Wednesday, February 17, 2010

One Night In PD Episode 2

Masa memula sampai hotel untuk check in, kita orang pegi ke lobby hotel for chalet, actually kita orang kena pegi ke lobby hotel for sky pool. Hotel nie ada dua tempat, satu untuk chalet and satu lagi untuk sky pool. Oh lupa nak cakap, kita orang menginap kat hotel The Legend International Water Chalet Homes. So lepas I melepaskan hajat kecil yang sungguh murni lagi suci itu, husband I dah tunggu kat lobby. Then both of us terus naik lift ke tingkat bilik hotel.


Masuk je dalam bilik tu...wow..terkejut I seketika, giler lawa.. siap ada swimming pool lagi walaupun sebesar kolam itik tapi private swimming pool maunya tak terkasima sekejap (I understand that tiap bilik hotel ada private swimming pool sendiri, either chalet or skypool except for a few rows yang tak ada). Hilang segala penat jerih I mengomel serta sumpah seranah dalam kereta tadi. While my husband pegi park kereta, I pun mengambil kesempatan menyenap setiap sudut dan lekok bilik nih sambil tu I meleret-leret keseorangan serta membayangkan aksi-aksi yang bakal I peragakan ala ala supiiirmodel terhebat itoo...ahhh... Husband I balik dari parking kereta terus dia tanya I, serik ke nak pergi and tinggal kat hotel nie lagi nanti... I pandang and jeling dia 360 darjah sambil menyengetkan kepala sesambil tu I juihkan mulut yang maha muncung ini. Then husband I sambung, ingatkan lepas bangun tidur kat kereta tadi dah ok tengok you grouchy lagi. Sambil tu dia kata I tidur mulut ternganga luas..cehhh.. ...I tersenyum sambil tersipu-sipu malewww...


Then I suruh husband I call room service mintak tikar sembahyang. Sekejap je dah sampai. Oh.. service bagus so far.. or so I thought di dalam hati. Lepas solat I terus ajak husband I makan, dah kebulur tahap Survivor nih. Selesai mamam, husband I cepat-cepat ajak mandi kat kolam katak tu... I kata nanti la I nak berehat, yela.. ma’am baru lepas makan and ngantuk la pulak. I baring-baring kejap tapi perenang terhandal yang mengunakan kaki itu tak abis-abis show off kat I sesambil pujuk I ajak mandi.. Last-last I pun menyarungkan bikini...yeaa...untuk pertama kalinya dalam sejarah hidup I di duniawi ini.. And it was the first time that I bought (and owned) kat KLCC that day just for this occasion.. I berani pakai pun sebab tak ada orang nampak since swimming pool nie sangatla private.. Tiba-tiba semangat supermodel Claudia Schiffer datang pada I lewat petang itu muehehe... So adegan steal steal picture pun terjadi la... Mostly berendam je bila montelrazzi tu ambik gambar I, malu la nak tunjuk body yang langsung tak menghairahkan ini, walaupun pada sang somiku itu.. Muka pun buruk macam muka budak makan peria kelat je..


Lepas mandi manda, both of us rasa macam panas je bilik tu, check-check tengok aircond tak jalan. Actually masa baru masuk tadi dah rasa panas berbahang tapi malam nie siap rasa berpeluh lagi. Husband I call front desk and complaint, orang tu kata nanti dia panggil technician.. Tunggu tunggu for almost an hour, tak datang jugak. Husband I call lagi, orang tu kata ok.. tunggu tunguu for ½ hour tak datang jugak. Kita orang dah nak keluar dinner then husband I check betul-betul kat tepi-tepi switch aircond and dia terperasan yang bende tu di switch ke fan, so husband I switch balik and va va voom... serentak dengan itu, udara sejuk mejuk pun masuk menusuk. Ceh! Bertapa terseksa kepanasannya both of us sebelum ini. Nape la dorang tak switch ke aricond mode sebelum nie, aparaa. And one thing, service was very poor, dua kali called pun tak datang. So on the way nak keluar baru la kita orang terserempak dengan technician, itupun jalan dengan terhegeh-hegeh bak ambik angin. I kata kat husband I, I guess nie la technician tu. Then husband I kata, takpe dah ok kat technician tu. Then technician tu kata, nie pintu tak tutup agaknya.. Husband I diam and angguk je. It doesn’t matter but the point is service dorang is very very poor... bersambung...

(Small kitchen )








(Complimentary Beverages)



4 comments:

fiez^^fiezryn^^fiza said...

cute swimming pool tuh...
pastu mula la terpk2.. apa motip dia wat swimming pool berbentuk camtu ek? ermmm napa x bulat ker.. pat segi terus ker..mesti kan ada cerita2 sebalik bentuk tersebut..
hahahaha sungguh menyibuk ini budak fiez...

Claudia said...

Kecik je swimming pool dia. I think sebab dia nak jimat space tula buat style mcm tu sebab kalau bulat mesti makan space kot... kataku speku sendirian hahhaha...

rizz said...

best arr sini...lomantikla sis tuu...mana gambar supermodel berbikini....haha...

Claudia said...

hahaha.. perut supermodel berbikini banyak kendurrrr hahahaha.. macam roti lapis je hahaha..