Tuesday, February 9, 2010

Perletakan Jawatan

My currently fb's status:

"Dear friends/neighbours, please do not send any gifts to me on Country Life, Mafia Wars, Superhero, Cafe World and Sorority Life as I wouldn’t spend much time on it anymore. I’ll still play Farmville but I wouldn’t be as frequent or a daily player as before. The reason was because I’m bored of all these game hahaha.. And I will log in only occasionally. Take care and thanks for all your support all this while.. ciao".

Merujuk kepada tajuk di atas, saya dengan penuh rasa hormatnya telah melepaskan jawatan saya sebagai antara pemain games cyber yang terunggul di fb. Ini kerana saya telah membuat banyak kajian tentang perihal kehidupan saya semenjak saya berkecimpungan dalam bidang ini. Saya mula hilang punca dan mengalami ketagihan yang tidak saya sedari. Hari hari yang saya lalui telah banyak dihabiskan berdampingan dengan games games yang sungguh tidak masuk akal itu. Banyak tugasan tugasan saya tertunda dan saya banyak melengah-lengahkan masa terutama bila tiba masa untuk bermandi manda, bersarapan pagi, menjemur pakaian dan skill saya sebagai chef yang hebat juga telah merundum dengan teruknya kerana kurangnya konsentrasi yang diperlukan. Begitu juga dengan tugasan sebagai pelajar atau pereka pakaian yang ampuh juga saya lunaskan dengan tergesa-gesa. Ini telah menjejaskan mutu dan kualiti yang amat dititik beratkan dalam lapangan ini.

Selain daripada itu, telinga saya juga agak kurang jelas apabila suami saya cuba berbual-bual dengan saya disebabkan tumpuan minda dan mata saya kearah games games yang penuh kesyialan itu. Saya menjadi seorang pelupa dalam sengaja. Saya terkejar-kejar tanpa di kejar. Saya mempersia-siakan bakat kurnia yang diberi untuk pekara yang lebih penting lagi dalam hidup saya.

Dengan penuh rasa kesedaran, saya dengan rela hati telah melangkah keluar dari alam yang mencuri usia keremajaan saya (wakakakaka) selama tiga bulan itu.

Sekian...

Me : Namun begitu (ada lagi speech nih hahaha...), saya masih akan terus melawat ladang saya tapi hanya sekali sekala....

No comments:

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...