Saturday, February 20, 2010

Wayang The Wolfman and The Gatals

Awal tu cadang nak lepak aje kat rumah aje malam tadi.. but bila dia balik kerja petang, terus dia produced kat I two tickets wayang Wolfman. I tanya, eh kan kita dah agree malas nak keluar.. Husband I dengan muka manis sengih-sengih je, biasa la mamat sorang nie. Dia beli ticket pukul 9.30pm which is a good timing sebab kita orang akan hanya keluar tengok wayang lepas solat maghrib.

Sampai situ terus dinner kat food court then jalan-jalan kejap and sempat la I capai dua buku baru kat Kinokuniya wohooo... happy lerrr... Then around 9.25pm kita orang masuk. Ingatkan ramai orang sebab masa kat luar bertimbun la jugak segala manusia. After we took our sit.. well..as you know, selalunya I jarang nak comment wayang yang I tengok only perangai manusia yang disekliling I je haha. So kali nie pun sama jugak I nak story pasal dorang-dorang nie. Masa kita orang duduk tu, ingatkan tak ada orang duduk depan, I pun sudah gumbira tapi tak lama kemudian one couple nie datang duduk betul-betul depan both of us. Pompuan nie pakai tudung and berbaju pink as for the pakwe I tak perasan.

Firstly, let me tell you a little bit about the movie which was not so mmm..how should I put it..cerita dia menarik tapi plot agak longgar and you dah boleh expect apa yang akan berlaku. I suka part-part yang berlawan tu tapi sekejap je and senang aje nak kalahkan. Ending yang kurang best pada I. Tak tengok pun tak apa. No worries, I’m not going to be the spoiler as tak ada bende interesting pun I nak cerita about the movie. But kalau nak experience tengok wolfman or serigala jadi-jadian nie pegi la tengok, make up effect dia menarik masa manusia tu nak jadi wolf bunyi krek krek lagi.

So anyway let me continue with my yet another experience with orang-orang yang share sepanggung dengan I nih. A quarter through the show, pompuan nie (yang I cerita di awalan tu) dah mula buat perangi. Dia mula rebahkan kepala dia kat bahu jantan kabaret tu. Tak lama kemudian, dia mula mengesel-geselkan pala/tudung dia kat tengkuk mamat tu lagi. Mamat nie mula-mula buat derk aje. Tapi mungkin dah tak tahan dia pun rebah sama. I tension la jugak sebab I nak concentrate tengok wayang bukan nak tengok dua ekor merenyam nih. But being the type of lady yang senang kena distract, nak tak nak mata I akan terpandang la jugak perangai monyet nie since betul-betul depan I la lagi kan. Then itu perempuan usik-usik pakwe dia main kejut-kejut part-part suspend, masa tu everybody was quiet. Celaka betul si gatal nie, kataku di dalam hati. Hilang konsenterasi I. Tak lama kemudian dia dial and bercakap kat hp. I berdehem a few times sesambil tu I batuk kuat sikit. Dia stop, then I tengok tangan jantan tu mula merayap kat peha dia, nak cari parking yang sesuai la agaknya itu.

Jaga la adab tu sikit, awak dah la pakai tudung, langsung tak mencerminkan diri awak tu. Even kalau dua-dua just letak pala or awak rebahkan pala awak tanpa buat apa pun I boleh terima lagi., tapi ini betul-betul tak tau malu. Cina cina kat sebelah I pun relak aje and senyap pulak tu. No wonder la orang look low dengan orang macam awak. Ini awak mengeselkan pala awak dan bersentuhan pipi and awak biarkan badan awak jadi tempat si jantan tu melakukan semahunya. Don’t get me wrong, I tak anti orang pakai tudung or sesiapa yang nak express kasih sayang dia, everybody have needs tapi you were suppose to mengambarkan wanita islam meaning awak kena ikut contoh cara awak berpakaian. Even kalau pasangan yang halal, meaning suami isteri pun relak la. Here’s the thing I tak peduli you nak ber kissing ke hugging ke apa ke tapi boleh tak jangan buat kat public atau masa orang tengah concentrate tengok wayang ke. Kalau awak tak kahwin pun pegi la melempiaskan napsu awak tu kat hutan or semak-semak mana biar kena gigit dengan dengan semut api pun I tak peduli. I ni maruah awak letak kat tapak kaki, bukan pompuan aje, laki pun sama jugak. Like I said I understand gelora remaja dalam percintaan ini but pikir la kat mana.

So lepas abis movie, Iampu dipasang samar, I pun tengok muka and body kecut yang kena tonyoh tu. Siap mengeliat lagi, lenguh la body tu kot ...uweekk geli I. I tak nak tengok laki tu, kang I tertengok part “adik” dia sure berdiri.

Me : Apa nak buat, kalau dah kongsi tengok wayang. Ini la jadinya. Macam-macam perangai.

No comments: