Saturday, December 8, 2012

Ke Tampin Jumpa Wo Dan Family

Yesterday afternoon, I went to visit my older sister, Wo at Tampin untuk melepaskan rindu dan membawa mulutku ini sekalik muehehe.. Ini kira plan last minute jugak la sebab ingatkan nak pegi hari nie but husband I ajak petang semalam pulak, alasan dia so that saturday boleh relax sikit. I ikut je. Tengahari, husband I balik tapau lunch and after solat around 3pm kita orang bertolak. The road was smooth, I was worried sebab selalunya mesti jam kalau dah weekend but thanks God.
 
Sampai Tampin around 6pm, check in kat Hotel Wangmas. Ingatkan nak tidur rumah Wo sebab dah bagitau dia but husband I dah booked hotel. Frust I, but sebagai isteri yang menurut kata suami dan taat ini *terlingkup (geli tekak I taww.. hehe..tapi tetap la nak memuji diri sendirik) mengikut permintaan beliau tanpa bantahan. Siapala I untuk melawannya sambil duduk bersimpuh senyum-senyum malu..ekeke. Sebenarnya I tak puas hati so I bagi syarat, since tak tidur kat rumah Wo, we will lepak kat rumah Wo sampai tengah malam and bila semua dah ngantuk. Husband I kata no probs, ingat I tak pandai bargain ke?
 
Lepas check in hotel Asar, solat, I called Wo and Wo suruh datang The Store (tempat Wo, Arthur/laki Wo and Abagail kerja - macam perniagaan anak beranak la pulak hehe..) and suruh "kacau" Bigail yang kerja part time. Yep, Bigail kerja part time sebab dia kata dia nak cari duit pocket sendiri and baru start dua hari yang lepas sementara tunggu result SPM. Haritu plan nak lepak rumah I masa tunggu SPM but kerja part time tu ndak dia start cepat. Spoiled la plan I sebab ingat nak ajak dia berpeleseran since ingat dah ada kawan tapi huhu..musnah angan-angan yang di pasang makanya kehidupan yang stagnant ini jugak terpaksa diteruskan..hampa.
 
 (My fav's niece)

Anyway, sampai store, I tengok anak buah yang paling I sayang (from my side) dalam dunia yang fana ini, tengah berdiri kat counter jaga cashier. Sian I tengok dia, ntah I tak tau kenapa. I really really love my niece ini since dari kecik dah memang rapat dengan dia and also dia cukup pandai bodek I dengan kata-kata manisnya itu.. I nie kan senang cair kalau orang pandai kiss my ass hehe.. Dia sangat baik dan menurut kata. So I sibuk la nak ambik gambar, dia buat-buat malu. I kata tak pa, auntie tak ambik gambar (yela tu). Then I naik atas, Wo keluar dari office, I tanya Wo apa toy yang Baby (Gabrielle), adik si Bigail nie ndak. Wo kata bagi kereta sorong toy. I tanya lagi what else, Wo kata melukis. Then Wo ajak pegi office dia dulu, husband I tak nak ikut. Bila I masuk je office Wo, rasa semacam je and nampak spooky and suram semacam (seeker la sangat). Borak dengan kawan office Wo kejap. Bila nak keluar dari office Wo, I bagitau Wo yang office dia rasa spooky, Wo kata memang, ada orang pernah nampak or feel something (wo pun pernah nampak kelibat and bayang-bayang benda) see I told you..I kan ada ghosthunter nya instinct hehe.. Then I cari buku lukisan and crayon faber castell plus kereta sorong anak patung and give it to my husband for him to pay. Kat KL tak sempat nak beli. I turun bawah balik, pegi kat Bigail and beli air mineral. Then I snap gambar dia tanpa kebenaran dari dia haha..I told you, ingat I nak lepas peluang ke? I told her to tell Wo, lepas solat maghrib, kita orang akan datang rumah dorang and keluar dinner sama-sama. Then I pegi kat kedai kek kejap and I beli a few cakes and makan kat hotel buat alas perut sementara tunggu nak dinner.
 
 (My darling Baby yang sangat naughty dan becok itu.  Peace sign tak boleh tinggal)

Lepas solat maghrib, pegi kat rumah Wo and borak-borak dengan dorang kejap then terus ke Restoran Paya Serai. It was recommended by receptionist kat Hotel tempat kita orang tinggal masa check in petang tu, dia kata sate kat situ sedap. I la tanya, kalau nak tunggu husband I, hmm.. no need la. Bigail and Baby ikut kereta kita orang, Wo and Arthur use their own car. Makanya, kecoh la dorang kena kacau dengan husband I. Husband I dengan bahasa merapu tamilnya usik Baby yang sungguh nakal itu, nak pengsan kita orang gelak and I sungguh stress haha.. Sampai kat restoran tu, kita orang terus order makanan and sate. Wah, Sate Melaka pun ada kat sini, no wonder la Wo and receptionist tu kata sedap, Sate Melaka mana boleh challenge (teringat kat Manda and Gab masa first time jumpa and makan Sate Melaka kat KL). Balik dari order, husband I cakap orang yang jual sate kat KL ada kat situ, agaknya cawangan dia kot. So sambil makan dinner sambil tu la I and Wo bersosek sosek perihal orang. Kita orang bukan mengumpat just menceritakan keburukkan orang and how we feel about it je wakaka...I kalau dah borak dengan Wo memang non-stop la dengan bahasa iban nya yang tak bertapis. Sempat la jugak snap-snap gambar and whatsapp kat adik kita orang kat Kuching tu. Wah, member takmo kalah, terus bertubi-tubi dia kirim gambar dorang yang tengah berjalan-jalan kat shopping mall kat sana...kua kua kua kuaaaa... Habis dinner, we went back to their house and sambung balik sesi bergosip itu. Selalunya benda yang dibualkan dengan Wo adalah isu yang sama aje, nampak sangat tak ada modal. I told you, bila dah tua-tua nie, topic sama aje cuma olahan dan tatabahasa serta suasana je yang berbeza tapi isunya yang tu jugak hehehe... Nantila, kalau korang dah tua baru korang paham...
 
(Me, Wo, Baby Gabrielle and Abagail)
 
Dalam borak-borak tu, Bigail cakap lagu theme song whatsapp I adalah lagu yang dicari-cari oleh Wo. Let it Rain by Bruno Mars. Gelak la korang kat auntie korang nie yang masih la hip nya wakaka.. Itu belum lagi dengar sms I theme lagu Cher Lloyd... *pitam wakaka.. So kita orang pun ber bluetooth la and semua lagu kat hp I, I hantar kat dorang. I kata kat Wo and Bigail, nanti I akan transfer banyak-banyak lagu kat hp I and kalau jumpa dorang I akan bluetooth as much as they want. Then I sambung balik borak dengan Wo sambil Bigail main hp I. Husband I pulak asyik nak mumu (buang air besar). I ajak mumu kat Hotel on the way back from the restaurant, dia tak nak. Last-last dia mumu kat rumah Wo. Dah la dia kena ghout and toilet Wo jenis yang mencangkung, I can't imagine. Sian dia tapi since I jarang dapat jumpa Wo and husband I tak ada choice sebab dah bargain dengan I, terpaksa la menunggu sampai I bosan berborak dengan Wo. Around 12.30pm, we made plan to see each other next day and have lunch together around 12pm.
 
Sampai hotel, I mandi solat and tengok sitcom kejap kat laptop. Nasib baik bawak laptop sebab tv hotel tah apa-apa cerita, dah la tv kecik macam kotak sabun. Patutnya I snap gambar kat hotel, I lupa la. Then I try to go to sleep tapi tapi mata tak nak lelap. Bantal dah la ada satu sorang. Husband I suruh guna dia punya and dia tak payah pakai bantal. I kesian kat dia, I ajak dia share. Siang tu husband I bagitau I yang dia tak dapat tidur kalau bukan kat rumah. I kata, I senang je tidur sekali tengok-tengok dia yang berdengkur and I yang terkebil-kebil di tengah malam. I bangun and tengok sitcom kat laptop lagi. Then baru la I tidur but I only managed to sleep for 2 hours before woken up to the sound of someone knocking on the adjoined door from the other room. Tak guna punya orang. Then I dengar suara orang sebelah kecoh dengan suara mak (I assume) dia la, anak kecik dia la and suara laki menyanyi-nyanyi and bau asap rokok lagi...Giler ke dorang nie..pagi-pagi buta melalak...
 
Lepas solat subuh, I told my husband baik la kita balik early sebab I kesian tengok ghout husband I, jalan pun terhenjut-henjut. So change of plan, I called Wo and bagitau dia, kita orang nak balik cepat sebab nak pegi ambik ubat ghout husband I yang dah habis. Lepas berkemas, we went straight to Wo's house, bagi cakes yang I beli semalam, ambik dorang and breakfast kat kedai yang next to pizza hut. Lupa nama kedai tu but each time we came to Tampin situ je la tempat yang kita orang makan for lunch or nasi ayam at the other place.
 
Lepas breakfast, both of us terus balik KL... nasib baik jalan tak jam...and 1 1/2 jam dah sampai petang tadi...
 
Sekian catatan I kali ini.....

No comments: