(Picture taken last week, setelah 3 tahun berblog baru sekarang I letak muka depan..malu I hehe..)
Haritukan I nak cakap pasal being an iban woman among the malay. Yea, I tak berjanji pelesu lagi. Here's the story....
Untuk yang tidak mengenali secara dalam or tidak pernah membaca sejarah hidup I masa kecik kat blog I yang lama (the blog is still there cuma I closed for viewer), I nie adalah salah seorang perempuan iban dan ada sedikit campuran dusun kadazan from my father side, my great grandmother. Mak I pure iban. Tak tau la kalau ada berdarah africa but rasanya tidak kot or sure rambut I dah kerinting halus and mesti ada kulit ala-ala or rapper lima posen..ampon. I lahir kat hospital Kuching. Masa I kecik I nie adalah anak Mummy yang sangat baik (nie Mummy yang cakap). Mummy kata I senyap je and cuma nangis bila nak susu and I sleep through with my kencing and mumu, tengok la product nya sekarang sangat angel kan... kejang! Muka I macam muka cina although I cuba menafikannya. Sampai sekarang orang ingat I nie cina, kalau pegi kedai cina mesti dorang bercing cong dengan I. I kata, I bukan cina and as usual dorang tanya apasal macam muka cina maa.... I kata mana saya tau tanya la mak saya dengan cina kedai kopi mana dia ber scandal (eh..I tipu mana ada I cakap macam tu). I cuma jawap dengan senyuman saje. Lepas tu dorang tanya lagi, datuk nenek you cina ka? I kata tak tapi nenek I anak angkat cina, yang ini statement betul. Mesti pening kepala dorang kan sebab muka I macam cina and tak ada darah cina tapi nenek anak angkat cina, itu belum lagi I nak cakap kakak I kawin dengan cina wakaka... berbelit la kan. Lepas tu dorang akan cakap, apasal kulit lu putih maa..putih dari cina.. I kata, I tak putih la, I kuning and lepas tu all of us akan ketawa sama-sama. Situasi macam nie memang sering terjadi pada I. Itu belum lagi I nak cerita ada separuh orang ingat I nie mix blood campur omputih (yea..muntah lah sepuas-puasnya, I sendirik pun geli masa type ayat itu). Tapikan husband I cakap masa kecik-kecik orang ingat dia anak cina sebab kulit dia putih, I kan bila dia tiap kali cakap macam tu, rasa macam nak terjun dari kerusi je, muka hidup-hidup macam orang melayu and kulit sawo matang tapi dia selalu menegasakan yang masa dia kecik and remaja, kulit dia putih. I kata poraaah lah.. (mana boleh tinggal expresi tamil I), kalau dari kecik dah putih besar pun putih la.. Husband I cakap dia tan..adeihh.statement yang sungguh durjana...
Then bila umur 2 tahun, our parents move to Singapore sebab Daddy was a navy/tentera laut and masa tu base dia kat sana KD Malaya. I sekolah kat Johor Bahru. Nama sekolah tu Sekolah Kebangsaan Angkatan Tentera, although kebanyakkan budak sekolah kat situ bukan anak tentera. I tak tau kenapa dorang letak nama tu. Kat S'pore and Johor nie la I berkawan dengan anak-anak bangsa melayu, cina and India. Tapi paling ramai kawan I bangsa melayu sebab cina and india tak ramai. Bila dah tinggal sana, automatically Mummy masak pun makanan melayu, cakap pun 99% pun cakap melayu, tengok tv pun cerita melayu, penyanyi dan pelakon favourite pun melayu and segala-galannya serba serbi melayu. Then bila I umur 10 tahun, balik ke Sarawak and iban pun tak ramai kat sekolah I and kawan kat situ pun kawan melayu sarawak and also dari semenanjung. Biasalah anak tentera nie asyik berpindah randah, orang semenanjung pegi sarawak, orang sarawak pegi semenanjung (intergration intergration). In between those moment I sempat sekolah kat kampung kejap and then balik kat sekolah rendah I yang lama. And then pindah kejap ke Perak, lepas dua tahun, balik semula kat sarawak. Then pindah kat kampung kejap, kat situ la I kawan dengan 100% kaum iban sebab orang melayu tak ramai kat sekolah tu. Then pindah ke another place kat sarawak kat situ banyak pun banyak orang melayu dari bangsa lain termasuk iban.. Kat situ I berkawan equally melayu and iban. And kalau outside from school I hang out with both kaum memandangkan ramai sedara I tinggal kat negeri tu. Masa dating and ber boyfriend (wohooo...) pun dengan orang melayu sarawak and kawan-kawan lelaki yang rapat pun melayu sarawak and ada yang dari semenanjung (yang kerja kat sarawak).
Sampai la I jatuh cinta dengan lelaki melayu semenanjung yang berjaya mencuri hati I yang sungguh murni ini keh keh keh.. dan kini menjadi suami I yang montok itu dan teruslah I "dilarikan" ke semenanjung. I can never leave semenanjung even if I want to.. weird kan.. Dulukan husband I kurus and tegap, malas la nak cerita, rasa macam tertipu je sekarang nie sebab dulu "offer package" lain sekarang dah jadi lain alahai rasa macam nak sue je... Ish tak habis-habis mempertikaikan bentuk badan laki sendiri. Macam la I nie cun melecun atau slim melim.. Tapi I betul-betul tertawan and cair wakaka..sekarang nie nak lari dari tawanan pun dah tak boleh...cair tu bila dia bagi hadiah je la.. (again wanita kebendaan hep!) ampun suamiku (selingan mesti ada). Anyway, lepas I kahwin dengan dia, 100% of my time and my life, I abadikan untuk dia dan keluarga dia. I tak kisah pun sebab family dia family I jugak. And I tak pernah pun ajak dia balik sarawak. Masa I kerja dulu, I have a friend who is a sarawakian and kahwin dengan orang kl nie, tiap-tiap tahun dia mesti balik sarawak. Dia hairan kenapa I sikitpun tak ada hati nak balik. Dia tanya, I tak rindu ke, I kata taaaakkk... (kejam kan). Imagine, sepanjang-panjang I tinggal kat KL, sekali je I balik sarawak... double kejam. And bila I dah kahwin, duduk kat sini dengan orang melayu nie, bertambah-tambah la kemelayuan I, cara pemikiran (not entirely though) yang memang dah banyak kena influence dengan melayu, kerja pun kat company melayu and colleague pun melayu-melayu belaka.
Then I terpikir, here I am an iban woman among the malay. I nie bangsa je iban tapi I don't have the quality or trait of an iban woman such as cara I berfikir and cakap dalam hati pun dalam bahasa melayu diselang seli dengan bahasa inggeris and a lil bit of iban. But I'm glad I still tau berbahasa iban dengan lancar. Sometime I rasa "bersalah" kepada diri sendiri kerana lebih kemelayuan dari keibanan. I have relatives but I'm not close to any of them, I don't mingle much in FB until recently, I don't have any kampung that I can call my own (panjang cerita), I tak tau menari tarian ngajat, banyak adat istiadat serta keramaian kaum iban yang I tak tau or tak pernah pegi and satu hasil peninggalan my ancestor pun I tak ada. I love my race and there was one time someone told me, you are not iban anymore, you are a malay sebab you dah macam melayu. Wah, I cakap, you can say whatever you want to say but you cannot, I mean cannot say that I'm a malay because no matter what, I'm an iban and will always be. Agama boleh tukar but not bangsa because that is in me, its my roots, it is to distinguish who I am and where I come from and I'm proud of my race and my people. Don't you or anybody ever question who I am and what I should be. Terdiam dia and cepat-cepat dia mintak maaf kat I. Then dia explain akan maksud ayat dia, I cakap you don't have to explain, I think I know what you're tyring to tell me but don't ever bring that things up or say that to other races unless they have no pride in their race.
Having said that (rasa macam Simon Cowell la pulakkan), sometime I feel like I don't belong to the iban community because I spent most of my time with the malay community. And sometime I don't feel like I don't belong to the malay community eventhough I live among them all my life because I'm an iban woman. You get what I mean? Thanks God for FB (akhirnya I terpaksa menerima hakikat akan kebaikkan FB, ceh!). I got to rekindle my relationship with my long lost cousin and start gossiping about our relatives haha.. Oh, I start berborak dengan cousin-cousin yang tak pernah I tegur selama ini. Tak menang tangan I ber pm dengan dorang, kejap-kejap click home, click pm etc. Some of the things that they told me was kind off sad. Well..nasib masing-masing kan, if only we can see our future. Sedih I baca luahan hati cousin I sebab I teringat kenangan masa kecik-kecik dengan dia....and dulu-dulu I rapat dengan dorang... I promised that I will start to get to know the cousin that I never met better and strengthen with the one that I know when I was small. Kira sirih pulang ke ganggang la nie..
As for friendship, I can never form any lasting one with anybody. Bila nak start ada close friend and rasa feel kat tempat tu, pindah lagi and the cycle goes on and on and on...and sometime my close friend have to move away. Janji tak lost contact tapi lost jugak. Sebab tu la agaknya I tak ada semangat friendship yang jitu kerana I telah "dibiasakan" yang I akan ditinggalkan dan meninggalkan....
Sekian catatan wanita iban dibumi bertuah ini....
7 comments:
awwww..muka manjer gitu.. u ttp suwittt datin seperti 5 tahun lps i jumpe u... jeles!
halo..halo
terkesima tgk sis yg comel tu..putih melepak2, so cantik.
ehh apa lagi nk puji ni?? patutlah hero tamil sayang sis sgt2
muahs..muahss
Zura
Hi JM,
aisye malu la haha..mana ada sweet..sour maaa...syyhh..gambar edit guna instagram ekeke..
Hi Zue,
ish..gambar tu sis edit utk menghilangkan wajah penuaan wakaka..korang kena tipu ekeke..
anyway, thanks to the both of you sebab sudi puji sis yg sungguh perasan ini ekeke..
Zue, aritu tanya pasal sis nye fb kan..so sorry..sis suruh you add tapi sis lupa yg you tak tau my fb add... nama kat situ Claudia Hash
takleh like lak gambo sisty.. hehehhhee.. ai laikkkk
hi Aidahs/Joy,
ahaha.. nanti sisty letak kat fb..thanks :)
kat luar lg gorgeous. i always look at our pic together kat Johnny's tu. i miss u so much. Tuhan je tahu banyak mana rindu.take care mummy
manade gorgeous kat luar nie vagg, buruk la sangat..miss you too, bila la lagi dapat bertemu..nak berjanji sis malu nak berjanji lagi sebab selalu tak dapat confirm... take care to you toooooo....
Post a Comment