Monday, February 22, 2010

Camera Baru I..

(Latest Camera)

I dah tanya husband I bila nak beli camera baru since last year lagi, dia kata nanti dulu sebab next year mesti ada keluar yang latest. So this year a few times I tagih bila dia nak belikan I yang baru. Is not that yang lama berpixel 5 tu tak bagus, but I tengok macam dah outdated, bukan macam, memang dah outdated pun, bulky pulak tu. Sebenarnya pixel 5 ke 6 ke seratus ke kualiti sama aje, yang penting either kita tau nak capture angle angle yang cantik. But being wanita yang sentiasa mengejar “kebendaan” atau duniawi ini, I rasa macam ketinggalan zaman la pulak bila acapkali “terpaksa” menyenap-nyenap gambar dengan camera buruk ini, kira macam semangat nak ambik gambar tu macam takde... Low self esteem pun ada gak hahaha..It is all on the mindddd...

A few days before nak pergi Melaka, I tanya lagi, I cakap kalau you tak nak belikan I tak pe, nanti I boleh beli sendiri. Dalam hati sorry la I nak keluarkan duit sendiri, memandangkan I nie memang terkenal dengan kehajian bakhilanya. Husband I kata tunggu dulu, dia pun tengah check-check. And last week dia ajak I pegi PD and I tanya lagi camera amacam, kalau tak I seriously nak pegi KLCC right now and buy myself, sambil tu muka I dah masam, hati sudah mula retak... Then husband I cakap, “actually I want to surprise you and I dah plan which one yang I think that you might like, I dah order kat this shop yang I selalu pegi, dorang tak ada stok. But since you dah tanya-tanya terpaksa la I bagitau yang you akan dapat besok”. Tiba-tiba I jadi sedih, I kata, nape you bagitau I, nape you tak make it as a surprise... Airmata pelsu dah mula nak begenang nih...I pun dengan penuh dramatic merebahkan badan ke katil and menutup muka dengan bantal. Sebenarnya I tak tahan nak ketawa and at the same time menahan malu yang amat... terasa macam budak-budak la pulak..mintak-mintak.Tapikan I nak buat husband rasa guilty, I pun pura-pura la merajuk frust. I kata tak best la dah tak surprise...

(Old Cameras)

Sesambil tu dari celahan bantal I dapat meneropong husband I yang sedang berdiri dan muka dia nampak macam rasa bersalah yang amat sangat. I pulak yang tengah kelemasan dalam bantal masa tu tak tahan nak gelak and nak bernapas at the same time. Tapi since “in character” I berpura-pura menyerakkan suara agar nampak macam tengah pilu, sempat lagi tu I bagitau brand apa yang I nak dan berapa pixel sekali.

Esoknya, husband I called and nak confirm lagi brand and colour apa yang I ndak. I pun explain la dengan penuh specific nya.. takut salah kang I kena “belakon” sedih lagi..tak larat la “in character” 24/7 kan. Masa lunch dia balik terus bagi kat I, I buat-buat tak heran, pandang sebelah mata je. Dia hairan and suruh I try, I kata tak pe la nanti dulu, buat jual mahal kunun. Dalam hati I, cepat la mamat nie pegi kerja, tak sabar I nak menyambarnya. Bila dia blah je, I terus check satu-satu and upload disc kat Mr Lappy I. I tersangat gembira sebab pada I, cantik, I love the colour and the size too... Then dia called dari office and tanya lagi, whether I like it or not or I dah charge ke apa2 ke (tau risau). I pun cakap ada kat sebelah, biar dulu la, padahal I tengah belek-belek mende alah nih dan bernyanyi-nyanyi kecil sambil menguntumkan senyumku yang sekuntum ini. Kalau la dia pasang cctv kat rumah, pecah tembelang I. Anyway, thank you love, lain kali beli lagi ok? And seperti biasa I akan berepisode lagi... muehehe...

Me : Camera baru ke lama ke, muka macam tu jugak haha...

2 comments:

StingRay said...

ha..bergambar sakan la lepas ni.

Claudia said...

offcourse... sudah pasti bertambah sakannya lagi...

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...