran dengan air, kejap-kejap dia bukak kesat and pakai balik... rasain. Dia ambik air paip from another section and spray kat I. Maka terjadilah peperangan air bagi kedua warga separa emas ini..
 
I tell you kalau both of us dah meninggal, sesiapa yang duduk kat rumah nie sure akan terdengar-dengar percikan air atau bahasa tamil merapu bersuara garau di mana-mana ekeke.. Itu tak termasuk lagi dengan kentutan, sendawaan dan juga dengkuran ngeri ..berani la korang nak duduk sini wakaka..


Anyway, semalam I masak soup tulang lembu sebab teringin nak makan. I masak lambat sebab I ingat husband I tak balik. Dia balik and beli air juice tapi dia tak makan sebab dia cakap dia nak makan petang. Around 2.30pm I makan sorang-sorang. Lepas makan, I asyik sendawa non-stop. Tak pernah sendawa macam tu punya hebat macam bunyi katak puru aje. Petang husband I balik kerja, terus dia makan and then tengah malam dia makan lagi. Tak ada pulak dia sendawa....
 
Sekian catatan I kali ini....

Wednesday, December 5, 2012

Ice Cream Maker


I kan suka tengok cerita masakkan especially yang reality show, everynow and then, mesti ada dorang buat ice cream kan.. sekali I terpikir why not I cuba buat sendiri. So I google la merata-rata cari mesin buat ice cream nie. I found a few and bila husband I balik kerja, I pun dengan penuh sopan santun serta kemanjaan yang melampau (nah paperbag uwek kapal terbang), pun throwing some ideas into his head and tunjukkan akan penemuan I itu. Husband I pun sibuk la google sama-sama and told me that he will look for it.
 
Selang beberapa hari kemudian dia bawak balik ice cream maker brand Kenwood nie, wah! I sungguh excited. Dia beli kat Ampang Park. Orang yang jual tu kata, that was the last two and permintaan tak ramai since orang jarang nak beli so pekedai nie kata dia tak nak ambik stock nie lagi. Tak tau la in the future. Oh yeah, harga dalam RM300.00.
 

So, selepas berminggu-minggu tersimpan akhirnya last saturday I bukak. Ingat nak terus buat since bahan dah beli tapi instruction cakap kena simpan freezer bowl dalam freezer for 24 hours. Then baru boleh guna. Berkobar-kobar nak buat kena tunggu pulakkan. So dua hari lepas baru la I start guna. Senang sungguh nak buat and recipe tersangat la mudahnya. Mula tu nak buat ice cream strawberry, sekali tak cukup so I buat ice cream pisang je. I just campurkan semua bahan and masukkan terus ke dalam ice cream maker nie, biarkan benda tu berpusing sampai mana yang kita ndak or sampai benda tu bertukar pusingan maknanya dah siapla tu. Lepas siap dah boleh makan on the spot or simpan semalaman dalam freezer. It is up to us.
 
Since I dengan husband I nie sakai la kan, so kejap-kejap kita orang check and calit-calit sebab nak rasa. This is the recipe from Kenwood ice cream maker nih, sangat mudah. For banana ice cream depend on the series, I punya IM280 series. Ingredients; 1 1/2 large banana ripe, 250ml semi skimmed milk (I guna fresh milk low lactose), 125ml double cream (I guna Anchor UHT whipping cream), 75g caster sugar (gula boleh kurang ikut suka). How to make; Mash the bananas until smooth (I punya, I biarkan ada ketul-ketul sikit I tak suka hancur). Mix in the milk, double cream (UHT whipping cream) and sugar. Pour the mixture into the freezer bowl with the paddle running. Allow to freeze until the desired consistency is achieved. Senangkan?
 

Tadi I google ice cream's recipes yang lain and kebanyakkanya tak guna ice cream maker, just guna mixer and simpan for 6 hours in the freezer lepas tu keluarkan balik and pukul lagi guna mixer sampai smooth and then simpan balik kat freezer. So anyway, homemade ice cream nie pada pengalaman I lagi sedap dari yang di jual kat kedai. Seriously, memang sangat-sangat delicious, satu container tu habis both of us belasah petang semalam. I think the main reason was why yang kat kedai tu tak sedap or not as good or delicious as homemade (I mean, I'm not talking just about ice cream but other food such as cookies, cakes etc.) sebab kilang buat in high volume/production so attention to kurang sikit. Kalau kita buat or masak sendiri, ofcourse kita bagi proper attention and bak kata kak nita cooking with love kan..
 
So anyway, lepas percubaan pertama membuat ice cream ini menjadi, sibuk la husband I order nak suruh buat this flavour that flavour. I know dia bukannya suka sangat makan ice cream berlemak nie but dia memang pandai ambik ati I and bagi I semangat. Itu belum lagi part dia exaggerate kalau rasa food I terus la buat macam nak pengsan, punya la nikmat konon, I tau bukannya sedap mana pun. I plan nak buat sorbet pulak nanti, tapi I tak nak makan sebab sorbet kan masam, perut I mana boleh tahan but ice cream sorbet is my husband's fav's...
 
Sekian catatan I kali ini...kiss kiss...

Monday, December 3, 2012

Tentang Diri I...


(Picture taken last week, setelah 3 tahun berblog baru sekarang I letak muka depan..malu I hehe..)
 
Haritukan I nak cakap pasal being an iban woman among the malay. Yea, I tak berjanji pelesu lagi. Here's the story....
 
Untuk yang tidak mengenali secara dalam or tidak pernah membaca sejarah hidup I masa kecik kat blog I yang lama (the blog is still there cuma I closed for viewer), I nie adalah salah seorang perempuan iban dan ada sedikit campuran dusun kadazan from my father side, my great grandmother. Mak I pure iban. Tak tau la kalau ada berdarah africa but rasanya tidak kot or sure rambut I dah kerinting halus and mesti ada kulit ala-ala or rapper lima posen..ampon. I lahir kat hospital Kuching. Masa I kecik I nie adalah anak Mummy yang sangat baik (nie Mummy yang cakap). Mummy kata I senyap je and cuma nangis bila nak susu and I sleep through with my kencing and mumu, tengok la product nya sekarang sangat angel kan... kejang! Muka I macam muka cina although I cuba menafikannya. Sampai sekarang orang ingat I nie cina, kalau pegi kedai cina mesti dorang bercing cong dengan I. I kata, I bukan cina and as usual dorang tanya apasal macam muka cina maa.... I kata mana saya tau tanya la mak saya dengan cina kedai kopi mana dia ber scandal (eh..I tipu mana ada I cakap macam tu). I cuma jawap dengan senyuman saje. Lepas tu dorang tanya lagi, datuk nenek you cina ka? I kata tak tapi nenek I anak angkat cina, yang ini statement betul. Mesti pening kepala dorang kan sebab muka I macam cina and tak ada darah cina tapi nenek anak angkat cina, itu belum lagi I nak cakap kakak I kawin dengan cina wakaka... berbelit la kan. Lepas tu dorang akan cakap, apasal kulit lu putih maa..putih dari cina.. I kata, I tak putih la, I kuning and lepas tu all of us akan ketawa sama-sama. Situasi macam nie memang sering terjadi pada I. Itu belum lagi I nak cerita ada separuh orang ingat I nie mix blood campur omputih (yea..muntah lah sepuas-puasnya, I sendirik pun geli masa type ayat itu). Tapikan husband I cakap masa kecik-kecik orang ingat dia anak cina sebab kulit dia putih, I kan bila dia tiap kali cakap macam tu, rasa macam nak terjun dari kerusi je, muka hidup-hidup macam orang melayu and kulit sawo matang tapi dia selalu menegasakan yang masa dia kecik and remaja, kulit dia putih. I kata poraaah lah.. (mana boleh tinggal expresi tamil I), kalau dari kecik dah putih besar pun putih la.. Husband I cakap dia tan..adeihh.statement yang sungguh durjana...
 
Then bila umur 2 tahun, our parents move to Singapore sebab Daddy was a navy/tentera laut and masa tu base dia kat sana KD Malaya. I sekolah kat Johor Bahru. Nama sekolah tu Sekolah Kebangsaan Angkatan Tentera, although kebanyakkan budak sekolah kat situ bukan anak tentera. I tak tau kenapa dorang letak nama tu. Kat S'pore and Johor nie la I berkawan dengan anak-anak bangsa melayu, cina and India. Tapi paling ramai kawan I bangsa melayu sebab cina and india tak ramai. Bila dah tinggal sana, automatically Mummy masak pun makanan melayu, cakap pun 99% pun cakap melayu, tengok tv pun cerita melayu, penyanyi dan pelakon favourite pun melayu and segala-galannya serba serbi melayu. Then bila I umur 10 tahun, balik ke Sarawak and iban pun tak ramai kat sekolah I and kawan kat situ pun kawan melayu sarawak and also dari semenanjung. Biasalah anak tentera nie asyik berpindah randah, orang semenanjung pegi sarawak, orang sarawak pegi semenanjung (intergration intergration). In between those moment I sempat sekolah kat kampung kejap and then balik kat sekolah rendah I yang lama. And then pindah kejap ke Perak, lepas dua tahun, balik semula kat sarawak. Then pindah kat kampung kejap, kat situ la I kawan dengan 100% kaum iban sebab orang melayu tak ramai kat sekolah tu. Then pindah ke another place kat sarawak kat situ banyak pun banyak orang melayu dari bangsa lain termasuk iban.. Kat situ I berkawan equally melayu and iban. And kalau outside from school I hang out with both kaum memandangkan ramai sedara I tinggal kat negeri tu. Masa dating and ber boyfriend (wohooo...) pun dengan orang melayu sarawak and kawan-kawan lelaki yang rapat pun melayu sarawak and ada yang dari semenanjung (yang kerja kat sarawak).
 
Sampai la I jatuh cinta dengan lelaki melayu semenanjung yang berjaya mencuri hati I yang sungguh murni ini keh keh keh.. dan kini menjadi suami I yang montok itu dan teruslah I "dilarikan" ke semenanjung. I can never leave semenanjung even if I want to.. weird kan.. Dulukan husband I kurus and tegap, malas la nak cerita, rasa macam tertipu je sekarang nie sebab dulu "offer package" lain sekarang dah jadi lain alahai rasa macam nak sue je... Ish tak habis-habis mempertikaikan bentuk badan laki sendiri. Macam la I nie cun melecun atau slim melim.. Tapi I betul-betul tertawan and cair wakaka..sekarang nie nak lari dari tawanan pun dah tak boleh...cair tu bila dia bagi hadiah je la.. (again wanita kebendaan hep!) ampun suamiku (selingan mesti ada). Anyway, lepas I kahwin dengan dia, 100% of my time and my life, I abadikan untuk dia dan keluarga dia. I tak kisah pun sebab family dia family I jugak. And I tak pernah pun ajak dia balik sarawak. Masa I kerja dulu, I have a friend who is a sarawakian and kahwin dengan orang kl nie, tiap-tiap tahun dia mesti balik sarawak. Dia hairan kenapa I sikitpun tak ada hati nak balik. Dia tanya, I tak rindu ke, I kata taaaakkk... (kejam kan). Imagine, sepanjang-panjang I tinggal kat KL, sekali je I balik sarawak... double kejam. And bila I dah kahwin, duduk kat sini dengan orang melayu nie, bertambah-tambah la kemelayuan I, cara pemikiran (not entirely though) yang memang dah banyak kena influence dengan melayu, kerja pun kat company melayu and colleague pun melayu-melayu belaka.
 
Then I terpikir, here I am an iban woman among the malay. I nie bangsa je iban tapi I don't have the quality or trait of an iban woman such as cara I berfikir and cakap dalam hati pun dalam bahasa melayu diselang seli dengan bahasa inggeris and a lil bit of iban. But I'm glad I still tau berbahasa iban dengan lancar. Sometime I rasa "bersalah" kepada diri sendiri kerana lebih kemelayuan dari keibanan. I have relatives but I'm not close to any of them, I don't mingle much in FB until recently, I don't have any kampung that I can call my own (panjang cerita), I tak tau menari tarian ngajat, banyak adat istiadat serta keramaian kaum iban yang I tak tau or tak pernah pegi and satu hasil peninggalan my ancestor pun I tak ada. I love my race and there was one time someone told me, you are not iban anymore, you are a malay sebab you dah macam melayu. Wah, I cakap, you can say whatever you want to say but you cannot, I mean cannot say that I'm a malay because no matter what, I'm an iban and will always be. Agama boleh tukar but not bangsa because that is in me, its my roots, it is to distinguish who I am and where I come from and I'm proud of my race and my people. Don't you or anybody ever question who I am and what I should be. Terdiam dia and cepat-cepat dia mintak maaf kat I. Then dia explain akan maksud ayat dia, I cakap you don't have to explain, I think I know what you're tyring to tell me but don't ever bring that things up or say that to other races unless they have no pride in their race.
 
Having said that (rasa macam Simon Cowell la pulakkan), sometime I feel like I don't belong to the iban community because I spent most of my time with the malay community. And sometime I don't feel like I don't belong to the malay community eventhough I live among them all my life because I'm an iban woman. You get what I mean? Thanks God for FB (akhirnya I terpaksa menerima hakikat akan kebaikkan FB, ceh!). I got to rekindle my relationship with my long lost cousin and start gossiping about our relatives haha.. Oh, I start berborak dengan cousin-cousin yang tak pernah I tegur selama ini. Tak menang tangan I ber pm dengan dorang, kejap-kejap click home, click pm etc. Some of the things that they told me was kind off sad. Well..nasib masing-masing kan, if only we can see our future. Sedih I baca luahan hati cousin I sebab I teringat kenangan masa kecik-kecik dengan dia....and dulu-dulu I rapat dengan dorang... I promised that I will start to get to know the cousin that I never met better and strengthen with the one that I know when I was small. Kira sirih pulang ke ganggang la nie..
 
As for friendship, I can never form any lasting one with anybody. Bila nak start ada close friend and rasa feel kat tempat tu, pindah lagi and the cycle goes on and on and on...and sometime my close friend have to move away. Janji tak lost contact tapi lost jugak. Sebab tu la agaknya I tak ada semangat friendship yang jitu kerana I telah "dibiasakan" yang I akan ditinggalkan dan meninggalkan....
 
Sekian catatan wanita iban dibumi bertuah ini....


My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...