Wednesday, February 10, 2010

I Tewas......

I menyampah dengan diri sendiri, janji janji manis yang I semai semalam tak menjadi sebab I masuk main game tadi..ceh! Cerita dia macam ni, sebenarnya I ingat nak main Sorority Life senyap-senyap je and xmo la publish and skip je apa-apa, TAPI...bila I tengok ramai yg offer friendship kat hompepage dan dua tiga hari hati yang friends bagi tak balas-balas So I dengan penuh kegatalan and kemiangannya menerima friendship yang dihulur dan menghantar hati hati yang tak I reply aritu.

Bak kata perpatah alang alang menyeluk baju (sejak bila I ambik prinsip nih?), makanya I terus la accept gifts dari seluruh game yang I join, adalah dekat 100 gifts.. Lepas tu bak empangan pecah maka air mengalir ke seluruh kawasan begitu juga la I yang cuba berenang ke tepian tapi hanyut ke lautan ganas.. Niat ikhlas yang cuba I pegang untuk hanya menjenguk ladang rose putih I tu dengan tujuan hanya untuk menuai telah menjadi acara hantar menghantar gift berserta dengan valentine love love sekali. I tewas dalam permainan sendiri, I stress tak terhingga... I cuba untuk taknak share share apa-apa tapi disebabkan perasaan kasihan dan semangat setia kawan yang sungguh jitu, dengan penuh longlai jari ini menekan button publish walau hati menjerit mengatakan jangan.. Setelah tengkuk I merasa lenguh, baru la I sedar I telah menyembah lappy I sejak pukul 9am lagi dan untuk kesekian kalinya, I belum bersiram, bersarapan dan tak perlulah I lanjutkan tugasan-tugasan yang tertunggak ini. Tanda tanda withdrawal syndrome belum ada lagi, apa lagi cold turkey.... TAPI, ya TAPI I akan terus berazam untuk memulihkan diri dari kegilaan ini...

Sekian...

Me : I dah logged out and tengahari, petang dan malam I takmo masuk...I hate myself!

2 comments:

fiez^^fiezryn^^fiza said...

heheh sis... fiez seblom neh camtuh jugak.. mangkit jer tidoq terus jer ngadap FB. bila pk2 alik memang banyak kerja tertangguh. pastu wat kerja pun mesti terkejar2. sebab kalau boleh tak mau tertinggal info2 FB ni. So skrg...kalu fiez menanam kat FB fiez amik tanaman jangka panjang, cam 1 hari, 2 hari..camtu la. Pastu kan.. bila tingat nak on lappy... mula la buat motivasi sendiri...senaraikan kerja2 penting yg nak kena buat, pastu siap berkata2 lagi.. "kalu dah mula...memang susah nak benti" maka bek tak payah mulakan. hehehehhehehe

Claudia said...

hahahahaha..wah bukan main lagi pengalaman hebat fiez tu hahaha.. sis kan skrg nie kurangkan time kat situ, sis peruntukkan 2 1/2 jam je, antar and ambik adiah then bercucuk tanam, lps tu sis cepat-cepat keluar. Sis mmg jarang baca info2 kat wall melainkan nak click ambik food tapi skrg nie sis langsung tak baca..masuk fv, country life and main sorority life senyap2 je