Monday, February 7, 2011

Paris Part 1/3 (Part 16)

Monday 31st, January 2011

Lourve Museum, Notre Dame and Eiffel Tower
(For this part ada 3 series I pecahkan sebab tulisan and gambar agak banyak/panjang)

Lourve Museum


(Building persekitaran Lourve Museum. Lourve Museum nie kat underground, just beneath)

Hari nie seperti biasa, pagi-pagi lagi husband I beli baguette/French bread and Eclairs…OMG..sedapp nak mampus.. lembut and melt in your mouth..nak menangis I makan punya la sedap (nanti I letak gambar on my future entry). Kita orang bawak bekal-bekal nie sebab mesti lapar, although kedai-kedai makanan timur tengah nie banyak tapi tak semua tempat attraction ada kedai jualan makanan halal nih. Lagipun paham la perut I tak boleh kosong sikit, mula la mengiler..

(Lagi gambar persekitaran)

(Glass pyramid yang famous, kalau malam-malam cantik with the lighting and all)

Kita orang naik taxi (kejap-kejapt taxi kejap-kejap I tulis cab.. apa la I nie langsung tak ada ketetapan bahasa…cewah) terus ke Lourve, sebab malas nak tunggu bus hop on hop off kat tempat semalam and dari situ nanti baru la kita orang akan naik bus nih. Sampai je kat Lourve nie dalam hati I dah berbisik nak heret husband I masuk ke dalam, either he wants it or not. Dia tak tau lagi niat murni I nie. Kita orang pernah masuk ke Lourve museum nie dulu on our last trip but being the wanita berdarah seni ini, sekali masuk mana cukup lagipun I tak puas la pegi sekali. Apa nak buat, like I said on my previous entry, bende-bende dahulu kala and purba-purba and also apa-apa yang ada art value memang I fanatic sangat. Until today, he can’t figure it out my fascination towards all those stuff.

(Model season as usual)

Sampai kat situ, terus ada budak gypsy datang kat I and tanya do I speak English. I said yes and then dia tunjukkan satu note, kat situ “I came from Bosnia for 2 months….bla bla”, I bagi muka yang seserious abis and terus beralih tempat lain. You have to be firm and don’t let them see your weakness because that is how they can catch you with their bullshit sorrow story. Then I tengok dia kumpul balik dengan group dia. Husband I yang dah bejalan kat depan, datang balik kat I and tanya, I kata when dorang datang kat you, jangan layan and move on. Lepas tu kita orang pun bergambar sakan kat luar Lourve nih and as usual kalau tak ada adegan tragis memang tak sah. The thing is my husband tak berapa pandai ambik gambar, mesti dia nak ambik gambar I dekat-dekat. I kata jangan ambik gambar I dekat-dekat I want the building to be included. Buat apa nak ambik gambar I besar-besarkan. Lepas tu mesti blur la, senget la.. so I ala-ala merimau la kejap. Kalau I tak puas hati, I akan masam muka kat dia and bila dia nak snap cepat-cepat I senyum balik lepas tu I masam balik. Tapi tak semua gambar dia ambik tak cantikkan... Tapi lama-lama, I pikir buat apa la I nak marah kat dia kan..it is not his fault although beratus kali I dah ajar, I siap setkan and tak suruh dia move kat the spot that I pick. I cuma suruh dia snap aje..tapi itupun tak betul.. Like I said..I learn that, there is no point to scold him sebab some people memang tak ada artistic gift and kalau dia dah pandai ambik gambar offcourse dia dah jadi photographer kan.. so I have to accept it..walau hatiku parah... Wah, pegi trip pun I learn something eh…

While berabisan snapping gambar kat luar Lourve nie, tiba-tiba I didatangi oleh seorang budak jepun suruh ambik gambar dia, I think sebab dia jalan sorang-sorang. Dia punya camera kan ada sarung lagi ehehe..takut sejuk kot…nak gelak I. I siap offer ambik dua tiga kali gambar dia, suka dia.. lepas tu dia tanya macam mana nak pegi Lourve Museum nih. I think kan the reason why dia suruh I ambik gambar dia sebab dia tengok I macam ada gaya professional photographer kot..yela siap terlentang kiri kanan..wakakaka… padahal bila tengok balik gambar macam budak darjah satu je snap hahahhaa… gaya hebat mesti ada maaa…

(Dalam Lourve Museum)

(Buat lelaki lelaki Asia, korang jangan rasa rendah diri or think that omputih punya anu nie besar bagak...NOOO... Atas adalah buktinya..dorang punya.. alahai..cenonet dan kulup aje..Tengok la aksi patung tu.. low self esteem la kan...)

(I tak ingat patung apa nie and I tak tau kenapa I ambik gambar dia)

(Cantikkan view nie)

(I kan suka ambik gambar lukisan kat ceiling..banyak yang I snap-snap)

(Gambar lukisan kat dinding pun banyak yang I ambik. I suka la rasa macam I berada di zaman renaissance. Ahh..zaman corset ketat yang menyeksakan itu)

(Lagi antara puluhan ribu lukisan kat dalam nie..err..puluhan ke atau ribuan je?)

(Pompuan yang bediri kat sebelah tu bukan I, walau ada unsur-unsur sedikit)

Sementara tunggu dia bayar, I pegi ambik map and plan mana nak pegi dulu. I must tell you I am so happy although I pernah pegi dulu but this time I akan take my sweet sweet time to go from one section to the other. So sibuk la berambik gambar sana sini. Orang pun punya la ramai.. macam-macam bangsa and languages yang I dengar. Ada yang ikut tour or with a group of family. Mamat-mamat muda pun handsome-handsome macam kat movie tapi mana boleh challenge orang tua itu kan. Seperti biasa, after we went from one section to one section, perut I dah meraung…I ajak husband I pegi duduk at one corner sebab I nak makan bekal yang di bawak dari hotel. Husband I kata, tak boleh makan nanti guard kat situ marah, I kata you cover I and kalau dia nak marah, biar I jawap, I kata la I ada penyakit nak pengsan ke kalau tak makan.. lame nya my excuse. Lepas husband I cover, I pun membelasah la donut dengan secepat mungkin and mengonggok air berhati-hati, takut tercekik la pulak.

(The last time I pegi sini dulu, gambar Monalisa nie tak ada cermin, sekarang nie dorang dah letak. But I've read somewhere, this is not the original painting of her. The real painting was stolen..tah la.. Yang pasti, pada zaman dia dulu, dia nie terkenal dengan kejelitaannya... errr..)


(I snap gambar nie masa dah keluar dari Lourve Museum. Cantikkan, macam gambar postcard..wah..puji hasil kerja sendiri)

Originally, nak makan kat dalam cafĂ© kat Lourve nie but we changed our mind as we don’t know what to eat and beside tak paham dia punya menu..kang termakan daging berhidung kontot itu..sapa nak jawap? Yicckkss… Then both of us decided that it was time for us to go to other destination. On the way nak pegi dekat tempat bus stand untuk bus hop and off nie, I tengok wah..bus tu dah ada kat situ. I apa lagi ajak husband I jalan laju-laju takut kena tinggal. Macam pelumba jalan kaki yang ala-ala menonggekkan bontot. Sampai je kat bus, eh..bus tak jalan lagi.. buat penat je kita orang bejalan/belari tadi. I naik kat roof kejap and ambik gambar persekitaran, tak lama kemudian bus pun bergerak to the next destination…..

To be continue…

2 comments:

JM said...

tak leh blah dgn gamba r patung yg sis ckp buat lelaki asia jgn rase rendah diri tu..ahahaha..malu ai..ekeke

Misty said...

hehehe...itu pun dari sipi je sis publish... ada lagi gambar patung bugil yang posisi berdepan, besar lagi gambar tu ekekeke