Saturday, December 15, 2012

I Pegi Ke Big Bad Wolf 2012!


Oh! I sungguh gembira hari ini. Yea, hari yang dinanti-nantikan telah tiba untuk I ke Big Bad Wolf at Mines CC sejak mengetahui akan pembukaanya hari itu. Sampai termimpi-mimpi I pegi dengan Wo, siap check-check plastic bag each other lagi hehe. Lepas solat subuh pagi tadi I ingat nak baring-baring kejap tapi bila memikirkan takut I terlajak sebab I plan nak datang awal, terus I buat breakfast on which sungguh jarang sekali. I buat teh panas and makan roti bakar je sambil menonton top chef,  husband I tak makan sebab dia nak keluar beli paper. I rebus telur tiga biji sebab sure lapar nanti. Lepas siap-siap, I capai seketul chocolate snickers and air mineral. Macam budak-budak la pulak siap ada bekal.

On the way nak ke sana, kita orang pegi ke Palaces of The Golden Horses and nak tanya orang kat situ since we don't know mana jalan nak ke Mines Shopping Complex nie, pernah pegi tapi lama dulu. Tanya taxi driver kat situ, dia gelak sebab dia kata ramai sangat orang tanya macam mana nak pegi. On the way nak ke sana sesat la pulak sampai ke Bukit Jalil sebab explaination taxi driver tu salah. Husband I stop kat station minyak and tanya orang yang isi minyak and cina tu bagi direction yang betul, hai punya la jauh nak patah balik. Then bila dah lepas tol masuk ke arah Mines, salah la lagi sebab instead of using jalan bawah, husband I naik fly over..wakaka.. complained sesorang la pulak orang tua tu, dia takut I bising la tu tapi I relax je, I kan minah cool..yelaa.. (dalam hati, tak sabar nak sampai rasa macam nak meletup aje dada I heh!), I kata it's ok..sambil senyum lentok al maklum..la sebab siapa yang akan bayar all the books nanti kan ekeke.. wah, pandai I bertelefilem kan. Korang belajar la dari kakak pelakon grade B mu ini muehehe..
 
 (ewah...dah berani tunjuk-tunjuk muka sekarang nie eh?  Dulu acah-acah sipi aje ...ahhh.shut up!  Buku yang saya pegang itu hanya sebagai prop dan tidak terlintas dihati ini untuk memilikinya melainkan untuk menunjukkan suasana santai..)
 
Sampai sana je, terus I pegi toilet sebab sejuk aircond kereta and hujan renyai-renyai di luar. Masuk je, wahhh...saujana mata memandang dengan lambakkan buku yang tak terkata banyaknya! Feels like in heaven je(err..pernah ke pegi heaven cik kak?). Rasa macam nak belari-lari anak berkaki ayam dengan angin bertiup halus membuatkan rambut ku terbuai-buai manja, begitu jua dengan baju ini bertukar kepada gown putih bersih dan bergerak ala-ala berterbangan secara slow motion bersama alunan gesekan biola belakang gergaji. Ting! Tiba-tiba la jugak t-shirt berkolar biru dan jeans lusuh serta flat shoes yang koyak rabak ini jugak yang I pakai... Di sebelah, bouncer merangkap suami dengan muka mendung memerhatikan keadaan sekeliling. Serta merta I menyambar satu persatu buku sambil membaca naration kat belakang. Punyalah banyak belakang buku yang I baca umpama menghabiskan satu buku by the time we're finished. Sesambil tu I sms Wo, tanya berapa buku dia ndak I belikan. Actually, Wo should come here to see, check and buy for herself sebab I mana la tau dia suka ke tak kan. Tapi dia kata, I have good taste, I main ambik je la. But I think, husband I lagi pandai pilih buku. You guys yang belum datang sini, please come, sungguh berbaloi dan sangat murah, hardcover book is only RM8 and buku resepi yang paling mahal pun RM25 sahaja, kalau kat luar maunya beratus. As for the children's book oh dear, sangat sangat banyak dan berbagai-bagai collection! Hari biasa from 9am to 9pm. Weekend 9am till midnight!  And please bring trolley beroda.  Kat situ dorang siap bawak hand carry luggage lagi.....
 
Anyway, I cadang kat husband I, kita berpecah, so that you boleh browse yours and I can browse mine. Dia bagi I satu beg recycle. I thought I jalan-jalan sorang but each time I pusing belakang, I tengok dia ikut I. Bila I pegi kat area lain, tengok-tengok dia kat depan I. And when I thought I didn't see him, nun jauh di sana, husband I terjengau-jengau mencari I. Nak tergelak I. Then I pegi kat dia sebab kesian tengok dia hilang arah kalau cinta hati (uweks..sorry chila amjah) tak ada kat depan mata. I can't imagine if I "pergi" dulu. Kesian dia kalau bidadari sengal tak ada di sisi dia lagi kan . I cakap, pegi la jalan sendiri-sendiri, dia kata tak apa. Alahai... I kata since you asyik ikut I je, why don't you carry my bag haha, wah..take advantage. I kata you tak boleh complained sebab I suruh bawa trolley sayur you tak nak. Nak ambik nie ekeke... dia tak boleh cakap banyak. Beberapa kali la jugak I ngomel bila I tengok dia bersusah payah bawak dua beg recycle, sebelum tu dia angkat kotak kat tepi. Husband I kata kan dia kata tak apa dia boleh angkat, bukan berat pun.. I cakap bukan apa, I kesian kat you sambil buat muka ambil berat (tu dia...I belakon and mengayat, padahal I peduli apa hehe...).
 
Dalam I cari-cari buku and baca, sibuk la husband I recommend ini dan itu. I sampai fed up, I cakap, kalau you suka, you ambik je la sebabkan I asyik kena stop and tengok buku yang you suruh I check kan.., sambil memuncungkan mulut I yang berjongos tanda protes la tu. Sekali sekala I mintak air dari husband I since dia tukang bawak. Mem tak kuasa nak bawak. Husband I usik, budak kecik biasala kejap-kejap nak minum, nyampah I. Oh yeah..keadaan dalam convention centre nie sedap sejuk, luas and orang pun tak ramai and tak sesak langsung...Tiba-tiba I rasa lapar. I tanya telur ada lagi ke, husband I kata ada and kopekkan I dan menyuapkan ke mulut I yang tengah sibuk membelek buku-buku...wakaka..melampau...I suruh husband I habiskan semua.
 
(This year I banyak beli buku-buku resepi, nak try tu tunggu la seribu tahun lagi)
 
Around 1.45pm kita orang keluar. Perut kelaparan yang amat, nasib baik tak jem and I makan chocolate snickers sebab rasa macam nak pengsan. Sampai kat GE. I suruh husband I order kan I food sebab I nak pegi toilet. We had our late lunch around 3.20pm at Cosy House GE. Masa I duduk-duduk I tengok eh, macam doctor gigi I kat sebelah. I pun sibuk la tengok-tengok tempat lain, nasib baik ada nun di hujung, malu la jumpa or kalau dia terperasan but I'm sure dia nampak masa I masuk tadi. Bukan apa, doctor gigi I nie alim and berjubah, each time dia buat gigi I mesti dia selitkan dengan ajaran agama. I pulak masih tak insaf dengan free hair nya (tau pun). Ada ke malu kat dia, patutnya malu kat Allah kan.. ish tak senonoh I nie.
 
Kita orang order tiga menu as usual...nafsu badak! Husband I order nasi putih and green curry chicken, I nasik goreng ikan masin and our third menu mee goreng.. Semua nie kita orang makan share. Tapi portion dia lagi banyak sebab sekejap je I dah kenyang. Oh, yes, just to let you know, this is the first rice that I had in a week. Yeaa you...lima hari berturut-turut I tak makan nasi and berat badan I turun sekilo muehehe..I suka and malam pun I tak makan tapikan semalam I makan burger bakar ombak rindu husband I tapau kat Setiawangsa... hampeh la diet semalam. Yang buat I teringin sebab I tengok kat Astro, Man Vs Food, mamat yang selalu challenge makan tu. Kat siaran tu dia makan macam-macam campuran daging, ayam, potato, berbagai-bagai la mix and ofcourse la bacon, dorang nie kalau tak ada bacon tak sah. Tak ada la I teringin nak makan bacon kan... yicks!
 
Anyway back to my story hari ini.. sampai rumah around 4.15pm cepat-cepat I solat zuhur, lambatkan.. tapi nasib baik sempat..... Di saat-saat ini, di usia yang telah mula di makan oleh anai-anai ini, kedua belah pergelangan kaki I terasa kesengalan akibat bediri terlalu lama.. *merana...
 
Sekian catatan si pembaca buku yang selalu bagi alasan kenapa tak sempat baca buku tapi yang sebenarnya dia malas dan tak pandai membahagikan masa...tapi ndak jugak beli...tapi tak tau bila dia akan baca...yang beli kat Big Bad Wolf a few years ago, satu pun dia tak baca lagi dan buku-buku itu telah kekuning-kuningan........sekian untuk yang kesekian kalinya.....

No comments:

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...