Celoteh Dan Masakan

(Mesti korang terkejut tengok pinggan I ada bunga-bungakan ekeke.. kasi chance la, asyik pakai pinggan putih buruk tu je, for photography sake you...  pinggan-pinggan nie murah je RM10 hinggit setiap satu,  beli kat southern pottery)
 
Hari nie I masak traditional spaghetti and mushroom soup with potato. Bunyi macam la hebat tapi yang sebenarnya traditional spaghetti tu sebab kat botol kimball tulis tradisional haha... ingat I nak bersusah payah ke buat sos spaghetti nie kui kui kui...tak kuasa you, I letak la jugak minched chicken, ayam kiub, sayur campur beku, sambal cili, tumis bawang besar/putih dengan olive oil je. I tak letak thyme ke basil ke, bay leaves ke..simple je. As for the mushroom soup tu, I guna soup packet segera campbell, campur air, ayam kiub, tumis bawang besar/putih dengan olive oil and I potong kecik-kecik potato, itu je. Tapi lepas makan tadi rasa macam kena tarik je kulit perut sebab I makan banyak, rasa menyesal la pulak. Nak duduk pun sesak nafas sebab perut kena tekankan hahaha...
 
Husband I tak balik lunch sebab dia ada interview. Semalam dia balik, last monday pun dia balik, so much for saying tak nak balik lunch kan? Anyway, It is not that he is not satisfied with his current job but dia saja je. Husband I suka pegi interview sebab dia nak tau macam mana orang tu tanya, nak test market and nak tambah experienced. I rasa kan dalam minggu nie je dia ada dua interview, satu through telephone sebab orang yang interview tu kat oversea and yang satu lagi kat KL aje. I cakap kat dia kalau dia dapat offer kat oversea, I tak nak pegi sebab I suka tinggal kat sini. Beside, dah tua-tua nie malas la. Kalau muda lain la sebab more adventerous, err..macam la dah dapat. Balik dari interview, normally husband I akan discuss dengan I, what kind of a question or what are they looking for, orang yang interview tu macam mana etc.. Dia pun tanya pendapat I and I pun bagi la opinion I yang well.. sangat la berharga ini, almaklum la I kan dianugerahkan dengan bakat counselor yang sungguh hebat especially part meloyar buruk dan merapu ini, sambil duduk bersilang kaki dan mengepit pen.
 
Lagi satu, husband I suka discuss pasal hal economy on which is my favourite's but kalau dia discuss pasal bola or pasukan kesayangan dia, I akan pandang ceiling and buat tidur siap ada sound effect berdengkur lagi... In return, I would tell him about kisah gossip sampah artis luar or dalam negara wakaka...pasal kisah kemasyarakatan (teringat Gab cakap dia suka tengok cerita tamil sebab kisah masyarakat wakaka..), pasal siapa kena buang kat the voice ke, x-factor ke or pasal benda yang I tengok kat tv/series or the thing that I'd read and pasal software application etc. I dengan husband I memang suka berborak kadang-kadang sampai pagi, ada je benda yang nak diceritakan but mostly benda yang berulang-ulang la, yelakan dah tua-tua nie, balik-balik kisah tu je...topic pun yang sama je..
 
This week kita orang sibuk bercuci rumah yang sudah lama tak dibersihkan. Bila I nak kemas je, husband I akan kata biar dia buat. Nak tunggu dia buat, tak payahlah, dia rajin tapi suka bertangguh. I pulak jenis yang tak suka buat kerja bertangguh sebab selagi tak beres, selagi tu la I akan susah hati and asyik teringat aje. Last sunday tu I siap-siap nak cuci bilik mandi dia, I punya dah buat a few days ago. Husband I pun ikut la sekali. Tengah I cuci-cuci kat another section, tiba-tiba I terasa macam ada orang simbah air kat kaki I i.e. sapu air dengan penyapu. Bukan sekali dua malah berkali-kali. Dalam hati I nie mesti kerja budak nie. Bila I pusingkan badan I, I tengok pakwe kabaret I tengah senyum menyeringai. Apalagi, I halakan air pancutan kat dia, nah ambik kau. Bukan main lagi husband I menepis-nepis air dari muka dia hahaha.. Habis dia basah kuyup dengan speck dia yang berjujuran dengan air, kejap-kejap dia bukak kesat and pakai balik... rasain. Dia ambik air paip from another section and spray kat I. Maka terjadilah peperangan air bagi kedua warga separa emas ini..
 
I tell you kalau both of us dah meninggal, sesiapa yang duduk kat rumah nie sure akan terdengar-dengar percikan air atau bahasa tamil merapu bersuara garau di mana-mana ekeke.. Itu tak termasuk lagi dengan kentutan, sendawaan dan juga dengkuran ngeri ..berani la korang nak duduk sini wakaka..


Anyway, semalam I masak soup tulang lembu sebab teringin nak makan. I masak lambat sebab I ingat husband I tak balik. Dia balik and beli air juice tapi dia tak makan sebab dia cakap dia nak makan petang. Around 2.30pm I makan sorang-sorang. Lepas makan, I asyik sendawa non-stop. Tak pernah sendawa macam tu punya hebat macam bunyi katak puru aje. Petang husband I balik kerja, terus dia makan and then tengah malam dia makan lagi. Tak ada pulak dia sendawa....
 
Sekian catatan I kali ini....

Comments

vagg-nini said…
KISAH MASYARAKAT??????????? hahahahahahah nk pengsan baca.

dear sis, smpai nk masuk 4 tahun dh kawin ni, dia masih x berjaya nk mempengaruhi saya. hahaha
Sis Claudia said…
kuasa the boss Sivaji dia tak berjaya :)

Popular posts from this blog

Kuih Kapit, Sepit, Love Letters or Egg Rolls

Kisah Mesin Ais

Kisahku dan Gigiku