Tuesday, February 23, 2010

Meh Bowling Dengan I


(Empat bola sebelah kiri berserta dengan tiga kasut tu I punya (masa bongkar tadi tekejut I sebab I tak tau I ada satu lagi kasut baru yang belum dipakai, yang tiga bola tu husband I punya, tangan besi I tak jumpa, kalau I jumpa nanti I akan post/publish)

Petang semalam, I teringin nak main bowling. Weekend haritu pegi tengok ramai nye manusia and fully booked. So bila husband balik dari kerja I terusla menyatakan hasrat di hatiku yang sekeping ini. Lepas I siap-siap nak keluar I tengok dia tak tukar baju lagi. I tanya napa tak tukar baju, dia kata tak apa dia pakai je baju kerja dia. Mula la I nak tergelak, sebabkan nampak kelakar la bila tengok orang lelaki dress up smartly lepas tu baling bola bowling. Tak sangka husband sendiri pun macam tu jugak. Then masa nak keluar I tanya lagi, you pakai kasut kerja ke? Bawak la kasut bowling and bola you sekali. Dia kata tak pe, stokin pun dia pakai stokin untuk pegi office. I kata dalam hati, nie mesti aku gelakkan puas-puas nanti.

Sampai je kat bowling centre I tengok ramai jugak lelaki sepesen husband I, rasa macam dalam office pun ada. Nasib baik orang tak ramai walaupun ada tournament and still ada tempat lagi. Then husband I book satu game. I cakap eh..mana boleh, abis kurang pun 3 games sorang la. Belagaknya I. Husband I kata bukan apa kita kan lama dah tak main. I kata no worries dengan penuh confident nya. Sebenarnya both of us lama dah tak berbowing nie, the last time was like four years ago, in 2006. So semalam adalah yang pertama kalinya selepas empat tahun ituu.. I dah prepared mesti lenguh-lenguh bahu nie nanti.


(Lane yang digunakan nie semalam ada probs sikit kena key in dari counter)

Sejarah bowling nie bermula masa I kerja lagi. Masa tu officemate I sibuk ajak and cerita pasal bende nie. Mula-mula I macam tak minat aje, tapi masa first time try, wah macam best aje. Then husband I suggest beli bola, so apalagi bersemangat la. And bermula dari boleh dikatakan almost tiap-tiap malam kita orang plus anak buah yang setia menemani akan main and selalunya main sampai enam games sorang, punya la giler masa tu. Addicted oo. I remember my first ball was black in colour and berat 8kg (dah jual kat kawan) dan lepas tu bola I ada beli berbagai-bagai pattern. Makin lama berat bola kena tambah, in order to get the best result. I think currently I’m using 13kg ke 14kg I’m not sure, tak ingat. Kalau you suka and selalu main bowling, I suggest you should have your own. Bola nie macam manusia jugak, ada kala dia ok, ada kala dia buat hal. Kalau dia ok, wah, 3 strikes tak hengat. Kalau dia buat perangai, spare satu pun susah nak dapat. Dan seperti biasa mula la I menyumpah seranah bola I. Itu yang kejap-kejap beli bola baru. Tapikan sebenarnya bergantung kepada nasib dan takdir.

(Bola nie yang sempat I capai semalam, yang lain tu baru bongkar tadi)

Sepanjang berbowling nie, a few times jugak I masuk tournament, either with kelab sukan kat office or company against company. Seronok tengok cara dan technique balingan dorang, you learn new things and you boleh tengok berbagai-bagai rupa bola dorang. Ada tu kan tanya-tanya berapa average score kita and then dorang akan merendah-rendahkan diri sendiri hahaha.. kelakar la. I pun sama gak cakap macam tu.. ala tapi I bukan terer pun, average dalam 145 or 150 je.. yang pasti 120 sentiasa dalam genggaman, cuma dua tiga kali aje I dapat 200 and 199. Tapi the satisfaction bila strike was indescribable. Peluh keluar, otak pun bejalan sebab pikir-pikir apa strategi yang sesuai. Kira activity riadah yang sihat. Tapikan dalam main main tu husband I suka action kat I, dia akan usik-usik la, konon nak guna psychology, tapi tak jalan sebab dia selalu kalah. Kalau strike satu dua mula la dia lupa diri... biasalah pelakon tetap hero tamil.

Ahh... what a memory... So anyway berbalik kepada kisah I dan dia semalam, lepas abis game kita orang pegi makan. Sedapnya bee hoon tom yam kat tempat nie.. nantila I akan bukak blog baru pasal makanan and letak gambar kat situ (bukan main lagi I berjanji pelsu, nanti nanti tu sampai tahun depan la agaknya.. ). Balik rumah bahu I dah terasa lenguh-lenguh semacam, then tengah malam tu, sibuk la I cari kuyuk...so malam tadi hingga ke pagi bertampal la bahu kakak korang nih... Sekian...

Me : I tak sabar nak ber bowling lagi, meh la join I...

4 comments:

rizz said...

jealous tauuu.....rasa nk join jerr..wlupun x score..haha...

Claudia said...

meh la kita berbowling sesama.. sis macam gempak je tapi alahai..kalau rizz tengok cara sis baling bola mesti gelak abis sebab macam orang humban sebaldi air especially kalau baling kuat-kuat..serious tak tipu... score pun out..tu yg sis ckp score maintain 120 je tapi tak duli gak..hahahaha..

fiez^^fiezryn^^fiza said...

huhuhuh klu fiez main bowling neh agaknya lg bnyk terjun longkang dr masuk lubang tuh.....

Claudia said...

mula-mula macam tu fiez, lama-lama sure ok, sis pun masuk longkang gak kekadang hehehe..

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...