Saturday, December 29, 2012

I Tengok Movie "Life Of Pi"

Last night we went out to watch a movie “Life of Pi” at GSC.

Kita orang tengok yang pukul 11pm sebab the earliest one was at 8pm, sure tak sempat solat and kelam kabut nak dinner lagi. We went out at 9pm. Sampai Pavilion dalam pukul 9.46pm sebab ada jam sikit. Terus cari tempat untuk dinner, most of the foodcourt yang kita orang nak makan dah tutup so we decided to give it a try kat Capricciosa Pasta & Pizza. I ordered Clam Chowder Soup and Chicken Chop as I’m not too sure whether food yang lain ok ke tak. Husband I order Chicken Penne. Seperti biasa kalau tak argue over little thing tak sah la hidup kita orang dalam satu hari. So dalam makan-makan tu, I bagi some of my food kat my husband. Memang dah typical I, mesti share or give half mine to him. Dia makan broccoli then dia confuse and tanya apa nama sayur nie, I kata broccoli, dia kata no yang macam cabbage bulat-bulat kecik la broccoli, I kata itu baby cabbage. Dia tak puas hati lagi, so I terus panggil waitress yang kebetulan tengah lalu kat meja kita orang and tanya dia and waitress itu mengiyakan kata-kata I and then I cakap thanks and said, dia tak percaya cakap saya. Waitress tu tersengih and husband I tersipu malu. Bila waitress tu dah blah, I tanya sambil menjeling kat husband I, tak percaya apa I cakap ke?, sambil mengangkat sebelah kening dengan penuh belagaknya..hehe..I tambah lagi, kan haritu kat rumah kita dah discuss pasal nie sambil mencemikkan bibir I. Husband I cakap, yela pompuan action...

During makan-makan tu husband I suruh makan cepat-cepat sebab nak dekat pukul 11pm, I tengok jam, heh pukul 10.15pm pun belum. Dia sibuk-sibuk suruh orang makan cepat-cepat padahal I punya dah habis since I gave half of mine. Chicken Chop I sedap tapi I tak berani makan banyak-banyak sebab banyak black pepper and berangin, kang I mengentutkan orang kat panggung tu pulak, kalau silent tak pe, ini kalau dah bunyi macam burung terkukur, kur kur kur (macam kentut si Baby tu) sapa nak jawab? Habis makan around 10.30pm bergegas la kita orang ke panggung tapi dah tutup pulak dari dalam shopping centre tu. Guard suruh kita orang ikut jalan luar. Berpeluh-peluh menapak dari situ. Sampai je I terus pegi ambik gambar poster yang besar tu, husband I suruh I pegang plastic cakes yang I beli kat Bread Talk sebab dia nak beli pop corn and coke, I kata pegang la sendiri, dia kata nanti tangan dia penuh, I kata ish...pegi je la, jangan kacau I, banyak songeh betul orang tua tu...

After I took a few pics, I went to him and dia tengah order. Then husband I ajak masuk tapi budak yang jaga kat pintu ticket tu suruh tunggu 10 minit lagi. I tengok a few orang nak masuk pun kena tunggu dulu. We scanned around and bisik-bisik with each other, nie mesti dorang pun nak tengok movie yang sama and sure buat bising etc..sempat lagi la mengomel kan.. Bila dah nak dekat time, husband I pegi kat budak tu lagi, I tak nak ikut sebab I’m very sure belum time boleh masuk lagi. Budak tu cakap 5 minit lagi... I tengok muka husband I, terus I gelak kat dia, I ulang balik apa budak tu cakap, 5 minit lagi bang... muehehe.. Bila dah dekat habis 5 minit husband I pegi lagi... I told you, orang tua nie cukup tak sabar sebab dia nak pegi toilet. Budak tu agaknya kesian tengok warga emas nie dah pegi sampai 3 kali, dia tengok jam and dia kasi husband I masuk...

Masuk kat dalam, I suruh dia pegi dulu sebab tak nak la bawak makanan dalam toilet kan..nanti aura toilet dengan segala bau melekat kat food...euww.. Lepas dia keluar, I pulak masuk. After that kita orang terus masuk ke dalam panggung. Panggung tu kecik je and tak sejuk langsung, leceh je bawak pashmina. Bila satu family masuk and bising-bising ber speaking and duduk kat depan kita orang, husband I cakap kat I, nie satu family sure buat bising. Tak tau la orang tu dengar ke tak kan.. I kata jangan cakap kuat and tak lama kemudian family tu cakap melayu. I gelakkan kat husband I and dia bisik kat I, oh..nie keling melayu kot. I think dia ingat pak arab ke paki ke kan.

Tak lama kemudian ada sorang chinese guy duduk sebelah I. Dalam hati I, jangan la I terkena lagi dengan flasher pervert sex maniac. Masih trauma lagi walaupun it happened during my teenage year. Next time I cerita... kelakar bila ingat balik. I jeling sikit-sikit sebab I perasan laki cina nie duduk macam batu sambil menyilangkan kedua belah tangan ke dada. Eh, dia tidur pulak. Dalam hati I jangan la dia snoring, mati I. Bila dah start je movie, I ingat I nak kejutkan dia (punya la ambik berat although I tak kenal siapa), I cakap kat husband I, I nak kejutkan cina sebelah nie, husband I kata tak payah sebab maybe dia memang nak masuk and tidur aje..hehe.. kelakar la pulak.

Bila wayang start, dia tak bangun lagi, I la pulak tak dapat concentrate sebab risau takut cina nie miss part of the movie kan (sibuknya I), being the concern citizen, I berdehem and buat buat batuk nak kejutkan in a way la kan, then I jeling, dia dah bangun...lega hati I.. I know, I know, I nie memang concern penyibuk.. wakaka.. Sepanjang-panjang tengok movie tu, kadang-kadangkan kita akan ubah sana-sini position bontot la tangan la kan... I risau la kalau tangan I terkena kat dia since I nak letak tangan kat handle tepi tu but nasib baik la cina nie tak ubah-ubah position and tangan masih bersilang hingga ke akhir movie. Sometime I pelik la, macam mana orang boleh sit still without moving kan sebab I kalau tengok movie kat rumah ke kat panggung ke, macam-macam posisi samada, bersandar terbaring, sengetkan kepala ke kiri, ke kanan, tangan turun naik, letak kat handle, duduk tegak, kaki lipat kiri kanan, rasa macam nak bersila atas kerusi pun ada wakaka... and yet some people just duduk bersandar sampai habis hayat movie tu.... Nampak sangat I nie seorang yang restless....

About the movie, it was a very good one and I tak la surprise mana because I’ve read the book about two months ago, it was recommended by anak sedara many years ago and I only read it recently.. Tapi cerita dia best and I suggest (kalau GSC nie masih tayang lagi), you guys should go and watch it. Tak rugi. Tapikan I still kata baca buku dia lagi best and lagi detail. And the best part was, apa yang I baca and I visualise dalam kepala look exactly like in the movie .... wohoo!!, bestkan... Itu yang I selalu I cakap bila I baca and I imagine, macam tengok movie.

Anyway, lepas abis tengok movie, kita orang terus balik and sempat la lagi argue mana tempat park kereta, my instinct is always right tapi husband I selalu sangsi akan kuasa psychic I ini. I kata level 1 dia kata level 2, bila dia tekan lock kereta and dengar bunyi cuit cuit... terus I memberi jelingan sinis because I’m right!

Sekian catatan wanita yang banyak menjeling malam tadi.....

No comments: