Friday, February 25, 2011

Update

Lepas balik becuti nie badan I asyik sakit-sakit je, especially kat bahagian bahu and belakang..errr..tak patut la ada antu bertenggek kat bahu I nie eh...oh my God, teringat citer shutter Korean tu…waahhh..mati aaa…macam nie… I bertimbang tiap ari sebab kalau berat I bertambah, memang yea la tu. Berat memang naik huhuhu, tapi tak ada la seberat sampai satu badan lagi kan…seraaammmm… Then aritu pegi steam rambut, dah betahun I tak pegi steam. Kat rumah ada steamer I beli dulu kat Sg Wang (made in china RM180.00 kalau tak silap I), ingat nak steam sendiri la kat rumah kan but cuma sekali je I guna lepas tu I stop sebab malas. Bila I nak guna, treatment wax pulak dah due, yela beli pun bekurun yang lalu. So like I said, aritu I pegi la steam rambut, masa pegi tu sehari suntuk I tak buang air kecil sebab busy ke sana sini. Pegi supermarket beli barangan dapur la etc. Tiga minggu cuti, ration pun ilek and due. Petang tu I terus redah je salon nie yang I selalu tengok bila to and fro dari mana-mana tapi tak pernah masuk.

Masa I nak masuk je, taukeh kedai tu kat luar and senyum suh I masuk. I kata, ada toilet ke, I nak buang air kecil and nak trim layer (sebab dah becelaru kat ujung rambut),cuci and steam rambut sekali, dia kata ada. Bila I masuk dalam hati eh I sorang je ke customer, then I tengok ada sorang amoi cun tengah tidur kat sofa mulut ternganga dengan rambut lurus tapi lebat dan merah menyala. Lepas abis urusan kecil kat toilet I pun keluar, tiba-tiba I terdengar suara garau and amoi cun tu duduk kat tempat receptionist (tempat bayar). I tekejut la, mana datang suara itu, I tengok kiri kanan, then I terdengar lagi suara garau and I tengok taukeh tu tengah angguk-angguk kepala. I datang dekat-dekat…laaa..rupanya amoi cun tadi adalah jejaka bersuara garau itu. I tak tahan nak gelak, I alihkan muka tapi dalam hati I..adeeihh..kalau la ada kawan I yang sewel kat sebelah I, memang sure I berdekah. Sebelum tu taukeh tu tanya nak yang berapa harga, I ambik yang serdahana punya harga.. tak mau la bayar mahal-mahal, I kan cheapskate hehehe…

Then amoi jantan tu pun potong/cuci/steam la rambut/kepala I. Ramasan dan urutan lelaki dan pompuan memang tak sama, walaupun jantan tu macam amoi tapi tiada kelembutan langsung, jari jemari beliau memang keras. Dia pun tak lembik cuma penampilan aje, kalau korang tengok sure korang ingat pompuan. Dah la slim, perut pun kempis, kulit putih mulus bersih, makan hati I. Berborak-borak sakan la dengan dia, sekali dia urut belakang badan I, meraung I sebab, badan-badan I kan sakit, tekejut dia, I pun tekejut dengan laungan sendiri.. Oh dear, sungguh memalukan, err..ada perut malu ke I ekeke… then kita orang sambung borak and sempat lagi la I pegang and rasa akan kelembutan rambutnya yang sungguh menawan, heh…jelesnya.. dalam hati I bisik, kalau I kerja kat salon sure rambut I macam Christina ANGKILERA (haha..teringat I ex-officemate I pronounced nama minah nie hehe..). Tiba-tiba ada suara halus berbisik di hati I, hey cik.. yang you pegang-pegang rambut and dia ramas-ramas pala you tu jantan, haram tauuu… gulps… eh aku lupa…(bak peserta raja lawak si Nazim tu..).

Dalam dia sibuk mengurusi rambut I, sempat lagi la I beberapa kali menjalankan urusan kecil kat toilet disebabkan akan kesejukkan aircond. Nasib baik la toilet salon bersih, itu yang buat I pegi banyak kali. Masa timing steam dah abis, I tengok amoi jantan tu tidur balik kat tempat receptionist, taukeh dia ntah kemana. I pikir macam mana la nak kejutkan kaki tidur nie. Cun-cun ada siren police lalu kat kawasan tu, I pun buat-buat bangun and sibuk la menjengau-jengau kat pintu sebelah reception area (sebenarnya I tak peduli pun kat bunyi-bunyi siren nie kan tapi sebab I nak kejutkan dia secara berhemah). I buat-buat panic and cakap kat dia yang sedang tidur-tiduran, eh..bunyi siren, ada kebakaran ke? (pandai cari dialog eh?) terus dia bangun cepat-cepat. Then cepat-cepat dia cuci rambut I. Tak lama kemudian taukeh dia masuk balik and dorang pun borak-borak. Taukeh dia kata kat I, amoi jantan nie tidur eh? Amoi jantan nie gelak-gelak. I kata tak apa, I nie kan wanita yang bertimbang rasa (uweekk…). Bila dah abis, I keluar and husband I dah tunggu dalam kereta. I kata kat dia, I buat layer and potong sikit ujung rambut I. Wah..husband I risau and cepat-cepat tengok belakang rambut I. Risau betul dia kalau rambut I pendek. Dia ingat I nie Barbie doll dia ke? But he is definitely my teddy bear and not Ken muehehehe…huggable tapi kena hati-hati sikit sebab teddy bear nie ada tindak balas (I can see the smile in nakkal’s face hehehe…).

Sekian cerita I yang sungguh membosankan but for the sake of updating wakaka….

1 comment:

Anonymous said...

smiling
and
laughing

hehehe

-nakkal-